Sunday, October 15, 2023

Back To School part 2

Berjaya jugak derang buat tema tu. The truth is ada yang cerita somi dia sendiri skeptikal yang semua akan participate pakai baju sekolah pada hari tersebut. Opkos le somi dia kata aik "kak Ma pun 2x5 jadi budak skola gak!" tekojut dio---

Derang ni saja suka-suka sronok-sronok. If you tanya Ai sronok tak, no commentlah sebab penat travel dari Kuala Terengganu pun tak hilang lagi. Ai layankan aje derang tu semua. So, idakla kuar perangai terkinja-kinja bebudak sekolah tu, kan? Tapi kengkawan opis mate Ai memang happy. Ada berangan anak PM lah, anak Menterilah kelakau dema gaduh-gaduh main tarik-tarik tudung pun ada.

Pendek cerita memang glemerlah kami hari tu, tak caya cer tengok video bawah ni, hah kan, ramai hesteria tu tengok kekita pakai baju skola--- kih kih kih kih---- 



Tapi tu ada gak ceritanya bila memansing dah mengupload gambar / bidio memasing kat soc Med, ada yang mengata-mengomen "tak membazir ka, bla bla bla----" ada yang komen "bergembira/seronoklah sementara boleh seronok tu---" bunyi ada nada-nada iri kat situ. Itu cerita orang memuda. Cerita saya tak de orang berani komen pun. Tak kisahlah orang nak komen dah tetua tak sedo diri pun lantaklahkan. Kita hanya memeriahkan suasana je. Wajar ke tak wajar tu terpulang. The truth is Ai memang penat sangat nak pikir pasal bebenda tu semua. 

Lepas program bebaju skola tu, saya dan kengkawan aqua-robic saya merayakan Hari Sukan Negara di Tanera Hotel sana. So, pendek cerita memang saya tak de masa dan kepenatan untuk fikir bebenda pasal apa orang nak kata, ada orang iri, ada orang sakit hati, ka kan? Kelompok saya hari ni jenis main sambut aje apa boleh sambut. Kita kije gomen, we go with a flow. Lumrahnya orang gomen gini. Nak wat macam mana, kan? Follow ajelah. Besok dah pencen bolehlah ikut apa saya suka, selaras dengan umur kita, tak gitu?

Meh saya belanja lagi gegmbo bebudak skola jadi-jadian dan bebenda yang derang makan hari Jumaat (13.10.2023) yang lalu.


I am too tired to enjoy all this junkie

The marsh mellow look tempting, but I choose nasi instead.




Sunday, October 8, 2023

CEREMONIAL Part2

Ok cerita tadabbur Quran sattle kita citer pasal baca Yassin pulak. Ok cerita kreatip tak de kena mengena dengan yang idup dan mati, melainkan merupakan khayalan dan bayangan saya sahaja adalah seperti berikut:-

Nana_noni kerja audit di Cawangan Pantai Barat Pulau Sebulat Bulan. Dia terkejut dapat undangan baca yasin online dari kerajaan Tanah besar Bulan sempena pelancaran laporan audit tahunan Kerajaan Negara Lindungan Bulan bersatu. Dalam hati Nona berkata tak pernah dibuat dek orang lapor audit dilancar-lancar di baca-bacakan Yassin. Kegilaan apa kah ini?

Sebulan sebelumnya Nana ada entertain rakan sejawatnya dari Tanah Besar yang datang bercuti bersama keluarga ke Pulau. Cuti-cuti kunun nak healing-healing lepas berhempas pulas menulis laporang Audit. rakan Nana-- Yaya ada cerita Ketua Audit yang baharu ni gile glemer. Masuk-masuk opis aje kijenya keliling Cawangan buat penampilan diri instead of penampilan Audit. Kata dia. Lepas tu Timbalan Audit, Janda Lawa Mek Tok sudah naik angin sebab Laporan Audit tidak lagi dapat dibacakan sebab Ketua Audit(KA) sibuk keliling cawangan. Lepas tu satu benda yang Yaya bengkek dan meluat sangat dengan KA bila KA tukar logo audit. Bijak pandai semua tahu bahawa selama ini pun Jabatan Audit duduk bawah Pejabat Presiden. Bermaksud tiada pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Legislatif disitu. Ini telah melanggar resam Perlembangan Negara Moden. KA yang lalu ada mengusul agar Pejabat audit ni diSuruhanjayakan untuk menjawab kritikan yang Pejabat dia, dan dia itu sendiri lembu yang dicucuk idungnya oleh Presiden. 

Yang Yaya bengkek pasal logo tu, bila KA sedia ada bukan ubah logo, dia bubuh aje Nama pejabat dia lepas tu dia bubuh Nama pejabat Presiden kat bawah tu. KA ni dah kenapa, kan? Kenapa kau nak tunjuk kat satu dia yang kau ini bersekutu dengan Pejabat Presiden. Cukup-cukup aje lah sendiri yang tau kita semua ni lembu presiden, tak payahlah nyatakan pada dunia yang kita ni lembu. Tapi yang Yaya paling geram tu, kalau KA dah bangga jadi Lembu, punahlah harapan nak berlindung dibawah suruhanjaya yang dikata boleh membebaskan mereka. Umum pun tau Suruhanjaya tu politik je, tujuan utama tu, nak disuruh-suruh, kita bebaslah sikit nak tetap gaji sendiri, dan bila dah Suruhan tu biasa gaji, elaun memang ada lebih besar dari Gaji Penjawat awam yang lain. Nak bebas sebab nak gaji lebih je.

Bila KA dah bangga tak bebas musnah-punahlah harapa nak bergaji lebih dari rerakan GOmen yang lain. Itu je. Owh berbalik pasal majlis Yassin tu. Nana pun tipun Yaya. dia cakap macam gini "ni Nana ni baca-baca Yassin ni dah kenapa, nak dikapan dan ditanamkan ke laporan kome, macam nak masuk kubur je----Tawa Nana mengekeh-ngekeh sebab geli hati"

Yaya pun tergelak sama " iyalah memang patut masuk kubur pun sebab hari tu dia dah sibuk ronda satu Tanah tanam pokok sana sini, memang balik opis memang dia tak sempat pun baca laporan tu. Patut dia tukar jak Nama laporang tu jadi Laporan Timbalan KA aka Mek Tok Lawa" Gelak Yaya penuh ceria dan sambung lagi--- tapi aku rasa dia baca Yassin bukan sebab nak kuburkan laporang tu, tapi dia nak panggil semangat Gabrial jaga dia biar Presiden tambah sayang lagi dengannya dan Kumpulan pembangkan kat Rumah Rakyat sana tak kritik laporan tu, sangat"

"ala-kan Yaya, kan? Pujaan hati kau si Sarel Belcream dengan Jamal DJeeyyy tu pun dah kena tendang dari Rumah Rakyat, sapa ada dalam sana yang boleh memekak nak tanam-hidup-hidup si Presiden dengan Lembu dia tu? Aku rasa memasing besok bila bentang semua bizi makan Roti John Letops yang Papa John Menteri Tak Cukup Makan kau bikin"

"tulah penat je Mek Tok Lawa dan the team hempas pulas cari isu nak tegak keadilan Rakyat. Dapat kat KA, habis diYasinkan terus laporang kami" Jawab Yaya lemah.

 

Saturday, October 7, 2023

CEREMONIAL

Weekday lepas ada dua acara agama, baca Yasin dengan Tadabur Quran yang orang buat kat opis. Aku bebenda macam ni deep down inside my heart aku tak berapa gemo amat kalau bikin waktu pejabat. Kalau lepas pejabat buat kat luar pejabat aku ok je. Tapi dah budayanya gini,kan. Kat opis, ni gitule kita kalau opis orang Melayu kalau ada apa-apa tak enak jadi kita baca yasin. Tak enak tu macam ada benda berantak gitu, not nice kita pun baca Yassin reramai.

Dah jadi macam norm, aku pun onz sajalah, ikut kau lah. Tapi kalau ikut standard bapak aku, dia akan cakap masa lapan jam gomen bayar buat kije, beribadah menjalankan amanah rakyat gitu, bukan buat baca-baca acara agama yang luar itu boleh dibikin. Tapi orang akan argue balik itu cara kita kukuhkan ukhuwah, make staff, pekerja happy dan produktif. Kira oklah, kan. Lagi pun ini pejabat Melayu, kita buat semua tu untuk dapat restu ilahi. 

Benda ni aku sebenarnya tak de benda nak komplen sangat pun, cumanya ko baca yassin, ko tadabur quran dah baguslah tu. Wat if, kau buat tu semua so that apa program kau jalan smooth, tapi dalam masa yang sama, ada benda yang menyakitkan telah berlaku dalam pada kau nak smoothkan benda tu. Ada orang geram, ada orang sakit hati. Opkos le orang tu bukan aku. Contoh, kat tempat kijenya dalam satu program tu ada orang tu nak cakap ape ek, tak buat kije dia, tapi bila program nak jalan orang lain kena take over, lepas tu bebenda pun semua ok ikut jadual. Orang yang satu tu escape, dan orang sudah banyak sangat geram sama dia. Aku ok je, apa nak geram-geram besok adalah balasan dia tu.

Yang aku tak selesa wat if, kita ni macam rasa tte rite thing to get outta trouble ialah seremonikan apa-apa yang nak dilancar dengan acara keagamaan. Pada akulah Islam ni dalam hati, dalam perbuatan  Islam juga pasal keadilan. Macam tak adillah pulak kau buat acara tu, amik masa tu sebab program kau ada orang kena stayback sebab nak siapkan kerja dia. Kalau aku kena stay back aku oklah sebab single, kan, kalau orang yang dah berkeluarga? kan? itulah maksud aku, dia balik lambat sebab bertadabur 30 minit, kau utang 30 minit tu kat keluarga derang.

Lagi satu aku memang tak berapa setuju dengan acara gini sebabnya campur lelaki pempuan baca quran gitu. Kalau tak campur aku ok je. Sebab dalam kita rasa kita dekat diri dengan agama, nak bersihkan hati, hati jadi rosak pulak.

Ini bukanlah cerita aku, tapi cerita aku tengok kat FYP tiktok aku + cerita rekaan aku yang sangat mengarut. Opkosle ni cerita mengarut aku je---orang kat opis aku bebaik. cerita bangang dia gini ek

Hari tu Pak Somad anjur program tadabur Quran. Acara dimulai dengan Pak Andi baca surah Kahfi ayat 1-10, semua baca. Lepas tu Pak Andi keluarkan ceritra maksud Quran, bla bla bla, Pak Andi juga keluarkan beberapa hukun tajwid yang orang banyak buat mistakes masa baca surah tersebut.

Lepas itu ada sikit briefing dari Pak Somad pasal program dan jadual milestone pasal ada satu projek opis yang akan dilancarkan tahun hadapan. Usai beri taklimat ringkas, majlis pun bersurai. Ina-lina-Nona-dan Dida pun dengan sopannya berjalan keluar menuju ke lif untuk ke tingkat atas tempat workstation mereka. Mereka dibontoti rapat oleh Pak Mail Gendut. Pak Mail menegur Ina-Lina-Nona-Dida begini "wah, merdu sungguh suara 4 ustazah ni"

Dida yang sedikit skeptikal berkata dalam hati "ah sudah Pak Mail, hari Pak Somad gegar-gegar pintu bilik dia, lepas ni apa pulak? Balik rumah Dida cakap cerita bla bla bla dengan Ayah dia, Ayah pun isi sebesen air paip dan baca doa khusus untuk bikin air tolak bala. Lepas tu Dida mandi dalam tub boya yang beli di tik-tok dari Chainnaa sana. Usai mandi Air tersebut Dida takungkan air dalam baldi dan esoknya dia siram pokok dengan air mandian tersebut. Air mandian air tolak bala ini perlu diairkan direct ke bumi. Itu pasal airnya perlu dihimpunkan semula dengan cermat agar tidak mengalir ke sistem salur kumbanhan.

Melihat Dida yang terbongkok-bongkok menyiram air mandian tu, Mak Senah ibu Dida bercakap pada Ayah dia "eh ayah kau, asyik kau bikin air tolak bala je kat Dida ni, sebab itu kut tak de orang datang pinang dia, tak de lelaki nampak dia" Ayah dengan tenang berkata "awak nak ka anak awak orang label penyondol? eh kan Dida sendiri dah cakap dia lebih rela tak de laki dari amik laki orang? Pak Mail bini si Enab tu bukan ke kawan Marhaban awak jugak? Awak nak ke anak awak bermadu dengan bestie awak sendiri?"  

---ok done, cerita certor---

Nak bagi tajuk apa ek---ntah

Wednesday, October 4, 2023

Back to School---

Lepas saya dah beli baju, saya tanya pulak kawan lain udah beli belum bajunya? Eceh, macam kerek pula aku dah ada baju ye ye ye---idakla gitu, semalam masa saya beli baju kat tiktok saya perasan baju yang saya ambil tu ngam-ngam muat. Kalau naik 4, 5 kg harus sendat tu nanti. Pulak tu kami ni biasalah kalau pergi outstation suka makan-makan, dan my personal experience, saya dalam seminggu tu saya boleh naik lebih dari 5 kg. Hai memang baju sekolah tu nanti akan jadi serupa sarung nangkalah jawabnya. Mujur kawan saya/team member book kan hotel yang ada kolam renang. Okla tu, kenalah saya berenang setiap hari agar berat saya kekal sebagaimana sebelum saya meninggalkan Putrajaya awal Subuh Ahad nanti. Jadi lagi satu sebab saya beli gak baju tu sebab itu sebagai peringatan di Terengganu sana untuk tidak terlalu bersuka-ria makan-makan tak ingat dunia.

So kawan saya yang saya rasa dadanya lagi besar dari saya ntah macam mana itu.Tu yang saya tanya macam manakah dia? Satu hal lah pulakkan kalau baju tik-tok tak ada yang besar. Tapi tadi mereka sudah berlepas ke kedai cenderahati untuk beli barang cenderahati. Sama-sama berkumpul tu nanti adalah lobang tempatnya dema nak selesaikan masalah yang masih belum ada baju tu lagi. Semalam dia tanya tanya aku ada baju kat tidak, macam dia dah ada baju, rupanya dia belum ada lagi. Aku ni mati-mati le ingatkan aku sorang je  yang belum ada baju lagi. Berbalik pasal deme kuar nak beli bekas cenderahati, saya puasa hari ni. Mereka offer untuk tapau food untuk berbuka puasa tapi saya berseloroh saya tidak mau makan makanan luar, bimbang berat naik dan baju sekolah saya ndak muat.

Betullah orang tua omputeh ada kata "Beauty is pain"--- painla sebab kena jaga makan bagai. Tapi tu saya berjaga makan bukan pasal nak cantik, sebab memang dah tak cantik, nak cantik macam mana lagi? Ni dok jaga berat ni sebab tak mau kena marah dengan doktor. Appointment saya bulan 12 nanti. Perempuan ni bila sudah menopause lagi susah dia mau kawal berat, tau. Bukan tak boleh makan, tapi kena jaga portionlah.  

Berbalik dengan tema back to school tu, memanglah gempak, tapi pada saya well nampak simple tapi sebenarnya susah agak ambitious, dan memang nak tengok berapa ramai yang turn-up di ofis pada 13/10 besok pakai baju sekolah. Wow kalau semua pakat mai opis pakai baju sekolah, tak tahulah mak nak cakap apa. It is not to say I am not happy, tapi saya rasa gaya hidup begini macam complicated. Terfikir pulak orang yang compang-camping pakaiannya, kita mencemuh, tapi mungkin dia lebih bahagia sebab tak payah nak serabut otak fikir pasal pakaian apa yang nak dipakai. Ini baju kat umah tu dah tak muat-muat lemari dah, tapi gigih beli baju tetiap bulan. Lepas tu pening kepala pulak nak sumbat mana kain baju banyak-banyak ni.

 

Memilih?

Aku dari dulu tu kepercayaannya kita ni tak de kuasa pun nak memilih sebab semua Tuhan dah tentukan itu ni. So, follow the flow ajelah, tapi yang hat-hat blok sana-sini tu he he--- itu rasa itu orang pun tak rasa terkilan kau blok so memang tak ada isu. Kau sorang buat hal engkau. Kau tak kacau orang pun. Tapi tah kenapa dah lagi dah nak 10 tahun nak pencen ni tetiber terduduk dengan orang-rang glemer opis ni. Tu lah tu bila dok opis tu dok berlaku tukau sana-sini, kan tu yang jadi gitu. Dulu kije kat kampung tukar sana sini pun kau buat kewangan akaun gomen bahagian kampung paling-paling ramai pun engkau 2, 3 4 ketul itu ajelah kawan engkau. Orang kije akaun, kewangan ni gitulah dia simple, simple aje. 

Bila dah duduk sini walau sama kewangan, dah ramai-ramai tu dan dalam ramai-ramai tu memang adelah group-group yang menonjol gitu. Opkos le aku tak termasuk dalam group tu. Tok seh deme nak kawe kito--. Tapi yang ni ntah macam mana boleh termasuk, terikut ntah aku pun tak perasan pun, aleh-aleh dah terikut dah. Tula sebab aku suka masak-masak dan suka plating makanan, kek, manisan, dan aku suka/berbakat buat doorgift dan cenderahati tu yang jadi termasuk group deme. So mengikutle aku ni macam lembu dah kena cucuk idung dah, sampai ada kawan sound kat aku gini "dulu akak tak macam gitu" dengan nada tak brapa best aku nak dengar la.

Dan tak sampai setahun duduk dengan orang glemer, tak sampai 2. 3 event bertema itu ini kami pulun spam kat soc-med, mainly watsap status aku dah rasa penatlah juga ni. Last upcoming tema kau tau apa? Back To School. Alah hai mak datin oooiiii----mana aku nak cekau baju skola mak ooooiiii--- yang jadi penat tu bukan nak cari baju sekolah, tapi sebab aku la ni sedang busy nak gi ngoudit, prepare data, deme dok tanya-tanya dah ada baju ke belum.

Macam nak naik angin jugalah rasanya, sampai aku rasa aku nak cuti aje hari derang buat even tu. kebetulan hari tu jadualnya aku akan baru pulan dari Terengganu, Ahad aku dah gerak keluar dari KL, jadi ok je kalau Jumaat tu aku ganti Ahad yang aku dah kije tu. Mujurla dah musim tengkujuh ni katanya Taman Laut sana dah tutup. Kalau tak tutup memang aku lajak berskuba, snokerl di sana.

So pasal tema back to school ni memula aku rasa sangat membazir je nak beli baju sekolah, rege paling murah pun RM50-RM70 hengget belum masuk tudung sekolah. Kalau yang sebelum-sebelum tu setakat pakai baju sama warna tu ok gakla. Kalau tak de warna boleh je beli baju RM14, RM15 hengget kat tik-tok tu. Baju-baju tu boleh je pakai gi opis ulang-ulang. Ni nak beli baju sekolah sampai nak cecah RM100 hengget, kau rasa. Aku rasa nak pengsan/bebulu jugaklah,kan.

Tapi tu tetibe petang semalam kawan aku pegawai pendidikan kat kampung ajak snorkel kat Pulau Besar. Tetibe je aku terfikir, why not beli aje baju tu lepas tu bungkus balik mintak tolong kawan aku kasi kat budak kampung yang susah. Dulu masa aku kekecik duduk kampung tak menyenat baju skolah aku mak sedekahkan kat bebudak kampung. Suka derang dapat baju aku. So semalam aku pun masuklah tik-tok beli baju sekolah. he he--- 

Besok ka lusa aku ingat nak buat name-tag sekolah. Itulah masa kengkawan sekolah aku buat name-tag hari tu aku terlepas pulak masukkan nama aku sekali. Tak pe, nanti aku nak watsap balik kawan aku tu boleh lagi tak nak buat name-tag sekolah. Rasa ok je kut tu. Kalau tak boleh pun, setakat lencana sekolah tu, rasa ada ready stok tu rasanya, so kalau dah ada ready stok lencana, tak payahlah aku buat name tagnya, pakai aje tag nama opis dengan lencana, kan?

Ko, rasa? Ruwet, kan berdampingan dengan kelompok begini. Ntah apa-apa tah. Ni ni aku nak cerita ni masa dinner tema Kesultanan Melayu, hat kawan-kawan yang betul-betul glemer tu, tentulah dema dah naik pentas bawa bunga pahar, sirih junjung bagai, mengiring "Sultan dan Pembesar Negara" aku ni duduk kat bawah ajelah negoknya, tetiber elok dan-dan deme masuk dewan nak naik pentas, adalah staff dari Cawangan, lelaki, aku tak kenal komen gini " ala, yang cantik-cantik ni harap muka je cantik, tapi kalau suruh buat laporan, hancur" 

Ooommmakkk gitu orang hasty generalisedkan bila dah cantik-betema-tema bagai, ni pulak. Hadoooiii kalau selekeh orang keji, kalau glemer pun gitu jugak le gamaknya, iya, bestie?

Tuesday, October 3, 2023

Selective Part 2

Sambung cerita semalam. apa cerita benda, ketegori mana, orang macam mana yang aku blok. Ok before aku cerita lanjut aku ni ada terbalik sikit perangai aku. Aku kalau orang blok aku, rejek aku, aku ok je. Kadang tu bukan setakat lega tapi hah "alhamdullillah lega" bila direjek. Kalau time tak lega pun, contoh aku bebenar nak kan sesuatu tu tapi kena rejek, kecewa aku kejap aje lah. Tak delah berlama-lama sampai berdendam bagai.

Tapi aku ada sikit rasa tak siok kalau aku yang blok, rejek orang. Klau blok no orang meniaga tu, orang aku tak kenal langsung tu no hallah, ni kalau orang aku kenal, satu opis memang aku agak susah atilah sikit. Contoh macam bebudak batch baru ambilan baru yang gegediks ni alahai, meluat aku negok ea, pengalaman tak seberapa tapi kalau bercakap tu, mak tuan aiiii----sebolehnya ku nak cuba tak nak meluat-luat dengan deme.

So far so good alhamdullillah aku ok je dengan derang, derang je yang tak geng aku. Taklah rasa bersalah sangat, kan. Ok ni yang ketegori mana yang aku rejek ni, ada satu ketegori tu yang, yang nanti adalah orang komplen, gini "aku tengok soc med dia belanja sakan, tapi utang aku tak nak bayar" Jeneh, yang kita nampak luaran sangat bermewah, tapi sebenar ada masalah financial". Itu memang aku ngerilah kalau orang jeneh macam tu.

Mujurlah macam aku kan gitu macam aku sudah baca mendrem ku, dalam cerita terbaru, pengalaman terbaru ni tetibeeerrr lepas bermekap bagai hari tu, dia yang macam dah tak nak pandang muka aku dah, mcam dia pulak yang meluat dengan aku. "alhamdullillah" Meluat betul dia tengok aku. Kenapa dia meluat? Aku rasa aku tahu. Satu aku jenis yang hodoh tak menarik, gendud, malas nak "dress-up" ada satu kejadian kat opis aku, kawan aku cerita, di Surau Al-Furqan sana, selain bersurau, dema aktif cari jodoh untuk ahli yang baru kematian/kehilangan suami/isteri. Umum tahu surau Al-Furqan majoriti ahli T20 Putrajaya. So, aku pun cakap le kat kawan aku, kalau ada Datuk-Datuk duda nak cari bini, kenen le kat aku. Aku nak Datuk title yang Istana/gomen bagi. Bukan datuk yang bercucu. Itu aku punya standardlah. Bila dia dengo macam tu punyalah dia meluat tengok muka aku. Dia cakap gini, "kalau nak Datuk sangat, pegi le ngorat kawan akak tu. Aku pun jawable, oh itu dah lama dah aku ngorat, tapi dia rejek. Kalu tak dah lama aku kawen. Idaklah aku suruh dak Shark laki dak Ira ni ajas aku dengan Datuk Al-Furqan tu" Dalam hati dia mesti kata, "tak sedar diri, dah kawan sndri pun rejek, apa kau harap yang bukan kawan tu nanti akan accept?"--- Well apa aku kesah, belum cuba belum tahu, kan? Manalah tau rezeki aku memang berlaki kan Datuk, Hambek kau. Personally aku lagi suka hati diumpat keji anak dara tua tak sedar diri memilih, dari main tangkap muat je berlakikan jenih lelaki yang depan kawan nampak have-have, healing memancing kat laut dalam, sewa bot ribu-riban, ada four-wheel vehicle bagai, tapi dah tersadai kat umah tak de pitis nak maintain dan bini sndri komplen lakinya umpama 'kais pagi makan, pagi, kais petang, makan petang" when economic down-turn occours. Orang tetua kata, bila jeki rimau makan besau, bila tikus masuk roman, bini plak kena begolok begadai.

So,ceritanya dalam, 2,3 hari ni aku risaulah aku tertak suka termenyampah dengan dia pun jadi settle kini. Udah tak meluat lagi dah, dia pulak la ni meluat kat aku, kalau cakap tu pandang pun tak mahu. Aku lagilah lega rasa hati. Aku nak meluat dengan bebini yang sanggup begolok-gadai nak maintain laki dia, dah kenapa, rete dia yang digadainya bukan reta kau pun. Besok dapat jeki rimau, dia tebusle balik barang yang digadai atau beli jak barang baru yang lagi mahal, lagi lebat ropenya, tak gitu. Yang ko sesibuk nak mengecam-kecam, meluat-luat dah kenapa? Orang niaga memang gitule deme, kan? Ekonomi shulit gini memanglah perit, hah tunggu masa boom besok, kau yang mengeji pulak yang akan malu, gitu-gitu sahaja.

Jadinya aku lega.  Hah kalau dia dah meluat, idakle dia ajak-ajak aku, ke sana-ke mari. Nanti aku cerita pasal ada satu upcoming event yang bikin aku, terpikir je benda tu, napas aku jadi copot-copot, tetiba rasa capek, bestie .
 

Monday, October 2, 2023

Selective

Tak padan mental, mulut jahat, muka tak comel, debab tapi pemilih. Ko rasa? Maybe I was born introvert, lepas tu anak tunggal pulak. Jadi kalau berkawan-kawan ni no big deal sangatlah kalau tak de kawan pun. Ada satu period in my life memang tak ada kawan langsung pun. Latter on feed back yang Ai dapat memang derang komplen, they actually wanna be fren with me tapi derang takut. Ntah apa benda takut malas nak fikir.

Sekarang ni pun lepas bemeka-mekap bagai masa dinner balik opis ada orang komplen takut nak tegur Ai. Ai is busy nak goreng Ikan Celup Tepung. He he--- Ai is dah siap cakap kuat-kuat dekat my team leader cakap gini "Ai tapis data ni, kalau semua clean, I gi Gannu Cari Ikan Celup Tepung". Why Ai is so marah sangat tu? Adalah isu teknikal sikit pasal data-datanya Rahasia GOMEN yang akan memalukan orang GOMEN jua.

So, duduklah Ai sorang-sorang ngadap Data. Aman rasa hidup Ai. Memang 2, 3 hari ni rasa happy semacam je. Malam-malam bila penat Ai baca Quran. Itu Ai kena baca sebab dah janji dengan Ayah kena baca at least satu muka surat sehari, walau selalu tu tak baca pun. Dulu masa kecik Ayah selalu cerita, kat dunia ni ramai kawan, tak pasti kawan boleh tolong kita kat mahsyar nanti, tapi ada satu kawan yang sangat boleh bantu di sana. Dia adalah Quran. Masa di Sana, dah ramai-ramai bersesak-sesak sampah berpeluh-peluh dan peluh manusia melaut, membanjir, Qran datang bertukar jadi sampan, untuk halangi kita kelemasan dalam air peluh tadi. Sound so tak logik, kan? Tapi masa tu kau kecik, kan dan budak kecik, wat do you expect. Normallah tu budak kecik kan suka dengan cerita pepelik, kan?

Bila dah tetua ni bila kita rasa letih, lelah dengan kengkawan kita sendiri, bila kita bukak Quran rasa tenang. Rasa macam bebudak, orang tua ini jaman rasa macam healing gitu. Kalau kat opis tadi terkesanlah sikit bila ada kawan sampaikan si A kata dia takut nak tegur sebab Ai is nampak busy semacam, bila sampai umah relek-relek sikit baca Quran rasa lega. Kalau tadi siang bila kawan menyampai ada rasa-rasa "aku sebona ea memang nak ngelak dari kau yang berserabut tu, tetiber sampai umah dah relek relek ni, terfikir balik menter "tak Islam kau kalau kau tak sayang saudara kau macam kau sayangkan diri kau sendiri.

Hadooiii Ai is memang kalau boleh tak nak serabutkan kepala dengan fren yang satu ni, adalah masalah dia. Ai kalau orang macam gini memang Ai is blok habis. Tapi tu,lah kan, kau blok-blok penat menblokir, kau blok yang ni, ada yang lain, blok lagi, datang lagi yang lain, sampai hallamark kau fikir sesesia penat memblok aje, kan? Kalau asyik memblok aje, apa jadi pada mentera sedara Islam kau? Kau pun kepercayaan yang kunun Islam itu Agama Cinta, kasih dan Sayang, sedangkan kau as A Muslim asyik-asyik kijenya memblokir orang. Kau kata orang blok engkau, yang kau blok orang kau tak kira pula, kan?

So, life is sooo hard isn't it. Penat tau! Komplen? Why Ai rasa penat? Dah tua kut. Energy dah kurang. Dari Muda dulu pun Ai is lebih suka membuta dari berkawan, inikan pulak dah tetua ni, kan? Dulu memuda tak de kawan sebab insecure sebab gemuk, dan lebih mengerikan bila berkawan takut kecikkan ati orang kalau bercakap. Bila orang dah kecik ati mulalah orang/kawan sendiri kutuk Ai. Itu yang paling, amat menyedihkan, tak gitu?  Dah tetua ni tu yang jadi malas dah haku ni nak kawan sana sini. Kau nak kata apa katalah, tak de network, tak berjaya ke hapa ka. Kalau fikir balik pasal network, net-worth dan kejayaan, nak sedapkan hati, di Masyar sana ada satu orang boleh kompem can HELP you to connet with the highest Al Mighty. He is Muhammad PBUH. Dan nak connet dengan dia mudah je. Tak payah goreng ikan celup tepung bagai, beratur berbaris Alha-Alfa bagai, sebab nak amik ati dia, cuma kena selawat je bebanyak, So lets selawat banyak-banyak, kan? Ni selawat pun dahlah malas, macam mana tu?

So pasal kawan yang dah serabutkan kepala otak saya, Mau blok juga ka? Senang kau blok aje, tapi bertentangan pulak, kan dengan mentera kasih aku tu. Hah, macam mana nak deal ni, rasa serabut dah macam masuk pasal bengkek, cinta macam dah nak beralih ke hurmmm----janganlah sampai ada benci di hati. Tak gitu. Betul Selawat je bebanyak kalau nak selamat, tapi aku rasa sebagai orang Islam, aku juga ada ati yang tinjuk Islam versi aku. Versi Cinta. Macam manalah nak cinta, kan, Kau asyik blok orang aje kijenya.

Sunday, October 1, 2023

PAKU DULANG PAKU SERPIH

Ni nak sambung sikit pasal tagline, "TEAM AKRUAN TAK KERUAN" tu----tu kita ngata orang. Sebelum kita mengata orang baik kita kata diri kita sendiri--- kalau mereka tak keruan, team aku pulak TEAM IKAN CELUP TEPUNG hah tak gaytew? he he he---

Apa yang tak keruan sampai nak celup-celup tepung tu? Ini lah cerita opis aku ni nak ngadap IR4.0. Bebenda IR IR ni dah lama pun, tapi bos-bos dulu tak de le pulak deme lorat nak menjelmakan IR dekat opis. Bukan tak nak jelma, kami ni Internal Audit, kami ada mentor besar di MoF bawah unit BKSK saaannnaaa. Hah kau ikut jelah template orang BKSK, kan? BKSK tu stand for Bahagian Kawalan Stratergi Korporat. Dah ada nama Stratergi dalam tu, hah tahulah think-thank depa memikio macam mana nak ngelon bebenda alah IR ni.

Tapi bos aku sekarang ni dia ambitious, dia nak lead, nak terjemahkan sendri-sendri. Perkasa sana-perkasa sini. First dia kacau team aku le. Ubahnya team tu dari ngodit prestasi kunun nak ngaudit sistem kunun. Haiii kat KPM ni kan berselirat sistem ada. So kije aku yang pertama aku listkan segala macam tok nenek sistem yang ada kat KPM ni, bukan di Sekolah, Jabatan, Pejabat Daerah je--- kat IAB pun aku gagau sama, aku mintak mereka senaraikan. Penyudahnya handau je. Kami ni terkakau-kakau nak cari tajuk sebab bab tajuk kunun nak audit sistem ni katanya macam tak jadi. Napa tak jadi, katanya tak de implikasi kewangan. Sebab sistem tu semua dibangunkan secara inhouse, zero cost. katanya. Dulu pernah balaci/penjilat tegar bos kata "you auditor, you tak de ilmu, tak de kepakaran untuk buat audit sistem" 

Bila dia cakap gitu, kita bagi berkenalan kat orang audit luar yang memang tak de back-ground IT yang mengaudit sistem. Ada tu mula akaun lepas tu sambung belajar sampai ada doctorate dalam bidang IT. Hah kau, malu alah dia sampai bila dah malu, pencen awal dia. Tula bila dia dah pencen, bos aku karang pulak naratif tak perlu buat audit sistem sebab tak de keperluan sebab tak de implikasi kewangan, kata dia. Nasib baiklah dia tak senada macam macai dia. Aku rasa dia pun tak berani nak cakap gitu, sebab takut jadi macam macai dia terpaksa bersara awal sebab banyak dapat sakit, sakit itu, sakit ini. Itulah engkau sesuka hati cakap orang tak ilmu. 

Lelepas tu aku terfikir jugak, wat if kalau aku bos, apa aku nak buat bagi nak nyahut/nak jelma kan IR 4.0 dekat kementerian aku kije? Kalau akulah kan, bila aku dah tetua gini, aku taklah ambitious sangat pun, kira aku akan tunggu pencen je. Kalau bos aku KSU aku lorat nak IR IR, aku tak larat, aku pencen jelah awal, pun. Apa masalah, kan? Ni, sini ni, KSU aku idak lelorat sangat. Adalah dia minta audit guna satu sistem tu macam JPM guna, itu ajelah. Benda dia sesimple je. Tak delah sampai nak ngaudit sistem bagai.

Benda IR IR ni kau kena ingat, kau ada KSU, dia tahulah macam mana, lagu mana dia nak jelmakan apa-apa. So berbalik pasal sistem yang KSU, Datuk Indera aku nak kami buat ni, langsung tak de kena mengena dengan team kami pun. Itu orang team kewangan dengan pegawai teknologi maklumat kami yang kena bikin. So kami ni jadi apa? Jadi Team IKAN CELUP TEPUNG lah ha ha ha-----