Tuesday, January 4, 2022

MUDA-MUDI

 Hari ni nak share gambar tular kat FB. Tapi yg ini amik di akhbar online.



Amboi pepagi bute dah viral negetif vibes---wat negetip, ni positip tau. Work Hard Play Hard. All Work No Play Make Jack A Dull Boy. tula korang tak pernah denga ka ungkapan tu. 

Saya pepagi ni nak amik feel kalau bebudak MUDA ni besok yang menghuni dan memerintah Putrajaya ni, senang nak ejas. Akceli dulu masa kije firm pun memang ada je jeneh kaki botol ni. Bos kita pulak tu. Itu pasal kut zaman korang kije Sabtu half day, kami Sabtu tu dah boleh tegolek kat longkang ka, kat umah gf/bf ka lepas minum-minum keras malam Jemahat tu. Hari Ahad bole refresh balik, come Monday no such thing as Monday Blues.

Performance wise bagi si kaki botol tu tak pernah slack la pulak. Dah dia bos kita, tulang belakang firm. Kalau tak silap bos kita eh bos saya tu orang no 2 dalam jabatan tempat saya bekerja dan merupakan rakan-kongsi-firma. Bila dah bos kaki tonggang, adalah 2, 3 orang kanan yang setia meneman dia meronggeng he he

Hah gitu. Saya tak sokong bebenda ni sebab agama dan kesihatan, tapi kalau dah ini gayanya group yang boleh deliver, boleh perform, dan seterusnya memenangi hati rakyat, saya kena bersedia berbos-kan bebudak MUDA ni. 

Korang yang baik-baik, kunun tak minum tak hapa, tu, apa korang buat? Mengata, menganjing, memviral hal orang je ka kijenya? Kije kamu apa, ya? Setakat memaki, menyebar sisi negetip orang, boleh tertegak kah Kerajaan Mehdi Cawangan Asia Tenggara yang korang dok mimp-mimpikan itu?

***

Berbalik cerita pasal bos kaki tonggang, ko fikir dia macam mana? Tu lah kau tak boleh hukum semua pemabuk tu negetif. Kalau dia teruk, tak mungkin dia dapat jadi rakan-kongsi, lah. Means to say dia memang baguslah. Ekcelikan, dalam beberapa kerat rakan kongsi tu, dia sajalah yang kita orang suka, tau. Dia sorang je yang baik. Yang lain hurmmmm semua menyampah. macam kau menyampah kat bos kau tu. 

Dia bos yang jenis rare, sebab semua orang suka, baik orang atas bawah, tak kira bangsa dan jantina. Itulah satu benda je yang tak bagusnya pasal dia, kaki minum. Tapi nasib baikla firm tu firm antarabangsa tak amik port sangat pasal bebenda ni. Yang penting kau perform dan deliver good job. Eh firm saya kije tu bukan calang-calang firm tau, al maklum firma antarabangsalah kata, kan, yang standard dia memang kelas dunia.

Bebudak MUDA, ada kelas dunia ka idak? ntah. Tak pernah kenal, pun. Kalau kelas bos saya kat Firma dulu, habisla korang----serius ni, memang boleh hancur impian, musnah lah Daulah Islamiyah yang korang impi-impi tu kalau korang masih guna method viral cerita derang tonggang botol bear, arak, tonggang betina/jantan, depan belakang. Lagi korang spin cerita-cerita macam itu, lagi orang menyampah dengan korang.

Apa barang jaja nama Islam, bila Islam saran jaga aib orang, kamu gigih menjaja aib orang siang malam. Ko rasa? Ko rasa? macam mana kau nak bawa panji islam sedang apa yang korang amalkan bertentangan dengan Islam?

No comments: