Monday, September 26, 2022

When Monster Rule--- (sekadar ada, jangan tak de langsung)

Kadang tu budak-budak ni kita kena ajar dia juga macam mana nak hidup dalam alam-maya. Bukannya apa kadang tu terlalu nak jadi "be your self" sampai ada yang buat bebenda ntah apa-apa tah kan. Benda yang derang buat tu kadang bikin netizen melompat-lompat kesakitan, je. 

Seram-sejuk juga kita yang dah masuk level nenek-nenek ni negok derang ni begaduh kadang tu. Sorang tu nak sangat be happy be true to him/herself, sampai botakkan rambutlah, yang pempuan pakai baju lelaki, lelaki pakai baju pempuan, yang jenis tak suka pakai baju, hah! telanjang bulat terus. Atee--- kata be true to your self, be happykan? Dah dibuat lagu macam tu, ko fikirlah macam mana gamatnya dunia maya kita yang tak le luas bebeno, pun, kan?

Ko rasa bebudak yang macam ni, kita nak buat apa dengan mereka? Saya geleng-geleng kepala ajelah. Doa je dalam hati, nak doa apa pun tak tahu. Doa kita sendiri tak terkesan, tak teremo. Mula kunun nak mengajar, membimbing, sudahnya kita pulak yang kelihatan seperti manusia yang tidak rasional di alam maya, kan?

Selalu ingat tamadun manusia akan runtuh jua. Ending tu memang dah tertulis begitu. Iblis dan Syaitan akan menang. Nak tunggu Imam Mahadi, saya rasa 7 keturunan saya pun tak akan jumpa rasanya. Jadinya tinggal pesan pada adik-adik, anak-anak agar tak lupa Tuhan, tak lupa diri, tak lupa tujuan kita hidup di dunia ini. Iaitu mengESAkan Allah yang maha besar. Hidup ni simple aje, tapi kenapa yang nak disusah-susahkan memang susah, sebab kita nak hidup kena makan, kena minum, nak makan nak minum kena kerja. Bila keluar bekerja tu kadang kita lalai-kita lupa tujuan sebenar kita di sini.

***

Owh semalam saya tengok ntah ada apa cerita tah pasal orang, perempuan suci agama kristian yang tinggal di sebuah biara. Dia digoda setan. Setan mau menyesatkan penghuni biara agar menyembah dia. Apa yang iblis mau? Iblis mau perempuan ini berzina, mengajak kepada zina, membunuh dan sebagainya. Setelah perempuan ini terjerumus melakukan perkara keji ini, dia pun diangkat sebagai ketua birawati. Dalam acara menobatkan perempuan ini sebagai ibu birawati, satu acara mabuk-mabuk dan pesta seks sesama jenis berlangsung. Mujurlah itu semua hanya sebuah mimpi sahaja. Di akhir cerita perempuan suci itu mati, sebab sakit. Kenapa dia sakit. Masa dia digoda oleh iblis, dia telah merotan dirinya sendiri sampai pengsan. Itu pasallah dia sakit dan seturusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Masa dia sakit nak mati, tulah yang dia mengigau benda yang bukan-bukan tu.

owh---barulah saya tahu, kalau pengikut iblislah yang diangkat jadi Ratu, kita semua pesta arak dan pesta seks rupanya he he he ---- Patutlah semua orang agama tak kira, apa agama sangat takut dengan Iblis besar yang mereka labelkan sebagai Dajjal. hadoooiii kenapalah benak sangat saya ini kan? 

No comments: