Ada Ustad dok pilih Ahli Maksiat, dah gila ke apa? Tapi sebab yang pilih tu saya, mungkin kau akan kata memang patut pun dia pilih begitu sebab dia memang mental he he---
Saya ada justifikasi kenapa Ahli Maksiat (AM). Masa tu umur 30'an. Pilihan pun umur sikit lebih kurang le. Yang ustad kurang setahun yang AM tak pernah ambil tahu lebih dalam 2, 3 tahun kut. Tapi lebihlah. Ok apa justifikasinya?
No 1 (initially)
Umur baya-baya saya takkan la ustad kut, AM itu logik le. Definasi maksiat saya tu macam mengumpat, menganjing, bla bla bla bla---maksiat zina? Tak terfikirlah pulak sampai ke situ, paling kuat pun zina hati je, lah tu dia berani. Liwat? Kena liwat? Rasa tak kut sebab nampak baik je, lebih kepada frust bercinta sampai tak de feel nak kawen. Dia cakap kalau mau dia, kena tunggu sampai dia gatal. hurmmmm mati akal saya dibuatnya. Macam mana le saya nak kasi dia gatal tanpa surat nikah? Tapi he is kinda of cute, so I tolak ustaz, dan pilih AM, walau riwayat ceritanya saya tamatkan kerana saya tak nampak jalan macam mana nak bikin dia gatal tanpa lesen Tok KADI 😝
No 2.---(ini alasan mengada-ngada)
AM kalau sampai kesudah tak kawen-kawen, relationship bermasalah memanjang saya still ok, saya redha. Dah nama pun AM, kan? Tapi kalau ustad dah kawen, beranak-pinak, along d way, dia buat perangai, (kebetulan pulak masa tu kat tempat kije--kiri-kanan-ustadz--"ustadz like/ala-ala ustadz" buat perangai) Jika itu berlaku, saya bimbang saya tak boleh terima, turn out murung, kecewa dan menghabiskan sisa-sisa hidup berhalusinasi di Tanjung Rambutan. Alasan tu memangla mengada-ngada je kan? Alasan jujur hati saya kata AM tu brutally cute. Saya suka.
Penyudahnya padan muka saya,kan? Tak kawen-kawen, bergelumang dalam maksiat (maksiat mengumpat dan menganjing je ya!) , sampai sekarang he he. Menyesal, terkilan tak pilih ustadz, tu memang taklah. Saya percaya semua ketentuanNya. Yang bikin hati condong ke AM, Dia juga. Sungguh pun kini kawen tak dapat, anak penyambung zuriat tak ada. Dia yang Maha Adil gantikan dengan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta kerja yang gajinya cukup, walau tak banyak.
Dia juga merahmati saya dengan adik-adik sepupu yang baik akhlak dan ambil berat pasal saya. Saya percaya merekalah Bidadari dan Penolong yang Dia kirim sebagai ganti kepada zuriat saya.
Pendek cerita memang tak pernah terfikir, tertoleh ke simpang yang tak pernah dipilih. ALONE tak semestinya sepi dan sunyi--- life saya ok-ok aje. Nah gambar kat bawah ni saya tunjukkan sebahagian insan-insan yang meramaikan dunia saya---
Saya percaya setiap yang Dia tarik/Dia halang, setiap permohonan/doa yang Dia reject, akan diganti. Kita saja yang menghumbankan diri ke lembah kemurungan kerana terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti/meminta sesuatu yang Dia tak izin, sampai tak peduli dengan apa yang Dia kurniai di depan mata. Ok, gambo dah ada, meh baca poem. Gambar x lengkap kalau tak de poem yang bercerita. ---
1
memang kehidupan ini aneh
dengan kembara bersimpang siur
antara aturan fitrah dan sukatan takdir
ada yang masih keliru meneka-neka
2
kadang-kadang
ranjang yang kau begitu mahu
belum tentu memberimu lena
sampai ke hujung pagi
kadang-kadang juga
gebar yang kau amat benci
mungkin membawamu mimpi
yang paling sempurna
3
tiada siapa pun tahu
cahaya apa di penghujung sana
tapi tak perlu menoleh berkali-kali
pada simpang yang tidak dipilih
kerana ragu dan terkilan rasa
hanya melambatkan perjalanan
4
sesudah kau susur jalan baru
jangan lagi menyimpan dalih
mahu ke destinasi yang lain
kerana untuk dirimu kuat
tiada cara yang lebih mudah
melainkan belajar menerima
ketentuan yang disuratkan
No comments:
Post a Comment