Minggu lepas yang lalu saya rasa macam nak tonton Troy di
TV2, tapi memandangkan Isnin kerja, saya tak
sangguplah mau berjaga hingga jam 3 pagi semata-mata nak menengok dada
bidang pujaan hati saya yang telanjang itu. Dadanya sahaja yang tak bertutup
ok. Jangan kamu membayangkan keseluruhannya tak bertutup sama. Wow seksinya
dia. Sapa lagi kalau bukan Brad Pitt.
Keesokkan harinya saya menggoogle tentang Helen. Seronok
betul saya baca pasal dia. Pasal Wiki memberi tahu saya, pasal Helenlah
berakhirnya era pahlawan-pahlawan di zaman itu. Pasal Helenlah mereka bergaduh
dan kerajaan mereka hancur.
Asal Helen dari ibunya yang keliru tak dapat mengesahkan siapa
bapa Helen. Zues ka atau suaminya. Helen memang hebat. Pujaan ramai jejaka. Hebatnya
Helen, pedang yang tajam boleh dia tumpulkan. Pun begitu kerana dia, satu
peradaban dunia jadi hancur.
Suka tidak suka pada akhir zaman ini ramai yang berwaspada-pada
akan kehadiran seorang Helen.
‘****
Saya sangat gembira melihat Ibu Zain Saidin yang menerima
Che Ta dengan tangan terbuka.
Pada masa yang sama sepanjang minggu lepas saya macam rasa
Ibu Johan Asyari tak boleh terima Lana Nordin, tapi mungkin juga tidak begitu.
Mungkin hanya peminat Johan sahaja yang paranoia kan kununnya Lana Nordin sudah
mengunakan ilmu hitam terhadap Johan.
Harapnya ia hanyalah sebuah Paranoia Peminat-peminat Johan
yang terlalu inginkan Johan bersanding dengan Shiela Amzah. Harapnya jua tak
lama lagi saya akan dapat tengok Johan dan Lana dalam program macam Zain dan
Che Ta di kaca TV.
“*****
Tika Paris membawa pulang Helen
Sepertinya inilah dia, inilah dia
Kehancuran yang diramal
Tukang tilik
Takdir TROJAN, takdir kehancuran
adakah sudah di tilik Melayu rebah di tangan WANITA?
sedangkan nabi mengajar kita berlemah-lembut dengan wanita
No comments:
Post a Comment