Dulu bila kita belajar tauhid dengan cikgu sekolah
rendah-rendah, cikgu ajar pasal sifat 20 dan rakan-rakan macam itu aje. Campur-campur,
kembang-kembang sifat mustahil, sifat harus dan ntah apa tah lagi sifat, sampai
genaplah 99 item yang menyamai jumlah nama tuhan. Dan 99 item inilah komponen
yang membentuk kalimah suci (sacred) lafzul-jalallah umat Islam. Kalau pecah
berderai, kalau satu dari komponen ini ditarik keluar, cacat pincanglah rupa
manusia itu, tidak serupalah dia seperti manusia yang ALLAH janjikan tempat di
syurga nanti.
Itu sahaja setakat menghafal 99 item ini tadi, macamlah
budak sekolah sains menghafal nama-nama unsure kimia, formula matematik dan
semua hafal-hafal-hafal macam burung kakak tua aje kita-kita ini lagaknya.
Bila masuk university, yeee saya masuk university dah tua,
dah nak 40 baru terhegeh-hegeh nak belajar balik, pembelajaran dah jadi lain.
Pelajaran tauhid yang diselitkan dalam kursus wajib lulus itu, menuntut satu
benda lain bukan sekadar menghafal 99 item komponen itu. Pensyarah
mempekenalkan konsep al wala’ al bara’.
Ia menuntut kamu bukan sekadar mengenali Tuhan kamu, tetapi
menolak tuhan-tuhan lain melalui yang
mana satu ka, bara’ kut. Sebab wala’-wala’ orang PAS kata wala’ pada Nik Aziz
dan Anwar Ibrahim, so bara’lah tu. Wala’ pada Nik Aziz, berbara’ pada yang Nik
Aziz dah dapat lihat jahat lagi menghuni neraka yang jahannam.
Bererti tiada maknanya kamu mengucap 2 kalimahsyahadah, tapi
dalam hati kamu masih simpatatik dengan Budha, Jesus, dalai lama dan
tuhan-tuhan yang lain dipuja disembah oleh manusia lain. Apatahlagi kamu
simpatatik dengan sembahan nenek moyang kita.
Hari ini pula baru saya teringat nak tanya ustaz, macam-macam
benda he he he…. Mujurlah ustaz tinggal kat Melaka juga. Mujur juga Melaka ini
kecik, pusing-pusing kat situ juga ko. Saya kalu bab ngaji agama saya suka face
to face, no such thing ngaji tauhid on-line-on-line, begitulah kuno dan
konservartivenya saya. Insyaallah kalu
ada masa saya akan belajar semula akan hal ini. Orang pun cakap, asyik belajar
rukun iman yang pertama aje, manalah ko nak bergerak pada benda-benda besar
yang lain ek, macam munakahat, kan abeh tu rukun iman no 1 pun fail cam ner nak
bermuamalat, apatah lagi mau bermunakahat, kan…he he heeee….
Yeahlah, kan. Tapi kita ini orang Melayu kampung macam
itulah kita. Agaknya. Saya dikelilingi oleh nenek-nenek yang tak tau membaca,
buta huruf, dan dunia ilmu tauhid mereka itulah sahaja itulah sahaja. Kepercayaan
harus disebut-sebut diulang-ulang sepanjang hayat, agar Illah lain tidak
mengambil alih illah yang telah terpasak bersama dengan kelahiran kita sebagai
seorang Melayu.
No comments:
Post a Comment