Thursday, January 9, 2020

Isteri Terpuji---

Arwah makcik saya pernah mengomen begini "dia tu tak tau marah laki dia". Dia komen macam tu kat isteri anak sedara dia sebab anak sedara dia malas ya amat. Anak sedara dia tu "dok umah goyang telur jak kerejanya. Ada ka, anak sedara dia problem dia marah bini anak sedara dia, kan. Macam gitulah kita orang Melayu ni, laki problem, bini yang salah---

Tak kisah,lah,kan. Itu bererti, dalam masyarakat Melayu, kampung macam saya tinggal ni, kalau tak reti nak tegur-tegur laki, laki boleh jadi jahat. Hah begitulah persepsinya---Dulu tu saya ni jadi macam nak naik angin juga dengan isu, persepsi yang begini. Ada, ka semua salah kita,kan? Hat lelaki tu buat apa? Ala, mitos jak makcik ni. Bule dia kata gitu. hurmmm---tapi tulah pempuan-pempuan dalam family Ai semua dominan, you! Garang, tapi orang kampung tak taulah, depa nampak family pempuan Ai Mak Hajjah, makcik Marhaban contoh jak. Pakcik-pakcik Ai, atuk Ai pulak  Suami Misali. he he---kami je yang tau, sebenar dalam family, karekter isteri Solehah contoh macam Kak Wan tu, bini anak sedara, dok malas kije sorang tu ajelah yang sebenar-benar contoh. Lenlain semua serope bini Saidina Omar. Kalau ada bikin barang yang tak berkenan,  di hati, surinya sure kena bebel, one!

Ni dah buang tebiat ke dok cerita pasal laki-bini, ni? Tu lah nak cakap ni, Ai is terpengaruh dengan audio klip laki-bini betengko yang kak Tipah SPRM viralkan, minggu ni. Hah, kan. Terpikee pulak. Najib yang dok kena marah-marah bini, idakla lagi kita jumpa gambo dia, bidio dia telanjang dengan pempuan lain, hok bini yang alim warak, laki dia besepah gombo tak elok, berderet darai ngaku sumpah burit koyak dikijekan laki Kak Wan warak tu.

Saya memang tak amik port sangatlah hal ni, saya berangan kalau kawen besok memang nak jadi macam Kak Wan je, aish huduh weh, orang pempuan marah-marah kat laki, kan. Teruk beno rupanya. Nasib baiklah tak kawen,kan. Kalu kawen, buatnya laki aku pun seropa laki Kak Wan, tu. Mak aiii Ai is ngeri, you.

Laki Kak Wan ok la juga, dok pi tibai burit jantan, jak. Kalu jadi laki Nek Semah, hah lagi gila---Nek Semah punya laki, walau tak telanjang, Timbalan-timbalan dia habis dia telanjangkan--- Paling teruk ditelanjangkan ialah laki Kak Wan dan Laki Kak Ros ko le. Kalu laki Kak Wan, kuar muka depan surat khabar telanjang bulat, laki Kak Ros pula kuar audio kena Queen Control dengan Kak Ros. Apa pekdah le ya dok bukak-bukak aib orang lagu tu, kalau ko tak ngam dengan orang kanan kau, ko pecat ajelah. Kau kan PM. Geram sungguh la eh tengok kelaku laki Nenek ni, apa ke gilanya dia, tak tahulah kita. Tak guna kau baik kalau kau bunuh kerekter orang kanan kau sendiri yang menviralkan aib mereka.

Nenek ni apa jenis bini lah pulak dia ni? Ntah, orang kata, lah Nenek ni jenis bini takut laki/King Kontrol. Kena tengking, kena herdik laki jak Nenek ni. Tulah,kan syukur juga kita yang tak berlaki ni. Kalu ada laki, apa ropenya laki aku ek? Marah salah, tak marah salah, kena marah, lagi salah. hurmmm---

Tuesday, January 7, 2020

Kisah Orang Baik-baik 3

Hari ni kita membawang pasal pegawai Khas, atau SU Akhbar exMenteri Pendidikan plak. Orang baik jugalah dia. Dahlah baik, bijak pandai pulak. Tapi macam yang saya argue dengan kawan-kawan saya, orang baik ni tak pandai berpolitik. Mungkin pandai belajar, tapi nak idup, nak nampak "wow" di mata orang genius macam saya derang tak pandai. Sudahnya dia nampak bodoh sangat.

Sebelum dia jadi pegawai gomen pun dah nampak bodoh dah. Dia niaga buku. Buku tak laku dia meroyan, minta bantuan dalam FB untuk selamatkan dia. Nasib baiklah dia ni jenis ramai kawan-kawan yang ada kuasa beli tapi tak kuasa beli buku dia yang ntah-apa-apa-tah tu. Jadi terselamatlah syarikat dia tu walau yang membeli tu sekadar beli lepas tu simpan saja.

Perkara bodoh terbaharu yang dia dah bikin, ialah bila dia dak tak de kerja ni, benda pertama dia buat ialah menyerang Siti Kassim. Apalah yang dia dengki sangat dengan si Siti tu pun tak tahu,lah. Si Siti ka yang bikin Boss dia dan Boss saya jadi exBoss aje---


Hai sian Siti.

Yang pasal siBoss tu pulak, dan melalut berangan yang dia Hang Tuahlah pulak. Gila apa? Adooiii gasak dialah. Kita tok sah cakap banyak-banyak, kita tunggu ajelah betul idak dia Hang Tuah 2020. Saya takut kalulah, idak dia dipanggil kembali masuk kabinet, Tanjung Rambutan jualah tempat dia menghuni. Sian. Delusional dia tu. Kat sini memang aku puji sangat-sangat Atuk sebab cepat nampak ada anak buah dia yang mental dan cepat-cepat dia kasi keluar orang itu dari kabinet dia.

SYABAS ATUK---

Sunday, January 5, 2020

Kisah Orang Baik-Baik 2

Hari tu saya cerita pasal orang baik-baik UMNO. Hari ni kita cerita plak pasal orang baik-baik musuh UMNO. Sapalah yang baik tu. Sapa lagilah kalu geng-geng Ustaz baru nak up tu. Apa ea saya gelarkan mereka, sebab dah nak dekat 2 tahun up takkan baru nak up lagi---apa tah, alah saya tulis jelah bos saya. Atau bermula dari tarikh hari jadi saya bos saya dah jadi ex-Boss je. Hah bos saya dah pecat dari jawatan Menteri. Hai hai hai---tapi dia tak nak mengaku, dia kena pecat, dia cakap dia akur arahan bos laaagii besar.

So apalah kesudahan budak-budak baik baru nak-up ini ea. ntahlah----

Yang saya tahu dalam group geng karas saya tu, saya sorang je yang biasa-biasa, tak terkesan dengan pemecatan boss tu, yang satu berkecuali, 3 lagi memang down giler dengan pemecatan tersebut. Derang minta komen saya. Saya pun tak tau apa ekspektasi mereka, saya cakap yang sejujurnyalah---, ntahlah derang boleh terima ka idak, rasanya bulehlah tu kut---

Komen saya senang aje, ustaz baik, harapan Negara ni, mungkin baik, mungkin pandai, tapi tak pandai berpolitik. Ustaz baik bila dapat jawatan, gian nak perang penjahat, tanpa ustaz usul-periksa siapa penjahat yang dia mau perangi itu. Atau mungkin ustaz sesesuci hatinya ingat yang big boss dia tu baik macam dia juga. Saya fikir balik, tak terlintas ka di fikiran. bahawa ada orang yang dia dah "pancung kepala"nya tu kawan-kawan big boss dia. Ko sapa kau baru jak nak up, orang tu dah berkurun taja big-boss kau. Pendek kata kau pancung orang yang bagi kau makan, memang kau nak kena makan, baliklah namanya.

Apa pun saya memang happylah ustaz-ustaz baru nak up ni big-boss pancung terus, itu mungkin Tuhan mau sembunyikan aib dia, atau future aib mereka. Tuhan itu maha adil, Dia takkan uji kau dengan ujian yang kau tak tertanggung. Anggap sajalah kau memang tak akan tertanggung ujian sebagai orang besar-besar Negara.

About my fren---apa dia fikir pasal saya, adakah pandangan saya mengecewakan derang, itu saya tak amik port sangat, sebab kalau true fren, mula-mula kita upset sikit bila fren kita tak sekepala, tapi kita cakap "wat de hack, tang situ je tak sekepala, bab lain banyak lagi yang sama" so  fren still fren la walau kadang tu ada banyak juga benda yang kita tak sekepala.

And with true fren, kita tak ragu-ragu cakap apa kita nak cakap, apa padangan sebenar kita sebab kita tau true fren will terima kita no matter how absurd pemikiran kita.

Monday, December 30, 2019

Kisah Orang Baik-Baik---

Selain orang UMNO mengeluh dana Politik mereka tak setanding dana PH kepunyaan Tun, orang UMNO juga menghadapi musuh dari dalam yang dah banyak kali buat onar dalam parti dengan merelakan dirinya menjadi kuda tunggangan pihak musuh. Sekarang dah tak de rahsia dah. Orang itu ialah Hishamuddin Tun Husin On sendiri. Sekali imbas aish macam tak logik je. Dia kan sedara Najib, kenapa nak jadi barua Tun, kan?

Tapi tulah yang dah berlaku sekarang ni. Tindak tanduk Hishamuddin or derang gelar-gelar H2O ni dah menyebabkan UMNO berantakan. Sejauh mana, sehebat mana keberantakan mereka idak kuasalah saya nak mengukurnya. Tapi kecohlah kes pasal dia ni. Depan-depan pijak semut pun tak mati. Siap buat posting FB, macam dialah hero penyelamat/penyatu bagai, tapi balik belakang kemain dia memujuk, mengajak MP UMNO lompat parti. Bila ramai sedar dan nak ambil tindakan,  diugut-ugutnya orang begitu-begini. Itula, kan pemimpin UMNO ni pun satu, masa berkuasa, banyak sangat buat taik, dah hilang kuasa, senanglah orang nak ugut kau dengan dosa-dosa silam kau----Hurmmmm---

Itulah yang menyebabkan orang-orang dalam UMNO yang tak suka manusia bermuka-muka ni marah dan minta siasat H2O ni. Tapi nak wat cam ner H2O dah pegang kepala Presiden. Memang payahlah kalau macam itu.

Sepatutnya orang baik-baik dalam UMNO yang bencikan kemunafikan dan manusia-manusia opportunist ni, buat bodoh je dengan H2O ni. Dalam keadaan UMNO dah bertambah pulih dan berjaya berpakat bersama PAS, orang fikir dua tiga kali gak offer si H2O tu. Derang pun ada otak, tahu derang, si Tua renta tu kaki penipu. Abang Non yang otai lagi licik dan punyai ramai pengikut tu pun boleh kena "game" dengan Atuk, inikan pula kau yang orang tak kenal mana pun. Orang tau H2O balaci Atuk. Apa-apa offer semua datang dari Atuk dan dah atuk tu kaki kencing, takkanlah orang nak percayakan Atuk.

Saya kalu nak cakap direct pada orang baik-baik UMNO ni boleh aje. Malam ni pun kami dijemput hadir majlis Bday dia. Tapi tak payahlah eeehhh----nanti bini dia susah hati pulak "Ni minah gedempol mana ni, kemain lagi bercakap-cakap, nak ngajo laki haku nih?"  Kalau susah hati jak tak pe kalau dia jadi gerigitan, bagemana tu? Dahlah hari tu haku secara tak sengajanya terhalau minah tu masa aku nak mengambik gambo kawan aku yang gegedik nak berposing berdua-duaan jak dengan lakinya. Aku nak mengamik gambo ni, dia sibuk enter framekan punggung dia. Tak lawa la gambo bedua tetiba ada minah tunjuk bontot pula, kan. Aku suruhla dia berkalih he he he----

Aduhai---minta maaflah Datin eah--den tak tau ko tu Datin, tak de seropa Datin langsung!!!

Sunday, December 29, 2019

Paranoid

Kat opis saya ni rata-rata kengkawan kata Najib salah dan tak sabar nak tengok Najib masuk penjara pasal kes 1MDB, saya jer rasa kes yang sedang berjalan di Mahkamah hari ni sangat longgar. Kenyataan AG (Attorney General) nak membuktikan yang Jho Low adalah super ego Najib sangat ambitious. Tapi tu AG (Auditor General) dah berabis kuar duit buat forensik sampai ke Cayman Island sana. Mestilah kemenangan memenjarakan Najib merupakan kemenangan moral buat kawan-kawan saya.

Pada saya pula, buat apalah menang moral, tapi lepas ni Melayu hilang kuasa. Kalau saya cakap macam ni orang kata saya paranoid. Tapi saya rasa kita semua akan dapat bala kalau kita "kerja"kan Najib tu melampau-lampau sangat. Tengok ajelah macam di Libya tu, kan?

Dalam pada itu, saya sejujurnya idakla mau si Najib tu jadi PM kita balik. Dalam UMNO ada ramai bakat, pun, walau kegeniusan mereka dalam mencipta peluang ekonomi tu belum terbukti lagi. Najib can stay as penasihat kalau betul beliau jujur nak membantu memulihkan Ekonomi Negara. But then again it's goodlah to be with those who support Najib as kita ada gak kawan-kawan nak bercakap tanpa rasa risau orang kata kita gila, or worst gila bayang he he----

Tapi tulah orang UMNO, kan derang terbiasa dimanja dengan duit. Unlike Tun, Najib memang tak ada simpan duit berkepuk-kepuk luar negara untuk membiayai kempen PRU akan datang. Orang UMNO juga gusar mereka tak dapat lawan PH sebab dana politik UMNO tak sebesar PH. Tapi UMNO lupa orang PAS bule survive dan berjaya kuasa Kelantan dan Terengganu, bukan ada duit banyak mana, pun.

Tapi tu nak buat macam mana? Orang UNMO dah terbiasa tidur atas duit, Allah tarik duit sikit aje dah gelabah. Apapun I wish them good luck dan diberikan Tuhan ilham macam mana nak cari dana politik yang mereka risau-risaukan sangat tu.

Thursday, December 26, 2019

Makcik Marhaban

La ni kengkawan yang saya kenal melalui alam maya, yang sekarang dah officially non-Maya sebab dah beberapa kali bertemu, berkumpul dan makan-makan bersama, dok siiiibuk nak berdemo / begocoh dengan ada satu persatuan CINA tu, ntah apa nama tah---Dong Zong, ntah apa benda tah tak kuasa makcik check nama betul dia, pasal isu tulisan JAWI.

Hey, risau beno dia pasal Jawi tak tahula kenapa. Orang kalau tak nak Jawi mati ko tulis antar massage dengan anak-anak ko somi kau pakai tulisan Jawi, ler. Honestly saya pun tak tak reti sangat baca Jawi dah---rasa dalam setahun tu 0.00% jak saya jumpa tulisan itu sebab most of the time saya baca online. Kalu saya baca Quran pun yang hat terjemahan tu---Terjemahan dia ditulis dalam rumi. Ironi, kan? Bukan kah lagi cantik kalau pleasing to the eyes ianya dalam Jawi. Nampak seragam aje dengan yang hat bahasa Arabnya. Tapi tulah---nak cari mushaf terjemahan bertulisan Jawi tu tak tahulah kat mana ada.

Tok sah dok haraplah gomen nak jaga JAWI eahhh---kita sendirilah jaga---ni sebenarnya Makcik nak membawang ni bukan sangat pasal kawan mak cik yang meluahkan rasa kasih dia terhadap JAWI dengan berkumpul, berhimpun berdemo bagai tengah padang dalam stadium tu---dok eh kawan makcik tu memang hobi dia berdemo, mana demolah dia tak pegi semua dia ikut. Sejak dari jaman Abang Non lagi dia dah ikut. Jaman Abang Non, lagi brutel, siap kena kejar FRU, kena sembur dengan Air gatal pun dia pernah rasa. Dahsyat kawan saya tu, kan, kalu saya tulis buku cerita pasal dia, korang ingat ada orang nak beli tak buku saya tu?

Ok enuf apa cerita makcik nak tulis ni? Nii niii, pagi ni Makcik nak pi ofis. Terlambatlah sikit. Dah sedo jam 5.46 pi sambung lelap mata sebab mimpi best sangat. penghabisannya terlajak sampai 6.45. Padan muka, kan. Nasib baikla cuti sekolah, lambat-lambat pun jalan lengang, lif kosong. Tapi pagi ni punyalah makcik terperanjat, ada satu family tu pagi-pagi orang nak dok pi kerja depa dah siap-siap ni nak keluar dah. tak tau lah derang nak berjalan ka, atau derang mai Putrajaya tumpang tidur umah sedara. Rasa macam menumpang di rumah sedara/anak-anak sebab kereta dok pi parking kat luar.

Apa yang terperanjatnya ialah pakaian perempuan yang saya kira mak merekalah sebab dia paling tua. Nak terpengsan juga tengok orang tua-tua baya nenek kumpulan Marhaban ni pakai jeans dan blouse nak kata ketat idak juga tapi kecik jugalah sebab bole nampak lemak berketul-ketul balik pingang dan bawah dada walau nenek tu idak le gemuk, comel je. Should she were pakaian biasa orang baya-baya dia, surely dia nampak comel dan BMI dia dalam julat yang sihat.

Tapi bila dia pakai macam ntah blouse apa tu, siap dengan tudung ala-ala ViVie Yusof, hadoiiii---buat kata anak pensyarah saya "Mom, you look horrendous" Saya rasa dia nak look classy macam si Sheldon punya meemaw, tapi nampak dah serupa hapa tah. The whole family were wearing tight jeans. Atuk dia ada tercongoh sama. Saya tak tau dah apa dah kenanya dengan atuk tu, langsung tak tegur cara orang perempuan dia berpakaian. Nampak suka, adalah---Then, I look at the hand bag. Imitation of designer handbag yang dibikin with such a poor quality. Hang pun nak beli beg tiruan pun pegila beli kat Batam ka, paling tidak pi ronda kat Petaling Street ka---ini, ntah kat uptown mana tah dia dapat tu.

From there I can conclude derang ni B40, kut. Sepanjang perjalanan saya dari lif ka kereta, saya berfikiran begini, senang untuk family  kamu berubah wajah jika kamu kewangan kamu tidak kukuh. Dalam kata lain, susah untuk kami mengekalkan tradisi keluarga nenek moyang (rupa bentuk kamu yang ori) jika kamu tak banyak duit. You can go to stadium, turun ke jalanan, kena kejar polis, bagai---sebagai menifestasi cinta kamu terhadap bangsa, budaya dan tradisi kamu, tapi in the end kalau saya suruh kamu berzanji, dalam majlis marhaban, kamu rasa asing, out of place. How sad,kan?

Incase you all tak kenal sapa Meemaw dan malas nak google. Meemaw look super ohsem in that tight jeans, kan?

Tapi nama boleh lawan manis dan tenangnya Kakak, Makcik, Nenek Marhaban kampung,kan?

Lagi pulak nak lawan kumpulan Marhaban dalam TV lagi lah tak terlawan si Meemaw tu he he


Monday, December 23, 2019

Kerangka Maslow---

Ada kawan tanya "tak minat ke Islamic finance?", "Kenapa tak ambil Islamic finance?"
Ada kawan yang baru saya kenal melalui kawan yang lain terus suggest saya amik Islamic Finance. Mula-mula saya terkejut dan honestly more of sentap giler babi dengan pertanyaan dan cadangan yang sebegitu. Sentapla sebab seolah dia mengkritik bidang saya tidak cukup baik untuk menyampaikan saya ke Syurga Allah. Lepas tu mulalah paranoid kut la dia ada skodeng FB ka Blog ka dan terbaca saya meroyan-royan meratibkan Adam Smith's "Law of Invisible Hand"--bebudak usrah, kaki-kaki masjid ni derang sensitip dengan invisible hand. Pada depa Invisible Hand tu tangan dajjal. he he--. Tapi tu lepas tengok cermin, saya nampak muka saya serupa dengan rupa makcik-makcik Marhaban; idakla jadi sentapnya he he.

Honestly, Islamic Finance memang tak pernah ada dalam kepala otak saya pun. Forensic Auditing rasanya okla bolehlah. Patut dulu lepas SPM patutnya masuk akademi Polis, minta kerja pegawai penyiasat. Itulah saya pun tak perasan yang saya ni ada bakat memolis, sehinggalah  asal cuba nak bercinta jak putus sebab prospek-prospek saya risau mereka tak boleh ting-tong-kelentong sebab saya ini macam polis.

Pulaklah la ni jadi penolong juruaudit, dah ada master in forensic accounting, hah kalau bercakap sesama kengkawan ofis tu, hah dah serupa dah macam polis--apa motif? kenapa? bagaimana? bla bla bla. Tinggal beza polis dengan auditor, polis ada waran tangkap, geledah dan dedah, auditor kalau orang tak buka pintu, kita tak boleh masuk.

Pasal Islamic finance pula, adalah sikit belajar masa buat master hari tu. Baca kritiknya aje berpinar bijik mata den. I salutelah derang-derang yang tegar memperjuangkan Islamic finance ni---pengkritik derang bukan calang-calang orang, old-school, ulama belaka. Pengkaji yang bukan berlatarbelakangkan Islam, Quran dan Hadis pun ada. Bukan level-level kita-kita yang anjing-anjing tak bernama tak terkenal ni dok mengkritik Islamic finance ni. Suka tak suka kena hadam dan terima dengan hati terbukalah kalau mereka tulis dan bentang bukti-bukti deviation dari sacred intention yang berlaku dalam Islamic finance. Jadi kerja pejuang Kewangan Islam bukan mudah, berat tu. Bukan sikit hebat punya orang yang patut, layak menjadi Teraju Islamic Finance ni. Umur dah nak dekat pencen baru dapat master, toksah beranganle weh, jauh panggang dari api lagi psiko kuat berangan namanya itu---

Baik saya fokus dengan kajian kelakuan, finance/accounting sekular jer.  Biarlah saya selesa dengan Maslow's self actualisation. Dalam self actualisation sana tak de cakap pun untuk dapat itu, kena begitu-begini---kena ada Yayasan MARDHIAH atau be the most influential women in Islamic Finance baru tercapai self-actualisationnya. Dia tak macam tu, dia sikit lebih kurang macam--- Westlife le fly without wing, kan? Yang hat rangkap:-

"Some in their solitary lives; 
You find it in the words of others; 
A simple line can make you laugh or cry" 

larkan? Dah level-level makcik Marhaban ni takkan le nak meraban ke baris:-

"Well, for me it's waking up beside you;
To watch the sunrise on your face; 
To know that I can say I love you;
In any given time or place ". 

Cermin lah muka tu dulu, iya dop? Umah dah kata pergi, kubur dah kata maghi, masih gigih nak mencari CINTA memang sengaja cari kecaman dan kejian, lah tu. Memang tak salah kalau orang nak mencebik pun. He He 

Dan tidaklah juga dalam my solitary life ini saya menyasarkan dapat Phd bagai baru saya capai self-actualisation. To me self-actulisation saya mudah je--- asal saya dapat jadi manusia yang kurang membawang, mengomen bercerita dan bergossip, tu dah cukup.

---Minggu ni memang saya happylah sebab dapat tahan diri dari membawang dan menganalisa-psiko krisis gaduh-gaduh kat pejabat ni---bayangkanlah semua pakat minta saya komen, sebab saya dan beberapa orang kawan dipanggil mengadap---perihal gaduh-gaduh ni! Dia senang aje, cakap ajelah kita tak tau, kan? Walau dalam fikiran dok analisa psiko karekter, peribadi, penampilan dua orang pengaduh ni, serta nimbang-nimbang gak apa motif no 1 buat no 2 macam itu. Ada unsur-unsur malicious atau wrongful intention seperti yang didakwa?(ni dah serupa lawyer pendawaraya dah, bukan setakat polis jak) Side manalah aku nak masuk ni--- Orang bergaduh yang ko sibuk nak sokong sokong sapa macam peminat bola nak sokong Arsenel ka MU ka dah kenapa,kan? he he---

Tapi dalam kes bergaduh ni, saya komen macam gini je---nak cakap tak tau nampak membohong benau---sebab bukan kau sorang dipanggil mengadap, bertiga tuh---saya komen begini

"Macam mana pun, derang dua tu bos kita.Sapa betul sapa salah itu tok sah beratkan sangat otak kita memikio dan mengomennya. Asal jangan kita bergaduh dengan derang, sudahlah, kan. Kalau buleh biarlah dia nampak muka kita dia sejuk, sayang je kat kita--- ustaz kata rabbi yassir walla tu assir???"