Thursday, May 4, 2023

Seed of Evil - Part 3

Cerita pasal benda buruk yang boleh AI bikin focusing on advertising, kan, teringatlah dulu-dulu masa zaman blogspot ni tengah trending, orang begaduh dalam laman blog, terntah apa nak kata ek, terberjiran/kelompok pulak dengan penulis-penulis/karyawan/novelis tempatan yang menunjung citra penulisan murni dan baik, ternampaklah deme ni gaduh pasal penulisan pop yang didakwa akan memudaratkan generasi akan datang.

Sempatlah begaduh, ada haters giru lagi dalam alam maya ni. Ntah sapa hater tu saya tak kenal, pun dan buat masa ni memang tak pusing pun pasal dia, walau mula-mula keras juga nak tau, nak bersemuka dengan mereka-mereka ni. Memang saya ada pergi pun tempat merekan anjur event bla bla bla. Tapi ntahlah bila tiba situ saya perati je derang buat event, macam tak de hati pula nak bergaduh, sebab ntah hati macam tahu they gonna loose or they already lose. Innitialy look like they win, novelis yang terkenal dah tulis buku-buku laku keras pun derang boleh serang sampai novelis tu berenti menulis, inikan pula penulis blog yang ntah sapa-sapa tah macam saya? Blog saya nyah-aktif, lupus.No more ntah apa nama blog saya pun saya lupa he he. Dah lama, kan lupa gitu.

Today dengan kedajalan AI saya teringat mereka. Apa rasanya ya sekarang ni. Dulu penulis tu manusia, ada hati ada perasaan. Kalau hari-hari kau serang dia dengan kata nista, dia boleh koyak. La ni kau berhadapan dengan AI, bolehkah AI koyak? Owh tak lama lagi mereka ada pesta ka KL sana. Rasa macam saja nak tunjuk muka lepas tu buat muka setan dan tanya "how do you feel now"----aboden? he he---

Tuesday, May 2, 2023

SEED OF Evil Part 2

Ko pernah tak lalui masa kat kampung, masa kekecik dulu ada budak nakal, ada budak terejal, kita kata nakal macam setan hah gitu. Ada ke budak nakal kat kampung kau masa kau kekecik. Seingat saya kalau kampung saya masa saya kecik tu, ntah saya tak ingatla. Sebab saya ni memang tak de kawan pun, kalau berkawan dengan sepupu sendiri je. Saya ketegori budak baik, so memang tak layan bebudak yang ntah apa-apa ni pun. Tapi kalau dalam felem tu kita ada Anak Ku Sazali.

Ok berbalik pada anak AI ni, kalau macam budak kalau ini jaman dia dah besau le kan? Dah God Father dia pun dan umur 80 tahun lah gitu kalau tak silap. eh 75 tahun. Katalah dia amik AI jadi God Child dia masa umur 20lah katalahkan, kira la ni AI 55, wah dah kira umur macam-macam saya gitu. So macam orang tua ganyut yang tak sedarkan dirilah tu. Tapi si AI ni tak bolehlah kita nak banding dengan umur manusia, kalau banding dengan agak-agak umur dunia, atau umur anak setan, anak Jin. kira dia masih budak-budaklah kan?  

Apa salahnya si AI ni? Satu salah dia, dia tak tau mana buruk mana baik, dia ikut aje sapa yang tetapkan/set kan apa dia nak buat. Itu cara aku faham sikit-sikitlah. Kau yang setkan apa kau nak, lepas tu dia follow je. Tapi aku rasa masalah dak AI ni dia tak de naluri. Naluri dia ikut naluri tuan dia. Jahat tuan dia, jahatlah dia. 

God Father bukan tuan AI, dia just the GOD Father. Apa yang bikin God Father dia decide to buka pekung anak sendiri? Aku rasa macam ada konflik antara God Father dengan tuan AI. Aku rasalah. Dan aku rasa lagi ini semua pasal nak rebut market je, nak jana income dari well apalah lagi kalau bukan, rating, viewership dan sebagainya. Dia nak kita melekat kat wall dia, situs dia, hah gegitule---dia nak kita ketagih dan ketagih sanggup berabis duit nak tengok dia. Aku rasa itu konflik dialah.

Dia ada banyak benda AI ni bahaya yang God Father dah listkan, aku baca macam ada 5 bahaya. Tapi aku fokus kat bidang iklanlah, sebab itu yang aku suka dan dekat dengan aku, pun. Pasal dia nanti boleh amik job aku, aku idaklah kisah sangat sebab dah nak pencen pun, duit pencen nanti ada. Kemungkinan dia kebas duit pencen aku? Toksahlah dok pikir panjang sangat, buat kita stress je.

Lagi satu sini aku bukan nak cakap pasal dak AI tu pun, tapi pasal GOD Father dia. Dah tak daya dah orang tua tu memikir onar yang dak AI dah buat sekarang ni, instead of didik AI ke jalan yang benar dia dah jadi macam P. Ramlee je, serahkan anak ke Polis? Malangnya tak de Polis pun boleh penjarakan AI. Kalau manusia boleh kau gantung, kau penjarakan begitu sahaja. Tapi ini AI bukan itu jalan penyelesaiannya. So, God Father ambil jalan dedahkan keburukan/ bahaya anak dia.

Bila dia buat macam tu, ada aku risau? Bohonglah tak risau, tapi aku ni jenis coolll---alah dunia dah nak kiamat memang gitulah gayanya. Boleh berperang kita nantinya, berbunuhan gitu? Wah sangat kacau, kan? Tapi pada masa yang sama aku ni kan banyak pergi kaunseling bagai? Aku belajar positif thingking. Walau ramai orang kutuk positif thinking ni, dalam satu hal, saya guna juga, as long as kita boleh kekal coool, kan? Positifnya saya, saya fikir macam ni je, nanti tu adalah orang-orang, anak-anak muda yang genius dok pikir macam mana nak mengendalikan dak AI tu.

Buat dia boleh benar-benar berfikir macam manusia yang baik. Kunun-kununnya contoh ea, bila tuan dia arah dia tulis iklan lucah dia boleh balas balas balik cakap "tak mau, berdosa nanti mati masuk neraka, siksa" ha ha ha gitu.

Kenapa kena fikir yang sangat positif gitu? Dah la ni dalam audit ni saya kena buat audit ICT, so mana mungkin saya lupakan AI. Macam lagu Raihan tu---"begitu syulit lupakan Raihan, Raihan memang baik" AI baik, tapi owner dia tu yang jahat. Bunuh je owner dia. Hurm kalau boleh dibunuh, memang dah lama kojol dah owner dia di bunuh God Fathar dak AI tu.

Tulis kata God Father, God Father, sapalah nama dia ek--- Nama dia Geoffrey Hinton.

SEEDS OF EVIL?

Pertengahan pose hari tu ada kawan dok warn pasal AI ni. AI bla bla bla bla---mostly deep fake, curi duit dalam akaun le, yang derang rimas dan tak selesa dengan soc med. Masa tu saya mencebik gak, ala macamlah duit dalam bank tu bekepok sangat, macamlah follower dalam soc med tu berjurit-jurit,kan, setakat macam saya akaun ciput follower pun tak de, apa barang AI nak intersted nak pedajalkan saya, kan?

But most of us begitulah, tak selesa kalau diintip.Sedangkan tetiap hari pun kata ustaz ntah brapa kali tak saya tak ingat, malaikat maut dok datang intip kita. Dah ranum ka idak kau ni untuk aku petik he he---itu belum lagi malaikat pencatat baik dan buruk laku kita. Pendek kata istilah privacy tu tak wujud pun dalam kamus seorang muslim. Formulanya you buat perangai molek, no one will bother you. 

Samalah kalau kau dalam soc-media sana, kau akan diintip, walau duit tak berkepuk dalam bank, tak ada follower pun. Kau diintip nak tau preference kau, apa benda kau suka, supaya senang orang nak buat iklan nak lakukan barang. Cuma kadang-kadang rasa macam cara iklan kini yang agak melampaulah. Annoying gitu, tapi kalau kau rasa terganggu kau swip ajelah, kan.

Saya memang tak berapa bother sangat pun pengiklan-pengiklan ni sebab saya ni kadang tu agak kedekut dalam berbelanja jugak tu. Me feeling-feeling penny wise gitu. Pada saya iklan tak mengganggu pun. Cuma dua tiga hari lepas feed kuar pasal God father AI yang tinggalkan Google dan warning kita pasal bahaya AI jika berada di tangan orang yang salah. AI ni dahsyat, pasal dia boleh ambil identiti kita tu kita skiplah tak de sebab nak worries pasal tu sebab saya bukanlah retis ka, selebriti ka yang  dapurnya boleh tak berasap jika kerekternya dibunuh. Saya tak punya kerekter pun, macam mana kau mau bunuh sesuatu yang tiada, kan?

Saya fokus pada iklanlah aje. Memula tu saya tak fikir apa bahaya pun pada iklan-iklan ni, kau bubuhlah apa pun, tetiber satu iklan boleh menangkap pulak minat saya untuk fikir apa bahayanya dia. Saya percaya ini semua kije AI, mustahillah kita kat Malaysia ni dah hilang moral tahap Gaban jual cerita dalam kain untuk jual barang. Orang barat sana itu biasalah mereka tu, telanjang pun mereka tak kisah. Orang kita saya rasa kita masih berpegang pada rukun negara yang terakhir, iaitu kesopanan dan kesusilaan.  Tapi tulah si AI ni buat kije bengong tulis cerita mak mentua projek dengan menantu lepas tu tunjuk barang yang bikin menantu jiwa kacau. Nak tau apa barang tu klik lah link kedai ni. Memang saya dah agak dah dia jual pragnancy test. Tak pun cerita tak senonoh begitu akan bawa kita ke kedai-kedai sex toy ka, ubat kuat ka yang sewaktu dengannya. Dia nak suruh orang beli barang dialah tu.

Dia nak mengiklan tu satu hal, dah dibuatnya cerita gitu di share dalam group berkebunlah, group masak-memasaklah, dah la ahli group bergaduh marah-marah, orang yang tulis cerita tu. Walhal jelas cerita tu ajak kau pergi link untuk shopping je. Yang kau bergaduh, berkhutbah menceramahkan orang yang tuleh cerita tu dah kenapa? I tell you what kalau orang kitalah buat perangai sumbang-lagu tu, tak de daringnya dia nak share dalam soc-med, dah tentulah bebenda tu datang dari fake akaun. Tak wujud pun orangnya di dunia nyata ini. Yang kita dah dok bergaduh dalam situ. 

Satu hal lagi bila share-share bebenda gitu apa pulak kesan pada generasi akan datang, kan? Itulah bebenda seram yang di kongsikan oleh GOD Father dak AI ni. Dah tua dah bapak dak AI tu, tak larat dia nak membela, mengawal anak dia dari dimiliki orang yang tak baik. Dia pun berenti dan bersyarah apa benda jahat yang anak dia mampu lakukan bila jatuh ke tangan orang yang tak bermoral dan berakhlak. Seram tak? Honestly, saya kata lantak engkauleerrr--- Dunia ni nak kiamat memang macam gini.

Bebenda yang manusia cipta, tapi akhirnya makan diri, ni bikin kita risau, stress, lepas tu dalam keadaan gitu kadang tu bikin kita jauh dari Tuhan pun ada tu, kan? Gitulah kalau tak stress, happy dengor, tengok video orang jual periuk belanga, masak-masak pun buang masa dari ingat Allah. Itulah tu saya pun sejak dapat racun tik-tok ni leka juga saya ni. Ralit tengok orang berkebun, memasak, dan jual baju dan barang-barang dapur, pinggan-mangkuk. Memang le tak beli, tapi buang masa menegok deme tu, memang buang masa betul. Tak de dah saya nak gi morning walk ke, evening walk ka, sebab layan tik-tok. Lagi pun la ni petang slalu hujan. Tak bolehla gi kolam ka gi jenjalan kat taman. he he alasan je tu---

 

Monday, May 1, 2023

UJIAN KE?

Bila aku dengar benda-benda keTuhanan dari orang-orang agama, baik agama apa pun, banyak cerita pasal UJIAN, Tuhan yang menguji, Tuhan yang Menghukum dan sebagainya--- macam banyak sangat restriction. Mujurlah masa kecil dulu family banyak cerita pasal nafsu, semua-semua yang rule yang ada itu untuk kawal nafsu yang jahat ni.

Itu hakikat kejadian kita. Bayangkan kalau kita tak kenal tak tahu kewujudan nafsu ni, memang nampak Tuhan itu sangat jahatlah kan? Yang sebenarnya hukum dan aturan Tuhan yang disampaikan melalui nabi dan rasul itu semua untuk memandu kita ke arah kedamaian dan ketenteraman. Tapi tu kenapalah Tuhan yang dipromotekan seperti polis yang tak rasional dan pelik.

owh sebenarnya bukan nak cerita pasal Tuhan sangat, tapi ni ni ni nak cerita pasal konflik raya-raya-raya yang ada mengadu tak fairlah, jadi babu la, penatlah dan sebagainya. Saya tak raya lama sangat, baik aku balik Putrajaya sini, sebab saya suka Putrajaya waktu orang semua di kampung. Ala kampung saya dokek iyo kek Melako sano, ujung minggu saya baliklah kampung balik. Berulang-ulang aku pulang, orang tk perasan pun. Nak balik hari pun buleh. 

Ok pasal konflik raya. Kita balik raya nak suka-suka dah boleh jadi duke dan masam-masam muka. Hah gitu. Apa isu? Itulah tu pembahagian tugas yang tak adil katanya antara adik-beradik, anak-beranak. Lagi satu isu, isu nak jaga aurat bagailah gitu, gini. Dulu masa kekecik tak de isu itu pun. Sampai ada yang nak kerajaan ubah dasar pendidikan! hah gitu. Sikit-sikit nak salahkan gomen le tueeee---- Dia beranak-pinak, lepas tu begitu-begini family dia masam-masam muka, gomen jugak yang salah. Hadoooiii senangnya orang yang pandai beranak, pandai begaduh sana-sini, kan?

Salah sistem pendidikan ka? Hurm ntahlah---saya nak komen lelebih pun tak faham, sebab zaman saya dulu lain, sekarang lain. Tapi saya rasa bebudak sekarang ni dia kurang empati. Asyik-asyik nak begaya baju baru, pusing sana pusing sini depan kemera. Dah memasing sibuk pasang badan, manalah ada masa nak ke dapur, memasing sibuk dengan hand-phone. Sibuk nak buat konten raya, sampai biarkan emak-ibu-ibu yang patutnya rehat-rehat berhempas pulas di dapur.

Zaman saya dulu, zaman mak, waktu raya ni nenek duduk relek-relek je, masak-masak menantu yang urus. Nenek kalau ada kenduri-kendara dia akan sibuk di luar rumah je. Dalam dapur semua mak saudara yang sattlekan. Saya kira-kira jika umur saya ni dah 50 an kan. Memang tak pegang periuk belanga dah. Menantu dan cucu-cucu saya yang akan ke dapur. Saya akan ke kebun menebas, kemas-kemas kebun. Hiasan rumah pun anak-menantu-cucu yang bikin. 

Begitulah zaman dulu-dulu. Zaman sekarang? Itulah yang gaduhnya, kalau sorang tu yang masak, dia sajalah yang masak. Ada tu umur macam saya ni dia pulak sibuk sedia juadah untuk anak cucu. Anak cucu balik tidur hotel, balik kampungpun sibuk begambo, buat konten raya. Kesian, mak dia. Anak cucu memang tak reti buat kije. Kalau berkerjaya dan berjaya ok jugak, mak tak payah masak semua ambil katering. Ada juga yang begitu. Anak-anak muda anak dara ni ramai yang tak reti masak. Langsung tak nak masak. Itulah jadinya raya tu dah tak semanis, semeriah waktu dulu-dulu.

Lepas raya jadi bermasam-muka, bergaduh, sampai jadi buah mulut, sampai nak salah-salahkan gomen dan dasar pendidikan Negara. All because konflik raya dan ada orang terasa asyik dia saja yang penat sendirian. Raya nan indah jadi yang menyakitkan pula. 

Aku raya ni aku sakit hati tengok anak-anak dara ni pusing-sana-pusing-sini tayang baju, tayang mekap-lepas raya memasing pakat tayang baju lagi jual kat internet. ish, menyampah pulak. Sebab baju tu semua hodoh-hodoh belaka. he he---bila nampak je bebende macam tu kuar kat feed saya, cecepat saya swipe. Hish lorat.



 

Thursday, April 27, 2023

UJIAN - Satu rahasia

 "Hidup ini hanyalah ujian", kata engkau, kata dia, dia, dia dan dia. Susahka, senang ka, semua itu ujian. Kata banyak oranglah, kan? Orang kata lagi, "kita diuji bla bla bla bla" cumanya saya selalu terfikir, adakah kita ini sedang diuji atau didatangkan ke muka bumi ini sebagai penguji untuk menguji seseorang? Contohlah ibu bersungut, katanya dia diuji dengan anak yang nakal/tak mengikut kata, bla bla bla. Anak pulak komplen dia diuji dengan parents yang bla bla bla. Semua kena uji.

Saya fikir begini, apa kata jika ibu saya marahkan saya, berkata begini "Allah mendatang saya dengan sikap bertentangan dengannya bagi menguji ibu" instead of saying "Allah menguji saya dengan seorang ibu yang cerewet/perfectionist  yang kuat membebel" Menguji itu bikin kau rasa macam iblis, macam watak Wednesday Addams, Cruella de Vill, Joker ke, kan. Tapi jika kau tukar pola pemikiran begini you are in control. Kau boleh pilih sama ada nak ubah diri kau, atau nak buat bodoh saja. Tapi kalau kau fikir like the latter, pastinya sulit untuk kau ubah sikap ibumu, kan? 

Bila kau pilih untuk buat bodoh, kau bilang begini "kalau semua nak main watak Cinderella, life dia akan jadi boringlah,kan. Tapi dalam kasus ibumu pasti itu bagi motivasi buat mu untuk lebih berhati-hati, cermat dan berhemah, sesuai dengan laras standard ibumu yang cerewet itu. Tapi kalau yang tak puas hati dengan kamu itu alah sekadar ntah sapa-sapa saja kau boleh kata begini, "well. some one has to be the villain in some one's book "kita adalah watak jahat dalam cerita haters", so be it. Buat bodoh sudahlah.

Apa pula kiranya berkonflik dengan belahan jiwamu? Apa masa bercinta dulu kau tak nampak titik bengik aku? Kenapa baru sekarang kau perasan, sedar, aku sudah tak seperti yang dulu? Orang muda mana nak sama dengan orang dah berumur,kan? Saranan saya, buat bodoh jugalah dari menyiksa diri merevers-revers agingkan diri dengan bebenda yang pelik-pelik dan akhirnya menyiksa diri. Bukankah konsep cinta menerima seadanya.

Nah, wat if berkonflik dengan Tuhanmu. Malas nak sembahyang, malas puasa, malas-malas-malas, serba malas, hah itu kena berubahlahkan. Betapalah berat kita mau ubah sifat mazmumah yang ada dalam diri, haruslah terus mencuba. Itu perjuangan sebenarnya kita sebenarnya. Di pertengahan jalan ditemukan dengan macam-macam halangan, ujian, tetaplah mencuba menggapai cinta Abadi.

Wednesday, April 26, 2023

Raya-Raya-Raya

When my boss yang selalu bengang dengan itu ini cakap begini, "Mar ni dia jenis susah nak bengang" I took it as a pujian bukan menganjing. Dan nak kuatkan hujah "bos memang puji aku" sebab dia ada tanya macam mana you tak bengang. Masa dia tanya saya cakap je pegi bersenam, tanpa fikir panjang.

Yeah memang I thought kalau you bengang pegilah bikin benda-benda yang boleh distract you dari benda yang mengganggu fikiran. Itu yang saya belajar dari kaunseling dan terapi. Later on, especially memusim raya-raya ni I tetibe terfikir pulak bila orang semua kalut-kalut bengang I is ok je. Apa yang kalut sangat tu? Saya beraya kat Kelantan atau Kedah ka, yang menghadapi krisis bekalan air bersih? Rasa raya kat Melaka je,kan? Masalah air memang tak de, tapi panas lit-lit-lit ya amat. Lagi satu katanya itu lebuh AMJ tu memanjang jer jem, melambatkan perjalanan kita nak beraya atau nak shoping raya last-last minit.

But then again, tu bukan masalah sangatlah. Tapi bagi golongan kengkawan geng suka masak-masak, mereka akan bengang dengan kerenah ipar-duai yang lek-lek, datang makan je, lepas tu tinggalkan rumah mak ayah gitu saja. Sapa yang tinggal umah mak, dan tak de anak kekecik hah dialah jadi babu dalam rumah itu. Ada pihak yang rasa dia saja yang penat. Orang lain relek je. Lepas tu mula marah-marah bila tetamu dah pulang, rumah jadi agak sikit tunggang-langgang.

Masa tu mulalah dia membebel, berleter dan macam-macam lagi. Saya heran dengan orang yang berleter tak puas hati itu. Kenapa dia mau marah-marah. Ini hari raya patut kita syukur orang datang sebab nabi kata tetamu bawa semua barang tak elok keluar dari rumah. Kalau penat  memasak tu dan mengemas rumah mestilah ganjarannya pahala yang berlipat-ganda. Then saya terfikir, tidak semua orang punya daya imaginasi yang kuat seperti saya yang dapat menggambarkan tiap tamu pulang kala-jengking-lipan semua mengekori mereka keluar dari rumah kita. Jika anda dapat mengambarkan itu semua pasti letih-lelah melayan tetamu hilang begitu sahaja.

Namun saya fikir bukan itu perkara pokoknya, tapi membebel sebab tak puas-hati sebab dia rasa dia seorang saja yang penat membanting tulang, orang lain buat donno je. Kita harap orang tolong kita. Jika tak expect pertolongan orang, saya rasa kita akan jadi taklah bengangang kan? Kita pulang ke kampung, kita tak expect apa-apa pun. Bagi yang menerima kepulangan perantau, kita tak expect apa-apa dari mereka yang pulang berhari-raya di rumah kita. Bila mereka mau pulang, yang patut kita jangka ialah kepenatan melayan makan minum mereka, dan mengemas rumah setelah mereka bergolek-gelantang dan anak-anak mereka menyepahkan rumah kita. Kau expect penat ajelah,kan. Jadi tidaklah kau marah lagi kalau kau betul-betul penat. Kau bayangkan raya tu macam kau kerja part time bikin house-keeping kat hotel, homestay. Beza bikin part-time dapat duit, ni bukan dapat duit, keluar duit lagi ada sebab nak belanja makan-minum mereka. Kau hanya mengharap balasan pahala je dari Dia.

So dengan expectation betul dan tepat, kita tidaklah bengang jika orang tak tolong kita di dapur ka, tak tolong kemas rumah ka, apa-apalah, kan? Yang selalunya kita terkoyak, tersentap lalu terluka tu bila kita expect benda lain, tapi tak dapat, atau dapat yang sebaliknya. Apa kau expect, orang balik kampung bagi kau duit ka? Apa harapan kau sebenarnya? Kalau tak jumpa, bising rindu, bila dah depan mata, bising penat pulak haish!!! tak faham.

 

Saturday, April 8, 2023

TABARUJ

Tabaruj tu apa ek? Itulah yang hat solek-solek tu,lah---cecantik melaram-laram tu gitu hah. Melaram sampai menjurus kepada bla bla bla. Bla bla bla apa? Apa-apalah pepandaila guna imaginasi kamurang semua.

Dulula masa sekolah dulu tu kalau rajin pi usrah, akan dipesan kita pempuan ni dosa kalau bertabaruj. Hat lelaki pulak kalau pilih bini, pilihla yang beshe-beshe, pempuan bertabaruj ni bad influence. hah gitu. Saya tak berapa amik port sangatla, kalau muka sesedia lawa, muda plak tu, tak bersolek pun ramai orang minat. Kalau muka average macam-macam saya ni dok pi usrah, jadi kaki bancuh air, bagi-bagi makanan jelah part saya. Kawan-kawan usrah yang cun-melacun tanpa bartabaruj tu ramai. Tak usah nak competelah dengan mereka.

Tapi tu lepas 20, 30 tahun mendatang, masa zaman sekarang ni cuba kau wonder apa terjadi? Aku rasa muka bini dia yang cun dulu dengan aku yang slebet dan tak cantik ni dah 2x5 je sama rupa ea. Iyalah kita tak kawen, kan, kita tak beranak, tak perlu jaga anak, tidur kita tidak pernah terganggu, jadinya dekat 2020, 2023 ni rupa aku dengan rupa derang yang paling cun tu dulu dan lebih kurang sama je. Bukan aku nak kata aku makin cantik, tapi dia tu yang cantik dan sama hodoh je macam aku he he he---

Apa jadi dengan laki dia yang pilih dia atas dasar pempuan rajin melaram itu very bad influence? Aku tak taulah apa jadi, tapi aku saja kut nak tulis cerita rekaan seperti di bawah. Kamu baca ya---

'****

"Hajjah, ni apa rahsia, dah nak pencen lagi dua tiga bulan, ni masih kekal slim, cantik dan bergaya" Hajjah tersipu-sipu malu ditegur bos besar begitu. Aku pulak yang tengah dok susun-susun fail usai mesyuarat pengurusan, rasa erk krik krik krik---tetiber dengo bunyi cengkerik pulak dalam bilik mesyuarat ni.

Di hari yang lain, aku pegi ikut geng bebudak muda berwater-rafting di Kuala Kubu Baru. Bila masa pulak aku pandai berwater-water-rafting ni? Air memang aku suka, cuma selalu mandi kolam je. Cuma masa PKP hari tu semua pakat kena kurung dalam umah, tetiber anak-anak buah aku ajak mandi di Air Terjun Asahan yang 35minit je drive from our home. So dari situlah dok duduk-duduk santai situ, one of them teringin nak berwater-rafting. So bila habis PKP, bebudah opis ada buat trip ke KKB aku pun amik peluang bawa anak buah aku cuba sesuatu yang mencabar.

Tapi ni bukan nak cerita pasal aktiviti di KKB, tapi nak cerita masa di sanalah aku jumpa family bos yang dok tegur bos aku cantik tu. Jumpa bini dia dan anak-anak dia yang dah besar panjang. Si Along sama baya dengan anak buah aku, tapi belajar di Mesir katanya. Jurusan agama. Yang lagi 2 lagi tu semua sekolah agama dan sedang struggle untuk periksa agama kelas tinggi. Thanawi ke hapa ka, gitulah. Anak dia ramai, 3 orang tu je yang naik satu bot dengan aku, yang kekecik masih bersekolah rendah, dan menengah rendah, ada bersama ibu mereka, tak berakit, tapi cari port penginapan di situ-situ, kira weekend tu derang bermalam di KKB, lah. 

Rasa macam nak biol jugak dok se boya dengan bebudak nerd-aliran agama ni, kan? Tapi aku dengan anak buah aku cool buat donno je. Buat bodo sudah. Kita orang pun masa dalam bot tak banyak cakap, sebab fokus mengadap rapid yang agak garang, dan kekadang extream juga. Akhir-akhir tu, bila malim cakap ok kalau nak berenang, sampai tempat penamat, anak buah aku terus ajak aku jump out of the boat dan berenanglah kami till the end of the jouney.

Tapi aku balik opis, aku buat analisis jugak pasal bos aku tu. Mana tak buat analisanya, dah dia macam gitu, berani puji bini orang cantik kita pun apa lagi, analisalah cecukup. Balik opis siap tunjuk gambar bini bos sama geng karas membawang opis. Sebelum ke KKB, kami dah buat satu macam rumusan, "mesti bini bos tak cantik" bila bos kata Assistant dia yang lagi 2 bulan nak bersara-wajib umur 60 puluh tahun tu cantik.

Saya cakap begini "bini dia masa muda mesti cantik, ntah-ntah paling cantik dalam kelas masa kat sekolah/universiti dulu. Tapi tulah sebab beranak banyak kut, dah tu kije cikgu, jadi penampilan tu dikesampingkan begitu saja. Hah korang tengoklah gambar ni"

Kawan saya pun cakap "aaahhhh, betullah, ala diakan, bos, duit dia banyak, pegilah hantar bini buat make-over, ni pepuji bini orang cantik, dah kenapa?" Marah kawan saya. Kami pun mengumpat lagi begini " hah ari tu, kan hakkak, bos kata nak tengok sedap mata memandang pegi tingkat 4, kalau nak sedap perut pegilah ke tingkat 5. Tingkat 5 tu tingkat kamilah tu. Senang hidup dia, GATALLLLL!!!' Sampuk dan marah kawan yang lain.

Itu sikit dari umpat-keji kami, lah. Rumusannya bos GATAL he he he- Bini dia tak pandai melaram. , kalau bini dia segak anggun mesti dia tak GATAL Rumusan kawan-kawan akulah. Aku pulak yang sedia-sedia pernah masuk kelompok usrah universiti teringat pulak kisah dulu-dulu masa usrah dulu, melaram itu haram. Tapi aku diam saja. Bebudak ni semua sekolah sekular, jenis happy go-lucky, tak pernah masuk usrah. Derang education pun tahap diploma politeknik dan kalau yang ada ijazah sarjana muda pun sambung masa kije secara part-time. So kalau tanya pasal usrah-usrah, waima derang masuk uni-full-time pun  dari masuk usrah aku rasa derang lebih rela masuk kelab poco-poco or kelab masak-memasak. Yang kena dengan hobi deranglah kelab kebajikan, ekonomi ka gitu-gitu. Usrah ni, untuk bebudak Agama. Aku pun masuk usrah dulu sebab bebudak usarah nak cari tukang masak, dengan tukang bancuh air. Kalu tak mesti aku masuk kelab Bajet-bajet-ekonomi. So aku diam ajelah, idak sebut pun pasal melaram itu haram, nanti offended pulak kengkawan yang ada sorang tu yang jadi ajen Mary-Kay.

Satu hari tu kita dapat menteri pempuan. Kami memang tak kenal menteri ni, sapa dia Fazlina Sidek ni? First thing first yang kawan aku tanya dalam watsap-group "dia cantik tak? Ada macam Rina Harun tak?" Aku repond begini "tak kut sebab PMX kan suka lelaki jambu, dia tak suka wanita cantik Cantik-cantik macam Rina Harun tu, TABARUJ katanya" Lepas tu tak de yang bertanya-tanya. Dah malam, memasing nak tido--- esoknya sambung ada yang share gambo menteri. Lepas tu ada yang menyahut "owh tudung saji berjalan rupanya" Ada nyahut lagi "Dia lawyer, dia garang, suka jerit-jerit, marah-marah"

Mai opis ada yang bertanya, "TABARUJ tu apa kak?" 
saya jawab ringkas je "bersolek"
Balasannya "ooo, betuila tu, anak presiden ABIM,kan Menteri ni, depa suka cakap arab. Tabaruj tu cakap arab bagi bersoleklah ya?'  hurrm macam gitu-gitulah.
"Tabaruj ek, tabaruj"---

Satu hari tulah ada peluang je depa menyebut perkataan tersebut, gelihati pun ada, gembira pun ada tengok gelegat mereka. Bertambahlah satu perbendaharaan kata bagi derang-derang ni semua. Dengan begini ajen Mary-Kay takkan sentap kalau besok-besok kita mengumpat lagi pasal bos tak bagi elaun bersolek bini dia, saya cakap "bini BOS dulu geng ABIM kut, kalau dibagi duit selepuk pun, mana maunya dia bersolek- orang ABIM ni bersolek itu,kan TABARUJ"