Monday, January 3, 2022

Pilihan Bab 2

Saya ada cerita dulu, kekcik hobi, main pepondok, so saya expect dah besar jadi full-time house wife ajelah. Malas nak kije-kije, ni,kan. Tapi takdir Tuhan, kije gomen sampai lagi 11 tahun je lagi nak pencen ni. Kerja memang le macam-macam jadi. Ada suka ada duka.

Tapi kita buat bodo je sebab nak gaji. Tak kije sapa nak bagi gaji,kan. Looking back sejarah kije-kije ni, kira oklah berjaya jugalah saya. Tetap gigih kerja sampai hari ini. Tetiba terfikir kalau dulu ea saya pilih ustadz, kan dah kawen. Bestle jadi full-time housewife, kan? Tercapailah impian saya. Tapi Allah maha mengetahui, 

Ranjang yang kau begitu mahu
Belum tentu memberimu lena sampai ke hujung pagi
Gebar yang amat kau benci 
mungkin membawamu mimpi yang sempurna

Idaklah saya benci bebeno kije ni, ok je, tapi kendang tu menengok orang berdrama ni aish letih sungguh. Macam-macam drama sampai kita pun kadang termasuk dalam skrip drama derang. he he he. But then again itu drama mereka, saya dah pandai menjauhkan diri dari hal sebegini. Kita nak positif, bawa aura positif. noktah.

Tetiba terfikir, kalau tak kije duduk rumah, anak-laki-pulak berdrama, kita jadi hakim drama. Kalau kat tempat kije kita tonton je drama, kalau jadi assisten ketua keluarga, jadi hakim/juri drama. How true,kan, "ranjang yang begitu kau mahu, belum tentu memberi lena sampai ke pagi" Tak dan pagi dah terkejut dengan hantu drama. he he

Sekurang-kurangnya dengan gebar yang tak le saya benci pun, saya tak diganggu, dengan drama-drama yang perlu perhatian dan pertimbangan saya. Mimpi yang sempurna? Mana tau besok bila dah pencen, duit dapat duit graduiti sekepuk, pi buat PhDlah pulak. Wow sesungguhnya memang sempurna, dari sakit mental dapat habiskan PhD tu. Mana tau. Saya rasa yang ada ni dah cukup baik dah. Dengan bipolar pun saya boleh tamatkan pengajian pada peringkat Sarjana, kan? Kau yang asyik berdrama tu, hadooo??? 

Ok apa impian saya? Balik kampung tanam jagung je. Saya nak baiki rumah kampung dan be happy dengan sesedara dan jiran-jiran. Saya membayangkan 10-15 tahun lagi rumah saya jadi tempat selfie adik-adik sepupu dan anak-anak mereka. Who knows rumah saya yang biasa-biasa je tu jadi the most instagramable spot in Melaka?


No comments: