Dear bestfriend,
Saya nak cakap face to face saya takut. Ntah, tengok muka
awak, pun saya sudah kecut-perut- takut. Saya belum nak cakap apa terbuku di
hati, saya dah rasa macam awak nak gigit-gigit saya. Kalau saya cakap saya pasti
awak bukan setakat hentak meja, awak akan gigit saya terus. Jadi saya tulis kat
sini dengan harapan awak baca. Ok ceritanya begini. Cerita ulang macam cerita
10 tahun lalu juga.
Okla kalau 10 tahun lalu yang nakkan awak tu cikgu-cikgu
sekolah aje, kalau bagi kat saya yang mental ni pun, saya tak mau, hari ini yang nakkan awak PhD-PhD, bukan takat
Dr,, Professor pun hada. Cream of the Crops blaka. Kenapa awak tak mau juga? Eish
saya pulak rasa nak gigit-gigit awak tau! MARAH NIH!!!!!.
Ok ok tarik nafas-tarik-nafas....bawa bertenang, dan berhenti marah, sambung cakap.
Saya
nak cakap satu aje. Lebih kepada nasihatlah. Saya nak berpantun parody untuk
awak. Pantun ni pun Pantun Usman Awang tau. Fikiran saya mana la ada jauh
tinggi macam Sasterawan Negara itu? Saya mimpi, Usman Awang datang bacakan
pantun ini pada saya, siap pakai baju Melayu, bersampin bagai (joking). Okehlah
tak banyak cakap, mari terus berpantun:-
Apa guna kepuk di
ladang
Kalau tidak
berisi padi
Apa guna hidup
membujang
Tidur malam siok
sendiri
Kalau awak tidur malam tak siok sendiri, silalah membujang sampai mati.
Kalau siok-sndri, ada baiknya awak terima aje offer derang, tu.
No comments:
Post a Comment