Sunday, June 25, 2023

Heal The World---

Memula tu aku ingat aku dah kena scam dengan Dubook ni bila aku beli buku online dengan Syarikat Dubook ni. Sebab apa aku cakap gitu. Satu Mutalib yang sinonim dengan Dubook tu memang dah busuk nama dia dikalangan penulis yang baik dengan kenalan aku si Pegawai Buku Sastera kat DBP sana. Kenalan aku kata Mutalib ni penipu. Tak bayar ntah apa ke bayaran tah kepada penulis yang dia dah janji certain-certain amount la. Penulis ni dah pepenat tulis dah antar manuskrip lepas tu haaaraaaammmm, sonyap aje gitu.

Ntah betul, ntah tidak cerita ni, idaklah aku tahu. Tapi personally aku rasa Mutalib ni aku memang tak berapa letak high expectation la kat dia. Kalau dah namanya sastera itu memang kita tak letak apa-apa ekspektasi pun. Dia pernah jadi CEO Kota Buku, lepas tu dia gebang gebung-gebung debak-debuk. Masa tu KSU Datuk Ghaz. Wah kemain lagi gebang meeting dengan Datuk 24jam, tulis proposal bagai untuk majukan industri perbukuan Negara. Aku boleh je nak tanya Datuk, CEO Kota Buku tu, betul ka tak betul. Kalau aku tanya mesti Datuk kata "layankan ajelah orang-orang politik ni he he" Mesti lepas tu Datuk senyum-senyum kambing gitu. Kau kena sedia maklum kalau yang namanya Industri Negara, MAS yang gah tu, boleh telepot, terpeleot dikijekan orang-orang politik, inikan pula industri Buku. Kau tengok ajelah buku DBP, tak cukup DBP, Intitut Terjemah pun sibuk publish buku Sastera, sampai ada orang komplen, bukan kau itu patut keluar buku terjemahan ka? Yang kau sama tumbas keluar buku sastera dan gajikan editor-editor khas mengedit buku sastera yang tak de back-ground terjemahan tu dah kenapa. Dia fasih satu bahasa je, apa jadah dia dok makan gaji kat Terjemahan sana? Eh, pulak tu masa Pesta Buku hari tu, DBP pula keluarkan buku-buku terjemahan pulak hadoooiiii---- peningkan industri mereka ni. So, kalau sebut industri buku, khususnya sastera, bersedialah terkecewa gitu kalau tetiba ada orang gebang-gebung, aku boleh gitu-gini kan, pawangkan sastera Negara, janganle kau letak harap sangat, sebab lepas tu mesti yang jadinya, buat orang Melaka pun, HANDAUUUU je.

No 2 kenapa aku kata kena scam--- sebab baju yang aku order kat Tik-tok selepas aku order buku dari Dubook ni dah sampai. Infact aku repeat order, dah sampai jugak, tapi buku dubook tak sampai-sampai lagi. Dan aku terkejut badaklah juga lah bila balik umah eh ada bungkusan kat depan pintu rumah aku. Aku dah bukak dah bungkusan dia. Aku lupa pulak nak buat video ala-ala unboxing gitu, sebab ntah---sebab aku pose sunat hari tu, jadi aku letih, nak tangkap gambo buku depan muka pintu pun aku tak ingat. Lagi satu kan aku dah kata aku kena scam, so aku tak ekspek la bungkusan tu isinya buku. Aku dok ingat ntah compect powder ka ntah apa ka yang aku dapat hadiah dari tik-tok, kan? Aku nak review sikit buku ni, tapi aku nak buat Part 2, sebab tak mau ntri yang ini panjang sangat, lagi bercampur dengan kutukan-kutukan aku pada si Mutalib ni tadi. ----[bersambung]

Thursday, June 22, 2023

Heheeling---

Hari tu ada cakap nak tulis kreatipkan? Pasal Dak apa tah nama dia tu, Noni, yang kerinduan nak balik Stinggan lepas kena duduk kat kampung sebab mak dengan ayah dia mati, kan? Tapi tu aku fikir pulak, kalau aku buat macam tu aku akan jadi sama je macam si Faisal Tehrani tu, bengang dengan Syarifah Amani tulis cerpen, bengang dengan Dr Maza tulis novel, bengang dengan Abg Non tulis Syair. Apa kejadahnya lagu tu?

Aku kalau bengang dengan orang-orang aku pegi chow-kit beli buah, beli periuk, kuali, belanga, aku pegi petaling street beli bunga. Sebab minggu lepas aku dah ronda satu Petaling sana cari bunga, cerita pasal dak Noni tu dah padam dah. Apa benda aku nak cerita dah lupalah pulak. Tapi aku nak tulis Dak Noni ni bukan aku bengang dengan Dak Faisal atau Usztaz Auni. Cerita pasal Dak Noni ni lama dah aku nak tulis masa aku bengang dengan Dak Faizah. Tapi tulah, Dak Shelly dah bawak aku pegi IKEA masa tu, tengok perabut, aku pun lupalah pasal Dak Noni ni.

Aku nak cerita macam ni, ini pengalaman aku duduk setinggan dari mak aku lepas pantang sampailah umur aku 2 tahun. Aik, baby-todler umur 2 tahun pun kau boleh ingat ke Maddie? Aku tak ingat leeerrr---mak aku yang selalu cerita pasal family aku kat Setinggan sana. Family angkat mak aku. Kat sana mak aku bilang aku ada nenek, ada mak Nana, abah ada kakak-kakak dan abang-abang. Kau tahulah duduk setinggan sana, balik tu bandar raya, ada panggung wayang ada ntah apa-apa tah tempat yang orang kampung dan bebudak usrah macam Dak Faizah kata tempat percambahan maksiat, kan? 

Lagi satu ada sorang kakak aku ni terejal sikitlah, tak nak pegi sekolah, pandai kawan dengan jejantan yang apa-apa tah, kata mak aku. Sebab dia nakal dia banyak kali kena hukum dengan abah kita orang. Abang aku terlibat dengan penagihan dadah. Tapi ironinya kakak-kakak aku hari ini semua berjaya. Hari tu aku pegi kenduri kawen anak salah seorang kakak aku, tapi bukan yang nakal itu,lah. Yang lain yang mak aku jarang cerita. Dia buat kenduri kat satu event space yang viral yang agak mewah jugaklah. Pengantin lelaki pempuan katanya berkenalan masa belajar seni bina. Memang ngamlah tu, sebab abah aku dulu kije tok Dalang kat Muzium Negara. Mak aku kata abah aku tu bukan jadi tok dalang je, patung wayang kulit semua tu abah aku yang buat. So kalau cucu dia belajar Seni Bina tak heranlah dari mana datangnya bakat seni tu kan? 

Kira kakak-kakak aku semua not bad tau. Ada kawen dengan doktor, yang nakal tu kawen dengan Pegawai Polis kau! Tu yang ada satu hari tu aku bilang sama mak aku, begini  "Tu lah mak ngapa mak balik kampung dulu! Kalau mak tak balik, kak Shima yang malas sekolah tu pun dapat Polis, saya yang rajin pergi sekolah ni ntah-ntah dapat Menteri" lepas mak mengumpat kak Shima.  Hah kau, terkedu mak aku! Lepas tu mak tak pernah cerita-cerita lagi pasal Kak Shima kena ikat kat pokok, kena potong rambut, sampai pendek. Mak cuma cakap, "oh Shima yang sangat berbudi dan tak pernah lupakan emak, sanggup dia cari kita di kampung  masa suami dia jadi Ketua Balai kat Bakri. Akceli mak jarang ulang-ulang kisah pasal kak Shima nakal pun, yang dia selalu cerita pasal Kak Liza yang tiap-tiap hari akan pinjam aku lepas dia balik sekolah. So masa Kak Liza pinjam aku tu, emak adalah masa nak lurus-lurus kan pinggang berehat-rehat, kan?

Pasal aku bengang dengan Dak Faizah tu, aku dah lupa dah sebab dah masuk IKEA dengan Dak Shelly,kan tapi aku ingat aku marah-marah begini--- kau kalau budak pempuan mengandung tak berlaki itulah kau suruh baca Quran,-Quran_Quran. Kau pegi kat Sekolah Jalinan Kasih sana, pegi kau cakap pasal Quran. Derang tu ada yang ABC pun tak kenal tau bla bla bla bla---eh jom jom, jom masuk IKEA. Mengenang cerita marah-marah ni akan mengundang vibrasi rendah dari semesta. Pagi-pagi begini eloknya kita tinggikan vibrasi dengan menjamu mata melihat perkara-perkara yang mengembirakan. Since aku tak ada gegambar IKEA aku, aku belanja je gambar dan video Petaling Street, ek.







Sunday, June 18, 2023

Demam Tik-Tok.

Saya terpengaruh dengan Tik-Tok ni pun baru je 2023 ni, masa bebulan pose dah nak raya-raya bila kawan opis dok tayang baju raya RM10, RM14 saiz besar-besar. Lepas baju besar, ikan bilis murah-murah, cumi-cumi Tanjung Dawai yang tak murah sangat, tapi sedap. Lebih enak dari yang saya beli di Pulau Pangkor hari tu.

So la ni dah berpindah dari Shoppee dan Lazada ke Tik-tik. Sebab Tik-tok lagi murah ka? Tak jugak, tapi dalam Tik-tok misalnya ko nak beli baju, dalam tu ada jurujual. Jika ada pertanyaan ko boleh tanya. Dalam Lazada, Shoppee mana ada tu semua. Lagi satu, bila geng-opis nak teringin nak bikin bouquet kepok-kepok, cari kertas bungkusan tu, sekali tengok dalam situ ada ramai florist buat kontent pasal benda alah ni. Memang ada bahan kat Lazada, Shoppe lagi murah, tapi kita still cari dalam tik-tok jugak.

But then again ada gak dalam situ FYP yang ko tak berapa minat sangat, so ko scroll ajelahkan. Mengganggu, rasa taklah juga, sebab biasa joget-joget viral, lagu viral dan ceramah agama viral, Ustazah Asma Harun, Ustaz Kazim, UAI semua tu sama naik je lalu-lalang dalam FYP macam lagu-lagu dan joget-joget Tik-tok bebudak muda ni. Tapi dalam minggu ni Tik-tok macam dah kesan aku ni dulu masa bebudak peminat Tamar Jalis. Suka sangat baca buku pasal Jin dan Hantu---Adalah tu aku tertulis, ka tercari ka Kalau tak Tamar Jalis, M Night Syamalan ke, kan? Tu tetiberrrr Kuar la ustaz apa tah nama dia Ustaz Auni Muhammad. Sebelum Ustaz tu, ada Abang Long apa tah, cerita pasal ilmu lipat bumi. Kau kalau cakap pasal Ilmu Lipat Bumi kat orang Melayu, ada nanti yang kerek mengaku begini "Aleehhh ilmu tu, Tok aku pun boleh pergi Mekah balik hari, Subuh Solat kat Melaka, Zohor kat Mekah, Asar Kat Madinah, Maghrib balik semula Melaka", kan?--

Abang Long Lipat Bumi tu, saya scroll je sebab malaslah nak dengo dia mereceh, kunun hari tu kita dah cucuk-cucuk Covid, kita dah jadi dah dapat kad pengenalan Lucifer, darah kita dah contaminated, tercemar. Abang Long menyarankan kita berbekam, bla bla untuk mensucikan darah yang dah tercemar tadi. 

Yang Ustadz Auni ni memang saya melongolah dengar cerita dia pasal bini Namrud. Memang dulu ada cerita Namrud, dan tahu si Namrud ni kawen dengan mak dia sendiri. Tapi sebab dah nama Namrud, kita kata Namrud le jahat, sebab bekendakkan ibu dia sendiri macam cerita Sang Kuriang gitu, kan? Tapi yang ustadz cerita ni adalah sebaliknya, Mak Namrud itulah dalang kepada kelahiran konsep Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Ibu Suci. Tetiberrr aku rasa macam nak tulis nopen pendek---

Cerita dia apa ek? Noni dilahirkan di setinggan di ibu kota tapi dia kena balik kampung sebab ibu bapak dia meninggal dunia digilis kereta api tersesat landasan. Noni tinggal dengan nenek dia di kampung. Kat kampung Noni belajar Agama dengan Sepupu Nenek dia. Noni pelajar cerdas, tapi dia lebih suka seni dan melukis dari belajar agama. Disamping itu, walau Noni tak pernah melawan kata guru, dia suka mempersoalkan pendekatan dan pemikiran gurunya serta rakan-rakan dalam diam bila dia rindu dan terkenangkan teman sepermainannya di Setinggan. Dalam hati kecilnya dia ingin Pulang, tapi ---

Ok--- berbalik pasal konten-konten Ustaz Auni---

Dari konten dia barulah aku ni paham le sisikit, apa pasal ada bebudak kunun intelek Muslim Muda yang sekarang ni dah tua serupa aku, gigih suruh melawan, melawan, melawan. Dulu Lawan Tun M angkat Nuar kunun macam Nuar tu Islamik sangat. Sapa lawan Nuar semua kena Ketulahan. Kena Strok, Sakit Mental, Anak Bunuh Diri dan sebagainya. Iyalah kan melawan wali wakil Mehdi Asia Tenggara, kan? 

La ni Nuar dah Naik, Mehdi masih tak muncul, dia suruh lawan lagi. Tak tahulah aku lepas ni sapa HEROnya. Hari tu katanya Followlah Syed Sadiq, tapi dengo cerete Syed Sadiq pun dah tendang dia, sebab Sadiq la ni sibuk menari tarian orang Iban dan Kadazan, di Borneo sana. Biarlah kan. Yang aku faham, mereka mau kita lawan sistem sedia ada yang katanya dikuasai oleh Elit Fremason Iluminati Dajjal. Sistem ni 10% Elit, 20% Mandor, dan selebihnya Hamba. Hat hamba ni kita lah ni. Lawan Dajjal means jihad. Lawan gomen means lawan mandur-mandur Dajjal yang tunduk taat pada Order Dajjal.

Kita kena menangkan gomen yang tegakkan Islam, buang semua sistem Dajjal dan move-forward strong memegang panji-panji Islam. Kalau ko suka sangat politik, ko rasa Nuar pun la ni tak nampak dia nak robohkan/merobah sistem yang sedia ada. Apa Tun M buat, apa Pak Lah bikin, apa Najib plan dia macam follow je, puak-puak ni pun dah mula sedar yang mereka dah tertipu--- bila tertipu itu kut meroyan-royan kuar poster macam gini.


Dulu ek aku memang jaki dengan bebudak macam ni. Jakilah sebab kita, kan kije gomen yang taat sama gomen mendukung idea-idea pengurusan dan pentadbiran penjajah. Bermula dengan Integritinyalah, good governancelah CSRlah dan la ni sibuk SDG dia,kan, aku follooooww dengan tanpa banyak soal. Aku balik soal, ko besok dapat tadbir Gomen apa blue print ko nak ngadap segala titik bengek yang dan betepek dalam sistem sedia ada. 

Ko tengok je le poster yang aku dah tepek tu, bukan hari tu korang jugak ka yang beriya-iya dan jatuhkan UMNO, dah jatuh pun, tapi kenapa masih memaki-hamun lagi? Aku rasa yang memaki tu yang nama dia Faisal Tehrani tu kalau tetiba terjelepuk, bulan jatuh ke riba, tetiber jadi PM lah dia, kan, pada hari ini 19/06.2023 ni dia pun tak tahu nak bikin apa. Last-last totok juga dia tu membontot menjayakan Agenda SDG yang menjadi Kiblat dunia dalam mensejahterakan BUMI ini. Honestly saya memang skeptikal dengan maki-mencarut dalam novel, syair dan puisi, menghasut bijak pandai bangkit melawan, daulah Islamiyah yang adil yang dirindui semua akan tertegak gitu-gitu aje. Kalau dulu saya jaki dengan bebudak, la ni bebudak dah tua, hari ini saya dah tak jaki dah, tapi saya kesian dan cakap dalam hati "Kesian dia ya? Dah tetua tak sedar tak lama lagi nak masuk kuburpun tak sudah-sudah nak maki-maki benda yang sama ulang-ulang-ulang-ulang". 


Friday, June 16, 2023

Tik-Tok- AJE

Tak semua orang ada bakat yang sama. Sapa ada bakat akademik zaman sekolah-sekolah dulu dia senanglah. Zaman saya dulu kalau ada bakat yang ini cerah masa depannya. Tapi zaman ni dah ramai sungguh orang pandai-pandai, melambak orang sekolah tinggi-tinggi, cerita orang pandai ni dah jadi payah. Pandai sekolah tak semestinya besok senang. 

La ni sapa pandai buat bertik-tokla boleh lagi jadi lebih berjaya dari yang pandai-pandai sekolah. Kemahiran Tik-Tok harus dipelajari kalau nak berkuasa dan berjaya. Itu pengamatan saya. Tapi saya tak beranilah nak suruh anak orang belajar berTik-tok. Sebab mesti orang akan marah sebab kita nampak Tik-Tok joget-joget je.

Tik-tok sebenarnya tak semestinya joget-joget. Macam saya suka masak-masak, maka penuhla FYP saya dengan masak-masak. Lagi satu saya suka gubah bunga, so begitulah FYP sana uish macam-macam bunga orang gubah. Semua cantik-cantik belaka. Saya buat bouquet pun tiru dalam sana. Kat sana juga saya dapat info kat mana saya nak dapat material untuk buat bouquet yang cantik-cantik. 

Tetiba saya terfikir kajian audit saya yang lalu pasal Sekolah Model Khas Sembilan. Mostly untuk orang Asli. Satu hal pasal orang Asli ni pencapaian akademik dia agak lemah dan perlukan apa yang orang KPM ni dah kaji sebagai pendekatan terbeza khas untuk mereka. Pendekatan yang biasa guna untuk sekolah model biasa tak berapa berjaya.

Adalah situ macam-macam pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian, Jabatan, Pejabat Pendidikan dan Sekolah sudah dilakukan. Hasilnya tak bolehlah nak banding dengan sekolah biasa. Pencapaian masih below average. Yang penting mereka pergi sekolah. Tak expect pun mereke dapat A deret-deret. Lulus pun cikgu-cikgu tu dah bahagia sangat.

Itu hal sekolah pendalaman. Di bandar pula KPM ada juga sekolah Model Khas yang diberi nama Sekolah Jalinan Kasih yang terletak di Lorong Haji Hussein 2 Chow Kit. Actually Sekolah Model Khas ni ada berjenis-jenis lagi. Tapi 2 tu ajelah yang dekat dengan saya. Dekat sebab student dia tu memang khas. Bukan sekolahnya aje yang khas, muridnya khas, khusus belaka. Kaedah pengajaran dan pengajaran terbeza perlu untuk murid-murid sini.

Saya ada ikuti satu talk/Bicara KPM yang mengetengahkan Datuk Munirah Abdul Hamid Naib Presiden PERTIWI Malaysia yang berkongsi pengalaman kerja-kerja sukarela yang beliau laksanakan. Satu perkara yang Datuk sentuh, tu lah pasal anak-anak miskin tegar bandar/gelendangan ni, pasal education mereka. Kaedah nak ngenalkan mereka ABC, tak boleh ambil kaedah macam budak-budak sekolah biasa. Jawabnya lagi sekali kena guna pendekatan terbeza. Apa pendekatan terbeza tu, masih dalam evolusi lagi, sedang dikaji, sedang dibentuk. KPM sendiri pun tak ada lagi satu model, yang terang, yang kukuh yang mereka boleh pattern kan sebagai hah ini dia pendekatan terbeza.

Saya tetiba terfikir bolehkah Tik-Tok ni ajar je bebudak ni membaca, menulis dan mengira. Sebab Datuk Munirah ada cakap bebudak ni mereka memang suka bejoget-joget dan bergendang. Saya fikir lagi, kalau dulu dalam bidang pendidikan ni, kau boleh jadi hero bila kau keluarkan model pedagogilah, apa-apa gogi lagi lah.  Hari ini kalau kau kreatip, boleh ajar anak-anak kenal ABC, boleh  ajar mereka buat simple kira-kira matematik. Lepas tu bebudak ni amik exam SPM dan lulus pakai kaedah Tik-tok kau tu, aku rasa KPM mesti nak beli konten Tik-tok itu, bagi anugerah pendidik terbilang sebab berjaya keluarkan apa yang mereka bilang konten pendidikan terbeza. 

Thursday, June 15, 2023

PICIS-PICIS aJe

Bestie saya bising tadi dalam soc-med pasal orang Malaya ni tak kenal orang Borneo, sangat, Mana satu Sabah mana satu Sarawak pun ada yang sukar nak beza. bla bla bla bla----Sungai Rajang duduk kat Sabah, Gunung Kinabalu bertukar ke Sarawak main hantam sajalah,kan jika pasal yang dekat sana-sana tu.

Kalau bab-bab Geografi, sejarah, etnik, rasanya macam orang Malaya ni tak berapa minat sangat, pun. Kita yang di Melaka ni pun lebih kenal tarian black pink dari dondang-sayang dan sebagainya. Gunung Ledang duduk kat mana pun tak berapa pasti sebab panjat dari Asahan pun sampai jua ke puncak. panjat ikut Sagil, Segamat, pun sampai jugak. Itu Genting Highland, Janda Baik tu tak berapa pasti duduk kat Selangor ka Pahang. Inikan pulak nak tau pasal Borneo sana.

Pendek cerita Sejarah, Geografi memang orang Malaya ni tak berapa nak tau, sebab la ni orang tengah demam dengan Putri Aryani, hadoooiiii FYP tak sudah-sudah kuar loneliness Putri Aryani. Mana tak kuar selalu-selalunya lagu tu. Dah rege lagu yang bedurasi tak sampai 4 minit tu orang beli dengan harga 7trillion Rupiah, cer kau convert ke USD, berapa ratu juta agaknya harga lagu tersebut. Sikit hari, hari tu, demam Jisoo Black Pink Flower Dance. FYP tik-tok mana ada keluar pasal Geografi, sejarah pun, Kalau ada pun teka-teki ini bendera negara apa, ini bangunan ni duduk ke negara apa jeee. So, rasanya kalau ada  teka-teki pasal padan-padankan puteri dengan cerita lagenda, ada gak yang pakat-pakat jawab Puteri Gunung Ledang duduk bertapa atas Gunung Kinabalu, saaannnaa, Puteri Saadong pulak memerintah Empayar Melaka---.

Ni kau rasa ni Gunung Ledang ka Gunung Tahan ni ek? Weyy cantik weh dia pakai Tajak

Since achik-achik semua dah pening tak boleh brain apa ke gunung boleh secantik ini, fotoshop ka, AI edited ka apa ni, memasing pun take a break joget tik-tok.



Tuesday, June 6, 2023

HEALING-HEALING

Sambung sikit lagi cerita pasal SDG, women empower, tuntut-menuntut orang pempuan ni. Cara SDG nak melayan isu pempuan ni lah, kan? SDG tu apa ek. Tulah ni kiblat orang sekularlah, apa lagi. Akronim dari Sustainable Development Goals. Yang antara satu dari banyak-banyak agendanya nak bagi 50-50 jawatan pempuan lelaki dalam kerjaya tu. hah! 

Ceritanya kan terenti hari tu pasal kalau boleh kita ni pempuan sendiri tak nak bos pempuan. Bukan bererti semua bos pempuan kita pangkah. Yang kita pangkah bos pempuan yang dahlah tak perform, lepas tu tergesel-gesel, terhegeh cerita buruk-burukkan anak buah, kunun anak buat bermasalah. hah! bos pempuan yang itu maciemmm lah yang kita tak boleh nak terima. Eh bukan pempuan, kalau lelaki pun buat perangai macam itu tak tau jaga anak buah, anak buah tak suka. 

Tapi tendency perangai ni akan sangat kelihatan kat pempuan sebab pempuan ni, kan suka bercerita. hah. Saya rasa kalau namanya sikap buruk, sikap projectkan kelemahan diri ke orang lain, lelaki pun ada juga jenis yang begitu. Tapi tu biasanya lelaki akan escape. Pempuan kalau kena dengan lelaki, ko ceritalah kat perempuan lain, pastinya dia akan kata perempuan itu yang salah, lelaki tak salah dan lelaki yang buat projekkan masalah dia kepada engkau boleh saja buat cerita kunun kau jadi begitu sebab dia tak layan cubaan kau untuk menggatal dengannya.

Lelaki mental yang projek kelemahan diri ke orang lain ada je. Yang kurang, ialah perempuan brutel yang incase ada masalah, or dia tak perform dia dengan sombongnya berkata "yes, i tak perform/ i screw things up, so what?!!!"

So akhir cerita ni saya nak shareleh cara bagaimana staff/kawan saya yang dah jadi kambing hitam, dah jadi mangsa projection ni healing-healing. Benar, bos besar, bos ketua jabatan tak percaya pun kawan-kawanku ini bermasalah. Mereka pekerja cemerlang. Bos memang tahu, memang nampak pun yang gigih mengata-ngata orang bermasalah itulah yang sebenarnya bermasalah. Tapi tu, kan bila kau dijadikan defense mechanism - Projection kepada orang yang dah buat salah tapi tak ngaku salah itu, kan sakit? Jom kita layan dulu apa yang kawan-kawan bikin untuk buang rasa sakit. Dia kalau tak dibuang sakit, tu, harus akan jadi pertikaian yang berpanjangan. Yang salah dah angkat bendera putih mau berundur, mau cuti belajar, so kenapa nak panjangkan cerita, londeh, melondehkan antara satu sama lain, kan? So, baik kita happy-happy saja. 




Yang terluka tu 2 ketul je, yang lain tu menyibuk jak, termasuklah tukang amik gambar tu.



Thursday, June 1, 2023

PBAKL 2023

Sebetulnya saya bercadang mau ke PBAKL weekend je. Namun memandangkan bestie saya ada tulis buku dan buat sesi meet and greet pada Isnin 29.05.2023 lepas waktu opis, saya pun decide pergi Isnin tu ajelah, kan. Tetiba saya teringat kawan yang attach kat Tabung Haji dan minat buku-buku ni dan tanya if dia nak join saya. Jadi balik tu bolehlah saya tumpang kereta dia, kan? Tapi dia jawab kalau Selasa boleh tak? Saya kata boleh je sebab bestie saya ada dua slot Isnin dan Selasa. Tapi kalau Selasa saya kena minta time off. Saya tanya bos, bos kata ok. Memanglah kena ok sebab KPM, kan Kementerian Tamu. Janji ko ada program yang kau nak attend. Meet and Greet gedik sangat. So sembang-sembang buku, pulak tu buku yang dah menang hadiah sastera, kalau saya nak claim 2 jam berkursus boleh. 

Tapi tak mengapalah sy punya kursus alhamdulillah dan lebih 5 hari setakat ni. Lagi saya bukan melangut dengar discussion buku tu pun, tapi saya pegi menyoping kat booth-booth lain. Boleh tengok rakaman kat FB apa? Balik umah malam-malam nanti saya tengoklah, kan. Kebetulan kawan yang lain  ada hal pulak nak jumpa saya, so memang ambil peluang merayau-rayau cuci mata cari bukulah gamaknya saya. 

Khamis pagi sebelum subuh baru saya tengok rakaman sebang-buku tu. Ala buku tu buku feminist katanya. Utusan pun dah kutuk, kata buku tu akan bikin orang pempuan tak mau kawen. Bestie saya didatangkan khas dari Negeri di Bawah Bayu sana untuk menyimbangkan atau moderator kata memurnikan penulis sebab biasalah bestie kita, kan? Sungguh dia lelaki dia ok je pasal feminist-feminist ni. Sekular back-ground macam kita ni bukan kata tak rasa terancam pun dengan golongan ini, tapi kami ambil pendekatan ambil cakna dengan tuntutan mereka, mengkaji, memikir pelan-pelan tindakan untuk menyelesaikan isu. Seterusnya sama-sama melaksanakan pelan tersebut walau setakat ini taklah seberjaya mana pun.

Pasal tuntutan feminist ni kalau dalam pengurusan, governance ni, berkiblatkan SDG solusi kami ialah mengimbangkan gender inequality. 50-50 gitu. So far kalau Malaysia ni memang tak tercapailah walau kalau dari level pelaksana macam saya ni dah lebih pompuan dari lelaki, tapi kalau tengok kat top-top management masih belum capai angka itu.

Lagi satu memang payah nak capai,lah sebab kita pempuan sendiri pun kalau boleh tak nak bos pempuan. he he. Bukan nak kata bos pempuan tak de yang ok, ada. Tapi bilanganya sikit saja. Bos lelaki pun yang ok pun sebenar sikit sama sikitnya dengan bos pempuan yang ok tu, tapi dari berboskan bos pempuan yang tak ok kami lebih rela bekerja dengan bos lelaki yang tak ok.   

Eloklah sebelum subuh dah dengar sembang-sembang buku, mai opis kawan ada bawang sedap untuk kami kupas-kupas. Katanya dah meletup cerita perihal satu bos pempuan tu tak function dan meroyan-royan mengamuk sebab ntah apa tah. Dengo cerita dia balik anak buah dia, dia jugak yang busy dengan agenda peribadi dia, katanya nak naik pangkat tu ada kena attand kursus bersemuka. Dia sibukkan kursus naik pangkat dia tule katanya. Jadi masalah bila bos nak tengok report, report tu tak siap lalu dia buruk-burukkan team member tak fuction menyebabkan report dia tak siap. Lepas tu dia minta cuti biasiswa HLA. Nasib kau lah kawan. 

Berlainan dengan bos lelaki yang "sucks"--- kita jarang dengar benda-benda begitu. Bos lelaki kalau tak function, kerja tak siap, dia selamba je, "Well I know, I tak function, so what???!!!" Berlainan dengan bos pempuan, dia akan bermati-matian, tuduh sana-tuduh sini, burukkan sana, burukkan sini.