Monday, December 19, 2022

AURA WANITA

Asyik cerita pempuan ni jahat nau, ni cerita bagi semangat sikit pasal wanita-wanita baik. Sapa baik? Ratu Miss Universe? Ratu Unduk Ngadau? Itu yang nonMuslim, lah kan. Bagi Islam dalam banyak-banyak barisan wanita terkutuk, ada ramai je pesona yang disebut dalam Quran. Sapa je wanita tak kira asalnya apa, waima pelacur pun jika dah bertaubat, ada tempatnya di Sorga sana.

Ini kanlah pula wanita-wanita yang asal memang baik, beriman dan kerna berimanya beliau, maka lulus sudah segala ujian berat-berat yang dikenakan pada mereka. Contohnya CT Mariam, ibunya Isa AS yang hamil tanpa suami. Ko rasa? punyalah susah,kan dah le mengandung tak de somi, katanya beranak pun sorang-sorang. Kesian, kan? Aisyah isteri Firaun, Masyitah, tukang sikat Aisyah. Itu sekadar menyebut contoh.

Wanita ini semua patut menginspirasikan kita sebagai wanita moden nii. Apalah sangat ujian yang kita terima, kan jika mau dibanding dengan mereka-mereka ini. Alah setakat kena baling fail, kena jerit dengan bos, balik umah ada tak kena sepak-terajang sama laki? Nauzubillah. Bagitu. Tapi macam saya ni memang hidup ni memang tak terujilah. Hidup umpama lahir ditatang emas permata, walau tak mewah, walau tak de emas pun. Maksud saya perjalanan hidup saya ini amat mudah. Sakit ada family, kena "cubit" sikit dengan bos, kengkawan opis ada tempat mengadu. Tak boleh le kena sikit, dah kecoh VC mak kat kampung ngadu macam-macam, orang buat kat dia kunun. Yang dia buat kat orang, orang komplen pasal dia, idak pula dia ngadu. Nasib baik tak de laki, kalau ada laki, hah ngadu kat laki----ntah apa laki aku buat agaknya ya. Ada yang dia mari opis, kasi tampar satu-satu yang cuit bini dia ni he he---

Begitulah kehidupan saya yang serba selesa ni. Itulah tu selesa sangatlah tu sebab tu pencapaian pun suam-suam kuku je. Tak kisahlah kan. ni bukan nak cerita pasal diri sendiri, nak cerita pasal Mariam dan Aisyah pun tak mau, jauh sangat tu. Tapi kita nak cerita perempuan yang dekat dengan kita. Dekat dari segi berada di zaman kitalah ni. Sapalah dia---kita cerita isteri PM kita. eh PM je, Isteri YDPA, tak mau ka? Kita cerita Isteri PMlah isteri PM yang tok laki dia pernah masuk jel. Kak Ros dan Kak Wan.

Kak Ros tak de benda sangat nak cerita sebab lakinya tengah kena penjara. Kot mati dalam jel, sian Kak Ros. Muka pun dah banyak henyut, tak berseri-seri macam dulu sebab stress kut. Kita cerita pasal Kak Wan. Kalu tak silap laki Kak Wan 2 kali masuk jel. Tapi kak Wan tetap setia. Last-last Laki Kak Wan jadi PM juga akhirnya. Jadi PM zaman orang Indonesia sana sibuk kata 2024 nanti bakal ada pencerahan agama yang berpusat di sana. Di negeri Jiran kita tu. 

Pencerahan agama tu apa? Mahadi ka? Idak bukan Mahadi, tapi orang alim kata, setiap 100 tahun dari wafatnya Nabi akan ada seseorang, atau sekumpulan orang akan betulkan balik agama Allah yang dah dibengkang-bengkok kan oleh manusia-manusia yang aku pun tak tahulah apa masalah deme ni. Adale le justifikasi dia nak buat bengkok dari ajaran Nabi tu. So, aku perati, je, kat Malaya ni ramai Menteri/ahli poltik feeling-feeling dialah pilihan tuhan tu.

Al Mawadahlah, Al Negara Keluarga Malaysialah, macam-macam. Aku rasa yang paling feeling tu menteri dari parti PAS le. Tapi tak berani ngaku, cuma berani cakap "kita dah cukup nombor, kita dah cukup nombor" Penghabisan cerita bila laki Kak Wan yang homoseks tu angkat sumpah jadi PM, meroyanle deme, dok solat-sana-solat sini. Kemuncak solat malam 18.12.2022 hari tu. Orang dok sebok ngepam air banjir kat Pantai Timur sana, dia kat KL ni sibuk solat minta apa yang patut dimintaklah.

Besoknya (semalam) 19.12.2022 orang yang duduk kat parlimen sana dah undi laki Kak Wan dah. Undi percaya sama Bang Non. Kita penjawat awam ni dah boleh sujud syukurlah sebab lepas ni ko jangan-jangan pulak nak solat ntah-apa-apa solat lagi nak jatuhkan laki Kak Wan. Sudah-sudahlah tu, kan. Hah ko tunggu jelah lagi 5 tahun, ada jeki kau jadi PM jadilah. Itu perkiraan kita yang minta semua jadi baik-baik.

Ok berbalik Kak Wan, kalau lepas ni amanlah parlimen tu dari cubaan yang menjatuhkan lakinya, tahun setahun jak lagi dah 2024, kalau benar ramalan orang Indonesia yang dah feeling-feeling gerakan memulihkan agama bermula dari sana, kita orang Jiran ni tak ke dapat tempias baik juga? Tu satu aku nak cerita pasal laki Kak Wan ni dari hari pertama dia angkat sumpah, semua kengkawan dari dunia Islam ucap tahniah sama dia. La ni PM tak putus-putus terima kunjugan orang besau-besau dari seluruh dunia ke mari. Nak fren sama Malaysia. Aku rasa itu satu permulaan yang baik.

Ko tak ble move on dengan bukti mahkamah dan bukti video China Doll tu? Sukati kaulah. Aku? Aku kuli gomen follow jak. Tak takut ka follow orang macam tu? Apa nak takut? Dia berzina ada tunjuk kat kau? Kau yang jahat pegi intip pastu aibkan dia. Cikgu agama aku cakap, kita follow/tengok apa orang tu cakap, bukan follow apa dia buat. So far, rasa benda yang dia cakap semua benda normal-biasa-biasa macam PM lain dok cakap, so follow je lah. Apa masalahnya.---

Owh cerita pasal 2024, kalau benarlah ramalan orang Indonesia tu, dan Laki Kak Wan masa tu masih PM (gerakan jatuh-Laki Kak Wan tak berjaya)---hurm ko rasa? ko rasa? Aku rasa? Aku rasa kesian dan aku tetebeeerrr jak teringat cerita pasal orang PN pada PRU yang lalu, deme tolak BN tolak PH, last-last dapat PH free BN, ad on Amanah.  Kesian

Semua ini terjadi kerana apa? Kerana Saktinya kesetiaan seorang Wan Azizah. Aku berani cakap macam tu sebab kalau tak kerana Kak Wan, Bang Non, dah lama mereput dalam jel, sana he he he.

Sunday, December 18, 2022

Bunuh Diri - Angkara Wanita?

Weekend ni saya dan kawan pegilah house-warming party bos dulu yang dah pindah opis lain. Lama tak jumpa kawan ni, sebab dah bertukar-tukar. Ada tu masih satu opis tapi dah lain seksyen. So, kalau jumpa tak dan berborak,lah. Semalam dapatlah berborak-borak. Apa topik? hah topik orang yang mati gantung diri tu le. Dah kami ni duduk presint tu jugak, walau lain zon, kalau sebut presint tu, presint tu lerr--- dah pulak tu si mati paper tuleh kije kat KPM. Tak padahal katanya baru 2 bulan kije sini. Dah tu 2 bulan tu sakit bipolar, aish manale kita nak kenal, kan? KPM ni besar. Bukan ada Cikgu je, hat Audit macam kami pun ada, PTD pun ada, hat yang ni katanya orang IT. Manale nak kenal?

Tapi tu dah penyelia saya memang umah dia selang 4 pintu je dari rumah si mati, so memang orang Audit Dalam KPM Aras 5 memang tahulah cerita dia. Pasal hat dah bercerai, ex-bini nak bernikah, semualah tahu. So, konklusi---tragedi ni berlaku sebab patah hati---jadi bipolar, pengakhiranya begitulah. Suuk ka husnul ka itu kita manusia bukanlah penilainya, hanya Dia saja yang tahu. Tapi tu hat kalu kita sendirilah,kan, tak maulah pengakhiran cerita kita di dunia ini begini jadinya.

Semua kalau boleh kalau mati tu mau dikelilingi insan tersayang, kan? Ada family teman. Tak mau hadap sakrat seorang diri. Lagu mana pertarungan akhir ni idaklah boleh kita gambar-gambarkan. Tapi masa kekecik dulu memang ralitlah kalau ustaz/ustazah, naqib/naqibah bawak cerita-cerita begini, kan. Cerita paling epik, sapa lagi Barshishalah, kan. Syetan kata tak yah sujud, ko tunduk jak. Dia tunduk, jak zappp malaikat pun cabut nyawa dia. fuhhhh!!!! sadis gitu. Mintak simpang malaikat 44 jadi begitu. Perihal sakitnya mati pulak, itu paling sakit katanya. Ada ustaz cerita umpama ko cucuk duri dari hidung, sampai hujung kaki, lepas tu zasss tarik keluar duri tu semula. Begitulah kalau cerita pasal mati ni.

Itu yang mati, yang hidup pulak ni apa ke halnya, apa benda kita dah buat di sini. Kalau perempuan ni memang malanglah---semua benda salah kita, kan. Hat cerita jiran penyelia saya ni, pun pasal pempuan jugak. ex-bini nak nikah, dia bipolar. Kau tak kesian ke jadi orang pempuan ni. Teruk betul kami ni, kalau orang lelaki bengkok je semua sebab kami. Kau tu orang lelaki tolong kuat sikit eh, jangan nak lelembik, kesian le kat kita orang pempuan ni, sebab apa kalau ko besok mati katak, mati yang orang Melayu kata mati apa ek---matinya berkonotasi negetip. hah tak salah lain dah, salah orang pempuan jugak. Kalau dah bercerai, salah ex-bini, kalau tak pernah nikah, salah ex-girlfren, salah ex-cinta tak kesampaian. hurmmm semua salah kita jugak.

Kalau ko masuk jel mati dalam jel sebab songlap duit gomen, salah bini kau jugak, walau yang songlap duit kau tu orang lelaki. Taikun-taikun Cina lelaki. Besok lusa kut bicara le semula, dapat pulak bukti kau tak salah, kau kena inaya, aik, cop, bukan salah bini kau, salah sapa pulak? Sapa mastermind? Bukan bini kau, tapi bini orang lain lah pulak. Ek bini orang tu sapa? Pempuan jugakkkkk!!!!! hadooiiiii. Manalah aku nak letak muka ni? Malu sungguhlah jadi pempuan ni. Awat jahat sangat kita ni ek? 

Itula jadi pempuan ni, lelaki masuk jel, lelaki bla bla bla, pempuan jugak penyebabnya. Tolonglah eh lelaki-lelaki yang dekat-dekat dengan saya ni, especially yang ngaku best fren (best frenlah sangat) saya tolong jaga diri kamu, jangan terpalit dengan benda yang bukan-bukan, okeyy?!!! Kalau kau mati terjun gaung, terjun kolam, terjun laut besok, mana saya mau letakkan muka saya ni?

Tuesday, December 13, 2022

Bunuh Diri

Semalam kawan opis minta keluar opis awal sebab maintanance nak mari rumah. Dalam pukul sepuluh lebih nak kul 11lah dia keluar. Dia mai semula opis dalam jam 2 lebih dia cerita kawasan umah dia dah jadi macam drama crime scene, penuh tape kuning, polis tak kasi bawa kereta masuk dalam. Bila di cakap dia kena balik rumah sebab bebudak maintenance dah tunggu. Polis suruh dia jalan kaki jak. kereta duduk luar lorong rumah. 

Dia tanyalah polis, "kenapa, kenapa?" polis pulak dok tanya dia bla bla bla. Bukan polis jawab soklan dia, dia pulak kena jawab soklan polis. Pendek cerita, jiran selang 4 buah rumah dari rumah dia dah mati gantung diri, dah empat hari katanya mayat tu tergantung kat situ barulah jenjiran gempau. hah dalam 10 lebih semalam lah tu baru jiran dok intai-intai nampak dia dah tergantung terkulai dari tali yang digantung kat tangga umah. Umah dua tingkat.

Pendek cerita lagi--gampaulah,kan. Dah orang Islam yang kejadian mayatnya begitu, memang kena panggil, imam, kena panggil JAKIM katanya, polis tok sah cakaplah. hah gitu. Kami ni orang Islam kalau jumpa mayat macam gitu memang kena panggil pakar-pakar untuk sahkan kematian dia tu sama ada bunuh diri atau sebaliknya. tak kisah orang gantung dia ka, dia menggantung dirinya dalam keadaan tidak waras ka, semua kena diperhalusi oleh pakar. Kenapa jadi susah macam tu, sebab kalau dia mati sebab ambil nyawanya sendiri, jenazahnya dah tak boleh lagi diuruskan seperti biasa. Bah kan, tak boleh dikuburkan bersama-sama kat presint 20 tu.

Kenapa? Ntah acik memang tak taula, tapi atuk-atuk kat kampung dulu ada cakap, kalau orang mati begini, nanti dalam kubur, malaikat akan dera dia. So bila kena dera, susahlah jiran sebelah nak rehat-rehat, so kena asingkan/kuburkan dia jauh-jauhlah. Tak kisahla nak tinggalkan gitu je dalam hutan kasi makan rimau ka, buang dalam laut ka kasi makan jerung, ikan, tak kisahlah. Tapi kau jangan cayalah sangat cerita acik ni, kadang tu banyak drama auta dari fakta he hehehe---

Tapi yang satu benda acik nak cerita ni memang fakta. Faktanya kalau ada kawan yang ngadu nak bunuh diri ka, sedih ka, murung, ka, jangan kau tinggal kan dia begitu saja. Ambil berat, ambil perhatian dengan dia. Hinih kalau orang tu bos cadang nak hanta kaunseling, kau dah sibuk membawang, kan? Jangan macam gitu, kalau tak boleh tolong, ko diam saja. Kalau boleh tolong, tolong, dengar rintihan dia, bagi dia moral support, harapan untuk terus menjalani kehidupan ini. Kalau tak boleh berada disamping dia, titipkan doa agar dia happy dan masih ada hati untuk teruskan kehidupan di dunia ini. 



Sunday, December 11, 2022

Membawang Apa Hari Ini

Hari ni nak ngumpat apa ek? Hah nak cerita ada orang share tiktok dalam group, cerita pasal bila ngundi-ngundi, pilih-pilih le ni. Ada orang kompius, takut, keliru, bla bla bla. Takut kalau tak pilih parti Islam besok mati masuk Melaka. Kena pilih hat tu jugoookkk! Ada ek orang rasa macam tu. 

Mujurlah saya ni kat kampung pakcik, pak long, pak ngah semua minat politik. Ada yang pernah jadi YB pun ada. So, istilah undi hat ni masuk Melaka tu, memang bukan isu sangatle. Saya pula pilih yang saya rasa biasa, boleh buat kerja dalam environment sekarang. Environment Sekular Yahudi. Kalau pilih yang lagi satu tu bimbang 2 benda je. Mereka tak faham, dan tak perform, yang ke 2, mereka pulak lebih sekular dari sekular. Biasa memang macam gitulah, orang kata paku dulang, paku serpih. Ngata orang gitu gini, bila tiba turn dia, dia pulak lagi teruk. Contohlah dia kata Najib songlap 2.6B, tiba masa dia bukan RM2.6, RM600B sudah di songlapnya. Hah, kan?

Berbalik pada cerita tiktok yang dikongsikan tu, repond ustaz penceramah kata senang je. Dia kata sikit lebih kuranglah kata dia yang saya faham dan ingat, "macam mana nak kata awak tu baik, sebab nak jadi baik hari-hari awak kata orang jahat. Dah kalau gitu yang jahatnya awak. Kalau tak de isu jahat, pening kepala memikir, nunggu je orang buat jahat" Ustaz kata " tak betul, macam tu, jahat tu. Nak jadi HERO, cerita orang jahat"

Saya ni dah hidup pun nak masuk 50 tahun. Banyak benda dah tengok. Yang pasti, kalau kita anti-anti sangat, yang anti tu le yang mendapat. Benci, meroyan penyamun, hah dapat penyamun, benci Golongan Pelangi, hah dapat Pelangi. Benci Komunis, ada yang dapat Komunis ni nanti. Yang kita suka sangat, tertunggu-tunggu, idak jugak juga yang ditunggu-tunggu itu muncul.

Kita chill-chill saja sudah. Belajar beradaptasi dan be happy, tak usah sakit-sakit kepala, hati dok mengata orang, benci sana, benci sini. Takut tak kita yang buat benda yang dibenci, anak-cucu-cicit kita yang buat benda tu semua. Benci LGBT, cucu kau besok presiden LGBT/ Ratu Drag Asean, tak ke haru-biru tu?



 

Friday, December 9, 2022

MakJan 30- Gurlz Power

Keadaan Politik kita yang ntah apa-apa tah ni memang bikin kita sukalah nak tulis kreatip-kreatipkan. Kalau tulis straight biasa je, salah tulis kena saman, tak ke haru-biru, kan?

Kita sambung cerita lama dulu kepada cerita terkini. Cerita apa, cerita Muhammad PASrule dan Janda-jandanyalah, apa lagi, kan?

Ceritanya begini---

Dah lama saya tak mengumpat pasal dak Muhammad tu, kan? Apa cerita dia? Apa kisah rumah tangga dia dengan Engku Luna? Hurmmm, tak sampai berapa bulan tah, dah bercerai. Ni Abang jual bunga la, tu. Penjual bunga ni kijenya nak menjual je, asal bunga laris. Nak jadikan cerita Bang Bunga ni dulu tu, udahlah dia rampas Siti dan Dayang, tapi dalam masa sama dia ada juga berurusan dengan Muhammad.

Memula kunun, sebagai gentlemanlah nak belaja menuntut dari Muhammad macam mana nak tundukkan selara Siti dan Dayang yang buas tu----tapi jadi cerita mereka mengakrab pulak, sampai Abang Bunga pun termakan cakap kawan baik dia, dan ceraikan kedua-dua Siti dan Dayang. Sejak mentalak kedua-dua isternya, Muhammad dan Abang B jadi makin akrab. Dah le Dak Engku jeles, kau. Dak Engku tu pun satu hal, tak reti dia nak kuruskan balik badan dia, dah suka membebel pulak tu, so Muhammad pun lebih suka melepak dengan Abang B dari mengadap muka dak Engku. Pendek cerita, bercerailah mereka. So Muhammad dan Abang Bunga jadi kawan sejati.

Walaupun bercerai Engku dengan Muhammad masih juga kena bertentang mata sebab business. Ada mereka joint-venture berdua, so kenalah professional, kan? Business is business. Dalam berjoin venture mereka ada gak bersaing-curi-mencuri market. Pendek cerita lagi, Business Engku jadi nak separuh lingkup sebab berebut pasaran dengan Muhamad dan Abang B. 

Bila nak lingkup, Siti dan Dayang ajak pulak Engku join busness mereka. Kunun kata tak cukup korum untuk tarik pasaran Melayu. Siti dan Dayang jual kueh Maruku, bak Chang dan Kueh Bulan, mereka tak de pakar nak bikin kueh Seri Muka, so diajaklah Engku berjoin venture. Mereka mula ajak Muhammad dan Abang B hasilkan kueh tu, tapi Muhammad and partner tak nak  sebab takut kalau kongsi dapur dengan Siti dan Dayang, dah jadi bercampur kueh bak Chang dan Seri Muka jadi tak halal nanti. Engku ok je kongsi-kongsi Dapur ni. So bergabunglah gurgulz ni tadi buat business kueh-mueh Malaya.

Nak ramal business baru ni ok tak ok, tak tahulah kita, benda baru. Bolehka bebudak/mak budak Gurgulz ni bertahan berbusiness bersama-sama? Kita tunggu je update seterusnya.  Apa ceritanya, kan? Ada yang meramal Gurgulz akan bungkus tikar tak lama lagi, ada plak meramal, Engku akan sakit cirit birit makan Seri Muka campur babi, dan lepas tercirit tu balik semula - nikah balik dengan Muhammad. Itu kita sama-sama saksikan apakah kesudahan episod Cerita Engku Luna dan frens, yang seterusnya.

Kalau tanya saya, kalau saya jadi Muhammad, saya tendang je Abang B, main mata dengan Gurlz penjual kueh ni. Boleh rujuk balik, boleh pasang 3 terus ini, kalilah. Bersetongkol dengan Abang B, apa kau dapat. Tapi saya lupa pulak, kalau saya Muhammadlah, saya larat ka, nak pasang 3 serentak, mengetahui yang dah Siti dan Dayang itu sangat ganaz. Tapi apa salahnya teropong-teropong sikit, manalah tau Dak Engku ada jamu Khas untuk dak Siti dan Dayang kurangkan sikit keganasan mereka? Lagi pun memasing dah lanjut usia, takkan ganazs lagi kut? Untuk En Muhammad, teropong-teroponglah Janda-janda mu itu yerk---kutlah bersama semula dengan Jejanda tu, lebih bahagia dari berkongsi Market Kueh Seri Muka dengan Abang B.

Apala 

Thursday, December 8, 2022

YB Kite Part2

Hari tu bersorak sorai YB tak pakai mekap. Lepas tu dah risau pulak bila dengar katanya YB suka jerit-jerit. Tapi itu memang tak menjejaskan apa-apa pun di opis ni sebab yang akan kena jerit tu orang blok E8. Kami di E14. Jauh. Kesian kat hensem boy KPM YB Datuk la. hadoiii kena jerit dengan yang pangkat adik-adik.

Itu lantak deranglah,kan. Ni kita nak cerita pasal kengkawan kita ni yang hari tu orang kata, analoginya kalau betanding lomba lari tu rapat mengekor jatuh no 2,lah kan., tapi hari ni tak naik-naik pentas mengamik hadiahnya. YDPA jemput naik, tapi deme tak nak naik, sebab katanya tak nak sepentas dengan yang dapat no 1 tu. Hadoiii aii kalau belombe lari bukan ke no 1, 2, 3 semua naik pentas. Kau bayangkan kalau sukan kat sekolah, pemenang lari pecut 100m tak nak naik podiom, ko rasa Guru Besar nak personally gi umah dia kasi hadiah, ka. Aku rasa mesti medal tu GB gantung je dalam bilik dia, kan?

Abeh tu bila tak dapat pingat tu, penyokongnya dah aku rasa nak separuh sasau pun ada tu. Tak puas hatile, betanding hari tu dah cantik dah, menang sana-menang sini, tapi tak dapat masuk barisan yang memerintah. Dok blok pembangkang sana. Kalau ko baca coretan-coretan derang tu ada gak menaruh harapan, pakatan yang ada ni tak bertahan lama. Bila tak bertahan lama, adale harapan Pasukan dia, buat langkah tebuk Atap macam langkah Sheraton itu hari. Yang penyokong dok berdoa agar orang yang dok serumah pemakai medal ni begocoh sesama deme, lalu lari bertempiaran. Yang peringkat peminpin tak taulah aku apa derang buat, tengah sibuk cucuk sana sini, kasi atap ke lantai ka, bocor, rumah tejongket, lepas tu masuk rumah deme pulak. Macam mana lagu dia nak buat tak tahu le kita. Nak beli si katak-katak lompat dah tak boleh sebab dah ada undang-undang anti-lompat.

So, begitulah kisah orang dapat no 2 tapi tolak hadiah dia. Terharap-harap rumah orang terjongket-roboh. Ko bayangkan kalau analoginya begini, ka ada jiran lesbian, dia nak kawen dengan dengan anak kau, kau tak bagi, lepas tu ada ketua penyamun mau sama dia. So mereka pun berkahwin. Engkau yang duduk berjiran ni tiap kali lepas solat doa biar jiran kau ni bercerai berai. Ko rasa? ok berbalik pada cerita asal, dalam dok mengharap-harap dan berdoa tu kuar pulak cerita, itu hari masuk betanding, ropenya guna duit judi haram. Tak ke haru tu. Kita yang marhaen-marhaen ni dok fikir gini je----owh patutlah lari pecut kuat tapi takdirnya tak pakai medal, rupanya belanja duit judi. Kita fikir macam itu. Penyokong aku tak tahulah. Macam aku kata dok terharap-harap.

Kalau betul semua ni fitna, tunggu je lagi 5 tahun, betanding semula. Apa yang dok nak harap-harap sangat medal yang dah tersarung kat pemenang no 1, 3, 4,5 dilucutkan dalam masa terdekat. Aku senang aje ramalan aku gini. Kalau betul macam kau kata Kapten team yang dapat no 1 tu ajen Yahudi/Dajjal, memang payah le kau nak tengok dia tersongket. Bukan ke Ustaz kau ajau, masa Dajjal memerintah, makan, pakai, minum semua cukup mewah? Kau ingat anak-anak kau hebat sangat ka iman deme, tak terpengaruh dengan Dajjal. Kalau betul dia Dajjal memang negara kita akan dipelihara Dajjal. Aman damai, telur, melur, ayam, ikan itek semua cukup. Kau cayalah cakap aku ni.

Bila anak-anak muda kenyang sedap, ko fikir mereka nak dengar celoteh kau yang penuh dengan kesumat dan benci, seperti ceramah politik di Padang Serai tempoh hari? Tak de maknanya. Itu hari menang tu pun, bebudak yang kekenyangan tu masih dok fikir Abah kau dapat duit turun dari langit berkat doa Lobai-lobai PAS. Ko tunggulah kalau puak Dajjal dapat buktikan Abah kau guna duit Judi, ko tunggu.

Aku cakap dengan kengkawan opis gini je, "ko buat kije bekomplot-komplot nak tolak sana-tolak sini- ko tengok je bebudak yang konon tolak UMNO, tolak Nuar--- pengabisnya dapat Nuar, free Zahid, add-on Mat Sabu"

Kat opis ni ada jugakla ada sorang minah penyelia tu yang orang tak suka---kami gelarkan minah Jelly. Si Jelly tu dah naik tingkat kami, jadi pasukan kita. So, Ai is as kakak paling tua cakaple korangs jangan nak tolak-tolak si Jelly tu, dah orang bawah tolak dia ke atas, kita santuni dia, karang kalau tolak-tolak, hada besok yang "tolak Jelly dapat Jelly, free Lalang, add-on Kangkung".

Saturday, December 3, 2022

YB KITE

Group gosip politik hakak dok spekulasi kunun Penjawat Awan tak restu Regim Abg Non (RAN). Berharaplah tu nanti akan ada mogok dari dalam. Hakak memang tak amik portla kalau Bos besar Hakak Datuk KSU-hakak nak lancar deep-state gomen ke hapa ka, tapi hakak dan bebudak Aras 5 Blok E14 UAD KPM semua suka, bersorak-sorai kami ni bila Bang Non umum YB Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan. 

Kami bukan kenal pun YB ni, tapi benda pertama kami tengok mekap dia. Tebal ke idak---Team skodeng punya kijelah tu. Benda pertama dia lapur "alhamdullillah mekap dia tak tebal" Apa masalah kalau menteri tu mekap nya tebal? Kita geng Aras 5- geng masak-masak. Kita tak suka geng-mekap tebal he he he---kumpulan geng masak-masak memang tak berapa ngam dengan geng mekap tebal.

Biasa yang suka masak ni kami tak suka sangat nak melaram, pun. Selalu dalam kelas yang dok pulun markah tetinggi ni kumpulan kamilah. Diperingkat dunia pun ada istilah dumb blond dan sebagainya bagi menyeterio typekan perempuan cantik ini sebagai dungu. Dan turun terbang rendah semula ke level kebangsaan, sejarahnya kita ada menteri pempuan yang memang dungu pun yang buat propa cuci taik cicak tika musim banjir dan berposing sakan kat menara Kementerian dok tayang baju bersulam dia.

So bila dapat YB Fadhlina yang sederhana ini, kami memang suka dan berharap YB jadi menteri yang cerdas dan cerdik. Dapat menyelesai banyak masalah. Bagi Auditor macam kami, memang sangat berharap apa dapatan audit tu, yang mana perlu buat repot polis, buatlah. Tak usah nak berbasa-basi sangat dengan Pegawai yang pengelat, pecah amanah ni. Jika perlu disumbat dalam jel sumbatkan aje. Ala kena jel aje, pun. Kalu yang dah tua-tua bangka macam Najib tu, bukan kena rotan pun. Kalau muda lagi kena rotan, takkan mati punyaalah. Contoh penyanyi Ameng yang amik dadah tu kena rotan, steady je dia, kan?    

Harap kami ciput je, jangan bakul sampahkan hasil kerja kami just because nak kenang sangat jasa-jasa perompak-pencuri tu lahkan? Kalau kau x nak amik tindakan sebab nak mengenang jasa, fikirkanlah perasaan pasukan penyasiat ni yang siasatan mereka kau bakul sampahkan begitu saja. Berkali-kali kau rejek hasil kerja mereka sebab kau tak nak demoralisekan pencuri yang kunun tu dah banyak benau jasa mereka pada negara. Abeh pasukan penyiasat ni robot, yang tak de hati dan perasaan, yang tak reti rasa demoralise jika hasil kerja mereka asyik dibakul sampahkan saja?