Tuesday, May 22, 2012

It's a matter of liking your life


Sesuatu yang irritating dalam FB ialah bila kawan ajak kita ke social network yang ntah apa-apa tah.  Atau bila kawan menasihatkan agar saya mula memasar produk-produk kraf, adui ai… Dan mulalah penyakit hati, riak ujub dan kawan-kawan dia menyinggah dan berbisik dalam hati macam ini. “Didn’t she/he know that I study at the best and most expensive multimedia university in Malaysia, for me to be so God damn ignorant on how to create a life virtually???”  Dia memang, bila nak riak kita kena kecek omputih skeetttt… orang Melayukan mengamal “ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk” Orang Melayu yang dah hilang jati diri aje kluar statement bongkak macam kat atas tu.

Mungkin niat kawan tadi baik, she or he feels I will have an awesome life if I started to make more friends, dia tak tau pun tak kisah, ada masa nak baca profile ko yang ko study kat U mana he he he. Mula-mula terfikir juga, nak buat gig sana sini..wah mesti best,kan jika terkenal. But then again if you ada experience jadi telefonis, cakap benda yang sama ulang-ulang adalah sesuatu yang meletihkan. Pemergian ibu rakan saya yang agak terkenal sebagai tokoh masyarakat di kampung sini, sangat menyedarkan saya akan harga sebuah nama, itu baru guru besar pencen tuh. Memang ada FB, tapi biasalah orang vateren mereka lebih suka bersemuka. Setiap kali kawan saya bercerita tentang ibunya, pasti dia akan menangis. Tika itu menguatkan fikiran yang memang dah buat pilihan yang sangat betul. Stick to my current job, instead of terpengaruh dengan ajakan-ajakan kawan-kawan ke majlis-majlis ilmu??? Diskusi??? Majlis wacana/wadah orang intelek.

Orang putih kata “fame” has it price. I believe it is ok not to famous. Fame bukanlah darjah ukuran kepada ‘life’ seseorang. Pokoknya ialah liking your life. You might only have 2 or 3 friend but your friend is real. That what really matter.

Saya ada “distance” saudara yang dikata berpenyakit. Orang kampung kata dia gila. Mungkin sakit yang sama macam saya jugalah, agaknya itu. Tapi sebab dia lelaki, anak orang kaya well tak ada masalah dia cari pasangan. Dan sok-sek kata, pernah dia sorok anaknya dalam almari ketika “angin”nya datang.

Dia pendiam,  tak kacau orang, jaga kebun ayah dia baik- baik. Last saya mengumpat pasal saudara jauhku yang gila itu, anaknya sudah besar dan diterima masuk belajar ke UiTM.

Di dunia ini Allah beri saya life sebagai orang gila. It is a life/status that I don’t need to change. Yang perlu saya buat ialah belajar melalui pembacaan, nasihat doktor agar segalanya terkawal.  Yup saya ada masalah mental, family saya pun ada yang autism, slow leaner. Dan tak ada apa yang mau dimalukan dan mau disorokkan tentang fakta dan hakikat itu.  

Stigma, diskriminasi? Memanglah saya agak ngeri, resah bila memikirkan pasal itu. Pasal kemungkinan yang bakal saya hadapi dalam temuduga kerja pada 15/6 nanti. Kita tunggula 16/7 nanti apa keputusannya. Mujur 2/6 saya ada appointment dengan doktor, bolehlah saya minta nasihat dan panduan dari mereka yang pakar.  Terparanoid pun ada nih he he he…but insyaallah I won’t do something stupid like jumping out of the building during that holy Jumaat. Yup tempat interview tu tinggi, you, bangunan kaca lagi.

No comments: