Tuesday, February 28, 2017

Stalking, Analysing

Cerita pasal askar lebih kepada panglima tentera pencen ini rekaan sahaja ya. Tiada ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Pak cik ni dah pencen dah. Patut duduk rumah beribadat sahaja, tapi dia ni nak aktif juga dalam dunia maya jadi dia pun ada FB macam kita juga. Macam mana saya boleh terima dia sebagai friend pun saya pun bengong juga. Tak kenal, tak apa, main accept je. Al maklumlah masa tu baru ada FB,kan. Sapa antar friend, kita terima. Hari ini tidaklah begitu,kan. Ada juga beberapa kali buat pembersihan tapi saya suka simpan pakcik ini. Suka tengok update-update dia yang rasa dia pegawai khas tentera lagi walau dah pencen.

Dia ada peranan besar dalam Negara,lah gitu walau dah pencen. Pakcik ni hero ka? Pada saya dia ni seorang lelaki nyanyuk yang keji. Mesti masa dulu dia banyak buat kerja keji untuk bos dia. Sebab itu masa dah tua-tua ni dia ada macam sikit sewel.

Dia paranoid yang dia boleh halang Negara ni dari jadi republic. B.T.W ada gerakan nak merepublikkan Malaysia ini ka? Tak kisahlah dari dulu kita dengar macam-macam cerita pasal ini. Ada ancamanlah gitu. Ada satu masakan pakcik republic ni siap tunjuk dalam FB senjata apatah. Ntah sapa tah nak dia rodok, tak tahula. Dia kata dulu masa muda-muda, senjata itu dia biar je berkarat katanya mengungut. Tak tahu kita siapalah yang dia ugut-ugut itu.

Kadang saya terparanoid, dia nak rodok saya kah. Iyalah,kan kita tak kenal dia pun tetiba add kita. Dah tu memangle kita ni gemuk macam Siti Kasim dan kita berani kata kita simpati dengan Siti. Kita juga sependapat dengan Siti pasal RUU355. Sekular-liberal-wannabe??? Tak kisahlah apa ko nak kata eh. Nak rodok dengan pisau karat rodoklah. Gasak. Bila saya sokong Siti, saya ada hujah saya. Saya tidak ragu-ragu. Andai saya kena rodok mati. Itu kira saya salah, saya dosa. Allah hukum saya di dunia, tidak di akhirat.

Satu je yang saya annoyed gila pasal pakcik pisau rodok ni, dia suka menyibuk pasal ekonomi. Sibuk dia menyampuk dengan benda yang langsung tak ada kait mengait ilmu ekonomi. Contoh terbaru ni, orang berantak terbagi dua berdebat antara pendebat TUN M atau yang diberi nama bodoh sebagai PAKATUN dan PM Najib. Ok dia sokong Najib. Fine.  Orang tengah berdebat kata TUN M lebih hebat dari Najib, tetiba je Pakcik Pisau ni menyampuk. Saya ringkaskan, TUN tak betul, Najib betul sebab YDPA tak nak jumpa Tun.

Lalu perdebatan jadi sangat bodoh bila wakil PAKATUN pula cakap ada orang alim kat Mekah kata Orang (TUN) ini akan mati dikerusi Perdana Menteri. Dah dah dah dari analisa ekonomi yang mengujakan dah jadi karrrtuuun sekartuunnnnya. Hey kenapa orang kita suka menkartunkan segala benda eh.

Saya pun hapa lagi. Bertempik. Tak kisahlah kau dua-dua sama tua dah pencen, satu pencen tentera satu pencen ntah apa tah…. Saya rasa nak tempik macam ini. “Hey! Kau ingat Agong kau tu Nabi,ka? Eh kalau nabi tak pilih-pilih bulu. Kalau nabi dia dah tau orang nak kenakan dia, dia tetap raikan orang itu.  Kalau nabi tak de cerita skandal dengan artis sampai sanggup lawan ibu sendiri! Kalau nabi, orang dah bentang karpet merah tak menghina orang yang membentangkan karpet tersebut dengan berjalan di luar karpet, apa kebenda akhlaknya YDPA engkau itu? Bodoh macam lembu sama macam engkau juga!”

Memang saya menyampah dengan perbuatan mendewa-dewakan pemimpin, raja yang tahap ntah apa-apa tah ini. Lalu saya seek to understand. Kenapa pak cik ni jadi kekwat nak campur semua benda. Dah pencen tu buatlah cara orang dah pencen. Itula engkau masa diberi kuasa buatlah kerja betul-betul, barulah boleh pencen dengan hati yang tenang tanpa berperangai seperti ada kerja yang kau yang tidak beres.

Saya seek to understand by understanding the easiest thing to understand. His fear. Benda ini senang di analisa sebab dia selalu tayang hingga bergantayangan ketakutan dia. Dia takut Republiklah. Macam yang saya tulis pada mula-mula tadi. Dia melawan rasa takutnya dengan menakut-nakutkan orang lain. Perangai mengugut, menakut-nakut kan orang memang teruklah. Tapi sabar ajelah dia dah tua, kena beralahlah dengan orang tua,kan. Senang-senang unfriend jer. Tapi saya suka nak tengok dia. Apa lagilah lepas ni dia nak buat….hihihi…


Pakcik ni bagi keinsafan pada diri. Bila dibagi peluang berkhidmat dengan Negara (waima cuci jamban kat sekolah rendah,pun) buatlah betul-betul. Nanti dah pencen tak meracau-racau nak merodok-rodok orang, taklah bikin orang lain merendahkan balik YDPA-kau balik, taklah orang lain tak pasal-pasal kena tangkap polis sebab hina YDPA. Saya rasa YDPA pun seram sejuk kalau tahu ada orang kata dia ada kuasa psikik dah tau sapa musuh-negara. hihihihiiii…YDPA pun satu. Kalau betul dah kasyaf sapa kepala gerakan merepublikkan negara, baik buat cara nabi. Nabi tu lagilah Kasyaf memang dah tau sapa munafik dalam inner-circlenya, tapi bila ada orang tegur, kenapa kau tak buang si anu-si anu? Nabi jawab "aku tidak mau kelihatan seperti membunuh saudaraku sendiri"

Cerita ini hanyalah khayalan sahaja ya, tak de kena-mengena-dengan-yang-hidup-atau-mati

Thursday, February 16, 2017

Jalan Lain Ke Syurga

Tadi tanya khabar pada kawan yang bagi "secular-liberal-wannabe" pada saya. Niat baik outcome, sangat teruk.  Salah saya juga. Yang gatal garit pergi mengusul teori analisa psiko pada dia, apa pasal? End-up saya pula yang bengkek bila dia cadangkan saya jalan makrifat. Dia cakap pasal Rabiahtul Adawiyah. Ada baiknya saya buat research pasal Rabiah. Sebab analisa Frued ini sangat annoying, sebab manusia tidak suka dianalisa. Pendek kata seperti analisa ini sangat biadap lagi tidak bermoral kerana menceroboh privacy individu.

I told her I’d better stick to accounting and behavioral Science. tak kisahlah dia nak kata apapun. Sapa nak taja saya buat kajian pasal Rabiah, saya bukan dari sekolah pengajian Islam, saya dari sekolah perakaunan. Saya bukannya minat sangat pun puisi jiwang-jiwang lagi mendayu-dayu tu. Kite kan brutel, selalu paranoid kite ni Shahnon Ahmad, Abang Mat Sabu Gaytuh... cer kau bayangkan Abang Mat naik pentas Nyanyi Nasyid Hafiz Hamidun...bayangkanlah.

Saya berfikir, begini---bukan ada satu jalan untuk sampai kepada makam makrifat, dan kita  mencari jalan lain kerana berkeyakinan semua ilmu itu sama makamnya dengan ilmu sufi yang dimiliki oleh Rabiatul Adawiyah. Tiada istilah ilmu sufi lagi tinggi dari hadis, atau fekah, waima matematik. Makam ilmu itu setara. Tiada istilah ilmu tinggi, rendah. Yang pandai-pandai bubuh tu kita sendirilah Ilmu akaun lebih tinggi dari ilmu business, ilmu medik lebih tinggi dari akaun, sebab medik susah, akaun sikit susah, business, lagi senang lulus. Ilmu Sastera pulalah yang tertinggi kerna mempunyai unsur spritual dan pemikiran tinggi untuk membolehkan satu-satu karya itu bertahan hingga ribuan tahun. Tak padahal darjat ilmu semua sama, jika ditekuni dengan ikhlas semua itu kunci pembuka pintu makrifatullah.

Saya juga percaya pada analisa-psiko-Freud. Saya percaya juga analisa ini ada limitasi yang boleh ditambah baik. Saya percaya usaha menambah-baik pada analisa ini dihitung sebagai pahala bukan dosa. Saya percaya sesudah penambah-baikan dilakukan, analisa ini juga akan membawa kita kepada Tuhan. Bahkan, semua ilmu membawa kepada Tuhan, tapi ada sesetengahnya sedang berevolusi. Saya yakin akhirnya nanti semua ilmu yang kita rasa tidak added value kepada ukhrawi, bahkan menjauhkan kita pada sang Khaliq, akhirnya akan menemukan kepada apa-yang-kita-cari-cari-selama ini.

Pengkahirannya, saya yakin dengan perakaunan, forensik, Behavioral Science, analisa-psiko dan segala tok nenek ilmu yang ada ditawarkan di Menara Gading akan membawa kita kepada kebenaran. Saya tidak ada was-was dengan bidang yang saya pilih.

Saya ini orangnya sangat degil.

Saya tetiba nak menyanyi sebuah lagu

Some find it sharing the morning 
some in their solitary lives 
some find it in the words of others 
Some find it in the face of their children.
Some find it in the strangest places

For you it's waking up beside him
To watch the sunrise on his face
To know that you can say "I love you"
In any given time or place

but ( for me)

If I can find in a the deepest friendships, that will be good enuf

Ntah apa-apalah,kan, maklum lerrr kan, Jean de La Fontaine kan kata

     " Rare is true love, true friendship is rarer"

Cewah, tetiba je,kan makcik ni, buang tebiat, meracau yang bukan-bukan, Jean de La Fontaine??? Ntah sapalah la Fontaine, itu, makcik pun tak kenal. asal sedap pada mata, telinga dan hati mak main petik aje, bukan reti nak periksa apa akidah kawan itu,dulu,kan. Padanle muka kena marah dengan budak-budak usrah sebaya anak.

Wednesday, February 15, 2017

NOTA UNTUK BFF

Dear bestfriend,

Saya nak cakap face to face saya takut. Ntah, tengok muka awak, pun saya sudah kecut-perut- takut. Saya belum nak cakap apa terbuku di hati, saya dah rasa macam awak nak gigit-gigit saya. Kalau saya cakap saya pasti awak bukan setakat hentak meja, awak akan gigit saya terus. Jadi saya tulis kat sini dengan harapan awak baca. Ok ceritanya begini. Cerita ulang macam cerita 10 tahun lalu juga.

Okla kalau 10 tahun lalu yang nakkan awak tu cikgu-cikgu sekolah aje, kalau bagi kat saya yang mental ni pun, saya tak mau,  hari ini yang nakkan awak PhD-PhD, bukan takat Dr,, Professor pun hada. Cream of the Crops blaka. Kenapa awak tak mau juga? Eish saya pulak rasa nak gigit-gigit awak tau! MARAH NIH!!!!!.

Ok ok tarik nafas-tarik-nafas....bawa bertenang, dan berhenti marah, sambung cakap. 

Saya nak cakap satu aje. Lebih kepada nasihatlah. Saya nak berpantun parody untuk awak. Pantun ni pun Pantun Usman Awang tau. Fikiran saya mana la ada jauh tinggi macam Sasterawan Negara itu? Saya mimpi, Usman Awang datang bacakan pantun ini pada saya, siap pakai baju Melayu, bersampin bagai (joking). Okehlah tak banyak cakap, mari terus berpantun:-

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna hidup membujang
Tidur malam siok sendiri

Kalau awak tidur malam tak siok sendiri, silalah membujang sampai mati. Kalau siok-sndri, ada baiknya awak terima aje offer derang, tu.  


Sunday, February 12, 2017

REALITINYa

Hari tu saya dah cerita pasal Paranoid/delusion/false belief.. hah realitinya, Putrajaya ni tak de ustaz-ustazah jadi-jadian pun. Yang ada, cumalah bos saya yang suka hapdate tazkirah dalam group watsap. Dah duduk Putrajaya ni saya ada 4 group yang bos dia sorang tulah rajin berdakwah, orang lain dakwah juga tapi bermusim dan berpada-pada. Dulu masa kat Sabah, satu group. Dulu kat Sabah, saya tak tengok muka dia, saya cakap dalam hati "ala, dia tazkirah kat staff di Putrajaya saaannna. orang Sabah tak termasuk". Ini dah empat group, kalau dia hapdate satu, empat-empat dia hapdate juga. Delusi, mak dibikinnya. Ramai bebeno orang mau bawa saya pulang ke Jalan yang Benar, itulah duduk Sabah sana main anjing banyak-banyak, kan dah kena tazkirah!

Kami siap ngumpat-ngumpat secara berjemaah lagi. Ngumpat apa? Bos ni nak tazkirah kah nak nunjuk-nunjuk? Bos ni pakai Hp apa ek? Ada applikasi sent to all ka? Pendek kata, group mate, opis mate saya semua sekular-liberal juga. Maksud sekular liberal sini, suka berhias-hias, dan sukakan kecantikan. Kalau tak suka hias muka sendiri, dia suka hias kek, hias makanan, macam saya,lah.

Sekular liberal sebenar, yang ditakut-takut orang ilmuan bijak-pandai memang tak adalah dalam pejabat ini, tapi kalau dalam Pejabat Menteri, Pejabat KSU, TKSU yang terletak di Blok E8, tu, tak taulah saya. Betullah tu wannabe, jadi-jadian-jeeerrr. Ntahlah, mungkin juga tak jadi-jadian, memang betul-betul dah liberal kuuut sebab kalau kita orang ni idealis tegar dan tak boleh adapt, berdamai dengan insiden-insiden yang kadang-kadang berlaku, seolah  '--Kerajaan = kejahatan yang perlu.--', dah lama masing-masing cabut berenti kije gomen, balik kampung tanam pisang, atau memondok tunggu kiamat yang katanya tak lama lagi akan tiba. Ke syurga ka, ke neraka kami ini? Malas nak fikirlah, pasal kegusaran dan keperihatinan intelek-intelek yang berada di luar kompleks kita, ni, eh.

Kesihatan mental lebih utama, moga Allah maafkan sayalah kan. Kalau kita rasa orang itu menyesakkan, lebih baik sendiri. Saya ini anak tunggal, bukan nak berlagaklah, tapi saya memang tak berapa fahamlah apa itu sunyi. Orang duk sibuk-sibuk cakap sunyi-sunyi-sunyi, saya susah nak relate. Sunyi tu macam mana eehhh? Aku ni almost 24 jam aku sorang-sorang, ok jer, Kalau malam tutup mata berangan main pondok-pondok, main guli, layan paranoid sampai terlelap mata, kalau siang, tak kerja balik kampung borak panjang-panjang dengan Mak, dengan Busu, dengan Enche, hah hilanglah sunyi. Kalau mereka sudah pergi? Itu tak usah pikir lagilah. hadalah tu penggantinya tu. Insyaallah, Allah akan gantikan, don't worry too much about the future hokey!

Owh, la ni saya dah tak berangan main pondok-pondok lagi, saya berangan jadi peguam cara untuk assignment masa part II saya nanti. Kalau rajin, saya akan download siri LA Law dan tonton, supaya angan-angan saya jadi lebih real. Saya masih melayan paranoid saya. nantilah kalau rajin saya tulis ya. Best tau paranoid saya ni, dah macam ala-ala Da Vinci Code, Dan Brown dah jadinya kes paranoid ku ini. dok eh, mak tak heroen, tapi mak penyangak besar yang bantai Heroen yang sedang menuju ke Huma Abadi...hehehhe.

Nak rasa sunyi, ka. hish, tak nakla. Nauzubillah, minta dijauh tuhan. Syukur juga tau ada Delusi Dan Brown ini hehehehe...kau hadooo???... kalau hadoo, tulislah. Mesti hadooo, tu. Errrkk...'jodoh kau telah diaturkan dalam surprise birthday party oleh bakal aki-ipar yang baik hati semasa bercuti di atas cruise mewah, misalnya?'

Saya pun sama keturunan macam engkau, cuma kau percaya nenek moyang kau berhuma keluar Padi emas, batang perak, daun suasa, sebab belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab, umur belum 30, dah dapat PhD... Saya pula, umur 19 tahun  didiagnose mental, Makanya Riwayat dari penulis bermukjizat yang diberi nama Sasterawan Negara Prof Emeritus Shanon Ahmad, lebih padan dengan saya. Menurut riwayatnya moyang saya berhuma padi biasa, kena rogol dengan Anak raja buas hitam legam. Jadi gila. Masuk hutan, kawan dengan monyet, dengan siamang. Kalau asal anak-raja-sakti-kayangan takkanla saya boleh mental,kan?

Mujurla dengan perubatan moden hari ini saya tak perlu duduk dalam hutan macam moyang saya. Mujur juga agama Islam tidak pandang permulaan kita, tapi penyudahnya. Syukurlah Alhamdullilah.

NOPEN 10

KEMPEN AI, MENTAL, AI OK

Di Semanggol Lonjong cerita penobatan pengganti Tok Tua Amal dah tak ada lagi. Kata nak bikin Majlis gilang-gemilang menyambut pengganti Tok Pun tak ada. Orang yang diharap-harap nak mengganti,  dah lari ke Siberia. Katanya kena sihir Dajjal, dia tak boleh tinggal di rumahnya, asyik nampak bayangan arwah kekasihnya sahaja. Dia mengembara, sampai di Seberia dia jumpa perempuan persis kekasihnya, lalu mereka berkahwin dan duduk senyap, tak senyap juga tapi aktif dalam mengupdate status FB. Orang kata dia tunjuk kat family dia yang dia ok-ok-aje bahkan lebih bahagia walau tolak tawaran Majlis Rumah Agam. Dia masuk dalam FB senang, mak ayah, nenek, wanchu, anak-murid, bekas anak murid, segala sedara-mara semua tau perkembangan dia. Sebelum itu teruk juga dia kena "balun" sebab melarikan diri. Ada juga yang celupar mulut kata dia akan kena tulah sebab tolak tawaran rumah Agam. Jadi dia nak tunjuklah yang rumah Agam tak ada Tulah, apa kebendanya,pun.

Yang paling teruk kena, bini dialah sapa lagi. Kunun Minion, orang suruhan Dajjallah, macam-macam. Dalam update-update gambar bahagia mereka, mula-mula tu banyak juga komen-komen negetif marah-marah bininya. Mereka menjerit Pulangkan-pulangkan-pulangkan. Tapi pengantin baru itu buat "stone". Hari-hari dia update pemandangan cantik-cantik, gambar makanan, masakan tradisi, gambar busana tradisi Negara bininya dalam FB. Orang nak meroyan-meroyanlah,kan, orang meroyan, sedara, kawan-kawan, anak murid like. Saya pun sesekali like juga bila ada gambar makanan yang sedap-sedap. dan pemandangan yang cantik-cantik. Dia istiqamah update satu update sehari, paling lama tak update, seminggu, seminggu lebih sikit.

Satu hari mereka tunjuk pose swafoto mereka bertiga dengan Beruang Madu skali, orang pun terus terkejut. Hah perempuan ini bukan calang-calang perempuan, Beruang pun dia boleh tawan. Semua takut nak meroyan. Senyap dalam 1, 2 bulan jer.  Lepas tu dia tunjuk baby bumb bini dia.... wah meroyan balik dengan doa-doa celaka agar dapat anak mata-satu dok kat tengah-tengah dahi. Wah nak dekat 3 bulan jugalah mereka meratibkan agar budak mata satu cepat keluar dari celah kengkang bini kawan tu. Bapak budak update gambar budak comel dengan caption "tak cukup bulan, tapi both baby dan ibu selamat" Saja agaknya tunjuk gambar bayi telanjang bulat untuk membuktikan bayi yang lahir hanya ada satu kemaluan sahaja. Hapa lagi meroyan lagilah warga-on-line-Semanggol, siap kata penipu, itula inilah sehingga ada yang  mencabar agar tunjuk bidio kelengkang bininya yang tengah meneran budak keluar. Ketua Rumah Agam terpaksa campur tangan dan minta maaf bagi pihak, hah lepas tu barulah royanan berhenti terus. Sekarang ni cuma puji-puji dan ucapan tahniah dari sahabat handai dan keluarga.

Maka sudah diterimalah ketentuan tak bole doa celaka sesuka hati pada sesiapa walau pada musuh. Untuk musuh pula, Ketua Rumah Agam bawa kitab lama dan highlightkan mentera doa sejahtera, doa lembut hati. Kempen-kempen doa cinta lembut hati pun dilancarkan. Ini bagi mengambil keberkatan Nabi doa lembut hati buat Omar, musuh nabi satu masa dulu, sampai jadi Omarlah orang yang paling gagah perkasa membela dan melindungi Nabi. Tak lama lepas tu satu produk doa baru jadi viral. Namanya Doa di Awan Biru. Upah baca doa lebih tinggi dari gaji pilot bawa kapal terbang yang hari-hari rentas awan biru tu, tau!. Semua orang happy? Tak de maknanya. Yang meroyan tetap meroyan juga. Negara Semanggol Lonjong ini penduduknya memang perihatin dan menunjukkan keperihatinannya dengan meroyan-royan. Agaknya nama Negara ini patut ditukar sebagai Darul ArRoyyannslah,kan.

Belum habis kempen doa cinta-kawan-cinta-musuh-doa-rakan-taulan-sedara-mara atas Awan, timbul kempen ala-ala cinta juga, iaitu cinta pesakit mental. Namanya sekerat Melayu-sekerat-omputeh---Hipster katanya. Apa ke nama kempennya, tu mak? Hah! Kempen 'to end stigma' pada penyakit mental. Alah ini zaman cyber,kan nak buat kempen senang aje, tinggal ada sambutan atau tidak aje. Kalau dah 25% rakyat mental, hah tentula dapat sambutan. Yang sakit tu pula anak, bini orang kekaya, ada duit segala bagai, hai, menjadi jer. Tak bule nak nafilah ini zaman, zaman duit.

Pemimpin Parti Lawan, cepat jer amik peluang. Pemimpin Pemerintah, sunyi sepi. Ada beraniii???? Tetiba saya teringat cakap-cakap orang kampung kunun PM Semanggol Lonjong sekarang tinggalkan bini tuanya sebab post natal disorder. Hari ini orang kampung kata, padan muka PM bini yang ini lagi gila. Tulah dapat bini lagi besar gila sebab inaya orang tak bersalah.

Itu cakap orang kampung. ntah betul ka tidak tak tahulah. Orang kampung percaya bini PM sekarang bunuh gundik PM dengan bom tangan sampai pecah berkecai badan wanita tersebut. Itu kerja orang gila. Dia boleh saja tembak, cekik, atau bagi racun, tapi dia nak wanita itu pecah berkecai sebagaimana pecah seribunya hati dia agaknya. Orang gila aje yang buat kerja macam itu.

Cerita si Maddie pula, dia sudah gembira. Selain mengkhabarkan saya yang dia sudah ada kerja tetap, dengan membelanja saya makan sempena sambutan hari lahirnya, dia juga cakap sudah ada publisher berkenankan novel kreatif tulisan dia. Dia juga ada bikin blog. Trafic blognya sangat tinggi. Dia ada fan pagenya dan peminat-peminat dia tak sabar menanti novel sulungnya keluar. Maddie ni dari dia duduk rumah Agam lagi,kan hari tu saya dah cerita dia ramai peminat.

Bos dia yang banyak cekadak tu? Bakul sampahkan ajelah. Ada, pun serupa tak ada. janji dia tak busy body nak tau apa aktiviti Maddie lepas waktu berkerja dan baik dalam bagi tips serta komisyen. Gaji tetap tu toksah nak cakap. Memang tak kalah dia bayar dengan gaji pasaran. Memang bos dia tak lokeklah. Gasakla dia nak mencarut,ka memaki-maki, ka, yang penting duit masyuuuukkkkk. Maddie kata setiap kali dia nak menangis sebab kena maki, dia bayangkan komisyen yang dia akan terima kalau lukisan bosnya berjaya dijual. Maddie ada cakap "aku rasa, budak tu bayar dosa dia mencarutkan aku dengan bagi tips" Well, who cares?kheen. Kau dewa Sakti Cinta dalam Drama Petang-petang boleh ubah orang murung jadi ceria, kaki rasuah bertukar kaki penderma, kaki cinta hedonista, bertukar jadi kaki cinta masjid dengan cinta-suci-luhur-kau, ka? Well Maddie sudah cukup "kena basuh" yang dia tiada kuasa ubah perangai orang jadi wali-wali harapan dunia.

Granny cakap "buat apa orang tu, well behave sebab dia tertawan dengan kecantikan kau, keberanian kau melawan budak-budak perempuan gemuk itu, tapi sebenarnya balik belakang derang tetap curi-curi buat maksiat, salur sumbangan tetap pada gerakan budak gemuk?"

Opah macam biasa salah sorang akan tambah garam dan cuka pada luka Maddie dengan menambah
"lebih baik orang yang tunjuk true colour dari orang yang bermuka-muka, musang berbulu ayam, depan kau semua baik, blakang kau---let-go-party--joget--bueh-joget---lambak, melambak segala bagai?"

Tetiba ketika baring-baring di rumah Maddie, sebelum pulang ke ladang saya, Maddie tanya, kau percaya,ka manusia boleh berubah jadi positif sebab cinta? Saya angkat kening, Saya, ntah? tak tahu, dan tak pernah fikir. Saya jawab sepatah "ntah" Lepas itu saya sambung "boleh kut, mestilah boleh,kan sebab cinta dibalas cinta. maksud aku kalau kau cinta dan sayangkan bos engkau, bos engkau akan sayang kau balik, dengan cara bagi kau tips lebih. tapi nama dia nak bertukar jadi macam hero poyo kau macam dalam drama '7 hari mencintaimu', aku nasihatkan kau, baik kau berhenti beranganlah, Kau pergilah cari lelaki macam si Annan tu.hehehe. tapi kau jangan kacau Annan tau, dia sudah bertunang dan akan kawen hujung tahun ini"

Tika ini saya tengah baring-baring dengan Bobo...dan anak-anak dia. Ada dua ekor, Mini dan Nini Kesian Bobo bini dia tinggalkannya untuk bersama jantan lain. Ntah tak taula apa salah si Bobo tu. Agaknya terlalu pandai meniru manusia, dah rupa tak serupa hanjing dah, bini pun lari ikut jantan lain yang betul-betul anjing

Saya juga terfikir sejenak pasal si Maddie, tetiba aje. Saya terfikir, ka dia rasa dia boleh ubah bos dia dengan cinta? Saya ketawa seorang diri. Saya teringat aunty Gaia yang cantik dan lemah gemalai itu. Cinta? Cinta tak boleh ubah uncle jadi hero “7 hari mencintaimu”. Akhirnya dia lari bersama lelaki yang memiliki ciri-ciri “7 hari mencintaimu”.  Hingga kini kami tak tahu ke mana dia pergi. Eh takkanlah tak tahu? Tahu, cuma tak mahu ambil tahu, sahaja. Dia sudah membuang kami kerana cintanya, jadi antara kami sudah tidak ada hubungan lagi.


Tuesday, February 7, 2017

My Paranoid 2

eh mana aci, cerita Hasmah aje. Cerita Rosmah apalah pula?

Rosmah yang betul sudah disimpan Dajjal dalam perjalanan pulang dari kuliah masa dia masih belajar di UK berpuluh tahun yang lalu. Tika itu musim salji. Sejuk. Rosmah nangis sambil berjalan tanpa arah tujuan di dalam sebuah taman. Dia jadi tidak keruan kerana kekasih hatinya terpaksa kawen dengan pilihan keluarga. Kekasihnya janji untuk jadikan Rosmah bini kedua, tapi Rosmah terlalu sedih untuk percaya pada janji lelaki, kalau dia percaya pun dia tak mau hidup bermadu. Tanpa hirau salji kian melebat, dia menangis sampai pengsan. Dajjal jumpa dia yang kepengsanan itu dan bawa dia pulang ke markas. Selepas sedar Dajjal yang merupai nenek baik, suruh dia bercerita. Maka bercerita-ceriterlah si Rosmah ini. Nenek tua dapat idea. Bersinar-sinar mata nenek.

Nenek sudah ada rencana agenda besar. Nenek tanya Rosmah, "kalau nenek kata nenek boleh tolong kau dapatkan semula kekasih kau hanya untuk kau seorang, tanpa perlu kongsi, bagaimana? Tapi dengan satu syarat"

Rosmah suka dan tak kisah dah apa syarat nenek. Nenek amik sebahagian dari tubuh Rosmah dan bikin klon Rosmah. Rosmah yang betul dah mati dah. Jasadnya aje Nenek awet dan simpan dalam tempayan. Rosmah yang ada kini memang perompak jahat pun, Perompak, agendanya nak merompak, jadi dia tak de rasa bersalahpun kalau merompak RMbillion-billion. Bila tak bersalah, manalah nak ada resah gelisahnya? Lagi banyak dia boleh rompak, lagi gembira, sihat dan segar bugarlah dia.

* ini cuma cerita rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang mati.

Monday, February 6, 2017

My Paranoid

Ini paranoid aje ya.... bukan betul pun. Kebetulan semalam saya jumpa Pakar Perubatan di hospital Putrajaya. Kalau dulu jumpa Doktor saya jarang cakap-cakap, kali ini suka pula saya bercakap. Saya rasa saya sudah agak pulihlah tu. Sejak saya lulus Diploma dengan Cemerlang dan tamat bikin Ijazah Sarjana Muda, keyakinan diri mula menumbuh ditambah sekarang ini banyak kempen-kempen kesedaran mental. Bukanlah dulu saya tak yakin diri, cuma saya seboleh mungkin tak mau orang tahu saya mendapatkan rawatan mental di hospital.

Dengan Doktor kau boleh cakap apa aje macam kau tak suka Putrajaya, kau suka Sabah sebab Sabah kau boleh main dengan anjing, puas-puas. Kau suka anjing sebab anjing bikin berat badan kau maintain sebab kau kena main kejar-kejar dengannya atau bikin walk dog jika kau tak nak anjing kau terlalu teruja panjat dan jilat muka kau atau mentonyoh-tonyohkan hidungnya yang basah ke betis dan peha engkau hehehe Putrajaya ni tak ada anjing nak kau kejar dan berat badan kau dah naik nak dekat 10kg dalam masa tak sampai setengah tahun. Kau boleh cakap juga kau takut dengan bos, opis mate engkau di Putrajaya yang suka upload tazkirah dalam watsap sebab kau rasa bos engkau tahu kau suka main dengan anjing. Kau Paraniod yang Putrajaya ini dipenuhi ustaz dan ustazah jadi-jadian. Semua ustaz-ustazah ini mau kau kawen dengan Jaga Masjid hehehe.... Kau boleh cakap, cakap, cakap apa-apa kau nak cakaplah dengan Doktor engkau.

Kau pun merapik-merabanlah kunun Jaga Masjid yang jauh lebih muda dari engkau. dah kumpul banyak duit dah nak tunggu nak kawen. Dia rajin. Kau rasa ini konspirasi nak bawa kau ke jalan yang benar sebab mereka rasa kau dah kafir dah sebab suka sangat main anjing, sampai malam-malam tidur pun kau termimpi-mimpi main kejar-kejar dengan Anjing dalam taman bunga. Doktor kau akan diam-diam-diam....sebab kalau diapun rasa "kau ingat kau tu sapa? Dah eloklah tu, pergi ajelah cuba nasib dengan jaga tu, kut-kut dia mau, ada orang nak jaga kau, senang kau juga. ntah2 dia pun tak hingin, yang kau meroyan sampai tak nak masuk Masjid, tu, dah kenapa?" dia tetap diam sebab ini hanya sebuah paranoid bukan sebuah masalah yang patut ditimbang-tara jalan penyelesaiannya. Sini juga tak de jual-khidmat terapi sex sebagai ubat sakit mental, Hospital ini hanya tawar anti-psikosis untuk mengubat sakit mental.


"****
i.

Saya ada masuk satu group mental dalam FB. Group ini suruh kita berkicau "apa yang bikin kau rasa tak siok sebab sakit" Sebab saya tak de akaun tweeter saya tulis sikit di sini

Saya rasa tak siok bila orang cakap kalau baca Quran kalau sembahyang, ie dekat dengan tuhan tapi masih juga pergi jumpa Dr Mental, masih makan ubat hospital, ada sesuatu yang tak kena dengan ibadah anda.

ii.

Saya perhati ada ramai orang mengimbangi kestabilan mental mereka dengan mengamalkan "defense mechanism" yang kuat. Contoh bagaimana kau rasa orang yang bikin fraud berbillion-billion boleh tidur lelap malam-malam? Bukan macam engkau, baru makan kueh pau sebiji tapi lupa nak bayar dah tak boleh tidur lena malam-malam. Malam-malam buat orang terkejut, jer,  mengigau Pau Cendawan-Pau Cendawan. Dia boleh tidur lelap sebab kubu defensenya kuat, justifikasi terhadap perbuatan terkutuknya juga kuat. Apa justifikasinya? Ntah... mestilah ada tu. Contohlah ini contoh haje eh..contoh dari novel analisa-psiko saya yang masih dalam pembikinan. Siti Hasmah,lah kan.  Laki dia pun fraud macam Laki Rosmah (contoh juga bukan betul-betul ya, Kalau Hasmah tadi protaganis, antogonisnya saya bagi namanya sebagai Rosmah). Hasmah cakap laki saya hari tu main perang-perang dengan kafir harbi FOREX. Kami berjihad bersungguh-sungguh menentang mereka. Suami saya adalah Panglima Perang yang bijak dan licik, kami mau tawan FOREX dan syariah compliancekan sistem kewangan Dunia. Sejata kami ialah RM billion-billion yang disimpan dalam Rezab bank Pusat. Kami sudah hampir berjaya tapi malangnya Soros main kotor, buat pakatan dengan Dajjal. Keputusannya Dajjal menang, suami saya kalah.

Hasmah cakap lagi, dia dikahwenkan dengan lakinya di bawah payung pelangi wahyu langit. Tika itu wahyu turun bersama hujan rintik-rintik-rintik, tik-tik-tik sikit-sikit jadi hujan lebat. Hasmah keluarkan baju hujan dari beg galas yang disandangnya. Mereka dalam perjalanan pulang dari kuliah ke hostel. Laki dia tak nak sebab baju hujan sehelai saje. Mereka bergaduh-gaduh kecil, "awaklah pakai" kata laki Hasmah yang belum jadi laki, cuma jadi rakan sekuliah saja dengan penuh KESIPUAN. Malu dia, baju hujanpun tak mampu nak beli. Dia budak kampung. Kalau hujan pakai payung daun pisang aje... Aduh KESIPUAN sungguh. Hasmah pula anak bangsawan Melayu terkenal. Dia cakap "awaklah pakai sebab anti bodi saya kuat, tiap-tiap hari saya ambil vitamin C, ambik Scott Emulsion, anti-bodi awak tak kuat, awak senang kena demam" dalam awak-lah-pakai-tak-moh-awaklah-pakai, hujan rintik pun jadi lebat....jadi mereka pun basah bersama-sama. Tapi sebab cinta ini wahyu dari langit, mereka tak demam...

Hari ini mereka repeat memori baju-hujan dengan Hasmah berjalan megah memimpin laki tercinta langitnya dalam hujan rintik-rintik bersama penyokongnya. Mereka dalam jihad mendesak Laki Rosmah supaya berhenti kerja main SUKUK 1MDB. Rosmah kerasukan Dajjal mencuri duit Negara, melakukan cuci-gubahan wang haram melalui mesin 1MDB.

Sunday, February 5, 2017

Bangun Pagi Gosok Gigi

Tiba-tiba saya rasa saya tak akan dapat kawen dengan orang kaya. Kenapa? Well saya pusing-pusing, tengok-tengok sekeliling, kawan-kawan saya semua orang kije gomen. Jadi pusing-sini-pusing-sana, manalah orang kije gomen boleh jadi kaya-raya, melainkan, ehem ehem....ya bijak, dia commit Fraud.

Saya dah drop satu doa, iaitu doa nak kawen orang kaya hehehe.... Kiranya jadilah saya nak kawen dengan Pak Gurd tu? Tak juga, uish, gurd tu muda bebeno... kita cari sama-sama kije gomen yang sama-sama baya saja sudahlah. Doa dapat orang gomen-gomen yang jujur walau tak kaya. Abeh, kata orang gomen suka fraud. Tak semua orang yang kije gomen jaga kewangan. Lebih ramai yang tak jaga duit pun.

Thursday, February 2, 2017

Menilik Gambar

Salah satu kegemaran orang yang minat politik yang pro-pembangkang, iaitu PAS, ialah menganalisa dan menilik gambar. Pantang ada gambar pemimpin UMNO yang keluar dalam Utusan yang mereka panggil UTUSAN MELOYA, mesti diamati betul-betul. Kalau ada ekspresi muka yang boleh dikata pemimpin bengang for each other---Presiden bengang pada Vice Presiden, vise-versa, pasti riuh.

Apa pasal ntah minat, suka tengok orang berbengangan antara satu sama lain, saya pun heran. Rupanya perbuatan ini adalah bersifat global. Orang Amerika pun bikin. Siap ditulis nama siapakah gerangannya yang bikin analisa itu. Tapi cerita Amerika ini pasal Tuan Presiden dan isterinya. Kununlah mereka tak happy bersama. Analisa Timbalan Presiden tak puas hati dengan Presiden belum keluar lagi.

Hah, sini pun sama juga. Pasal Presiden UMNO dan isteri Presiden UMNO, memang 'bahan' menjadi. Wan Azizah jer yang syumul lagi ideal. Isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga unggul. Tapi sayang, yang satu tu memang tak akan jadi Wanita Pertama Negara, yang sorang lagi tu, ntahlah. Alahai, kesian kadang tu dengan kaki-kaki tilik, ini,kan kasilah kak Wan tu merasa jadi Dewi Serikandi Cinta yang menyelimuti pemimpin sehebat Muhammad SAW.

Apa sebenarnya saya nak cerita, nih, Yang sebenarnya saya nak cakap, orang ni, tak kira omputeh, ka , Melayu ka, perangai sama sahaja. Perangai orang yang tak redho dengan ketetapan Tuhan yang siPolan, si Polanah jadi orang besar sebab mereka rasa ada orang lain yang lebih layak memang sama sebijik, sebijan. Kalau betul hebat kenapa Tuhan bagi yang tak hebat menang? Cubalah bawa-bawa fikir sikit,lah,kan.

Kalau di Malaysia sapa yang tak puas hati? Puak-puak yang  minat poligami isteri 4, wanita seindah hiasan, sambut laki balik kije, dengan sebelah tangan singsing kain, paras peha, sebelah tangan pegang rotan. Psst---psst-- gossip Siti Lezerinas sikit ek-- Mak-mak, makcik-makcik kita, typikal orang Melayu kampung--Pantai Barat, laki balik kije, masuk dapur singsing lengan buat air teh tarik ka, kupi susu,kan minum petang. Buat goreng pisang, goreng cekodok, cucur udang ka hapa,kan kan, kasi makan sedap-sedap. Balik kije dah penat, kasi releks-releks sambil kupi-kupi, ngeteh-ngeteh. Besok boleh pergi kije kuat-kuat, bikin wang banyak-banyak, boleh beli langsir, perabut, lukisan, bunga, hias rumah tu cantik-cantik,kan....derang, ropenya, balik kije, penat-penat ajak romen. Asyik beromen jer, bukannya ingat nak ke dapur kasi laki makan! Kasi minum air sejuk segelas, jak! Esok nak gi kije pun tak de mood, takut reput tulang. Yang engkau tu pula laki lapar kau selak kain, dapur tak berasap--selak, laki marah--selak kain, Erkkk...Selak kain aje ke solusi yang kau ada?  Eishhh... mak tuan aiiii patutlah, kalau kereta asyik lenjan, tak de rehat, itula yang jadi orang pakai kereta satu, sampai mati, laki kau tak sampai 5 tahun dah nak hadiahkan kau kereta baru, dengan nama timang-timangannya--si'Payung Emas.'

Ok enuf membebelkan makcik selak kain, yang saya tulis dengan perasaan--dendam--peribadi, falasi hasty generalisation. Iyalah,kan dalam zaman barang di pasaran semua naik, barang kat rumah tak reti nak naik-naik, dahla tak naik berani pula melengkau, tidur--mengulau, makcik singsing--singsing-lengan-Pantai-Barat pun, boleh terkucil jadi menyinga-nyinga tak puas hati juga. Marilah berbalik pasal Amerika. Di Amerika ni, siapa pula yang tak puas hati? Tak tahulah, tapi yang pasti, puak-puak yang takut Presiden tunaikan janji perang Pengguguran, Perang Perkahwinan sesama jantina sudah berkeriuk-keridau risau--dan--resah.

Wednesday, February 1, 2017

Maaf, Kerna Melukakan

I've talked to other friend, about a friend who was so upset with my art. My friend told me to do the things that I like and told me sometimes women has "her day". Don't overly think about her resentment/bitterness, her "sekular-liberal-wannabe" accusation.

I even told my Enche about it. Enche was also upset. Her initial reaction was

"sedihkan, bila dah tua-tua macam ini, orang muda kata kita begitu"

But after a week we choose not to think so much about "the secular-secular-things". It's the way some of us see those who like (to the point of obsessed) about pretty-pretty things. We went to Jalan TAR, KL for her daughter's wedding preparation. We can joked "see, what a secular-liberal we are!" when her daughter, was so fussy about her "Baju Nikah" and have to travel all the way to KL as she couldn't find the suitable one in Malacca.

Deep down inside I am still hurt about the blunder. So does my Enche, I suppose.

However, life must go on, and I choose to follow my friend's advise to do things that we like to do, and don't bother so much about what others might think. So, here I am, experimenting with my new project. hehehe...