Sepatutnya saya ke kenduri kawin jiran adik ipar jiran kami
di Serkam, tapi bila mak sebut nak balik Muar, eish saya terus malas nak
ikutlah. Saya cakaplah saya baru bangun tidur dan bila mak kata dia ok bule
tunggu, saya cakap pula saya baru letak baju dalam mesin basuh. He he he
alasan, alasan, alasan. Kalu dia tak cakap dia mau pergi Muar, pasti saya akan
terkedek-kedek mandi dan zup terus pergi. Saya bersiap memang tak lama sebab
semua baju semua sudah siap bergosok dan bergantungan dalam almari. Yang
sebenarnya saya sudah lama bangun, sudah masak cuma belum mop lantai dan mandi
aje Baju dalam mesin dah separuh jalan berpusing, sebelum disidai ke ampaian.
Oklah lupakan pasal pergi Muar, kita sambung dengan cerita
ustaz meroyan tadi. Cerita hari Jumaat saya, semalam. Sebenarnya saya indak
sedikit pun rasa mau memprovokasi perasaan kawanku ahlul PAS yang tegar dengan “menyerang”
ustaz. Sebenarnya ceritanya begini:-
Pagi-pagi mai kerja, kawan sudah panggil-panggil ajak tonton
video bersih di youtube. Kami masuk office pukul 7.30, dan kebiasaannya,
7.20-7.25 masing-masing memang dah tecongok di office, dan seperti biasa ofis
kami waktu tak rasmi pejabat memang tidak ada sekatan, internet, jadi bulelah
tengok apa yang tak bule tengok masa office hour. Saya malas nak layan sebab
memang saya dah tau pun apa ke rope benda yang dia tak tengok, saya tak mau
tengok dan cakap macam ini “hey perdebatan kita macam ko nak ngajak Kristian
masuk Islam. Lepas penat-penat gaduh, last-last cakap macam ini, eh Kristian itu ahli kitab,
kita bule kawen” dan saya berjoget-joget, berpusing-pusing macam anak setan
sebelum berlalu pergi.
Sewaktu makan tengah-hari yang ditaja selepas membaca
yassin, walau saya tak turun baca sebab kunun nak tunggu pembekal datang ambil
cek bayaran, sebab saya masuk lambat dan tempat makan dah penuh dan ntah macam
mana kerusi dekat dia kawan bergaduh saya aje yang kosong, saya pun menempellah
di situ. Sambil tersengeh-sengeh macam kerang terlebih busuk, langsung tak bagi
salam saya pun cakap “apa, ko tak suruh CC aje tengok video tuh, aku dah tengok
dah”.
Kebetulan ada ketua kerani atau singkatnya CC, bulehla jadi referee,
Saya malas nak straight to the point saya guna sahaja
anologi begini, yang memang berlaku dalam hidup saya pun. Saya cakap yang
ringkasnya begini, “CC satu ketika dulu, saya ada adik sepupu yang memang tak
nak jadi ustaz, dahlah dia tak nak jadi ustaz, kawen dengan ustazah pun dia
indak mau. Dia nak kawen dengan penolong undang-undang L27 aje yang
berkelulusan setakat diploma undang-undang UiTM, sedangkan calon ustazah
pilihan keluarga merupakan seorang guru J-Qaf DG41 yang punya Ijazah kepujian Pengajian
Islam dari Universiti Malaya. Saya berpendirian kalu kita terlalu memburuk-burukkan
si L27 ini dan menjulang-julang si Ustazah GD41, kemungkinan makin dia sayang
lagi sama si L27 tak sedar diri ini dan satu hari kalau terlalu dicaci-cerca di
L27, dia tak balik langsung nanti itu
memang ada, ada baiknya kita redha sahaja dengan pilihan hatinya”
Saya cakap lagi “saya tau kecenderungan politik tidak boleh
disamakan dengan kecenderungan cinta dan pilihan kerjaya, tapi kalu kita terlalu memburuk-burukkan kem
yang kawan kita cenderung sedangkan kem yang kita julang itu pun tidaklah
perfect sangat, lagi orang tu kuat dengan kecenderungan dia adalah, kan”
Saya bagi lagi contoh “saya suka Ramli Sarip, Ramli MS (saya
nak sebut Henry Golding, tapi karang CC pula tak kenal sapa Henry Golding), dan
si xxx ni suruh saya suka juga ustaz Don. Ko katalah si Abang Ram haku tu
macam-macam dengan harapan aku mgubah kiblat ke ustaz Don…memang tak akan jalan
punya. Lagi makin saya sayang kat Abang Ram saya adalah, bukannya saya tak tau
abang Ram saya tu takkan boleh sampai ke makam Ustaz Don, tapi dah suka. Iyakan
ajelah cakap saya ini.”
Eh ada plak tu kawan lain menyampuk dan menyokong saya, “betul
tu. Orang dah suka, lagi kita kutuk, memang akan jadi makin sayang” dan CC
cakap, “anak saya, bukannya ada kerja pun tapi pensyarah university dah minat”
sambil tersenyum-senyum. Dan cerita ustaz meroyan pun keluarlah he he he….
Dan lagi sekali gambar dan komennya memang tak ada
kene-mengena dengan tulisan di atas.
No comments:
Post a Comment