Thursday, September 8, 2022

Kembali semula

Hari ini cerita pasal cerita reallah pulak. dah habis idea dah nak tulis kreatip. Tu le cam ner nak jadi penulis kreatip, kan. kejap je dia kreatip lepas tu dah hilang---

Cerita opis ni memang macam-macam. Terutama jenis yang annoying ni kan? Satu jenis yang suka up-up status kunun dekat opis tu dia soranglah yang kije betungkus-lumus ni. Tunjuk fail betembon, tunjuk komputer on, kat umah pun buek kije, memacamlah nak cerita dialah pekerja paling berdedikasi gitu. Saya ni pulak tak maulah ada rasa annoy-annoy ni,kan. tak sioklah,kan. Kita nak happy-happy je. kalau annoy-annoy ni mana kita suka. Tak maulah macam itu. 

So pendek citer semalam kawan saya tunjuklah ada sorang minah tu post benda yang gitu-gitu sambil dia analisa-psiko kunun minah ni kekurangan kasih sayang dan dahagakan perhatian. Saya back-up minah kurang kasih-sayang ni dan mengemukakan teori marketing yang kunun lagi kita post bebende begitu, lagi cerahlah laluan kerjaya kita.

Tapi tu, opkos le kengkawan saya tak boleh terima bebenda macam tu. Ada mamat ni sanggah saya dengan mengatakan, "saya tak perlu buat begitu untuk maju dalam kerjaya" amboi sombongnya. Tak kisahlah kita tengok je besok lagi 10, 20 tahun, kan. Zaman sekarang bukan pasal kualiti kerja sangat, kena pandai position kan diri kita, barulah orang nampak, kan? Jangan besok orang tak perasankan kau, kau pulak meroyan rasa tak dihargai, kan? 

Kat sini saya suka nak share benda yang kawan saya share dalam FB dia. Kawan saya jenis yang tak reti-tunjuk-tunjuk. Dia share benda yang sikit lebih kurang berbunyi begini (benda ni dia amik dari orang lain jugak) Kita tak tunjuk itu ini, itu bagus, tapi bila tengok orang menujuk kita mencebik. Baik kah kita. hah! kan? Iya macam kes kita orang hari tu, siap analisa psiko lagi, bahawa orang tu kurang kasih sayang. 

Orang baik macam saya dan rakan-rakan harus banyak muhasabah diri. Cara saya hari-hari saya kata mungkin mereka lebih baik dari saya. Saya bukannya baik sangat pun. Kata-kata ini sangat merbahaya pada keyakinan diri? Saya rasa lebih baik kita kurang yakin, kurang masuk campur dari kita menguasai segala, tapi tu orang lain tertekan kerana perangai kita. Saya tak mahu orang rasa tertekan dengan saya. Saya mahu orang happy, bersama saya. Itu harapan saya. Tapi tu saya pun tak pasti sekiranya ada ramai yang telah saya tekan, dalam perasan-feeling-feeling kunun saya ini jenis tak amik port pasal orang, ni.

Saya rancang each day before saya tidur malam saya mau berdoa agar tak de sapa rasa tertekan, tak siok, dengan saya. Dan juga andai tanpa saya sedari saya dah buat orang tak siok, orang berkenaan maafkan saya. Saya rancang lagi, untuk berdoa agar hati terpelihara dari perasaan meluat, benci, menyampah dan apa-apalah perasaan negetif yang bikin saya tidak happy.



No comments: