Ada kawan tanya "tak minat ke Islamic finance?", "Kenapa tak ambil Islamic finance?"
Ada kawan yang baru saya kenal melalui kawan yang lain terus suggest saya amik Islamic Finance. Mula-mula saya terkejut dan honestly more of sentap giler babi dengan pertanyaan dan cadangan yang sebegitu. Sentapla sebab seolah dia mengkritik bidang saya tidak cukup baik untuk menyampaikan saya ke Syurga Allah. Lepas tu mulalah paranoid kut la dia ada skodeng FB ka Blog ka dan terbaca saya meroyan-royan meratibkan Adam Smith's "Law of Invisible Hand"--bebudak usrah, kaki-kaki masjid ni derang sensitip dengan invisible hand. Pada depa Invisible Hand tu tangan dajjal. he he--. Tapi tu lepas tengok cermin, saya nampak muka saya serupa dengan rupa makcik-makcik Marhaban; idakla jadi sentapnya he he.
Honestly, Islamic Finance memang tak pernah ada dalam kepala otak saya pun. Forensic Auditing rasanya okla bolehlah. Patut dulu lepas SPM patutnya masuk akademi Polis, minta kerja pegawai penyiasat. Itulah saya pun tak perasan yang saya ni ada bakat memolis, sehinggalah asal cuba nak bercinta jak putus sebab prospek-prospek saya risau mereka tak boleh ting-tong-kelentong sebab saya ini macam polis.
Pulaklah la ni jadi penolong juruaudit, dah ada master in forensic accounting, hah kalau bercakap sesama kengkawan ofis tu, hah dah serupa dah macam polis--apa motif? kenapa? bagaimana? bla bla bla. Tinggal beza polis dengan auditor, polis ada waran tangkap, geledah dan dedah, auditor kalau orang tak buka pintu, kita tak boleh masuk.
Pasal Islamic finance pula, adalah sikit belajar masa buat master hari tu. Baca kritiknya aje berpinar bijik mata den. I salutelah derang-derang yang tegar memperjuangkan Islamic finance ni---pengkritik derang bukan calang-calang orang, old-school, ulama belaka. Pengkaji yang bukan berlatarbelakangkan Islam, Quran dan Hadis pun ada. Bukan level-level kita-kita yang anjing-anjing tak bernama tak terkenal ni dok mengkritik Islamic finance ni. Suka tak suka kena hadam dan terima dengan hati terbukalah kalau mereka tulis dan bentang bukti-bukti deviation dari sacred intention yang berlaku dalam Islamic finance. Jadi kerja pejuang Kewangan Islam bukan mudah, berat tu. Bukan sikit hebat punya orang yang patut, layak menjadi Teraju Islamic Finance ni. Umur dah nak dekat pencen baru dapat master, toksah beranganle weh, jauh panggang dari api lagi psiko kuat berangan namanya itu---
Baik saya fokus dengan kajian kelakuan, finance/accounting sekular jer. Biarlah saya selesa dengan Maslow's self actualisation. Dalam self actualisation sana tak de cakap pun untuk dapat itu, kena begitu-begini---kena ada Yayasan MARDHIAH atau be the most influential women in Islamic Finance baru tercapai self-actualisationnya. Dia tak macam tu, dia sikit lebih kurang macam--- Westlife le fly without wing, kan? Yang hat rangkap:-
"Some in their solitary lives;
You find it in the words of others;
A simple line can make you laugh or cry"
larkan? Dah level-level makcik Marhaban ni takkan le nak meraban ke baris:-
"Well, for me it's waking up beside you;
To watch the sunrise on your face;
To know that I can say I love you;
In any given time or place ".
Cermin lah muka tu dulu, iya dop? Umah dah kata pergi, kubur dah kata maghi, masih gigih nak mencari CINTA memang sengaja cari kecaman dan kejian, lah tu. Memang tak salah kalau orang nak mencebik pun. He He
"Some in their solitary lives;
You find it in the words of others;
A simple line can make you laugh or cry"
larkan? Dah level-level makcik Marhaban ni takkan le nak meraban ke baris:-
"Well, for me it's waking up beside you;
To watch the sunrise on your face;
To know that I can say I love you;
In any given time or place ".
Cermin lah muka tu dulu, iya dop? Umah dah kata pergi, kubur dah kata maghi, masih gigih nak mencari CINTA memang sengaja cari kecaman dan kejian, lah tu. Memang tak salah kalau orang nak mencebik pun. He He
Dan tidaklah juga dalam my solitary life ini saya menyasarkan dapat Phd bagai baru saya capai self-actualisation. To me self-actulisation saya mudah je--- asal saya dapat jadi manusia yang kurang membawang, mengomen bercerita dan bergossip, tu dah cukup.
---Minggu ni memang saya happylah sebab dapat tahan diri dari membawang dan menganalisa-psiko krisis gaduh-gaduh kat pejabat ni---bayangkanlah semua pakat minta saya komen, sebab saya dan beberapa orang kawan dipanggil mengadap---perihal gaduh-gaduh ni! Dia senang aje, cakap ajelah kita tak tau, kan? Walau dalam fikiran dok analisa psiko karekter, peribadi, penampilan dua orang pengaduh ni, serta nimbang-nimbang gak apa motif no 1 buat no 2 macam itu. Ada unsur-unsur malicious atau wrongful intention seperti yang didakwa?(ni dah serupa lawyer pendawaraya dah, bukan setakat polis jak) Side manalah aku nak masuk ni--- Orang bergaduh yang ko sibuk nak sokong sokong sapa macam peminat bola nak sokong Arsenel ka MU ka dah kenapa,kan? he he---
Tapi dalam kes bergaduh ni, saya komen macam gini je---nak cakap tak tau nampak membohong benau---sebab bukan kau sorang dipanggil mengadap, bertiga tuh---saya komen begini
"Macam mana pun, derang dua tu bos kita.Sapa betul sapa salah itu tok sah beratkan sangat otak kita memikio dan mengomennya. Asal jangan kita bergaduh dengan derang, sudahlah, kan. Kalau buleh biarlah dia nampak muka kita dia sejuk, sayang je kat kita--- ustaz kata rabbi yassir walla tu assir???"
Tapi dalam kes bergaduh ni, saya komen macam gini je---nak cakap tak tau nampak membohong benau---sebab bukan kau sorang dipanggil mengadap, bertiga tuh---saya komen begini
"Macam mana pun, derang dua tu bos kita.Sapa betul sapa salah itu tok sah beratkan sangat otak kita memikio dan mengomennya. Asal jangan kita bergaduh dengan derang, sudahlah, kan. Kalau buleh biarlah dia nampak muka kita dia sejuk, sayang je kat kita--- ustaz kata rabbi yassir walla tu assir???"
No comments:
Post a Comment