Tuesday, October 11, 2022

PAKU DULANG PAKU SERPIH

Kita ni hidup memang suka ngata orang, walau ustaz/ustazah dan pesan jangan mengata, jangan mengata, besok kat akhirat jadi orang yang muflis, masuk neraka. Tapi degil nak ngata gak. Hari ni nak ngata pasal hari mengundi yang bakal menjelang tak lama lagi.

Sapa yang ko nak pilih? Mantan Menteri Pendidikan sudah suruh pilihlah team aku, Menteri sekarang, tak ada bebunyi melainkan, la ni sibuk suruh KSU siasat UKK. UKK ni unit komunikasi korporat. Apa UKK ni buat belanja juta-juta untuk media. Dah kuar duit banyak ni, tapi bayang Menteri Kanan nak menang macam sipi-sipi je. Gosip kata YBMK nak betanding kat Putrajaya. Sapa lawan kita kita tak tahu. Abeh bila dah UKK kena serang saya berspekulasi begini "hey UKK, gomen baya juta-juta untuk glemerkan aku, tapi ku rasa macam aku tak glemer jak. Dak MK K-Clique yang tak de UKK tu plak yang lagi glemer dari aku.

Saya sebona ea idak le mau cereta pasal YBMK saya tapi nak cereta pasal team yang lagi satu tu. Team PH. Deme dah kuar barisan pertiwi-wira-wirawati deme. Aik memang kita tak maulah nama-nama macam Hannah Yeoh, Yeo Bi Yin Anthony Loke tu jadi menteri. Sebab kita dah serik itu hari masa deme ni naik kejap kat Putrajaya ni, habis aset TH deme kitai-kirai, sampaikan tahun tu, Hibbah kita dapat ciput bebona.

Cina-cina ni meniaga pandai le, bila pegang gomen, tak pandai deme. Itu Mantan Menteri yang orang kata dok bagus sangat, kunun pasal dialah penyangak/penyamun besar Negara merengkok dalam penjara, tu. Idakla dia bagus mana, pun. Internet skola macam gitu jugak. Sekolah kat Sarawak sana masih gak pakai genset yang semput-semput. Najib dah berbulan masuk jel pun, internet derang macam itu jugak. hah hari tu pegi Polumpong kampung Melangkap kalau duduk dalam bilik tak dapat internet, keluar bilik baru dapat.

Pegi Kundasang pulak lagi haru-biru. Letrek pulak terputus. Ada yang dah terasa diri itu tidak suci dan merasakan "saya ka yang bawak siyal ni" mana dia tak rasa dia bawak siyal, udahlah malamnya tak letrik, esoknya tekanan air rendah---hadoiii. Kita-kita yang dah biasa dengan air dan api Sabah gelak-gelak saja. Tak siyalnya awak, yang siyal ialah gomen ni yang korup sana-sini. 

Bila pegi pulak kat Bawang, Beluran sana, kasi bebudak skola jawab soal-selidik, semua cakap api letrik tak cukup. Itu budak kecik tak reti main internet lagi. Kalau dia tau main internet mesti dia komplen pasal internet pulak. Dah la api air tak cukup, kelas pun tak cukup sampai belajar dalam tandas yang diubah suai. Tule aku cakap Najib dah masuk jel pun, bebudak tu masih belajar dalam tandas. Fuhhhh!!! Sungguh memalukan.

So apalah nak jadi ni? ntah. Bagi peluang pada yang kata dia pandai sangat tu, tak sampai setahun tumbang gomennya sebab salah sendirilah. Cuba dapat-dapat gomen je, terus itu yang mana letrek, air semput-semput tu terus bersinar gilang gemilang macam putrajaya ni. Yang mana belajar dalam tandas tu, dpat belajar dalam bilik kuliah gaya kolej internasional, idaklah kena gulingkan.

Melampau kau punya ekspetasi tu, eieh dia gak dok kata dia pandai, dia pandai, orang bodoh, bila orang pandai menang mestilah kita harap yang muluk-muluk, kan? So lagi sekali saya tanya, apa nak jadi ini, bagi le gomen kat orang bodoh-bodoh je, kalau kena letak dalam tandas pun, idakle kita sakit hati sangat, kan?

Ni saja nak baqo darah belanja free gamba Putrajaya yang bermandikan Cahaya.






Monday, September 26, 2022

When Monster Rule--- (sekadar ada, jangan tak de langsung)

Kadang tu budak-budak ni kita kena ajar dia juga macam mana nak hidup dalam alam-maya. Bukannya apa kadang tu terlalu nak jadi "be your self" sampai ada yang buat bebenda ntah apa-apa tah kan. Benda yang derang buat tu kadang bikin netizen melompat-lompat kesakitan, je. 

Seram-sejuk juga kita yang dah masuk level nenek-nenek ni negok derang ni begaduh kadang tu. Sorang tu nak sangat be happy be true to him/herself, sampai botakkan rambutlah, yang pempuan pakai baju lelaki, lelaki pakai baju pempuan, yang jenis tak suka pakai baju, hah! telanjang bulat terus. Atee--- kata be true to your self, be happykan? Dah dibuat lagu macam tu, ko fikirlah macam mana gamatnya dunia maya kita yang tak le luas bebeno, pun, kan?

Ko rasa bebudak yang macam ni, kita nak buat apa dengan mereka? Saya geleng-geleng kepala ajelah. Doa je dalam hati, nak doa apa pun tak tahu. Doa kita sendiri tak terkesan, tak teremo. Mula kunun nak mengajar, membimbing, sudahnya kita pulak yang kelihatan seperti manusia yang tidak rasional di alam maya, kan?

Selalu ingat tamadun manusia akan runtuh jua. Ending tu memang dah tertulis begitu. Iblis dan Syaitan akan menang. Nak tunggu Imam Mahadi, saya rasa 7 keturunan saya pun tak akan jumpa rasanya. Jadinya tinggal pesan pada adik-adik, anak-anak agar tak lupa Tuhan, tak lupa diri, tak lupa tujuan kita hidup di dunia ini. Iaitu mengESAkan Allah yang maha besar. Hidup ni simple aje, tapi kenapa yang nak disusah-susahkan memang susah, sebab kita nak hidup kena makan, kena minum, nak makan nak minum kena kerja. Bila keluar bekerja tu kadang kita lalai-kita lupa tujuan sebenar kita di sini.

***

Owh semalam saya tengok ntah ada apa cerita tah pasal orang, perempuan suci agama kristian yang tinggal di sebuah biara. Dia digoda setan. Setan mau menyesatkan penghuni biara agar menyembah dia. Apa yang iblis mau? Iblis mau perempuan ini berzina, mengajak kepada zina, membunuh dan sebagainya. Setelah perempuan ini terjerumus melakukan perkara keji ini, dia pun diangkat sebagai ketua birawati. Dalam acara menobatkan perempuan ini sebagai ibu birawati, satu acara mabuk-mabuk dan pesta seks sesama jenis berlangsung. Mujurlah itu semua hanya sebuah mimpi sahaja. Di akhir cerita perempuan suci itu mati, sebab sakit. Kenapa dia sakit. Masa dia digoda oleh iblis, dia telah merotan dirinya sendiri sampai pengsan. Itu pasallah dia sakit dan seturusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Masa dia sakit nak mati, tulah yang dia mengigau benda yang bukan-bukan tu.

owh---barulah saya tahu, kalau pengikut iblislah yang diangkat jadi Ratu, kita semua pesta arak dan pesta seks rupanya he he he ---- Patutlah semua orang agama tak kira, apa agama sangat takut dengan Iblis besar yang mereka labelkan sebagai Dajjal. hadoooiii kenapalah benak sangat saya ini kan? 

Friday, September 23, 2022

When Monsters Rule (Mengonten vs Mengua)

Tak boleh move-on lagi pasal mendidik anak. Macamlah kau tu ada anak, kan? Tak ada anak, pun ada adik sepupu, anak sedara sepupu, anak kawan opis dan macam-macam anak lagi ada.  Suka tak suka terfikir juga, kan, apa strategi kita nak ngadap hari depan agar generasi kita tak hanyut dalam dunia hedonista yang kelak akan melunturkan nilai manusiawi jadi haiwani.

Lagi-lagi pulak kita ni orang Islam, memang jalan menuju syurgawi itu bukanlah semudah ABC. Ada setan, ada iblis yang bersumpah untuk sesatkan kita. Nabi pula cakap, lagi jauh kita dari dia, kita makin teruk, makin teruk, makin teruk---teruk kearah menyerupai haiwan. Gasar, hidup bertuhankan nafsu-serakah. 

Kita tak naklah anak-bangsa kita end-up jadi haiwan, kan? Life ni cuma ada makan, minum dan mengawan. Mengumpat, bergosip, lepas tu bergaduh-berperang sesama sendiri atas isu-isu remeh, temeh. Itu je. Kita jadi hamba hawa-nafsu, kita lupa Tuhan. Kita lupa jalan pulang. So, agar kita tak lupa kita kurung anak kita? Kita hantar anak kita ke Pergunungan Himalaya untuk dia beribadat sepanjang masa. eh kenapa tak Mekah saja? Kenapa Himalaya? Mekah ramai orang. Penuh manusia. Manusia jalang macam Sajat pun boleh masuk Mekah. Kotor tu. Himalaya, ni je rasa orang-orang macam Sajat tak sanggup nak pegi.

Actually why Himalaya, sebab saya terinspirasi dengan anak Ananda Krishnan. Iya dia duduk menyami di Himalaya sana. Bapak dia kaya, jadi bolehlah anak dia bersenang-lenang di atas Gunung sana. Kita ni cukup bulan cukup gaji je. Kuli-kuli saja. Kalu tak kerja alamat tak berasaplah dapur. So, kenalah bercampur dengan masyarakat untuk sesuap-nasi. Hurm bila dah bercampur-campur tu gitulah tu, boleh kita larang anak kita sesuka hati kita. Ban internet, ban itu, ban ini? Mustahil, kan? Itu kalau kaya kita antar je dia ke Himalaya, sana tak de line internet. Hantar kat Mekah, Madina, la ni dalam sana pun boleh amik gambar, selpie sana-sini. Apa barang tu. Objektif kita nak menguakan anak kita. Dah dalam masjid pun line internet boleh masuk, tak tercapailah Objektif dia, kan?

So, apa pilihan yang ada, terpaksalah ikut dia support buat konten jugalah, kan? Ala buat konten sempoi-sempoi. Macam saya pun ada konten, konten masak-masak. Tapi budak sekarang mana reti masak-kontenkan la muka sendiri. Nak konten muka sendiri kena cantik ka? Sapa kata? Meh aku tunjuk muka average serapik-serabai pun boleh mengonten jugak kalau kena caranya. Ko tengoklah contoh retis kat bawah ni yang cuplik derang punya konten. Lawa tak semana, pun, tapi ada gaya. Meh-meh-meh meh kita tengok. Ala guna je format derang ni, kan senang. Kalau bakal bos tengok profile anak-buah macam ini, idak le bos rasa budak ni pelik ka, hapa ka, mental ka, simple-simple je orang dia. Nak amik kerja pun senang hati.

Budak ni rupa memang tak ada la, tapi ada gaya. Buat bikin poster boy sambal nyet-nyet pun laku ni

Minah ni pulak, muka macam baru lepas kena tinggal bf, tapi tengok caption, fuh tabah ni. Kalau amik dia kije, gerenti, berdedikasi minah ni.

Ha Mamat ni pulak, rupa macam bigau-bigau, tapi tengok apa dia tulis, hurm, ni amik kije pun ok, buat menantu ni pun bagus jugak ni. 



Thursday, September 22, 2022

When Monsters Rule

Bagaimana baik pun seseorang itu dia pasti a Monster di mata haters,kan. Sapa betul sapa salah tu tak tahulah kita. Tak usah sangat kita fikir-fikirkan sebab itu urusan Tuhan Maha Besar. Hari tu saya ada cerita pasal gegedik buat konten, kan. Pendapat saya konten yang baik boleh bantu dalam kerjaya masa depan. Sapa yang langsung tak de konten satu masa nanti akan tertinggal. Itu pendapat sayalah. 

Ada pula pandangan budaya konten mengonten ni akan meruntuhkan ketamadunan Manusia. Itu memang saya setuju pun. Kan Nabi dah cakap kita ni makin lama makin teruk sampai satu masa besok bila Dajjal dah keluar kita kena tambat anak bini kita? So selama sebelum Dajjal keluar, bukan kita patut didik anak bini kita agar tertambat, ka? 

Itu satu persoalan yang sangat membingungkan bukan? Mujur saya tidak punya anak. Kalau saya ada anak memang saya biarkan aje dia. Ikut minat dialah, asal jangan dia taksub dengan likes and view di dunia maya sampai dia tak ada life dalam alam nyata, sudahlah,kan? Nak mengajar bebudak ni agar "duduk dalam gua" memanglah tidak saya tahu.

Takkanlah kita nak paksa anak kita agar langsung tak de life di dunia maya,kan? Susah juga tu. To me asal konten dia tak meroyan-merintih-itu tak adil, ni tak adil, sudahlahkan. Kalau kau nak marah-ko-luahlah marah kau di dunia nyata sahaja, jangan bawa ke alam maya. Banyak kaedah macam mana nak urus marah yang dikendalikan oleh pakar-motivasi, ustaz-ustazah. Tak payahlah nak meroyan kat dalam akaun media-sosial,kan?



Monday, September 19, 2022

Me Me Monster Part 3

Tetiba ada dapat fren request yang rasa penulisnya pelik. Kebiasaanya kalau dapat fren request dari orang tak kenal memang saya decline je. Tapi yang ini sempatlah saya bertanya kawan-kawan yang merupakan mutual fren saya. Both yang saya tanya kata tak kenal pun minah/mamat pemuisi ni. Tapi derang accept je sebab derang orang business.

Ntah kenapa tah saya bersusah -payah kepochi tanya sana-sini tu tak tau le. Tapi sebab puisi ini yang pada saya annoyinglah.. 


Dia menulis tu macam dia nabilah pulak, saya rasalah. Saya tanya kawan. Kawan pun kata eh tak sukanya puisi ni, walau both of us rasa apa dia tulis tu betul. Masa saya suruh kawan baca, saya suruh juga kawan bayangkan bos kami. Puisi ni memang kena betul dengan dia. Paragraf 3 tu memang ngam pulak dengan kami. Berkat garangnya bos le team kami sekarang ni jadi team yang dicemburui semua. The best teamlah kengkununnya. Semua orang dok nak pinjam itula, inilah dari team kami. Team rujukan, geytuuuhhhh!!! 

Part last para tu yang kami rasa, eh eh minah, ka mamat ni cakap macam Rasul, je. Macam bagus jer dia ni. Hurmmm----Ala ghost writer je ni, kalau pempuan takkan dia tuleh macam tu lah. Ni mesti lelaki menyamar pempuan. Mesti dia tengah stress dengan perempuan yang out-spoken-tegas-garang gitu. Kalau dia perempuan dia mesti jenis yang penurut-penurut, jenis suka meroyan kat online "life is not fair/semua orang buli dia/kat opis ni dialah yang paling rajin tapi orang tak pandang/semua kije dia buat, orang lain tak buat kije/tak reti buat kije." Mesti dia tengah stress dengan bos dia yang garang dan tegas, suka kacau anak buah tak kira lepas opis hours pun dok mengacau jugak--- macam bos kamileerr he he he----

So penyudahnya saya decline je fren request dia ni. Walau saya rasa jugak, kesian minah/mamat ni.

Me Me Monster Part 2

Ok sambung sikit pasal rancangan semalam. Support anak buat konten pada kita memang tak jahat, tak bahaya pun. Tapi kalau ko jenis taksub mengurung anak dara kau kat rumah memang perbuatan saya ini sangat jahat. Mengajo anak jadi jahat-jadi agen setan Dajjal.

Lagi teruk kalau orang tu suffer some mental instability. Tapi jujur aku cakap orang-orang ni semua dengan kemajuan teknikal dan advancement in science and medical field, semua dah sihat. Kenapa aku kata dah sihat, sihat kau, lebih sihat dari aku sebab aku, Queen mati aku tak berkabung pun. Derang ni plak siap arah surau dan masjid turun bendera setengah tiang. Baik sangka betul mereka dengan bekas penjajah ni. Honestly aku ada still paranoidlah dengan barat-barat ni. As a muslim to me, no such thing as "if you can beat them, join them". Aku percaya yang "takkan redha yahudi dan nasrani dengan kamu, unless kamu mengikut jalan mereka"

Abeh tu yang melayan sangat anak buat konten tu dah kenapa? Itu terapi-minda dia je. Anak pempuan memang sikit payah. Kalau aku kurung nanti, dia stress, dia bikin benda mengarut, lagi susah, kan? hah gitu. Family aku bukanlah kaya, yang sampaikan tidur pun duit masuk ribu-riban, jadi kenalah kije. La ni nak kije, pesaingan memang sengit, memang kena ajar anak-anak kau gegedik sikit, expose sikit. 

Lagi pun Dajjal belum keluarlah. Masa dah bebetul keluar besok, masa tu memang patut kau tambat je. Tambat anak-bini kau kat tiang.

Dan aku rasa buat konten bukanlah mengikut jalan Yahudi dan Nasrani, pun. Itu jalan semua orang boleh jalan. Zaman dah orang kedepan guna teknologi IT untuk promote itu ini, takkan kau nak bergelap duduk dalam gua, kan. Ustaz, ustazah pun guna media sosial nak promote Islam, yang kau boleh nak tambat anak kau duduk dalam rumah je. Agak-agaklah, kan? Umpama kalau orang pertama buat highway, buat kereta, takkan kalau orang Islam buat benda yang sama, itu mengikut jalan Yahudi dan Nasrani? Eh nak paranoid, pun agak-agak jugalah kan?

Sunday, September 18, 2022

Me Me Monster

Why monster lebih sesuai dengan saya. CUz I am a badass. Real bad. I am bad because of my faulty mouth (according to mom) Iyalah kan kecik-kecik dulu ada je sepupu yang kecik ati lah, itulah, inilah, ugut tak nak balik kampunglah because of me. Stress haku. Tisu sangatlah hati derang ni. Mudah sangat koyak. So susah-susah tak payahlah kita banyak bercakap, dan bercakap dengan orang yang hati kental saja. 

Tapi kat sekolah/kolej tu ramai aje yang nak kawan, sebab nak minta tolong buat homework. Cuma ai is tak friendlylah, lebih suka mind my own business. Kat kolej berkawan baik dengan ada satu minah weird ni. So lagilah saya jadi kera sumbang. Kat opis bila dah kije memang berhati-hati dalam bab pilih kawan sebab pernahla satu ketika kena serang kaw-kaw pasal kunun saya jatuhkan raputasi dia. Jatuh apa kebendanya dah memang itulah tahap kau. Tahap ticking auditor je. Bukan aku yang cakap tapi bos yang cakap. Jadi kau nak cakap kau yang terbaik juga tak dapat apa yang kau nak sangat selama ni sebab aku bawak mulut, itu terserah, kan.

Orang yang perasan ni tak payahlah kita sesak-sesakkan fikiran sangat. I am a monster, I am a bad ass. And nak kata I like monster tu idak gak, tapi lebih selesa begitu. Biarlah orang nak kata apa. Tapi ape ek yang derang kata. Aku tak tau. Tapi according to study, orang akan kata orang yang suka menyendiri ni psiko yang sedang merancang nak buat onar dan bebila masa je akan melaksanakan rancangan jahatnya itu. wow! how I like---Dahsyat jugak monster ni, kan?

But anyway who cares. Ni tengah busy nak tulis report ni. Aku ada apa-apa rancangan jahat ka? Jahat apa kebendanya. Mana ada. Cuma rancang nak bercuti panjang sikit ujung bulan ni dengan Busu aku dan anak dia. Saja melayan si Kakak OOTD di tempat menarik untuk konten media sosial dia. Budak muda la ni gitulah mereka, kita kena support content mereka. Pada aku content penting. Nak ketengahkan diri. La ni nak mintak kije bukanya senang macam dulu. Pesaingan sangat sengit. Kadang tu content di media sosial yang bagus boleh membantu peluang laluan kerjaya lebih cerah di dunia nyata.