Thursday, September 1, 2022

Obsessi----

Hari ini kita sambung kretip-kreatip psiko kuat brangan lagi---

Semalam saya sudah cerita macam mana lelaki sekacak saya boleh end-up dengan perempuan muka bini Popeye sahaja. Ko rasa tak ada cabaran ka bagi pihak saya? oowh banyak cabarannya. Ramai yang datang menguji tapi saya tetap bersama dia. Kata nista memang banyak, saya termakan budi, saya tumpang tuah, harta dan sebagainya. Tapi saya pekakkan telinga. Kenapa jadi pekak? Ntahlah. Yang saya fikir masa itu mau cepat pulang ke Malaya dengan segulung ijazah. 

Tanpa bantuan si Bini Popeye sukar saya nak capai semua itu. Setelah pulang kami bernikah. Buat majlis kecil-kecilan sahaja. Kerana saya perlu bergegas melapor diri sebagai Pegawai Daerah di Daerah kelahiran saya. Kebetulan ketika itu Daerah itu sedang agak bergolak dengan sentimen anti-sekular, anti-barat. Agak pening juga, tapi dengan berkat idea isteri, saya dapat menyelesaikan banyak masalah dengan mudah. Lalu saya ditukarkan daerah di sebuah negeri yang lagi dahsyat sifat kebenciannya terhadap pembaharuan yang cuba dibawa oleh jentera kerajaan.

Di negeri itulah saya rapat dengan Mas Joko. Dia ni kerja memang malas, tapi dalam hal melobi memang power. Saya belajar berpolitik dari dia yang menyebabkan akhirnya saya meletak jawatan dan bertanding sebagai wakil rakyat di dearah kelahiran saya. Saya ambil keputusan itu sebab isteri saya memang buntu otak nak membetulkan keadaan di daerah tersebut. Kau konar ikut tu, deme konar ikut lain, sungguh, memang sungguh susah betul jadinya, sehinggakan kemuncaknya saya kena kunci dalam opis oleh orang bawahan saya.

Itu puncanya saya letak jawatan dan pulang ke kampung halaman. Mujurlah tika itu wakil rakyat di daerah saya meninggal dunia. Melalui kabel besar mentua saya, tiba-tiba saja saya terpilih menjadi calon. Bukan tak ada calon lebih layak, demi memandangkan prestasi cemerlang semasa menjadi pegawai di sana. Saya terpilih. Menang itu memanglah sudah dalam gengaman. Bukanlah pasal faktor kacak, macam politikus hari ini yang perlu kacak. Tapi sebab parti yang saya wakili agak gah dan kuat. Sementalah mereka-mereka yang dulunya membuat onar, meniup api anti-sekular, anti-pembangunan telah isteri saya nyahkan. Jadi saya menang selesa dalam pemilihan tersebut.

Kerjaya saya dalam politik memang sangat cemerlang. Kerja senang aje, cukup dengan hanya tersenyum, singsing lengan gotong-royong dengan pengundi saya. Itu pun setahun 2 kali saja. Tika perayaan Aidil-fitri dan Aidil-Adha. Kerja ofis pula, kerja mentadbir, itu sangat senang sebab semuanya isteri saya yang siapkan. Dialah sebenar-benar wakil rakyat. Saya ini puppet sahaja. Tapi langit tak senentiasa cerah. Musuh politik memang ramai. Ramai sungguh nak menjatuhkan saya. Tapi saya steady saja. Semua isteri selesaikan. Pulak itu dibantu dengan Mas Joko yang memang sangat mahir dalam bidang ini. 

Namun cabaran paling getir bila saya berhadapan dengan satu musuh dalam selimut yang saya selimutkan dari dia mula bertatih lagi. Dia mau mencabar saya, tika saya belum bersedia untuk berundur. Kenapa saya tak bersedia? Itu nanti kita cerita kemudian---kalau saya rasa rajin mau berceritalah.   


No comments: