Thursday, January 21, 2016

Kisah Perempuan Cantik Bernama Melur

2016 ni macam tak  ada issue yang menarik untuk dihendap (stalk), di”follow”. Semua macam dah basi. Mungkin saya tidak ada apa-apa untuk dicatatkan dalam jurnal ini, selepas ini. Kita sebenarnya gadis yang cantik, jadi gadis cantik tak perlu berfikir, kita cuma pilih lelaki yang betul untuk kita tiduri.

Kita yang cantik itu hanyalah perbandingan saja, janganlah dibaca secara harfiah, sebab kalau literal nanti pasti ko muntah hijau sebab yang menaip ni biasa-biasa aje. Tak cantik langsung! Mak dia selalu cakap, lelaki nak pandang pun tak selera. Dia ni nak pakai bedak pun malas. Dia tak malas tapi dia berdelusi ada saintis cakap kalau dia pakai bedak nanti pori-pori di mukanya tersumbat  tak bernafas nanti boleh mati.

Ok berbalik pasal gadis cantik yang tak perlu berfikir itu. Siapakah si cantik manis yang jadi rebutan dua gergasi dunia itu? Sapalah lagi kalau tak Negara kita, Malaysia, ini. Jadi gadis cantik memang best, tapi kalau dah jadi rebutan, gadis boleh bingung. Kalau kita perhati iklim politik sekarang macam gadis ini tidur dengan kedua-duanya sekali hahaha…

Sebelum saya menaip lebih lagi, mari saya khabarkan siapa lelaki yang berebutkan gadis cantik ini. Saya bubuh lelaki A dan C. A – dari pertamadunan Anglo-Amerika, tapi saya suka nak panggil abang Greenback. So tukar A jadi Greenback (GB), C pula yang antisemitism seperti German, Cina apa eh lagi satu ntah. Anti (GB). Dua kuasa besar gabungan ini berminatkaaaaaan….oh mari kita panggil di Melur, Melur si Pengarah Melur Inc.

All right now we have Melur, Abang GB dan apa ah nak namakan anti-yahudi ni eh. Hah Abang Penyelamat hahaha, nama pendek abang Hero. Saya namakan penyelamat di sini sebab rakyat Melur majoritinya beragama Islam, Islam = anti-semitic, anti-Semitic = Islam? Persepsi? Whatever. Kenapa saya kata Melur tidur dengan kedua-duanya sekali….pertama Melur jual banyak asset dalam syarikat pelaburan strategiknya pada Abang Hero, dalam masa yang sama Melur sedang mau menandatangi perjanjian perdagangan bebas dengan Abang GB, walau majority rakyat Melur tak suka berjanji-janji dengan Abang GB. Tapi kenapa Melur buat juga. Seperti yang telah saya kata tadi, Melur perempuan cantik, dia tak perlu berfikir, dia cuma perlu “flirt”/membelai jiwa peminat-peminat dia.

Tapi kini hanya ada satu masalah ni….Masalah besar ni. Ada pula tok Imam, atau tok Majlis tetua kacau daun dengan skrip watak mau selamat maruah si Melur yang sudah lari dari landasan seorang perempuan timur yang baik. Tok Majlis Tetua inilah sekarang yang seperti jadi batu penghalang untuk Melur terus buat apa yang dia suka.

Berjayakan Tuk Majlis Tetua? Sesungguhnya saya malas mau follow dah cerita perempuan cantik ini,  sebab sapapun yang menang, Melur tetap perempuan cantik yang tidak perlu jadi director dalam ertikata sebenar-benarnya seorang Pengarah. Kalau Tuk Majlis menang pun Melur tak perlu Direct Melur Inc, sebab Tuk Majlis akan buat kerja tu untuk dia.

Cuma sebagai peminat undang-undang, Undang-Undang Syarikat kata Pengarah Syarikat biarlah jangan umurnya lebih 75 tahun. Kalau nak lebih juga kenalah ada surat doktor. Tuk Majlis sudah limpas umur ini. Dari orang tua yang mengarah, biarlah Melur terus memain-mainkan perasaan Abang GB dan Abang Hero. Sebab orang tua tu tak lama lagi nak mati. Kalau mati separuh jalan, Melur kena berbalik semula pada Abang GB dan Abang Hero.

Wednesday, January 20, 2016

EMPATI

Hari ini mari kita layan catatan sepi dari kawan-kawan saya….krik, krik, krik….saya sudah minta izin mau bubuh dalam catatan jurnal saya, siap saya deraf dulu. Keizinan itu penting, walau ini cuma jurnal peribadi.  

Catatan 1:- Zahara
(Jika minat nak kenal dia, boleh cuba nasib dengan mengklik pautan ini)

"Kita bertemu tapi tidak memandang
kita bersua tapi tiada bicara
Sepi pun meraja suasana
tik ... tik ... tik..
begitu perlahan masa yang berlalu
engkau enggan mengatur kata
namun jiwaku tidak henti memandang kamu
hatiku tidak henti mengungkap bicara tentang kamu
walau bibirku juga membisu dan mataku menunduk
aku akur kehendakmu
Tuhan,
Engkau yang memegang hati dia
Engkau yang upaya memujuk hati dia
padamkan amarahnya
surutkan rajuknya
tiada dayaku melainkan kuasa-Mu."


Catatan 2:-  Lily
(Klik sini kalau suka mau baca tulisan Lily boleh juga klik sini untuk sampai ke FB beliau.  Lily seorang penulis yang berbakat)

Hujan dan kita cuma perlu dua cangkir kopi panas untuk mabuk-mabuk cinta bersama. Hujan dan kita sekadar perlukan sekaki payung kertas untuk bersiar-siar bersama.
Atau kita boleh meredah rintiknya dan kebasahan bersama. 
Esok, kita akan bersama mencari paracetamol, antibiotik dan priton dari farmasi atau premis tujuh sebelas
Hujan, dan kita boleh pilih selimut tebal untuk baring-baring di bawahnya; dan kucing kesayangan kita menumpang di antaranya. 
Tapi
Kau pilih untuk merewang entah ke mana-mana dan meninggalkan aku dengan sebuah laptop yang maha bisu. Aku masih berharap, masih bermimpi tentang engkau.
Hujan,terkini kau pilih gajet telefon pintar. Dan aku pilih TV sampah teknologi yang semakin berinovasi

Nota kecil:- Apa yang saya suka mungkin anda suka juga. Saya Sanguine kepoh cuba mau mengamal salah satu dari 7 habits of an effective people iaitu “seek to understand”. Yup we are seeking to understand mereka yang introvert. While mereka yang introvert mungkin cuba beradaptasi dengan Sanguine yang taklah berapa pandai atau rajin, ala biasa-biasa, suam-suam kuku jer (kadang tu tahap bodoh piang pun ada gak eh, jadi menteri plak tuh, punyala pemalas mau berfikir nak selesaikan masalah rakyat, disuruhnya rakyat bawa bekal gi kerja, masak nasi goreng!) tapi boleh keep moving-on with life biar berbakul-bakul sumpah seranah orang lemparkan kepadanya.


Apapun kesukaan kita, kena berpada-pada. Nietzsche kata it is a girl romantic dream to be a saviour, but this good intention, can sometimes suffocates orang yang u cuba mau gembirakan itewww.  Jangan bussy body sangat, jangan over-over rasa yang  u can take away people’s pain, or loneliness, nanti jadi seorang monster yang sangat menyakitkan. Itu kata Nietzsche bukan I. I repharase aje ikut apa yang I faham, kalau lari jangan marah. Kita cuba nak kata hidup dalam zaman ini, ada masa kita kene slamber jet macam Dato’ Vida, tapi tu kalau semua benda nak jadi macam dia….wowOhhhh, terlalu Americanisasilah pula kita ini. Silap haribulan boleh membunuh acuan kita sendiri. What it is like to be a Malay, pun, Malay tu mana rope eh, sudah tidak  kita ketahui. 

Ada ketika dan waktunya kita kena buat pekak, muka poker dan teruskan berjalan, .......

ada ketikanya pula kita kena berhenti sekejap dan marah-marah sikit.

Wednesday, January 13, 2016

Online Victim...

Berhati-hati ketika beronline....itu sajalah yang boleh kita pesan. Bila benda dah berlaku sudah ada pemangsa dan yang jadi mangsa, lepas itu, apa?

Held your head high and keep on walking....prasan ala-ala Datuk Vida gitu.
Saya pernah jadi mangsa, mungkin juga sayalah dulu yang memangsakan orang secara tanpa saya sedari. Mujur tak viral. Tapi perasaan sebagai mangsa tu memang teruklah. Lama-lama ok. Nak cerita pasal luka memang tak ada, parut ntah. Saya percaya setiap berlaku ada hikmahnya. Kalau tak kerana itu saya tidak pergi sambung belajar dan dapat jawatan setakuk lebih baik dari dulu.

People make mistake, I do make mistake, so minta maaf dan moving on with life. Saya tidak ada simpan apa-apa perasaan dendam atau benci. Buat apa mau benci-benci, kita sesama Islam ini bersaudara. I do make an effort to see them off-line, ada berjaya ada masih belum lagi,  Kadang tu dalam online macam nak berbunuh, bila jumpa off-line boleh berpeluk-peluk, begitulah kita manusia, ini seadanya. Kita makhluk pencinta, bukan pembenci, apatah lagi membunuh. Do I need to show it online as prove that we forgive each other dan tidak simpan apa-apa perasaan benci? Pada saya tak payahlah....just kita-kita aje yang tahu, saya gembira yang kamu telah maafkan saya.

Satu saja pesan saya, no matter how horrible your online image, no matter what had happend-on-line, just keep moving, held your head high and focus on the off-line world. Itu yang paling penting, lama-lama benda akan dengan sendirinya jadi ok.

Tuesday, January 12, 2016

DOSA

Cubaan terbesar dalam perjalanan seorang Pencinta Asyik adalah merasa diri itu lebih hebat. Lebih-lebih lagi kau seorang Melayu dan asyik-asyik muka engkau aje yang skor Matematik dalam kelas. Tak padahal masa Sekolah Sains dulu matematik engkau suam-suam kuku aje. Ramai yang gagal pada peringkat ini. Ada juga yang angkat bendera putih dan forget about the whole thing and lead a life like normal people. Dalam apa bidang pun ada cabaran dan dugaan, itulah sebabnya tak semua yang berkumpul di syurga tu nanti adalah ahli sufi. Pelacur pun ada tinggal dalam sana. 
Well gambar atas ni tak de kene-mengenapun dengan cerita semalam. Saya suka.  Banyak benda saya suka tapi terpaksa saya tinggalkan. Saya ini anak sedara ustaz, so korang tahulah,kan orang agama ni memang kami ada banyak jangan-jangan-jangan-jangan....

My uncle open minded sebenarnya, even if you tell him you want to be a vet, and you have to treat a dog pun he'll be ok. The dog is sick, you are chosen to take care of him or her, why should you reject it? After you treat it, you samaklah diri u. So, what's the problem?

ok sambung cerita semalam....I have a friend who have a daughter who  love to draw and each year her drawing becoming more and more refine and perfect. She post quite a number of her daughter's drawings on FB. One of them is from canine family. Alah, tetiba apapasal mak mengada-ngada cakap omputeh ni, ok cakap bahasa orang Melaka kepohlah heh! bahasa jiran-jiran I. I no-no-no-no. I talk like anak ustaz-ustazah, suppose to talk, berlapik-lapik berpantun-pantun gitu hah! iyer kerr, taklah saya tipu jak, most of the time we just listen and keep our mouth shut. We only talk to those who are close to us. hahaha

Ni hah I tiru gaya Cik Kiah CNN kampung taksub perasan bagus ok, "hah adik Non, anak dia lukis serigala anjing segala bagai hah! Najis! Najis! Najis Mughalazah tu! cepat-cepatlah engkau unfriend mak dia tu hah jangan kawan lagi. Dah rosak kawan kau tuh! Itulah nikah dengan askar gomen ni memang tak guna! Gomen kasi makan apa tah tu! bla bla bla bla....."

We do have people like Cik Kiah ni. I choose to support my friend's effort in promoting her daughter's skill. I don't know why. How ever, I feel scared as I am already go against Cik Kiah's motion. hmmm...then I saw the Pelangi. I know God is not angry with me, but I am worried about what Cik Kiah is going to say about me, not supporting her course.

Luckily Cik Kiah only live in my fantasy. In real life I don't share passion and interest with some one like her.  Someone like her may told you that I am used to be her colleague, or acquaintance. I wear the same clothes like her, with baju kurung dan tudung labuh, I resemble Muslimah PAS, more then my FB friend with a talented daughter who draw a canine, thus I am her rafik, rakan seperjuangannya, sehati sejiwa. May be it is true, as in this course of life I've met a lot of people, I used to work for a Madrasah, even tadika Islam pun, but it does not mean I hold the same value as to those who wears attire like I am wearing.

Monday, January 11, 2016

PAGI, PETANG, PELANGI

Ada 2 perkara yang mau saya tulis ops taip, blogkan iaitu....
1) Proton vs Perodua
2) UEM vs 1MDB

Tapi saya dalam mood untuk membongkak ala-ala ko ada? pula pada hari ini. Semalam pagi, petang saya nampak pelangi. On the way to d' office and the soonest I've reached home. Well basically it is not my home but my office mate's home. I just "jaga" the home for a week. My mate is on vacation, abroad, so she asked me and the other mate to stay at her house as she has several cats that she cannot bring along to the trip.

so... guys enjoy the picture.

Pelangi Petang ni tak berapa jelas sangat. saya hanya perasankannya tika saya mo memangga pintu pagar rumah

This is where, when I first spot my pelangi pagi

Lepas tu kami limpas Airport

Turun fly-over depan Airport eh bukan...bukan, bukan tapi flyover yang jika kau tidak naikinya, kau akan sampai ke Tanjung Aru

hah ni dah nak dekat Sutra Habour...

Matahari makin meninggi, langit makin membiru, warna pelangi makin jelas
For those of you yang cakap, apa kebenda alah yang best sangat pasal pelangi ni? Suka hati sayalah nak tunjuk gambar apa pun,kan. Well, it is not about the pelangi, but my feeling. The night before, I watched news on TV3, they told us about El Nino, Sabah going to be the hottest place in Malaysia.The next day both on my way (to and back from) the office hujan turun merintik, membiaskan pelangi. So how would you feel if you experience the same thing that I've gone through a couple of days ago?  I don't know about you, but I sense a good omen, God is not angry at me despite the mischievous deed that I've done recently.

But I believe you might be angry or upset if I let you know what have I done today, yesterday morning and few days ago....what have I done?

(sambung esok)

Sunday, January 10, 2016

YEAR 2020

Course mate saya dalam lingkungan bawah 30 bersungut pasal tiket ERL yang tiba-tiba naik mencanak dari RM35 ke RMntah. tapi tinggilah. Dia banding Malaysia dengan Jepun, banding lagi gaji purata orang Jepun dan Malaysia. Saya tak ingat berapa gaji kita di sini. RM15 ka RM20 (eh bukan ka RM3.50...RM3.80 kalau kerja KFC?) per hrs...sedangkan Jepun katanya dalam RMntah tapi tinggilah...carian internet menunjukkan dalam 2015 gaji sejam di Jepun ialah 780 Yen.

Kita tak usahlah sibuk banding-banding gaji orang, gaji kita berapa ya? Saya syukur diberi faham dengan kegedikan PM kita mau kejar kedudukan Negara Maju pada 2020. Akauntan siap kira lagi kalau dah maju esok gaji RM4,000.00 sebulan tu biasa-biasa aje. Masa tu gaji saya kalau ikut surat tawaran tak termasuk elaun ialah RM500.00 plus plus. Tahun tu tahun 2000. Tidak pulalah saya rasa apa-apa risau ka apa,kan. Memang tak risau satu habuk pun. 

Masuk dalam tahun 7, 8 berkerja, mulalah sibuk Akauntan cakap pasal sistem perakaunan Akruan. Apa Akruan ni? Tak payah pening, dia gini kalau kerja cikgu mau dapat taraf maju kena ada "x" bilang guru bagi "YY" bilangan murid, jadi dalam bidang kewangan untuk maju kena guna sistem Akruan. Wajib ka? Rasanya tidak. Tapi semua negara maju guna sistem ini. Jadi untuk tujuan keseragaman kita kena guna juga. Wawasan 2020 diulang lagi sekali. Ada tawaran sambung belajar separuh gaji bagi yang minat untuk memajukan diri dalam kerjaya. Saya pohon dan alhamdulilah diterima. Lepas belajar tak terus naik pangkat, kena bersaing dengan graduan lain. Kira pergi cuti dan belajar ni seiklas hati saja, meningkat ilmu pengetahuan.

Balik belajar, walau masih kerani cabuk tapi diberi kepercayaan masuk team bajet. Pergi ceramah bajet, seminar, bengkel semua. Bila dah sebut bajet maka diulang-ulang lagilah pasal wawasan 2020. Diberikan gambaran kedudukan prestasi negara dalam mengejar wawasan ini. Kalau dulu saya tak ambil port sebab saya kata Tun M Perdana Menteri kita pada masa tu "psiko kuat berangan" lagi mengada-ngada minta puji hahaha. Tapi bila saya lihat Akauntan begitu gigih berceramah dengan slide, carta, graf, data segala bagai, Rekod pencapaian semasa, tahun lalu, penjajaran semula dan lain-lain, tiba-tiba penceramah bertukar wajah jadi Ejen Hanratty dalam felem "Catch Me if You Can" mengejek saya yang tiba-tiba sudah jadi Frank Abagnalelah pula "oh... remember, government always win, knock, knock ha ha ha ha". yeah... yeah... yeah... yeah, government always win. Hah ingat tu.

Kerajaan akan menang dalam misi menukar taraf Malaysia ke Negara Maju dalam tahun 2020 nanti. So what if I fail to get basic pay of RM4,000 a month? Well cut down your expenses, bawa bekal ke pejabat, you idiot!"

But RM4,000 is ridiculous!" apa yang ridiculous? Saya yang pekak tak ikut kursus/ceramah 9 cabaran wawasan 2020 betul-betul. Ko tengok tu Datuk Vida umur 44 tahun, sales dia satu jam jah dah berapa. Jangan dengki nak muntah hijau tengok gaya dia yang over tu. Tengok apa rahsia dia? ha dia kata dia solat hajat 10x sehari, solat sunat Dhuha tak tinggal, zikir dan doa pun tak tinggal. Ko ada? Janganlah nak dok paraniod kunun ini propagada buatan Dajjal dan dok harap-harap tak lama lagi dia pun sama tenggelam macam Dato' JusMate 5, atau novelis pop budak setan Akhdiat Akashya. Cuba dulu buat amalan ritual yang dia lakukan dengan tak payah ambil cuti ka hapa. Buat tiap-tiap hari, terbuat ka awak?

Saya honestly saya memang tak terbuatlah, sunat Qabliah, ba'diah pun ikut ikut mood....jadi sesuailah sangatlah tu pagi hari bangun awal siapkan bekalan ke pejabat dan telan liur jak tengok orang mewah-mewah tunjuk barang shopping mahal-mahal, kereta, rumah mahal-mahal, kembara, melancong sertat dunia....janganlah nak dengki ka apa ka. Life saya sekarang pun best apa? "I love my job" bak kata Ejen Hanratty pun. Tak pe if some of you, great thinker wannabe, out there think we are KELDAI. Life as goverment auditor is like shit, running around mengejar evidence untuk issue yang kadang-kadang kita pun tak faham ntah apa tah issuenya untuk Ketua Audit Negara  tapi "Goverment always win" ingat tu!!! hehehe

In business also, ada orang yang tugasnya untuk bikin orang business makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena... Can we just be happy for whatever you have?
hah!, kan.....

Jadi kalau boleh tu sama-samalah kita  kurangkan-kurangkanlah rasa nak meluat-meluat, kata si anu, si anu, si anu. Ceria-cerialah selalu. Rasa nak marah, nak kutuk orang, nak salahkan orang sebab kamu susah, ingat Datuk Vida. "Qu Puteh Qu Puteh barulah Puteh....muaahhhhs" Ingat Dato kata apa? Jangan putus asa sama tuhan, zikir, doa jadikan amalan.

Thursday, January 7, 2016

Bawa Bekal

Saya jangka 2016 bakal saya lalui dengan mudah, biasa-biasa, tenang tidak mencemaskan. Rasa 2016 akan menjadi satu tahun yang plain, tak ada keluh-kesah, tak de bengang-bengang, tak de sakit-sakit hati, komplen sana, komplen sini, bikin sendat dada sahaja. Itulah yang kita mau bila usia udah menginjak 40-an ini, kalau dada selalu sendat, aliran darah makin slow, jantung boleh koyak-rabak, serangan jantung ohhh...

Pasal ekonomi, pasal kesukaran hidup kerana barang semua naik, ekonomi negara pula dijangka akan lebih lembab dari tahun sebelumnya itu sudah dalam ramalan dan sudah saya sedia secara mentalnya. 2016 akan jadi tahun sukar tapi okla bolelah....kan.

Sebelum masuk 2016 saya ada sembang dengan ahli keluarga. Sebenarnya lebih kepada mengeluh, "hai apalah nak jadi negara ni, barang makin naik, cukai makin tinggi" 

Seperti biasa saya akan pertahankan GST. Saya kata cukai tak salah, sistem tak salah, orang dalam sistem, atau pengendali sistem mungkin tidak bersedia, atau mungkinlah ada masalahnya di situ. Rahsuah, barangkali, well barangkali. Seperti yang dijanji dengan GST memang ada yang kena cukai, tapi ada juga barang yang patut harganya turun. Namun setelah pelaksanaannya semua naik, tak ada turun. Macam mana tu? Bukan kita tak ada badan yang patut memantau perkara ini, tapi dari dulu sampailah kini barang makin lama, makin tinggi harga. Lepas tu kita bercakap pasal peniaga tamak yang menyorokkan barang, dan macam-macamlah lagi. Apa kerajaan buat?

Elok mau sesuka hati meletakkan kesalahan pada KPDNKK, virallah pula berita ini. Kita harap mereka kerja kuat, pastikan barang yang patut turun harga, turun harganya....tapi malang sungguh mereka kata pula bajet mereka kena potong...so kalau bajet kena potong duduk-duduk ajelah eh dalam opis masak-masak. Ada yang kata ini  fitna, tak betul, boleh rujuk sini dan sini dan mana-mana blog pro-pemerintah...

Apapun ceritanya ayat "bawa bekal ke pejabat" itu memang sudah keluar walau bukan dari mulut menteri. Menteri bolehlah kita tak sekolah tinggi, asal orang suka boleh jadi menteri, tapi KSU memang orang pandai. Nak jadi KSU bertapis-tapis kena lalu. Memang bukan orang tak sekolah punya orang. Patut KSU janji, gesa penguatkuasa di kementerian tempat beliau berkhidmat lipat gandakan usaha pemantauan, dengar, ambil cakna aduan pengguna dengan sebaik mungkin, ini kalau dah KSU di kementerian yang ada kuasa pantau harga barangan agar pengguna tak terinya, pun dah lemah semangat dan beralah saja pada apa-apa harga pada ketetapan peniaga, susah mau cakaplah.

Mau bising-bising memang tak guna. Kau ada kuasa heret mana-mana peniaga jahat yang sesuka hati naikkan harga barang untuk dapat untung yang berlipatkaliganda, tapi ko kata tak apa, biarlah. biarlah mereka menang. Jadi sapalah lagi nak menangkan pengguna? Jawabnya tak ada. Ngadu sama tuhan, solat banyak-banyak, doa panjang-panjang minta Allah bagi kekuatan pada penguatkuasa yang menjaga harga barang kerja betul-betul, kerja baik-baik, berani-berani, jangan tunduk pada sogokan peniaga jahat, pun oklah bolehlah. Bagus juga tu. Tapi jangan harap sangat makbullahkan, dan bos dia sendiri suruh duduk diam-diam, masak-masak,kan. I kalau bos kata tahun ni bajet kita sikit so u duduk opis masak-masak ajelah,  I lagilah suka. Bos dah bagi greenlight tu.  

Terkocak jugalah sikit rasa tenang di dada dan minda ini. Sakit betul rasa hati saya. Tapi saya kata kalau kau sakit hati, pun ada sapa mo pujuk? kena pujuk sendirilah gamaknya. Salah satu cara orang perempuan melupakan sakit hati ialah dengan membeli-belah. Jadi semalam saya beli beras, beli barang dapur sikit dan hari ini saya bawa bekal ke pejabat...bengongkan. 

Cabaran manusia moden bukanlah nak ubah-itu-ini, (pada sayalah, kamu saya tidak tahu, mungkin ada diantara kamu yang ada kuasa untuk mengubah, ubahlah...tak kisah, waima lepas diubah jadi jadi lagi teruk, umpama tikus baiki labu pun, saya ok aje) cabaran di alaf mendatang ini ialah untuk kekal menjaga hati agar tenang dan ceria selalu.

Atas sekali tu, breakfast saya....oat + epal hijau, madu dan raisin pun tak bubuh sebab mau cut cost. Tengah-tengah tu lauk, ayam goreng dan kacang panjang goreng, bawah sekali nasi putih. Lantaklah makan nasi gemuk, gemuklah eh, yang penting tak mahal tapi mengenyangkan.
Meh, close-upla sikit lauknya tu...kos bahan mentah,tak termasuk bahan minyak, penumis/menggoreng,garam, bawang gitu-gini, perisa: ayam RM2.16, kacang RM0.55. OMG baru teringat plan mo pohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik tu...huhuhu insyaallah saya akan google-googlelah apa yang patut. Mak aii cepatnya masa berlalu, makcik tak prepare apa-apapun untuk lulus ujian kecergasan bagi jawatan tersebut
Kesimpulannya 2016 ialah tahun yang penuh liku-liku yang menyakitkan hati, jadi marilah kita berkongsi apa kau bikin apa saya bikin bagi mengembirakan/merawat hati yang sakit itu hihihi...good day, ceria selalu ya.