Thursday, April 27, 2023

UJIAN - Satu rahasia

 "Hidup ini hanyalah ujian", kata engkau, kata dia, dia, dia dan dia. Susahka, senang ka, semua itu ujian. Kata banyak oranglah, kan? Orang kata lagi, "kita diuji bla bla bla bla" cumanya saya selalu terfikir, adakah kita ini sedang diuji atau didatangkan ke muka bumi ini sebagai penguji untuk menguji seseorang? Contohlah ibu bersungut, katanya dia diuji dengan anak yang nakal/tak mengikut kata, bla bla bla. Anak pulak komplen dia diuji dengan parents yang bla bla bla. Semua kena uji.

Saya fikir begini, apa kata jika ibu saya marahkan saya, berkata begini "Allah mendatang saya dengan sikap bertentangan dengannya bagi menguji ibu" instead of saying "Allah menguji saya dengan seorang ibu yang cerewet/perfectionist  yang kuat membebel" Menguji itu bikin kau rasa macam iblis, macam watak Wednesday Addams, Cruella de Vill, Joker ke, kan. Tapi jika kau tukar pola pemikiran begini you are in control. Kau boleh pilih sama ada nak ubah diri kau, atau nak buat bodoh saja. Tapi kalau kau fikir like the latter, pastinya sulit untuk kau ubah sikap ibumu, kan? 

Bila kau pilih untuk buat bodoh, kau bilang begini "kalau semua nak main watak Cinderella, life dia akan jadi boringlah,kan. Tapi dalam kasus ibumu pasti itu bagi motivasi buat mu untuk lebih berhati-hati, cermat dan berhemah, sesuai dengan laras standard ibumu yang cerewet itu. Tapi kalau yang tak puas hati dengan kamu itu alah sekadar ntah sapa-sapa saja kau boleh kata begini, "well. some one has to be the villain in some one's book "kita adalah watak jahat dalam cerita haters", so be it. Buat bodoh sudahlah.

Apa pula kiranya berkonflik dengan belahan jiwamu? Apa masa bercinta dulu kau tak nampak titik bengik aku? Kenapa baru sekarang kau perasan, sedar, aku sudah tak seperti yang dulu? Orang muda mana nak sama dengan orang dah berumur,kan? Saranan saya, buat bodoh jugalah dari menyiksa diri merevers-revers agingkan diri dengan bebenda yang pelik-pelik dan akhirnya menyiksa diri. Bukankah konsep cinta menerima seadanya.

Nah, wat if berkonflik dengan Tuhanmu. Malas nak sembahyang, malas puasa, malas-malas-malas, serba malas, hah itu kena berubahlahkan. Betapalah berat kita mau ubah sifat mazmumah yang ada dalam diri, haruslah terus mencuba. Itu perjuangan sebenarnya kita sebenarnya. Di pertengahan jalan ditemukan dengan macam-macam halangan, ujian, tetaplah mencuba menggapai cinta Abadi.

Wednesday, April 26, 2023

Raya-Raya-Raya

When my boss yang selalu bengang dengan itu ini cakap begini, "Mar ni dia jenis susah nak bengang" I took it as a pujian bukan menganjing. Dan nak kuatkan hujah "bos memang puji aku" sebab dia ada tanya macam mana you tak bengang. Masa dia tanya saya cakap je pegi bersenam, tanpa fikir panjang.

Yeah memang I thought kalau you bengang pegilah bikin benda-benda yang boleh distract you dari benda yang mengganggu fikiran. Itu yang saya belajar dari kaunseling dan terapi. Later on, especially memusim raya-raya ni I tetibe terfikir pulak bila orang semua kalut-kalut bengang I is ok je. Apa yang kalut sangat tu? Saya beraya kat Kelantan atau Kedah ka, yang menghadapi krisis bekalan air bersih? Rasa raya kat Melaka je,kan? Masalah air memang tak de, tapi panas lit-lit-lit ya amat. Lagi satu katanya itu lebuh AMJ tu memanjang jer jem, melambatkan perjalanan kita nak beraya atau nak shoping raya last-last minit.

But then again, tu bukan masalah sangatlah. Tapi bagi golongan kengkawan geng suka masak-masak, mereka akan bengang dengan kerenah ipar-duai yang lek-lek, datang makan je, lepas tu tinggalkan rumah mak ayah gitu saja. Sapa yang tinggal umah mak, dan tak de anak kekecik hah dialah jadi babu dalam rumah itu. Ada pihak yang rasa dia saja yang penat. Orang lain relek je. Lepas tu mula marah-marah bila tetamu dah pulang, rumah jadi agak sikit tunggang-langgang.

Masa tu mulalah dia membebel, berleter dan macam-macam lagi. Saya heran dengan orang yang berleter tak puas hati itu. Kenapa dia mau marah-marah. Ini hari raya patut kita syukur orang datang sebab nabi kata tetamu bawa semua barang tak elok keluar dari rumah. Kalau penat  memasak tu dan mengemas rumah mestilah ganjarannya pahala yang berlipat-ganda. Then saya terfikir, tidak semua orang punya daya imaginasi yang kuat seperti saya yang dapat menggambarkan tiap tamu pulang kala-jengking-lipan semua mengekori mereka keluar dari rumah kita. Jika anda dapat mengambarkan itu semua pasti letih-lelah melayan tetamu hilang begitu sahaja.

Namun saya fikir bukan itu perkara pokoknya, tapi membebel sebab tak puas-hati sebab dia rasa dia seorang saja yang penat membanting tulang, orang lain buat donno je. Kita harap orang tolong kita. Jika tak expect pertolongan orang, saya rasa kita akan jadi taklah bengangang kan? Kita pulang ke kampung, kita tak expect apa-apa pun. Bagi yang menerima kepulangan perantau, kita tak expect apa-apa dari mereka yang pulang berhari-raya di rumah kita. Bila mereka mau pulang, yang patut kita jangka ialah kepenatan melayan makan minum mereka, dan mengemas rumah setelah mereka bergolek-gelantang dan anak-anak mereka menyepahkan rumah kita. Kau expect penat ajelah,kan. Jadi tidaklah kau marah lagi kalau kau betul-betul penat. Kau bayangkan raya tu macam kau kerja part time bikin house-keeping kat hotel, homestay. Beza bikin part-time dapat duit, ni bukan dapat duit, keluar duit lagi ada sebab nak belanja makan-minum mereka. Kau hanya mengharap balasan pahala je dari Dia.

So dengan expectation betul dan tepat, kita tidaklah bengang jika orang tak tolong kita di dapur ka, tak tolong kemas rumah ka, apa-apalah, kan? Yang selalunya kita terkoyak, tersentap lalu terluka tu bila kita expect benda lain, tapi tak dapat, atau dapat yang sebaliknya. Apa kau expect, orang balik kampung bagi kau duit ka? Apa harapan kau sebenarnya? Kalau tak jumpa, bising rindu, bila dah depan mata, bising penat pulak haish!!! tak faham.

 

Saturday, April 8, 2023

TABARUJ

Tabaruj tu apa ek? Itulah yang hat solek-solek tu,lah---cecantik melaram-laram tu gitu hah. Melaram sampai menjurus kepada bla bla bla. Bla bla bla apa? Apa-apalah pepandaila guna imaginasi kamurang semua.

Dulula masa sekolah dulu tu kalau rajin pi usrah, akan dipesan kita pempuan ni dosa kalau bertabaruj. Hat lelaki pulak kalau pilih bini, pilihla yang beshe-beshe, pempuan bertabaruj ni bad influence. hah gitu. Saya tak berapa amik port sangatla, kalau muka sesedia lawa, muda plak tu, tak bersolek pun ramai orang minat. Kalau muka average macam-macam saya ni dok pi usrah, jadi kaki bancuh air, bagi-bagi makanan jelah part saya. Kawan-kawan usrah yang cun-melacun tanpa bartabaruj tu ramai. Tak usah nak competelah dengan mereka.

Tapi tu lepas 20, 30 tahun mendatang, masa zaman sekarang ni cuba kau wonder apa terjadi? Aku rasa muka bini dia yang cun dulu dengan aku yang slebet dan tak cantik ni dah 2x5 je sama rupa ea. Iyalah kita tak kawen, kan, kita tak beranak, tak perlu jaga anak, tidur kita tidak pernah terganggu, jadinya dekat 2020, 2023 ni rupa aku dengan rupa derang yang paling cun tu dulu dan lebih kurang sama je. Bukan aku nak kata aku makin cantik, tapi dia tu yang cantik dan sama hodoh je macam aku he he he---

Apa jadi dengan laki dia yang pilih dia atas dasar pempuan rajin melaram itu very bad influence? Aku tak taulah apa jadi, tapi aku saja kut nak tulis cerita rekaan seperti di bawah. Kamu baca ya---

'****

"Hajjah, ni apa rahsia, dah nak pencen lagi dua tiga bulan, ni masih kekal slim, cantik dan bergaya" Hajjah tersipu-sipu malu ditegur bos besar begitu. Aku pulak yang tengah dok susun-susun fail usai mesyuarat pengurusan, rasa erk krik krik krik---tetiber dengo bunyi cengkerik pulak dalam bilik mesyuarat ni.

Di hari yang lain, aku pegi ikut geng bebudak muda berwater-rafting di Kuala Kubu Baru. Bila masa pulak aku pandai berwater-water-rafting ni? Air memang aku suka, cuma selalu mandi kolam je. Cuma masa PKP hari tu semua pakat kena kurung dalam umah, tetiber anak-anak buah aku ajak mandi di Air Terjun Asahan yang 35minit je drive from our home. So dari situlah dok duduk-duduk santai situ, one of them teringin nak berwater-rafting. So bila habis PKP, bebudah opis ada buat trip ke KKB aku pun amik peluang bawa anak buah aku cuba sesuatu yang mencabar.

Tapi ni bukan nak cerita pasal aktiviti di KKB, tapi nak cerita masa di sanalah aku jumpa family bos yang dok tegur bos aku cantik tu. Jumpa bini dia dan anak-anak dia yang dah besar panjang. Si Along sama baya dengan anak buah aku, tapi belajar di Mesir katanya. Jurusan agama. Yang lagi 2 lagi tu semua sekolah agama dan sedang struggle untuk periksa agama kelas tinggi. Thanawi ke hapa ka, gitulah. Anak dia ramai, 3 orang tu je yang naik satu bot dengan aku, yang kekecik masih bersekolah rendah, dan menengah rendah, ada bersama ibu mereka, tak berakit, tapi cari port penginapan di situ-situ, kira weekend tu derang bermalam di KKB, lah. 

Rasa macam nak biol jugak dok se boya dengan bebudak nerd-aliran agama ni, kan? Tapi aku dengan anak buah aku cool buat donno je. Buat bodo sudah. Kita orang pun masa dalam bot tak banyak cakap, sebab fokus mengadap rapid yang agak garang, dan kekadang extream juga. Akhir-akhir tu, bila malim cakap ok kalau nak berenang, sampai tempat penamat, anak buah aku terus ajak aku jump out of the boat dan berenanglah kami till the end of the jouney.

Tapi aku balik opis, aku buat analisis jugak pasal bos aku tu. Mana tak buat analisanya, dah dia macam gitu, berani puji bini orang cantik kita pun apa lagi, analisalah cecukup. Balik opis siap tunjuk gambar bini bos sama geng karas membawang opis. Sebelum ke KKB, kami dah buat satu macam rumusan, "mesti bini bos tak cantik" bila bos kata Assistant dia yang lagi 2 bulan nak bersara-wajib umur 60 puluh tahun tu cantik.

Saya cakap begini "bini dia masa muda mesti cantik, ntah-ntah paling cantik dalam kelas masa kat sekolah/universiti dulu. Tapi tulah sebab beranak banyak kut, dah tu kije cikgu, jadi penampilan tu dikesampingkan begitu saja. Hah korang tengoklah gambar ni"

Kawan saya pun cakap "aaahhhh, betullah, ala diakan, bos, duit dia banyak, pegilah hantar bini buat make-over, ni pepuji bini orang cantik, dah kenapa?" Marah kawan saya. Kami pun mengumpat lagi begini " hah ari tu, kan hakkak, bos kata nak tengok sedap mata memandang pegi tingkat 4, kalau nak sedap perut pegilah ke tingkat 5. Tingkat 5 tu tingkat kamilah tu. Senang hidup dia, GATALLLLL!!!' Sampuk dan marah kawan yang lain.

Itu sikit dari umpat-keji kami, lah. Rumusannya bos GATAL he he he- Bini dia tak pandai melaram. , kalau bini dia segak anggun mesti dia tak GATAL Rumusan kawan-kawan akulah. Aku pulak yang sedia-sedia pernah masuk kelompok usrah universiti teringat pulak kisah dulu-dulu masa usrah dulu, melaram itu haram. Tapi aku diam saja. Bebudak ni semua sekolah sekular, jenis happy go-lucky, tak pernah masuk usrah. Derang education pun tahap diploma politeknik dan kalau yang ada ijazah sarjana muda pun sambung masa kije secara part-time. So kalau tanya pasal usrah-usrah, waima derang masuk uni-full-time pun  dari masuk usrah aku rasa derang lebih rela masuk kelab poco-poco or kelab masak-memasak. Yang kena dengan hobi deranglah kelab kebajikan, ekonomi ka gitu-gitu. Usrah ni, untuk bebudak Agama. Aku pun masuk usrah dulu sebab bebudak usarah nak cari tukang masak, dengan tukang bancuh air. Kalu tak mesti aku masuk kelab Bajet-bajet-ekonomi. So aku diam ajelah, idak sebut pun pasal melaram itu haram, nanti offended pulak kengkawan yang ada sorang tu yang jadi ajen Mary-Kay.

Satu hari tu kita dapat menteri pempuan. Kami memang tak kenal menteri ni, sapa dia Fazlina Sidek ni? First thing first yang kawan aku tanya dalam watsap-group "dia cantik tak? Ada macam Rina Harun tak?" Aku repond begini "tak kut sebab PMX kan suka lelaki jambu, dia tak suka wanita cantik Cantik-cantik macam Rina Harun tu, TABARUJ katanya" Lepas tu tak de yang bertanya-tanya. Dah malam, memasing nak tido--- esoknya sambung ada yang share gambo menteri. Lepas tu ada yang menyahut "owh tudung saji berjalan rupanya" Ada nyahut lagi "Dia lawyer, dia garang, suka jerit-jerit, marah-marah"

Mai opis ada yang bertanya, "TABARUJ tu apa kak?" 
saya jawab ringkas je "bersolek"
Balasannya "ooo, betuila tu, anak presiden ABIM,kan Menteri ni, depa suka cakap arab. Tabaruj tu cakap arab bagi bersoleklah ya?'  hurrm macam gitu-gitulah.
"Tabaruj ek, tabaruj"---

Satu hari tulah ada peluang je depa menyebut perkataan tersebut, gelihati pun ada, gembira pun ada tengok gelegat mereka. Bertambahlah satu perbendaharaan kata bagi derang-derang ni semua. Dengan begini ajen Mary-Kay takkan sentap kalau besok-besok kita mengumpat lagi pasal bos tak bagi elaun bersolek bini dia, saya cakap "bini BOS dulu geng ABIM kut, kalau dibagi duit selepuk pun, mana maunya dia bersolek- orang ABIM ni bersolek itu,kan TABARUJ" 

Saturday, March 25, 2023

MAD Genius Part 2

Hari tu pegi outstation, memalam tak de kije saya pun followla ada satu drama ni tajuk Serpihan Sayang yang penuh dengan bunuh sana-bunuh sini. Penjahat dia dilakonkan oleh Laki Wawa Zainal. Memang sajak gilalah mamat tu blakon psiko. Last-last rupa-rupanya Mamat ni ada partner in crime, yang pada mulanya main watak supporting kepada protagonis utama.

Dalang kepada semua kejadian bunuh-bunohan itu dialah jua. Yang main watak ni mak Dak Bunga menantu Sheila Rusly tu. Sapa sangkakan mak Dak Bunga yang cantik lembut dan berbudi tu dalang kepada kejadiah kejahatan, pembunuhan, pelacuran dan juga pengedaran dadah tu semua-semua tu. Opkoslah nak jadi dalang semua ni bukan calang-calang orang, bahkan orang cerdik-cerdik jua dia ni. Genius. Keputusan pekse dia straight A's. Sebab dia straight Alah dia ada keupayaan rancang bebenda jahat tu semua.

Kisahnya napa dia jahat sangat? Senang aje dia marah, dia sakit hati dia dendam. Bila dah berdendam dia bertindak kejam. Dia rancang hancurkan keluarga dia sendiri. Dah kenapa dia marah sangat tu? Pasalnya dia suka ada mamat tu, mamat tu tak ble terima dia sebab cinta sama kakak dia. Mamat tu pulak ada sakit tak boleh jaga telur, tak ble bil air tertunggak sikit. Masa bini dia mengandung, bini dia tak de moodlah nak langsaikan bil-bil air laki dia, dan laki dia cari jalan mudah pakai je adik ipar dia. Bila benda tu dah terjadi, opkos le adik ni bagi tau kat kakak dengan harapan kakak back-up dia. 

To her surprise, kakak bacak-up laki, tuduh si adik ada ati kat laki dia sendiri. So, si adik pun marah. Bila ada peluang dan dapat tau laki kakak dia pun ada haters (yang merupakan adiknya) apa lagi, mereka pun bergabung rancang bebenda jahat untuk kenakan suami-isteri ni tadi. Pendek cerita berjayalah mereka, cuma mereka terlupa/underestimate kambing hitam mereka boleh bertindak sama kejam juga dengan mereka. End of the story, si Kambing Hitam decide, dari aku jadi kambing, baik aku bebetul jadi setan. Dah alang jadi kambing bunuh ramai orang, baik aku tambah lagi dua ekor minah dan mamat ni, puas hati aku, kan?

Pendek cerita, just because kau down kakak tak percayakan kau, kau sanggup jadi setan. Kecik je sebab dia. Itulah hidup kalau tak percayakan Allah. Tak percaya semua kejadian itu aturan dari Dia. Kenapa Allah temukan dengan playboy bernafsu buas, kenapa akak kau tak percayakan kau tu semua ujian Dia. Kalau kau percaya itu, kau takkan berkecil-hati dan berdendam just because orang yang percaya dan kasihi tidak menyebelahi engkau. Kau masih ada Dia tempat kau tumpahkan segala harapan. Kau boleh "just don't bother with both of them dan carry-on-with life, kan? Tapi kalau kau rasa kakak tulah segalanya bagi kau, memanglah kau akan turn mental/psiko.

Perkara asasnya percaya ada Tuhan, ada kuasa yang mengatur segalanya. Kalau kau percaya itu, semua benda tak jadi hal. Pangkat, harta, kemewahan, perhatian, cinta, kasih, itu semua milik Dia. Dia yang menggerakkan apa-apa adanya di dunia ini. Kalau watak dalang dalam drama itu percaya itu, pasti dia yang bijak tidak mensia-siakan otak dia berfikir-merancang-bebenda jahat tersebut. Dia akan fokus saja dengan pelajaran dan berdoa yang satu hari kakaknya akan dapat lihat seperti apa yang dia mau kakaknya lihat. Benda simple. Tapi bila rasa marah, tak puas hati menguasai diri, ditambah dengan adanya peluang untuk melunaskan dendam, manusia boleh bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

  

Friday, March 24, 2023

MAD Genius

I told myself "You are a genius. That what you are" bila terasa dihina orang. Kadang orang tu tak menghina kau pun kau yang paranoid, orang pandang/kenal kau pun tidak, atau nature orang tu yang memang suka pandang rendah pada semua orang he he---Tapi lately saya sesaja cakap begitu just to feel good. It is feel so good that tetiber pagi ni tersambung pulak ayat "It is awesome to be a genius. Bila sudah begitu sambung teruslah "even thought you feel lonely most of the time" hurm--- sebab ayat feel awesome tu nanti lelama pakai takut jadi riak pulak,kan. Riak itu sifat mazmumah yang lebih dahsyat dari Mazmumah perbuatan seperti berzina, membunuh dan sebagainya.

ntah apa riak tu pun saya tak tahu. Apa ek riak? lagi satu riak, pasangannya ujub. Dua sifat yang jika sudah melekat di hati, kau tak kan pernah jumpa jalan pulang. Puhh seram? Mana aku belajar bebenda ni? Aku ni bukan suka belajar pun. Tau nak main pepondok, main memasak je. Tapi macam mana aku boleh tahu bebenda yang macam ni? Bukan aku genius ka? itu pasal aku tahu tanpa diberitahu pun, kan? Genius ni banyak benda dia akan tahu-tahu sendiri-sendiri. Dia rasa dia observe dan most of the time genius suka membaca. So dia pegi bacalah itu pasal dia tahu bebenda ni semua.

Macam aku, aku tak payah baca pun sebab mak aku masukkan aku ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Sebab aku genius, Umur 13 tahun aku dah tamat Darjah Khas. Darjah Khas tu lepas Darjah 6lah. Mula darjah 4 kami dah diperkenalkan dengan pelajaran Tasawuf. Hah dalam subjek tulah kami belajar yang bahawa dosa, maksiat itu bukan takat maksiat perbuatan sahaja. Terlebih jahat dari itu adalah benda jahat yang terbit dari hati.

Ada tapi tak nampak? haahhh---orang tahu ka kau riak, kau ujub, ialah orang memang nampak pun. Itu pasallah orang semua meluat je tengok kau! Macam berkawan, kan kalau IQ tak level dengan kau langsung kau tak nak kawan. Kau lebih rela jalan sorang-sorang, shopping sorang-sorang dari berdedai-dedai masuk kedai dengan orang yang tak level dengan kau. 

Kau rasa orang ni especially pempuan ni lecehlah, benak lah, sukar buat pilihanlah, bla bla bla buang masalah, memacamlahkan benda yang kau meluat je bila bersama orang-orang, kan? Lepas tu kau rasa better kau sorang-sorang, lepas tu kau rasa kau lonely, lepas tu kau ntah apa jadi tah, dah lah lonely, tak dihargai, kerjakau si bodoh bedebah tu pulak curi dan ambil semua kredit, lepas tu dia naik pangkat kau kekal di takuk lama. Lepas tu bla bla bla---perhaps kena tuduh tak kompetent kena buang kerja, kau depress, kau lonely kau mengalami halusinasi, kau sama ada bunuh diri, atau bunuh orang yang dah curi kredit kau tadi.

Mujurlah aku tak de langsung kredit untuk dicuri. All of the best is still inside my brain. I don't know besok bila dah keluar, orang curi, adakah saya akan turn depress bunuh orang or bunuh diri sendiri itu tak tahu. Tapi yang saya tahu, saya syak saja, penghakiran yang buruk ini berpunca dari dua sifat yang tak terbendung ini. First kita takjub dengan kepandaian kita yang tak seberapa ni, lepas tu kita mula memperlekeh-lekehkan orang lain. End-up orang lain tu yang dapat nama, kita marah. Marah bertukar benci, jadi dendam. --

Hah apa benda genius dalam kepala otak kau yang masih tak keluar lagi tu he he---ntah ha ha ha--

tapi tu adalah tu. Malas nak tulis sini sebab biasanya aku ni hangat-hangat tahi ayam je. Hari tu aku dah rasa-rasa macam aku nak tetanya kat PSU yang jaga auditor-auditor kat KPM ni bla-bla, tapi aku asyik lupa je. Mana tak lupanya kawan kat opis aku ni ntah apa-apa tah ajak aku buat memacam kraf tangan plak kat opis ni. Opis aku dah jadi macam ibupejabat PUSPANITAlah pulak. Tu yang aku langsung lupa nak sok-sek-sok-sek dengan PSU aku tu.

Silap hari bulan memang benda tu tak terkeluar langsung kut dari otak, sebab busy dengan aktiviti kita-kita aje. 

 

Thursday, March 23, 2023

Hadooiii kesian, Inilah nasibnya

La ni kalau ada je bebenda pepelik berlaku semua aku kata "dia mental kut" he he--- kenapa tah aku cakap macam tu, aku pun tak tau. But at least bila aku cakap macam tu, aku jadi kesianlah kan, idaklah aku memarah. hah gitu.

Ni sambung cerita bos aku yang dah merombak kesemuan kami dan opkosle ada orang dah tak suka kena tukau sana sini. Orang lain semua ok je, kalau tak suka boleh minta keluar terus. Bikin audit luar or Audit dalam di Kemanterian lain. Apalah nak disukarkan benda yang taklah sesukar mana pun, kan? Tapi orang dia dah bikin bising aarrr--- dan semua orang tak senang dengan tindakan dia. Aku bukan nak ngumpat sangat pasal dia, tapi nak cerita orang dok bengang giler sama dia aku boleh relek je ajak dia makan-makan waktu kebetulan dia singgah Seksyen aku dan kebetulan kita ada buat makan-makan pot luck sikit masa nak sambut pose hari tu. Kawan punyalah bengkek sama aku. Aik? itu pun nak marah he he he--- tapi dia tak ble marah dengan aku, sebab makanan tu aku pun yang bawak he he--

Marahle sebab tak faham nape aku tak bengkek dengan minah tu. Aku tak marah sebab aku rasa ntah, mengkin dia tak le mental, tapi ntah ek, sebab nature dia begitu dia seorang fighter. Dia akan fight-fight-fight-fight untuk dapatkan apa dia mau. 

Lagi satu cerita plak la ni ada orang bengkek lagi pasal ada 2, 3 mamat kiasu yang kiasu advise bebenda yang akhirnya memalukan ketua jabatan sendiri. Ironinya mereka keluar advise tanpa merujuk dulu pada ketua Jabatan katanya. Big bos akule tak tau pasal benda ni ka gitu, or ada orang cerita big bos dah tau, dan big bos dah arahkan agar go deep lagi before advise tapi mereka dah gatal kuar advise. Gitu-gitula ceritanya. Last-last katanya rujuk kat PUU, jatuh jadi tak de kes. Hah macam cerita Salwani sorok pendrive dalam kotak pensel kawan tu le he he---gitu ka cerita? Iyala sikit lebih kuranglah tapi level dia lebih clear cut, level-level teratas setakat PUU je jatuh hukum final say.

So, semua oranglah dah pakat meluat kat 2, 3 ekor ni. Selama ni orang memang dah meluat pun dengan mereka. Adalah perangai dia tu yang begitu-begini, I mean peliklah yang bikin orang benci. I is tak naklah bebenci ni,kan. Sebab I dengan mereka pun kenal pun, aleh-aleh nak bebenci dah kenapa, kan? Just dedengar cecerita orang dah naik benci, nak kenapa pulakkan? Tapi ada hat sekor tu memang aku kekadang tu naik naik tangan jugak lah kat muka ea, budak tu memang sial puaka, menyakitkan hati. Sangat kurang ajar, perasan baguzzzz----Memula memang aku susah nak buang rasa benci bila mengenangkan perkataan yang keluar dari mulutnya. 

Tapi tu tetibe kawan cerita bini dia tak sihat, anak sorang je--- aku fikir begini, cakap sikit punya pandai aik, takkan le anak sorang saja? Patutla satu je, bini sakit rupanya. Kalau tak sakit mesti dah berjurit anak dia. So lepas tu aku dah tak benci dah dia.

Napa aku benci sangat? Dia memang tak de laser aku tapi dia laser penyelia aku. Lepas tu yang aku marah sangat, dia suka buli ada sorang minah yang ada sakit Anxiety dan sebab dialah minah tu kena tambah ubat. Apa dia buat? hurm kau tau dia pegi rakam moment-moment minah tu kalur, kusut, lepas tu upload dalam status. Aku idaklah ada aksess kat status dia pun, tapi kawan-kawan aku sudah tunjuk aktiviti dia yang sangat teruks tu. Semua muka-muka team member dia yang teruk-teruk dia rakam dan jadikan kontent dia. Dia ni macam pervet, ka apa ka, pun ada juga. Rakam bontot penyelia dia pakai kain ketat, la, rakam team leader dia (lelaki) engah senyum-senyum mencurigakan dengan mamat jambulah. kira kontent dia mostly pasal benda yang mengaibkan orang. Sebab dia aibkan oranglah bila it is too much, kawan aku semua pepakat tunjuk "akk tengok kontent ni?" hah gitu--sampai aku ngucap panjanglah, kan dan jika diturukan hati harus aku bersemuka dengan mamat tu dan bagi sepatah kata dua "nasihat". Eh idak, aku nak piat telinga dia, heret dia kat opis bos dan nyatakan kesalahan dia, dan minta bos nasihat kan dia. Eh dia bukan buat kontent pasal aku, apsal pulak aku nak marah? Aku cakap la dengan bos macam ni "sebagai staff paling tua di opis ni---saya rasa budaya begini harus dihentikan!!!, amat menyalahi rukun negara no 5, kesopanan dan kesusilaan" 

Tapi tulah bila aku tau bini dia sakit, anak dia satu je. So aku pun mellow dan cakap hah! sah mamat ni mental. Tebaru, mamat dia ada buat perangai sikit, terbaru tu semalam, kawan dah heboh, aku je cool gila, tapi dalam cool tu aku tercakap begini "mental kut budak tu---ni orang tetua kata, orang lelaki kalau bil air asyik tertunggak boleh mental tau, bini diakan sakit, anak dia satu jeeerrr"

Kesian sakit mental, ada masalah semua orang pakat tuduh mental. Iya ka semua orang pelik-pelik ni mental? Tapi pada aku melabel orang sebagai mental ni boleh buat aku less marah-less benci, so aku akan gunakan label tu. Paling tidakpun aku kata dia stresslah. Ada kau dengan pasal ujian DASS? hah buatlah ujian tu selalu-selalu, kalau skor kamuorang tinggi, tidaklah bermakna pun kau mental yang perlu menghuni mental institution. Bila-bila masa je, bila tenang ribut jiwa, skor kau boleh back to normal. Skor-skor macam ni bukanlah nak bawa kau tinggal di sana, tapi tu, kan, just to let you know kadang-kadang, environment yang toxic bikin kau toxic sama, dan banyaklah kaedah yang boleh kau lakukan untuk lower down level of toxic tu. Sini pakar amat ramai, just reach out for them.

Jangan sampai bila kita terkena toxic, jadikan kita pulak terjangkit sama bawa toxic yang menjejaskan keharmonian dalam sebuah oraganisasi. Kita kerja 8 jam je sehari, so jagalah the rest of baki 8 jam tu untuk recharge, detox apa-apa benda tak elok yang telah terjangkit di mana-mana tu,kan. Iyala bila dah semua gaduh toxic-toxic, pepandailah jaga diri sendiri.

Sunday, March 19, 2023

Melukut Tepi Gantang?

Masa pengstrukturan semula hari tu aku memang tak heranlah nama aku tak terkeluar. Semua pun memang expect kawan aku yang termuda tu akan dikeluarkan dari team. Gomen memang macam gitu, selalunya memang last in first out. Dia yang paling junior dialah yang kena keluar. Dalam pada tu kalau derang memang nak "kick" engkau, kaulah yang kena. Means to say group aku tu semua functionlah, tak ada keadaan dimana engkau lebih fuctional dari aku, walau aku nampak saat akhir memang kau cuba buat terhabis baik untuk sailang aku.

Means to say juga---aku ni bukanlah staff yang melukut tepi gantang pun. Team lain mungkin ada yang rasa kenapa tak dia je kena kick keluar? Dahlah tua, lagi sepuluh tahun nak pencen, apa dia tau sangatlah pasal IR4.0, kan? Aku rasa aku paling tualah dalam team ICT tu. Aku pun pelik, akukan dah lagi 10 tahun nak pencen, apa aku tahu sangat pasal IR-IR4.0 ni, kan. Aku pun kalau time tiba aku kena analisa data, kena convert data to chart and wats not eish memang aku malas. Tapi memang itula part aku pun kalau dalam penulisan report nanti.

Team leader aku mesti susah hati sebab masa di awal kajian ni, budak yang kena keluar team tu, dia yang kunun bab data-data, soal-selidik macam dia yang buat. Aku tak le nak ngaku soal-selidik tu aku yang buat, pada asalnya, dah mamat tu kekwat nak buat, biar aje. Biarlah dia sambung kerja aku sampai habis. Tapi tulah nampak gaya aku jugaklah yang kena tulis bab itu nanti. Baru berangan tak nak begulat dengan data, aish kena juga buat tu. Baru berangan pose ni kunun nak relek-relek, nak cuti kununlah---balik kampung, pose kat kampung barang seminggu dua, hurm---nampaknya semua tu tinggal angan-angan aje, silap hari bulan aku kena kerja sampai malam, buat data. Nasib badan.

Keje gomen macam nilah, kau kije teruk, nanti bos kau juga yang dapat nama. So kisah melukut tepi gantang, nak sentap-sentap memang tak adalah. Kau nak kije gomen, mental kena sedia, kerja level-level aku ni waima P&P yang baru nak up pun bos tak berapa pandang kalau tak pandai up-upkan diri. Tapi P& P ni derang tak payah nak up sangat, cukup masa derang naik pangkat, senang naik pangkat, pendek kata tak payah nak bergulat berebut sangat. 

Bila derang nak naik Jawatan Utama barulah saingan tu macam haram-jadah jugak dengar katanya. Dengar-dengar ceritalah. Sampai ugut mengut-terancam, rampas hp staff dan sebagainya. Itu cerita Dr Gila tulah. Tak taulah dia memang sedia gila ka, atau stress sebab kije jadi kan dia gila. Dengor cerita kementerian tu memang puaka. Jin tumbuk rusuk banyak berkeliaran sana. Especially kat sempandan-sempadan sana. Balik Siam, balik Borneo. Balik Singapore-JB? ntah tak de dengor pulak. Org Singapore kaya, dak lalu dema makan beras, gula, gandum subsidi Malaysia eh.--- Itulah bila kije dengan Jin Jembalang tanah, kalau kau ada sakit mental memang boleh trigger hallucination yang bukan-bukan.

Betul atau tidak mereka berebut jawatan sampai berpakat, berkomplot jatuh-menjatuh, tak taulah aku. Tapi bila cerita Datuk Salwani jadi Datuk sebab simpan rekorder dalam pencil box kawan dia, lepas tu mahkamah kata kes itu tak de kes, itu bukti memang adalah kisah kau nak jadi Datuk, nak naik pangkat cepat, kau sanggup create story bukan-bukan. Betapai pangkat itu segalanya pada mereka.

Itulah tu, kalau kau jenis Datuk Salwani, lepas tu kau jawatan Pelaksana macam aku, apa kau nak buat kalau tiba due kau naik pangkat, saingan sangat sengit. Aku tak tau apa plan engkau, tapi kalau aku ala pangkat tu rezeki, kalau ada adalah, tak de biar pegilah. Yang penting orang suruh buat kije kau buat. Tak pandai IT, terkemut-kemut IT boleh belajar.

I was luckylah sebab aku ni single banyak masa boleh belajar. Kalau macam korang yang bergelut dengan anak dan keluarga? Nasiblah kena banyak bersyukur. Aku tengok kengkawan aku semua tak dapat naik pangkat pun, tapi derang happy je. Memang betul ada omputeh tu cakap "same bird fly in the same flock" Kengkawan aku semua jenis tak kisah sangat, tak down sangatlah tak naik pangkat pun. janji gaji naik.

Kami happy makan-makan aje. Kadang tu ada gak derang sungut-sungut kena buli, tapi lepas habis makan, habis kije kita sama-sama happy. Apa nak rebut-rebut jawatan, kan? Tu yang berebut sangat tu eish sampai dapat jawatan, tak pandai sangat lepas tu hempas-sana-hempas sini, mengadu stresslah itulah inila,lah lantak engkaulah kan.

Dia kalau kau melukut sensorang tu kau down le, tapi kalau kau ada flock to fly, apa ada down dah. Keceriaan, kebahagian, kita yang cipta. Tak guna ada pangkat, ada nama, ada ramai follower, tapi your flock to fly semua parasit. kau umpama pine nan tua, sepi sendiri di Pergunungan sana.

Ta ta-- erk macam kena tulis pulak how to live with parasit, kan? he he