Ini kanlah pula wanita-wanita yang asal memang baik, beriman dan kerna berimanya beliau, maka lulus sudah segala ujian berat-berat yang dikenakan pada mereka. Contohnya CT Mariam, ibunya Isa AS yang hamil tanpa suami. Ko rasa? punyalah susah,kan dah le mengandung tak de somi, katanya beranak pun sorang-sorang. Kesian, kan? Aisyah isteri Firaun, Masyitah, tukang sikat Aisyah. Itu sekadar menyebut contoh.
Wanita ini semua patut menginspirasikan kita sebagai wanita moden nii. Apalah sangat ujian yang kita terima, kan jika mau dibanding dengan mereka-mereka ini. Alah setakat kena baling fail, kena jerit dengan bos, balik umah ada tak kena sepak-terajang sama laki? Nauzubillah. Bagitu. Tapi macam saya ni memang hidup ni memang tak terujilah. Hidup umpama lahir ditatang emas permata, walau tak mewah, walau tak de emas pun. Maksud saya perjalanan hidup saya ini amat mudah. Sakit ada family, kena "cubit" sikit dengan bos, kengkawan opis ada tempat mengadu. Tak boleh le kena sikit, dah kecoh VC mak kat kampung ngadu macam-macam, orang buat kat dia kunun. Yang dia buat kat orang, orang komplen pasal dia, idak pula dia ngadu. Nasib baik tak de laki, kalau ada laki, hah ngadu kat laki----ntah apa laki aku buat agaknya ya. Ada yang dia mari opis, kasi tampar satu-satu yang cuit bini dia ni he he---
Begitulah kehidupan saya yang serba selesa ni. Itulah tu selesa sangatlah tu sebab tu pencapaian pun suam-suam kuku je. Tak kisahlah kan. ni bukan nak cerita pasal diri sendiri, nak cerita pasal Mariam dan Aisyah pun tak mau, jauh sangat tu. Tapi kita nak cerita perempuan yang dekat dengan kita. Dekat dari segi berada di zaman kitalah ni. Sapalah dia---kita cerita isteri PM kita. eh PM je, Isteri YDPA, tak mau ka? Kita cerita Isteri PMlah isteri PM yang tok laki dia pernah masuk jel. Kak Ros dan Kak Wan.
Kak Ros tak de benda sangat nak cerita sebab lakinya tengah kena penjara. Kot mati dalam jel, sian Kak Ros. Muka pun dah banyak henyut, tak berseri-seri macam dulu sebab stress kut. Kita cerita pasal Kak Wan. Kalu tak silap laki Kak Wan 2 kali masuk jel. Tapi kak Wan tetap setia. Last-last Laki Kak Wan jadi PM juga akhirnya. Jadi PM zaman orang Indonesia sana sibuk kata 2024 nanti bakal ada pencerahan agama yang berpusat di sana. Di negeri Jiran kita tu.
Pencerahan agama tu apa? Mahadi ka? Idak bukan Mahadi, tapi orang alim kata, setiap 100 tahun dari wafatnya Nabi akan ada seseorang, atau sekumpulan orang akan betulkan balik agama Allah yang dah dibengkang-bengkok kan oleh manusia-manusia yang aku pun tak tahulah apa masalah deme ni. Adale le justifikasi dia nak buat bengkok dari ajaran Nabi tu. So, aku perati, je, kat Malaya ni ramai Menteri/ahli poltik feeling-feeling dialah pilihan tuhan tu.
Al Mawadahlah, Al Negara Keluarga Malaysialah, macam-macam. Aku rasa yang paling feeling tu menteri dari parti PAS le. Tapi tak berani ngaku, cuma berani cakap "kita dah cukup nombor, kita dah cukup nombor" Penghabisan cerita bila laki Kak Wan yang homoseks tu angkat sumpah jadi PM, meroyanle deme, dok solat-sana-solat sini. Kemuncak solat malam 18.12.2022 hari tu. Orang dok sebok ngepam air banjir kat Pantai Timur sana, dia kat KL ni sibuk solat minta apa yang patut dimintaklah.
Besoknya (semalam) 19.12.2022 orang yang duduk kat parlimen sana dah undi laki Kak Wan dah. Undi percaya sama Bang Non. Kita penjawat awam ni dah boleh sujud syukurlah sebab lepas ni ko jangan-jangan pulak nak solat ntah-apa-apa solat lagi nak jatuhkan laki Kak Wan. Sudah-sudahlah tu, kan. Hah ko tunggu jelah lagi 5 tahun, ada jeki kau jadi PM jadilah. Itu perkiraan kita yang minta semua jadi baik-baik.
Ok berbalik Kak Wan, kalau lepas ni amanlah parlimen tu dari cubaan yang menjatuhkan lakinya, tahun setahun jak lagi dah 2024, kalau benar ramalan orang Indonesia yang dah feeling-feeling gerakan memulihkan agama bermula dari sana, kita orang Jiran ni tak ke dapat tempias baik juga? Tu satu aku nak cerita pasal laki Kak Wan ni dari hari pertama dia angkat sumpah, semua kengkawan dari dunia Islam ucap tahniah sama dia. La ni PM tak putus-putus terima kunjugan orang besau-besau dari seluruh dunia ke mari. Nak fren sama Malaysia. Aku rasa itu satu permulaan yang baik.
Ko tak ble move on dengan bukti mahkamah dan bukti video China Doll tu? Sukati kaulah. Aku? Aku kuli gomen follow jak. Tak takut ka follow orang macam tu? Apa nak takut? Dia berzina ada tunjuk kat kau? Kau yang jahat pegi intip pastu aibkan dia. Cikgu agama aku cakap, kita follow/tengok apa orang tu cakap, bukan follow apa dia buat. So far, rasa benda yang dia cakap semua benda normal-biasa-biasa macam PM lain dok cakap, so follow je lah. Apa masalahnya.---
Owh cerita pasal 2024, kalau benarlah ramalan orang Indonesia tu, dan Laki Kak Wan masa tu masih PM (gerakan jatuh-Laki Kak Wan tak berjaya)---hurm ko rasa? ko rasa? Aku rasa? Aku rasa kesian dan aku tetebeeerrr jak teringat cerita pasal orang PN pada PRU yang lalu, deme tolak BN tolak PH, last-last dapat PH free BN, ad on Amanah. Kesian
Semua ini terjadi kerana apa? Kerana Saktinya kesetiaan seorang Wan Azizah. Aku berani cakap macam tu sebab kalau tak kerana Kak Wan, Bang Non, dah lama mereput dalam jel, sana he he he.
No comments:
Post a Comment