Salah satu kegemaran orang yang minat politik yang pro-pembangkang, iaitu PAS, ialah menganalisa dan menilik gambar. Pantang ada gambar pemimpin UMNO yang keluar dalam Utusan yang mereka panggil UTUSAN MELOYA, mesti diamati betul-betul. Kalau ada ekspresi muka yang boleh dikata pemimpin bengang for each other---Presiden bengang pada Vice Presiden, vise-versa, pasti riuh.
Apa pasal ntah minat, suka tengok orang berbengangan antara satu sama lain, saya pun heran. Rupanya perbuatan ini adalah bersifat global. Orang Amerika pun bikin. Siap ditulis nama siapakah gerangannya yang bikin analisa itu. Tapi cerita Amerika ini pasal Tuan Presiden dan isterinya. Kununlah mereka tak happy bersama. Analisa Timbalan Presiden tak puas hati dengan Presiden belum keluar lagi.
Hah, sini pun sama juga. Pasal Presiden UMNO dan isteri Presiden UMNO, memang 'bahan' menjadi. Wan Azizah jer yang syumul lagi ideal. Isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga unggul. Tapi sayang, yang satu tu memang tak akan jadi Wanita Pertama Negara, yang sorang lagi tu, ntahlah. Alahai, kesian kadang tu dengan kaki-kaki tilik, ini,kan kasilah kak Wan tu merasa jadi Dewi Serikandi Cinta yang menyelimuti pemimpin sehebat Muhammad SAW.
Apa sebenarnya saya nak cerita, nih, Yang sebenarnya saya nak cakap, orang ni, tak kira omputeh, ka , Melayu ka, perangai sama sahaja. Perangai orang yang tak redho dengan ketetapan Tuhan yang siPolan, si Polanah jadi orang besar sebab mereka rasa ada orang lain yang lebih layak memang sama sebijik, sebijan. Kalau betul hebat kenapa Tuhan bagi yang tak hebat menang? Cubalah bawa-bawa fikir sikit,lah,kan.
Kalau di Malaysia sapa yang tak puas hati? Puak-puak yang minat poligami isteri 4, wanita seindah hiasan, sambut laki balik kije, dengan sebelah tangan singsing kain, paras peha, sebelah tangan pegang rotan. Psst---psst-- gossip Siti Lezerinas sikit ek-- Mak-mak, makcik-makcik kita, typikal orang Melayu kampung--Pantai Barat, laki balik kije, masuk dapur singsing lengan buat air teh tarik ka, kupi susu,kan minum petang. Buat goreng pisang, goreng cekodok, cucur udang ka hapa,kan kan, kasi makan sedap-sedap. Balik kije dah penat, kasi releks-releks sambil kupi-kupi, ngeteh-ngeteh. Besok boleh pergi kije kuat-kuat, bikin wang banyak-banyak, boleh beli langsir, perabut, lukisan, bunga, hias rumah tu cantik-cantik,kan....derang, ropenya, balik kije, penat-penat ajak romen. Asyik beromen jer, bukannya ingat nak ke dapur kasi laki makan! Kasi minum air sejuk segelas, jak! Esok nak gi kije pun tak de mood, takut reput tulang. Yang engkau tu pula laki lapar kau selak kain, dapur tak berasap--selak, laki marah--selak kain, Erkkk...Selak kain aje ke solusi yang kau ada? Eishhh... mak tuan aiiii patutlah, kalau kereta asyik lenjan, tak de rehat, itula yang jadi orang pakai kereta satu, sampai mati, laki kau tak sampai 5 tahun dah nak hadiahkan kau kereta baru, dengan nama timang-timangannya--si'Payung Emas.'
Ok enuf membebelkan makcik selak kain, yang saya tulis dengan perasaan--dendam--peribadi, falasi hasty generalisation. Iyalah,kan dalam zaman barang di pasaran semua naik, barang kat rumah tak reti nak naik-naik, dahla tak naik berani pula melengkau, tidur--mengulau, makcik singsing--singsing-lengan-Pantai-Barat pun, boleh terkucil jadi menyinga-nyinga tak puas hati juga. Marilah berbalik pasal Amerika. Di Amerika ni, siapa pula yang tak puas hati? Tak tahulah, tapi yang pasti, puak-puak yang takut Presiden tunaikan janji perang Pengguguran, Perang Perkahwinan sesama jantina sudah berkeriuk-keridau risau--dan--resah.
No comments:
Post a Comment