“Kami akan buat sampai kerajaan tumbang. Kami akan lawan
walau hanya menggunakan ranting kayu”
Hah macam itulah bencinya mereka dengan kerajaan yang ada
pada hari ini.
Kita tak boleh nak salahkan mereka juga kalau dah jadi macam
itu sekali bencinya. Memang banyaklah benda yang buat orang/rakyat bengang.
Sebut bengang ni saya orang kampong memang sedikit-sebanyak kita ada juga
menyimpan perasaan meluat kepada kerajaan, ahli politik dan macam-macamlah lagi.
Tapi sebagai orang kampong kita tidak berapa ambil port
sangat pasal itu semua. Kita benci, kita melawan pun bukan boleh menyampaikan
nasi ke mulut kita. Bukan boleh mengenyangkan kita. So, kita buat dunno, buat
apa kerja yang patut untuk meneruskan kehidupan, agar kita tidak mati kelaparan
atau hidup meminta-minta.
Hari ini kita dibisingkan pula dengan “dimana janjimu?’’ Kita
memang tak ambil port langsung sebab kita sudah diajar, diberitahu, nanti Negara
akan jadi Negara maju, semua benda akan naik. Kecil-kecil lagi kita sudah
dibilang ayah ibu yang kita kena ada pendapatan lebih dari mereka agar kita
tidak kesusahan, hidup merempat di tanah air sendiri.
Saya bukanlah orang yang bernasib baik seperti kawan-kawan
lain. Tapi saya syukur, walau tidak bersuami, saya tidak menyusahkan ibu saya,
walau saya tidaklah dapat tanggung 100% keperluan ibu saya. Ibu saya berkerja
mengasuh anak jiran. Dan saya perlu berusaha keras belajar bersungguh-sungguh,
agar tidak lama lagi ibu saya tidak perlu lagi berkerja.
Bagi orang macam saya berbencian, melawan kerajaan tidak
akan bawa saya ke mana-mana. Bukanlah saya pasrah, tak berupaya, bacul atau
pentingkan diri sendiri, ntahlah rasanya tuhan tidak akan marah, pun kalau
tidak bersama mereka yang “benar”. Kita ada kerja kita, kita ada cara kita
dalam menangani kemasalah hidup kita.
Memang baru-baru ini saya diprovok, dituduh saya telah
mengalami ketulahan kerana perbuatan buat donno dan tak ambil cakna pasal
isu-isu politik, urustadbir tanah air. Memang sikit saya rasa marah, geram,
rasa ada rasa macam eish, ntahlah eh. Rasa macam nak balas balik tapi saya
fikir itu semua buang masa ajelah. Saya berdoa pada tuhan agar dia yang telah
memprovok saya itu bersetuju untuk tidak bersetuju akan hal ini. Agar lidahnya,
jua lidah saya tertahan dari saling menyakiti antara satu-sama lain.
Cara kamu, cara jihad dan syahid. Cara saya berusaha untuk
mendapatkan gaji yang lebih besar dan memikir cara untuk meminimakan kos hidup
sebaik mungkin, bagi yang dah berkahwin tu, mungkin dengan cara mengurangkan
jumlah bilangan anak dengan cara kawalan kehamilan yang banyak terdapat di
pasaran. Bagi yang macam saya yang belum berumah tangga, saya akan terus berdoa
dilamar lelaki yang betul-betul mampu menyekolahkan anak sehingga ke Menara
Gading tanpa bantuan kerajaan.
Mungkin cara saya mengudang murka Nabi tapi sekurang-kurangnya
moga dengan ketulahan yang saya alami ini akan sedikit sebanyak tidaklah saya sampai
membikin nabi yang sentiasa mau lihat umatnya berkembang-biak memalingkan terus
muka baginda dari saya.