Friday, July 22, 2022

Feeling-feeling Mat Kilau

Eh korang dah tengok cerita Mat Kilau ka belum? Kalau belum moh le tengok. Dapat rasa risiko dapat covid sebab bersesasak masuk panggung tanpa pengawasan dari pihak pawagam. Selain ko dapat uji ketahanan sistem anti-bodi sendiri, kebal penyakit ka idak. Rugi sepanjang Covid kita dah jaga makan, vitamin C sana sini, senam lagi nak tingkat imune-system, tapi tak pernah diuji. Hah ateeerrr pilah panggung sana-sesak-sesak-ramai-ramai, baru tahu system kau ok ka idak, kan? Mana taknya main masuk je kau reramai tak kisah kau dah vaksin ka belum,kan? So, kalau nak uji-sistem-imun badan, kat situlah tempat terbaik kau nak uji.

Oklah ni bukan nak citer pasal Covid, pun. Tapi nak citer pasal sapa villiant dalam felem itu. Orang Sik dah marah dah, Kawan dari Borneo sorang tu pun ada dah bebunyi gak. Nasib baikla kawan tu belum level influencer/selebriti lagi. So Borneo sana boleh duk diam-diam ok. Tapi tu Orang Sik memang dah tertanam dalam benak kita, derang ni memang talibarut omputih pun. Kita tak panggil deme Sik, tapi Punjab. So, punjab ni, masa kekecik, memang kita takut. Takutkan Punjab macam takutkan keling penyabit kepala. Mak-mak akan takutkan anak-anak yang suka merayau-rayau jam-jam matahari tengah naik dengan si Punjab dan keling penyabit. Dayak? Dayak pun kita takut jugak, sebab badan Dayak yang bertatoo-tatooo. Oiuuu kalu sebut Dayak, takut oooo---

But still Dayak dan Sik bukan sesuatu yang trigger saya untuk tulis pasal Mat Kilau ni. Tapi catatan Sir Hugh Clifford yang dah lintas feed FB sayalah yang bikin nafsu mencatat jadi mencanak-canak. Punyala terkejut bila baca villiant yang dicatat Sir Clifford majoritinya ialah orang Melayu sendiri. Derang punya kepala siap ada title Syed lagi. Orang Melayu memang sanjung tinggi Syed ni sebab mereka ni Keturunan Darah Arab, yang didakwa berasal dari Siti Fatimah dan Saidina Ali.

Tulah---betul ke Sir ni? Atau saja-saja bubuh-bubuh nama nak dapat bajet Istana. Yang si Syed ni pulak siapa sebenarnya mereka. Betul ka darah keturunan Syedkan? Kenapa jahat sangat si Syed ni, sanggup lawan Mat Kilau? Sure seronok, kan kalau dapat sembang hal ni dengan kawan yang study History? 

So kalau catatan Sir Clifford ni betul. hurmmm ko rasa. Kenapa jahat sangat mereka-mereka ini? Mereka dah gila ka? Bias saya memang kata mereka ni gila. Biaslah sebab ada kenal sorang tu melalui internet tu, memang budak tu gila. Dia gila sebab rasanyalah sebab family, mama, papa dia dok asyik asak-asak "kau tu keturunan Nabi, kau tu keturnan Nabi" 

Jadi bila diasak-asak macam tu budak tu jadi biol. Kesian, kan? Kalau kita pun boleh jadi biol kalau hari-hari mama/papa kau asak kau keturunan, kau bakal warisi dunia. Sedangkan bukan budak aje, kita orang tua ni pun rasanya kita nak hidup main-main aje. Iyela ko bayangkan budak. Apa sukanya budak, memainle suka dia. Memang kau nak anak kau jadi biol le kalau kau syarah-syarah kat anak kau begini "Anak ummi Khalifah, my little khalif" 

Aku memang meluat dengan umi-umi yang macam gini. Tapi tak meluat semualah, ni-ni yang hat dok meluat tu yang hat kau pun bercempera macam monyet, masa sekolah dulu asyik kantol ponteng kelas, melawan cikgu, melawan mak-bapak.  Eh betul mak dia dulu tu little khalif, khalif ketua dok ajak kengkawan ponteng kelas, hisap vape, kan, melawan cikgu, melawan pengawas, melawan naqib, naqibah sekolah. Dah besau pun masih little lagi sebab kat opis dia aje gigih ajak kengkawan lawan bos, lepas tu ajak kengkawan pakai baju kuning guling-guling atas jalan raya sebab tak puas hati harga telur naik, harga minyak naik. Apa pasal aku kata little, sebab bila geng baju kuning dah naik kerajaan pun mak dia masih tecongok kat opis sana. Aku ingat le kut dapat Datuk, macam Datuk Salwani tu dapat. 

Itu ajelah ceritanya walau cerita 2 perenggan bawah  tu memang rekaan semata. Saya memang tak tahu kenapa budak tu obsess sangat dengan darah keturunan dia. Obsessi dia terhadap keturunan itulah yang buat saya kata dia biol. Kita ni semuakan, keturunan Nabi Adam. Tapi idakla kita obsess cakap kita ni keturunan Nabi, cakap-cakap kita tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka, justeru kau harus percaya. Kalau tak percaya kau murtad, kau musuh Islam, kau geng-setan,kan. Cakap semua orang boleh cakap, percaya itu terpulang, dia nak percaya ka idak, kan? Kalau orang tak percaya cakap kau apa mau-marah-marah dan seru-seru nama keturunan kau. Itu yang saya kata dia biol tu.

Monday, July 18, 2022

Mengurus Toxic?

Kalau ada kekdah urus toxic pun, saya tak nak join, sebab kalau halusi betul-betul yang toxicnya saya. Saya yang suka gosip-psycho ni saya. Ko bayangkanle yang dengar gosip saya tu, Dua Sekawan, Si Bunga lawang dan buah pekak tu... hah mesti jadi tokok tambah ntah-ntah jadi cerita Minah senget dengan KUAD bercentha. Mau tak Chentanya---sebab si Senget tu le memacam rombakan dah berlaku. Tak tu, tak nak ni, nak itu nak ini dan si KUAD tu ikutkan saja gelagat dia.

Tapi macam aku kata le KUAD aku tu Genius, adalah benda yang kami tak nampak, tapi dia nampak dan berlaku rombakan sedia ada. Aku redha dan layankan aje. Kau sorong kiri, ke tengah ke tepi aku ikut aje. Layanzzz. Cuma tak boleh belah bila ada kawan yang tak boleh berapa nak layanzz bergosip-gosip. Makan daging sedara sendiri ni enak weh---temptation.

Tapi tu nak cerita sikit, pasal temptation ni, bila dah berazam tak nak gosip-psycho alhamdulillah siang tadi kawan geng gosip MC. Cuti sakit. So idakle saya begosip. Kalau besok dia datang, saya pulak busy. Besok hari timbang program fat-to-fit Putrajaya. So memang saya ingat waktu rehat nak lunch kat Alamanda. Why Alamanda? Sebab dapat le bakar sikit lelemak sebab nak gi sana ambil masa 6-8 minit jalan kaki. Lepas tu boleh makan salad subway je. so makan ringan-ringan, jam 5 petang ambil berat, lepas tu program bersenam jam 6-7ptg. Lepas tu baru saya nak makan. Besok ada pasar malam. So saya dah plan nak makan satay ka, kopok lekor ka, ayam goreng ka---atau lemang kut. yum yum yum---Kalau ada doyan, saya nak makan doyan.

Saya tengah formulate satu cara macam mana nak elak begosipkan si Senget. Saya bayangkan saya kena pelempang/ganyang dengan both KUAD dan Minah sebab dek kerana campur aduk Bunga Lawang, Buah Pekak, Pelaga dah kecoh satu opis cerita depa dua bechenta--- tu satu. No 2 saya kalau orang chenta-chenta ni saya ada kesianlah sikit,kan. Tak sampai hati nak mengata-ngata.

owh lagi pun la ni ada benda lain yang lagi excited nak bikin. 6/8 ni saya nak pergi water-rafting kat Kuala Kubu Baru. So baik fokus bina water confident sebelum bertolak ke sana. Baik kita layan berkayak kat kelab Tasik, kan dari bergosip yang ntah apa-apa tah tu.

Sunday, July 17, 2022

Macam mana nak manage Toxic

Tak kisah kau kena toxic atau ko sendiri yang bertoxic, toxic kalau dibiar memang tak bagus untuk kesihatan. Tapi ada ke orang ajar kau macam mana nak uruskan toxic macam orang ajar macam mana nak urus stress? So far kat KPM ni belumlah ada lagi kursus nak urus toxic. 

Sendiri-sendiri ajelah yang kena ingat diri tu macam mana. Kalau saya, cara terbaik kurangkan bergossip. Tapi tu, saya ni itulah tu hobinya,kan menganalisa-psiko orang he he. Kat opis ni memang ada geng karas analisa ni. Semua kejadian kat opis nak di analisanya. Kaji selidik Pemerhatian Audit tak pulak dianalisa bebetul. Nasib baik kawan tu dah berfamily. Bayangkan kalau dia single juga macam saya. Harus weekend ni kami dah bertenggek kat warung bunian sana, makan roti jiwa kacau sambil menanalisa kejadian Jumaat yang lepas.

Analisanya begini:-

Saya:

Ko perasan tak, dia yang beriya-iya nak block KUAD, aleh-aleh dia minta cuti?

Kawanku:

Kan?

Saya:

Saya simpulkannya begini. Dia beriya-iya, tapi mamat tu buat endah tak endah, jadi bila mamat tu bebenar nak jumpa, dia main tarik tali- test water dengan mengatakan dia nak cuti. Kira merajuk-minta pujuk le,kan?

Kawanku:

Hah betul tu, PA cakap dia minta cuti hari Kamis, Dia cakap KUAD tak luluskan. Tapi PA cakap, KUAD ada jumpa dia, lepas tu dia tak jadi cuti. 

Sambung saya:

Lepas tu dia buat drama, KUAD tak luluskan cuti dia

Saya dan kawanku [serentak]:

Play-victim, Yucks!!!!!

Saya:

Analisa-psiko akaklah, akak rasa minah tu angaukan KUAD.

toooiiiinggggg!!!!

Analisa sebeginilah yang sangat bertoxic, boleh bikin kecoh satu opis. Aku memang dah lama peratikan minah tu dari KUAD mula masuk opis, ganti KUAD yang berpencen. Tetiap petang dia usha KUAD, kunun macam nak menuntut ilmu, discussion kunun. Tapi aku rasa dia angau. KUAD aku ni memang selama ni aku tak berapa amik port sangatlah. Tapi lepas discuss dengan dia, aku tahu KUAD ni genius, tak macam KUAD-KUAD yang lalu.

So honestly kena all outlah,kan. Tapi aku tak stress sangatlah sebab tulisan aku,kan pernah masuk jurnal Scorpus Q2? Setakat tulis pemerhatian audit, kacang je tu. he he he---Tinggal sebelum ni kita tulis ikut bos-bos kita dulu-dulu, asal boleh ajelah. Aku baca tulisan aku sendiripun aku gelihati.

Kali ni, kena buat balik, tak boleh harap minah senget tu, sebab si senget tu dah angaau, yang dia tau asal dia dapat ngadap muka KUAD yang dia angau-angaukan itu, jadilah,kan? Masa discussion hari tu, muka angau semacam, acah-acah scholar, jam-jam tu le dia nak tanya itu-ini-haish. Hangin jugak aku dalam bilik tu jemahat lepas. Orang nak memikio nak rombak balik report ni, masa tulah kau tergedik-gedik feeling-feeling ala-ala kau kunun-kunun student baru menuntut ilmu. Helloooo, ini bukan masa belajar, tapi masa berkejar nak tulis semula report, sebab kau bingai, main terima aje apa anak buah kau tulis. Aku kata masuk longkang, kau pun masuk sama.

Aku take over pun sebab aku malas nak tengok drama "saya budak baru belajar, tolonglah ajarkan saya" Itu pasal kalu dia acah-acah nak belajar, cecepat aku potong, "saya tulis semula, nanti tuan tengok balik" Tak mengapalah kali ni aku buat kije gred 48, bergaji kuli. Tak sanggup nak negok drama "Inilah Kuliah ku" itu he he. Karang kita tak potong, makin berlarutan kuliah-kuliah gedik tu. Nanti aku pulak berpesepsi dia ni faham ke, saja buat-buat tak faham so that boleh melangut kat bilik KUAD berhari-hari.

Gitulah ceritanya,

Cerita macam mana nak manage toxic memang tak ada, melainkan sibukkan diri dengan penulisan-demi-penulisan,kan. Sibuk menulis correction, tak de masa nak bergosip. Major correction? Memang major pun. tapi well sekali tulis takkanlah done-done tu dah perfect,kan?

Thursday, July 14, 2022

TOXIC 2

Macam yang saya cakap sebelum ini, apa jadahnya toxic ni memang saya tak amik port, pun. Sebab fikir perkataan tu pun dah bikin saya seriau. Tapi adalah tu banyak jugaklah lalu-lalang perkataan macam gaslighting, toxic, bla-bla lalu-lalang dalam FB sana. Iyalahkan kengkawan FB ada yang saya kenal dalam internet, kawan-kawan sekolah yang berjawatan memacam. Ada cikgu, ada manager, ada pensyarah, lawyer, pendek-kata kumpulan P&Plah. Bukan sekadar pelaksana macam saya. 

Satu yang saya perasan yang suka merintih, meroyan di diding FB ni memang cecekgu dan penyarah. ha ha ha--- betul. Sebab derang ni memang kijenye membaca, menulis, mengkaji, so senang luahkan perasaan melalui penulisan agaknya. Macam saya, lebih suka bercerita, mengadu, bercakap direct. Payahlah saya nak tetulis benda macam "oh Tuhan, sulit sungguh, jalan berliku yang kulalui ini bla bla bla"----memang tak akan tertulislah,kan. Memikiokannya pun dah geli-geleman rasa he he---

Lagi satu kalu sebut pasal toxic, gaslighting ni, kut la aku pulak pelakunya. Contohlah pasal individu yang saya meluat (kita panggil dia minah-hidung-tinggi) tu. Hari tu, permulaannya hat yang kawan mulakan pasal toxic tu, dia berbalah dengan team member dia- 2 orang. Dia labelkan 2 sekawan tu toxic people. Itu cerita dulu, masa awal tahun dulu, ni pertengahan tahun, bule saya bergossip, mengumpatkan minah-hidung-tinggi dengan 2 sekawan tadi. Bulat mata saya mendengo cerita 2 sekawan pasal bebenda yang Minah-hidung-tinggi ni dah buat kat so and so. Eh, jahat sungguh dia weh. Tinggi betul hidung dia. 

So, kau rasa---pertengah tahun ni aku pulak dah termasuk dalam 2-sekawan? Kalau hari-hari mengumpat, dah boleh jadi 3-sekawan. Panggil lagi kawan lain jadi 4, panggil lagi, last-last ntah jadi berapa sekawan ntah. Bebondong-bondong berkawan, sekawahlah kenduri makan daging-sedara-sendiri.

Itulah cerita dia. Memula nak mengadu-hal, last-last dengan engkau-engkau sekali dok jadi toxic,kan. Gitulah bila cerita pasal toxic ni. Hati-hati membenci, jangan sampai memakan diri-sendiri. 


Wednesday, July 13, 2022

TOXIC

Toxic-toxic ni cerita hangat di KPM ni dari awal tahun lagilah rasanya. Ntah ada kajian ka hapa ka yang cakap KPMle tempat kije paaling-paliiiiiing toxic kat sini tau, sampaikan semua geguru dok nak pencen awal. Itu cerita geguru, yang non-geguru macam kami ni pun dah pandai cakap toxic. Bebenda berlaku kat luar saya memang tak amik port, tapi awal tahun hari tu kawan baik saya dok mention pasal word ini, still jugak saya tak amik port sampailah beberapa bulan lepas, saya rasa saya ni yang bertoxic.

Kemuncaknya semalam memang sangat bertoxic sampai saya terjerit sikit cakap lebih kurang begini "akak rasa sekarang ni diri akak yang bertoxic" Hah gitu. So punyalah banyak toxic sampaikan saya balik rumah tidoooo aje kijenya. Saya tak pergi bersenam, saya makan eskreem, saya makan kit-kat, McDonald, semua saya belasah. Hari ni pun saya masih nak main game lagi. he he---

Biasa kita dok cerita toxic orang sampai diri sendiri bertoxic tak perasan langsung,kan. So, apa saya bikin, saya like saya said, saya indulge dengan bebenda/lifestyle yang boleh memendekkan jangka hayat manusia. Saya juga tengok video-video motivasi macam mana be positif be happy. 

Dari apa yang saya dengar, tonton, saya buat kesimpulan sendiri bahawa kita terkena toxic bila kita rasa cemburu, ingin bersaing, sampai satu tahap kita rasa mau caras-mencaras, hah gitu. Maksud kita kalau boleh kita tak nak so and so satu team, berdekatan dengan kita. Kita kata dia toxic, tapi 2x5lah toxic dia dengan toxic kita bercampur aduk mengakibatkan kita tak betah duduk dekat-dekat dengan dia.

Kadang tu toxic tu berpunca dari saya juga. Contoh saya cemburu dengan ada sorang budak tulah penghabisan cerita ntah macam mana tah boleh rasa tak cemburu lagi dengan lepas saya laser-meleser. End-up lagi, kawan dia pulak yang tak senang dengan saya. Tapi ntah tak tahu macam mana tah, saya dah tak rasa cemburu lagi. Pasal kawan dia yang macam tak senang dengan saya tu pun, saya ntah tak pulak rasa apa-apa. Rasa natural je.

So selesai satu isu, ada lagi satu isu---hat ni perasaan meluat tu memang sampai kiamat pun takkan sattle punya kut. Kenapa tak settle? Sebab perempuan tu semua orang meluat pun dengan dia. Dia toxic? Taklah toxic, tapi dia apa nak kata ek. Ambitious tapi tak pandai. Syok sndri perasan bagus, orang lain semua bodoh. Orang hidung tinggi macam tu, manalah ada orang suka. So, dah jadi macam saya pulak bertoxic sebab cakap hodoh pasal dia. Itu yang sampai terjerit-jerit sikit tu "akak dah toxic, akak dah toxic tu. 

Ok, cemburu dah tak de, yang ini pulak, benci, resentment. Iya kita benci sikap sombong yang ada pada seseorang lalu kita kenduri mengumpat orang itu. Boleh selesai masalah ka? Dapat dosa, pahala hilang, sedangkan orang sombong tu dah terang-terang cakap "I don't care kalau kamu benci saya, mengata saya bla bla bla" Dia macam dah determine nak teruskan kesombongan dia. Yang engkau ni pulak dok mengumpat dia macam-macam dah kenapa, kan. Saya rasa, meluat, benci, tu tak salah. Yang salahnya kita dok mengumpat dia, itulah yang salah.

So mulai hari ini saya tak mau mengata apa-apa pasal dia. Anggap dia tak wujud kalau orang cakap/mengadu "hakak, dak anu tu bla bla bla"----hah apa dia? "Hah dak Anu--- tak kenal-tak-kenal--ala, layan ajelah---jom kita makan eskrem nak tak?"

Thursday, July 7, 2022

Fren From Hell2

Sambung lagi berkreatip-fiksyen----

Breath-in-breath-out. Bayangkan anda kini berada di tempat tenang yang pernah anda kunjungi. Itu arahannya.

Saya seorang ketam bertopi yang berbulu lebat di hatinya penuh sesungut sedang berjalan menyeget memanjat pangkin sebuah gazebo menghadap tasik kecil. Dari pangkin, saya lihat air tasik yang tenang tak berkocak. Saya tarik nafas perlahan-lahan, hebus perlahan-lahan. Setiap kali saya bernafas sesungut di hati, luruh satu persatu. Bebebulu lebat di badan juga turut serta. Pabila akhirnya topi di kepala tanggal, saya buka mata. 

Kembali ke alam nyata. Saya on kan komputer dan memulakan rutin harian seperti biasa. Check in box emel, buka dan baca mana-mana emel yang perlukan tindakan, lepas tu tengok pula watsap...dung! hadooiii satu lagi sesungut tumbuh. "Sejak aku jadi bendahari ni, depa tak habis-habis nak kutip duit laaaa--- pantang bulan gaji, ada aje program, dulu bendahari lama dulu, tak kisah pulak nak buat program itu, program ini" getus hati kecil saya. Breath-in-breath out. Bayangkan tika kutip duit nanti ada orang offer brownis, ka, nasi lemak, nasi goreng, ke, kan. Bayangkan juga tika mengelilingi meja kawan-kawan, saya sudah boleh capai 1000 langkah dalam menuju 10,000 langkah rutin harian gitu-gitu aje. Diskaun 10% tu, mana nak cari, kan?

Tengah hari saya keluar lunch dengan Mama-monster. Dah cukup arif dah Mama suka makan benda manis-manis. Saya sudah belikan donut kegemaran dia semasa saya singgah di stesen petrol pagi tadi. Wah tersenyum lebar si Mama bila lihat donut itu. "So, apa cerita Bunga hari ini, ok ka?" "Aku dah malas nak fikirlah kak, aku nak ikut macam yang kau cakap. Pedulila si Bunga. Lagipun Syamsul tak pernah culas bagi aku dan anak-anak nafkah pun. Aku nak enjoy-enjoy saja. Nak pegi spa, pi shopping, bla-bla-bla. Aku fikir balik 4 tahun aku tahan kerenah mereka, enuf is enuf.lah kan? Dia nak kawen 2, 3, 4, dia mampu. Aku serah semua sama Allah saja. Kadang tu letting go, is setting free diri kita juga, kan? La ni aku cuma nak minta deal sikit dengan dengan Syamsul, 90% royalti Novel Mat Koro, letak atas nama aku". Bila dia lihat bijik mata saya terbuntang,  mendengo persen yang kecik darah, level yahudi tu cepat-cepat dia sambung  "Aku bukak panggung je 90% nanti aku pepandai le ajas bagi diskaun, macam tektik penjaja di China Town, tu, kan?" Dia gelak-gelak kecil bila lihat saya memek wajah saya yang macam muka "be like, aku sekeh kau karang"

Dalam hati saya memuji, tabah betul perempuan ini. Beginilah perempuan akhir zaman agaknya. Dapat laki kaya, hesem, terkenal, serba cukup, kena compete pulak dengan pempuan-pempuan psiko yang tah apa-apa tah, tu,kan. Dapat laki cukup-cukup makan, duit kita dikikisnya. Begitulah resam dunia.

Tuesday, July 5, 2022

Fren from HELL???

Hari ni dah masuk hari ke berapa ek. Ada ke 100 ka? ......

Me and my fren yang itu-itulah tu. Kata kalau dah fren tak nak ngata fren, tapi minggu ni termengata gak. Iyalah orang macam tu kan memang itulah bahan kepada achik-akak-nenek Marhaban, kepala kenduri-kendara kawen, ni kan? Buat kata Odah d Vass pun, First Lady Kampung gitu.

Fren yang mana ni, Che Mar oiii--- "alah, fren yang kena cuit, itulah tu, yang ai is terkeluar challenge-challenge tu. Hah! berciri-cirikan gedik, kaki melaram, belek muka je tapi kije sapah haram tak semenggah tu. Kijenya sikit, ngadu-sana-ngadu-sini tu. Hah ngadu kat Jejantan le,kan sapa lagi? Itula tu, pasal pempuan macam ginile Kumpulan Ahick Mar engakau kena ban buat live Marhaban kat FB tau. he he he Bukan kena ban, kalu buat pun tak de like he he he--- Itu pasal FB tak kasi live lagi, tak de penonton. 

Perenggan 2 tu propa je ea. Cerita sebenar itula tu si Fren kena cuit ni apa nama achik nak bagi ek---hurm bunga? ok ka. Bunga vs Mama. Ok tak?  ke Bunga vs Monster? Si Bunga ni Fren kena Cuit. Monster plak Fren lama, memang fren baiklah ahlil Marhaban ketua jaga kuih-muih lelauk, kalau ada "kenduri-makan-makan" beza dia dengan saya opkos macam langit dengan bumi le. Saya Siti Lazerinas, kawan saya ni memang soft spoken, baik, tak reti melawan.

Pendek cerita----tibeerrr dak Monster ni  ngadu yang Bunga dah sakiti dia. Menyakiti sampai kesedihanlah kawan tu itu. Adunya, si Bunga ni dah buat cerita, sehingga dari kawanku yang baik tu menjadi monster. Ko bayangkan la kawan kita yang terkenal lembut, suka membantu tu dah jadi Monster???!!! eh kalu saya, tu logiklah juga monster, kan sebab mulut aku, hah kalau bercakap, ko tunggu ajelah, nak runtuh ka idak langit awan nano kau tu, kan? Ini kawan ku yang baik tu pun boleh bertukar jadi monster di dalam naratif songsang seorang Bunga.

Aku nak marah? Idakla, cuma aku nak je masuk bilik Bos derang bertempik begini "hey!!!! kamu orang ni semua sudah bute ke APPPPAAAA!!!" Tapi tulah takkan le saya nak buat begitu, kan? So saya hanya mampu membebel kat sini ajelah. eh tak nak bebel. Kan dah janji, tak mau cerita bad pasal Fren sendiri, diakan Fren saya juga. ---Ok baik, tak boleh membahan fren sendiri, jom kita berkretip-fiksyen sikit pepagi ni, kebetulan hari ni hujan, rasa lemau tu memang ada. Saya ulang cerita yang akan saya tulis ni fiksyen je, ya tak de kena mengena dengan yang hidup, mau pun yang mati.

Ceriteranya begini---

"Wah hujan masih tak teduh lagi" getus hati kecil bila melangkah ke luar rumah. Alah payung tertinggal kat opis le pulak, nasib baik hujan sikit-sikit je, kalau idak ada gak yang terpaksa isi borang HRMIS ni cuti kecemasan. 

Masuk je lif, "alamak minah ni lagi" Sesungut tumbuh lagi dalam hati saya bila terserempak dengan dengan minah cleaner yang sibuk mengelap lantai dan dinding lif. Dindingnya dilap, lantainya dimop. Saya memang alergi dengan minah cleaner ni. Tak tau kenapa, semua cleaner warga Indonesia memang saya alergi, terus terbayang kisah pembantu rumah kawan baik yang cuba digoda pembantu rumahnya sendiri. Lepas tu mulalah teringat kisah Pak Ngah yang berabis duit berbini No 2,kan warga seberang yang merupakan operator pengeluaran di kilang dia sendiri. Bukan berabis duit je, Nene (e tu e pepet ya) sepupu saya terpaksa jadi akauntan je sebab gagal ujian ke Sekolah Medik dek kerana tak boleh fokus pada exam sebab sedih frust bercampur malu sebab beremak tirikan perempuan yang sebaya Nene.

Lagi tambah sebal di hati, tetiba mata saya pedih. eihs kuat benau bahan pencuci yang dia guna untuk mengelap lif, sehingga saya terpaksa menutup mata. Mujur juga pakai mask. Kalau tak, kena tutup hidung dengan kerudung yang dipakai. Mesti pelik, kan? Lagi banyak sesungut tumbuh bila lif ni asyik terhenti-henti amik orang di banyak tingkat. Kebiasaan begini, terus saja lif meluncur ke tingkat bawah tanpa perlu berhenti di sana-sini. Ntah hari ini mungkin hujan barangkali tu.

Tetibeerr lif berhenti, masuk pempuan yang well not bad, Santapan mata kaum Adam, tergetar rusuk mata memandang, sehingga siapa yang alpa dengan pesan Annur ayat 30, boleh jadi sengsara lagi menyesarakan yang lain. Nasib baik dia tak pakai minyak wangi je. Mata saya yang terkatup menahan pedih pun boleh terbuka. Sanggup kepedihan untuk mengamati susuk tubuh si dia. Memang lawa. Bentuk tubuh dia le. Muka mana nak nampak dia membelakangkan saya.

Bila keluar lif pulak mukanya bertopeng, so manala tau muka dia macam mana. Genit-genit gitu, pasti di pejabat tu ramai yang minat. Apa kata dia semua orang percaya. Bertumit sederhana tinggi, 2 inci kut. Dalam hujan ni, disingsingnya kainnya tinggi hingga menampakkan betis yang agak tonned. Fit orangnya, sebab kenampakan otot di situ. Perempuan ni fat to muscle ratio dia mungkin sangat rendah, serendah ahli sukan gimastik kut.

Saat dia menyingsing kain, menuju kereta hondanya terus terbayangkan si genit, pencetus konflik, sensasi terkini, pencipta naratif songsang di Pejabat. Hati saya pun menyumpah begini "nerakalah engkau wahai perempuan". Bila  menyebut neraka, tetiba timbul keinsafan, "siapalah aku mau meneraka sesama sendiri, sedangkan syurgaku belum terjamin lagi"

Sepagi ini terlalu banyak betul tumbuh sesungut di hati. Ini sangat tidak baik untuk aura diri. Saya rasa saya sudah bertukar rupa menjadi seekor ketam bertopi yang berbulu lebat lagi mengerikan, jalannya menyenget. Saya harus menghentikannya semua gutus-getus negetif ini. Tarik Nafas Panjang-panjang. Breath in-breath out. Bayangkan kini saya berada di tempat yang paling tenang, paling saya suka. Tapi kini saya sedang memandu. Nantilah sampai di opis saya akan buat begitu.