Ada orang memang Allah berikan kelebihan bercakap. 27
Disember yang lalu sekali lagi saya bertemu dengan seorang dari 2 penceramah yang berjaya
memusingkan “attitude” saya 360 darjah berkenaan kerajaan dan kepimpinan kita,
orang Melayu.
Almaklumlah masa muda, masa sekolah, masa sebelum menyertai
perkhidmatan awam, kita selalu kata kerajaan tak betul, kepimpinan Melayu low
class, rahsuah, bernasfu-serakah-tak kira mampu ka tak mampu, otak ciput,
akhlak busuk macam longkang tapi masing-masing mimpi kunun merekalah memimpin
Negara setaraf nabi memimpin Islam di
Medina, gitu-ginilah-gitu.
Orang yang paling kami benci ialah Tun Mahathir. Macam-macam
label yang kami berikan pada Tun. Namun semua berubah selepas saya dibasuh oleh
2 penceramah tadi yang merupakan akauntan masa di Jabatan akauntan Negara. Sapa
sangka orang matematik dan nombor sangat mahir berhujah dan berjaya membikin
saya melihat Tun dengan wadah wawasan 2020 beliau dengan pendekatan baru.
Okla berbalik pasal perjumpaan pada 27 Disember yang lepas,
saya tidak banyak bercakap sebab sudah bulat hati kata kepimpinan Melayu adalah
terbaik dan saya patut 100% menyokongnya, walau macam yang saya cerita hok
lepas, saya agak terkilan dengan kenaikkan gaji yang lebih rendah dari peratusan
yang diumumkan PM semasa bajet 2012. Kedaan jadual gaji yang 'follow' janjang arithmatik, pada 2 takuk yang bikin makin lama kita kerja, makin kurang kenaikkan gaji jika diukur dari segi percentage. Saya kira ianya takdir ketentuan Allah, jika saya masuk perkhidmatan awam ini setahun lebih awal, saya masuk takuk 2, hah...maka cerita janjang baru, persen pun baru.
Cuma satu perkara yang saya mau share di sini ialah tentang
pengstukturan bidang kerjaya saya yang bertukar dari bentuk pyramid kepada
bentuk diamond, dan keyakinan saya pada kajian yang telah dilakukan oleh
pemikir Negara, kunun pada 2020 kalau gaji saya tidak mencecah RM4,000 sebulan,
saya akan susah. Nah input/maklumat sudah pun diberi, terpulang pada usaha
sendiri bagaimana memikirkan jalan kea rah RM4,000 tersebut pada masa yang
ditetapkan.
Kawen dengan orang kaya. Ya, how I wish. Tapi orang kata,
jodoh memang saya sudah tak nampak dah, kalau cantik, muda bolehlah mengharap
nak kawen dengan orang kaya. Tapi kalu dah umur baya-baya saya baik tumpukan
peluang dan ruang yang ada di depan mata. Kalu kawen dengan orang kaya, kita tunggu
duit orang, ntah dapat ntah tidak. Kalau
kita sendiri ada keupayaan menjana pendapatan sendiri, kenapa pilih untuk mengharapkan belas-ihsan orang untuk mencapai target 2020?
….*****
Oh ya…on the note for those yang tak puas hati tentang
kerahsiaan formula mengira kenaikkan gaji SBPA, ini alasan yang diberikan oleh
yang berbahagia Encik Tarmizi Tamby Chik, Pengarah Jabatan Akauntan Negara,
Negeri Melaka:-
“kerahsian ialah untuk membendung Inflasi. Kalau
peniaga dapat tau mereka akan “adjust” harga barang ikut kenaikan gaji kita”
Ko nak percaya, tak nak percaya, itu ko punya pasellllah.
Saya sendiri cakap dalam hati, hujah yang berbahagia Tuan Pengarah memang macam
kartun, tapi sebab dah tandatangan opsyen, kartun pun kartunlah aku terima
dengan redha dan lapang dada.