Tuesday, June 15, 2021

Tak boleh Move on Part 4

Ingat dah nak move on, tetiber ada pulak share klip bidio Bonda Datuk Prof Dr yang dia sunting ngam-ngam bab yang menjengkelkan, dan boleh bikin kita marah, kalu tak tengok keseluruhan bidio tu. Tak kisahlahkan, saya nak cerita kat sini ialah, apa agaknya ekspektasi kamu bila berkahwin? Mesti semua yang indah-indah,kan. Lebih-lebih lagi kalau kamu rasa kamu perfect dan baik. Pasangan kamu mestilah macam kamu juga.

Ada tak pernah orang cerita pasal dalaman kamu ni kompleks, kalau silap-langkah, hidup boleh jadi huru-hara? Pasal dalam-dalaman yang kau tak pernah tahu, tak pernah bincang langsung, aleh-aleh benda tu tetiber menimpa kamu. Saya ni mungkin kut jenis yang suka menyoal kut---atau kebetulan ditemukan dengan individu yang begini. Saya tanya, apa sakitnya dia, bertubi-tubi, tapi tak dibagi tau. Naluri ingin tahu saya sangat tinggi. Apa yang saya kepochi sangat nak tau tu. Ni na, pasal orang kena madu sebab dia sakit. Saya tengok dia tak sakit pun.

Sebab kepochi sangat tu, satu hari Allah temukan saya dengan kawan yang rajin layan saya. So dia ceritalah begitu, begini. Owh saya pun punyala telopong ternganga dengar penjelasan kawan. Saya mula lah membaca-baca juga pasal dalaman orang perempuan ni. uish punyala kompleks. Kebetulan pulak satu masa tu, saya suka sangat makan urap beremi. Tetiba nenek cerita kisah dulu-dulu ada perempuan sakit, laki dia tinggalkan kat hutan beremi. Perempuan tu tak baik. Ada perempuan lain pulak ditinggalkan di hutan pengaga, baik perempuan tu. Dah baik, laki dia pun ambil balik. Lepas tu makcik saya pulak ada cerita, orang lelaki ni dia tau bini dia sihat je. Dia tak suka kalau bini dia sakit-sakit.

Saya pernah tanya kawan saya begini, bukankah sepatutnya laki kita patut jaga kita kalau kita sakit? Kawan saya kata susah nak cari lelaki yang begitu. Mostly lelaki tau nak sedap je. Dia cakap, dia sangat beruntung ada sorang kawan yang banyak ilmu pasal ini. Walau laki dia jenis yang baik, tapi bab-bab penjagaan wanita ni bukan dia tahu pun. Wah saya sudah tersalah anggap banyak benda rupanya. Jaga laki dengan jaga perut dia tu rupanya tak berapa tepat. Ada benda lain yang lebih penting untuk dijaga.

Malaslah nak jaga---Tak payah kawenlah, selesai masalah. 

Rupa-rupanya benda tu kita jaga bukan pasal nak sedapkan lelaki jer. Rupanya lagi, kalau tak de laki pun kena jaga juga. Bila saya sedar benda ni? Tulah bila dah nak masuk menopause le ni. Bila badan mula rasa sakit-sakit, sebab besau sangat. Baru saya tau saya membesar sebagai JOHAN sebab saya tak jaga banyak benda. Barulah terhegeh-hegeh saya ni nak buat itu, nak buat ini. Rupanya kalau jaga makan, jaga kesihatan dalaman, automatik, badan jadi sikit mengecut. Al-kisahnya---

Adakah kita, atau kawan-kawan kita yang dah merajuk dengan lelaki ni, dah nak peluk buku, nak peluk kerjaya sedar akan perkara ini? Wallahuaalam----

Lastly saya nak cakap, peluklah apa kau nak peluk, tapi jangan lupa peluk dirimu sendiri. Jaga makan, amalkan senaman, jaga kebersihan diri, untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Tapi diri sendiri, dan juga TuhanMu. Tuhan mengamanahkan batang tubuh ini untuk kau jaga seelok mungkin agar, kau biasa mengAsakan Dia. Kalau dah sakit, nak beribadatpun, susah, kan?

Last lagi sekali janganlah kau rasa ilmu dalam-dalam kain ni khas untuk perempuan miang, bimbo yang tak ada otak, hanya tahu nak senang dengan menghiburkan lelaki sahaja. Ilmu dalam kain ni bukan untuk kesedapan lelaki pun, tapi kesedapan kau juga. Tak mahukah kau dah tua renta pun masih tegap dan sihat macam nenek-nenek kita dulu?

1 comment:

Anonymous said...

Wah..i likeeee. kenapa tak tulis kat FB sinun..

lily