Tuesday, December 10, 2019

SUTUN PIJI----

Dalam dunia ni kita ada banyak ketakutan. Lebih-lebih lagi kalau perempuan. Perempuan memang disuruh takut. Kalau tak takut itu namanya perempuan gila he he---gitu ka?

Macam-macam benda kita takut. Macam saya, benda yang saya takut ialah hantu, muka jembalang, lembaga yang mengerikan. Adoiiii membayangkannya sahaja tecopot-copot jantung saya. Tapi saya tau hantu jembalang ni tak pernah hadir dalam alam nyata pun--cuma khayalan saya sahaja.

Lagi satu paling saya takut ialah rakan opis yang suka komplen sana-komplen sini, terutama komplen kat bos, macam-macam. Adoooiii dapat orang macam itu memang mengerikan,lah---malas nak tengok muka, dia, kan.

Itu ketakutan saya. Sangat kecil sekali. Sebab saya orang kecil-kecil sahaja. Mula tu memang rasa takut jugalah kalau pembawang ni boleh pengaruh bos kita sampai kita dibenci bos sendiri. Nak pergi kerja pun tak seronok. Tapi kita fikir balik, habis kuat pun kita tak naik pangkat je he he---dah nak pencen ni apalah sangat nak prestasi sana sini, kan?

Sejak dua menjak ni saya buka online, orang dok mengata sutun PIJI. Sutun PIJI ni pun mengerikan juga. Jenis suka sebar aib orang untuk jatuhkan orang. Lepas dia jatuhkan orang dia pun buat donno, dan moving on with life. Tapi dia taklah menakutkan sangat saya. Tapi ramai orang takutkan dia sebab la ni dia giankan artificial intelligence.

Tak kisahlah nak takut, ka nak hapa,kan? Saya cuma heran dengan diri sendiri. Heran kenapa masih takut walaupun sembahyang hari-hari dan yang patut kita takut ialah Allah. Kenapa saya takut selain Dia. hah itu kena banyak-banyak muhasabah diri dan check balik amalan sendiri---saya mungkinlah tak takut kan si Sutun PIJI dan agenda AI dia, tapi saya ulang, tak takut Sutun, PIJI, takut benda lainlah pulak, kan---

Kita cuba cakap pada diri jangan takut itu, jangan takut ini, takutlah hanya pada Allah. Kita tak takut, kita orang beriman yang hanya takutkan Allah. Tapi bolehkah kita membohongi diri yang sebenarnya kita takut pada banyak benda---- Kena muhabah banyak-banyak ni. Kalau kita takut pasti ada yang silap dengan amalan dan ritual diri. ----



No comments: