Tuesday, June 1, 2021

Fear - GENOCIDE

Apa benda yang paling menakutkan kamu? Ok saya tanya balik, soalan yang macam sama tapi lain sikit? Apa benda yang sepatutnya paling kamu takuti. Soalan kedua ni senang nak jawab dan sepatutnya jawabnya ada satu saja. Kita semua patut takutkan Allah.

Tapi itulah saya, mungkin juga kamu manusia biasa saja--- kita ada ketakutan dan kebimbangan-kebimbangan yang menghantui diri. Kalau macam saya masa kicik-kicik takut exam, takut mak marah sebab suka sepahkan barang. Menginjak usia awal 20 saya dapat sakit mental. Mungkin tak jaga betul, benda tu jadi semula bila awal 30'an  tahun benda tu berlaku sekali lagi. Offcourselah masa tu benda yang paling saya takuti dapat sakit semula, dan tanpa disedari masa hilang akal tu saya ada bikin benda yang meragut nyawa dan kematian itu dicacatkan di sijil kematian sebagai bunuh diri atau sakit mental. Dah ada rekod di hospital takkan mau tulis bunuh diri lagi, kan?

Now, dah nak masuk 50an, saya dah tak takut benda-benda tu lagi. Berkat berubat di hospital, pembacaan berterusan mengenai masalah ini, saya rasa kesihatan mental bertambah baik dan kadang tu ada juga perasan "aku yang mental ni lagi cool dari engkau yang sihat" bila ada isu benda berlaku di ofis atau dalam family. Tapi tu bukan bererti sekarang ni hanya Allah saja yang saya takuti, sekarang ni takut pasal kerja pulak. Kita ni kije juruaudit ni walau sekadar penolong ni macam-macam hal. Tak payahlah nak sebut satu-satu. Kena sharp kena extra berhati-hati kena aku pun tak tau nak cakap apalah. Pendek cerita kena cekaplah, kalau tak silap hari bulan kena kat kau balik, boleh bikin yang tak seronoklah pada buku perkhidmatan kita. Memang kalau nak bekerja tu memang kena banyak doa sama tuhan agar ialah semua berjalan dengan lancar.

Abeh tu yang tulis tajuk Genocide tu apalah pulak? Takut Genocide ka? Tak pernah takut pun sebab all this while saya serba perasaan "I am tribeless person". Aku ni Melayu pun idak, Cina idak, India idak, omputeh pun idak, tapi semua ada sana sikit, sini sikit. Sebab dari dulu lagi saya rasa pembantaian, penindasan sentiasa ada, tapi yang kaya menindas yang miskin, yang kuat menindas yang lemah. Nama bangsa tu idakla ada tapi penindasan dari sudut kasta ekonomi, kasta kecantikan fizikal dan kelelokan rupa.

Nak kata saya kaya idak, saya pun tergolong dalam kumpulan miskin juga. Tapi tu, saya managed my life as simple, as possible sampai mak saya kata bukan lagi simple dah, tapi tahap mengutuk diri, tak macam anak dara biasa. Tak kisahlah mak nak cakap apa yang penting aku tak berjalan keliling kampung, telanjang, kan? Nama nak terancam dari segi ekonomi memang tak adalah,kan? Terancam dari segi keelokan rupa? Itu bukan terancam lagi, mampus terus, lama sudah tu, mampus.  Nasib baiklah, nak cari laki jak benda ni terpakai, nak cari kerja tak relevent. Eh ada je kan, orang tak cantik kawen. Eh I punya level Henry Golding je ha ha, katik-katik ayam serama Taki-Taki, itu Mawar Karim je yang terliur haha--- Sungguh Mawar yang rare betullah dia tu.

Yang betul-betul miskin, atau orang kata miskin tegar tu, yang nama tersenarai dalam e-kasih tu macam taklah teruk mana pun. So nak kata Malaysia akan mengalami bencana pembantaian golongan miskin, memang tak berlaku. Tapi ada orang yang risau pasal benda ni. Orang bijak-bijak pulak tu. Contoh Pengetua masa kat sekolah. Saya dulu ambik SPM tahun 1990. Zaman tu golongan kaya-miskin, atau orang sekolah tetinggi panggil proletar banyaknya Melayu. So kalau kena bantai pun nampak macam penghapusan etnik. Pengetua takut benda ni. Tapi saya tak amik portlah. Tak tau kenapa? Masa tu bukan suka sangat sekolah tu pun. Asyik ingat sekolah lama je. Saya dari all girls school, bila masuk sekolah campur, saya rasa yang kena bantai ialah budak perempuan yang tak cantik lagi keras kepala macam saya. (tapi tu berani, derang nak bantai saya---hehe like I said before, "berani derang nak bantai the only budak kat sekolah tu ada tali pinggan teak-won-do berkaler, nak kena bantai balik? hah, cubalah") Kau sibuk menceceh Melayu nak kena bantai, belum apa daba lagi anak murid kau yang jantan sangat tu dah bantai budak pempuan macam aku aka pandai, keras kepala, tapi tak cantik. eh! Pergi mampus sama loooo!!!

Tapi hari ni, bila dah covid makin tinggi ni, terselah, ketakutan sang Pengetua ada asas. Yang kuat akan membantai yang lemah. Borjuis tamak membantai Proletar yang tak berdaya. Kenapa saya cakap macam tu---Ini pengalaman makcik saya yang kerja di pusat perkhidmatan telekomunikasi milik syarikat di Negara jiran. Makcik kena pegi buat swab test di klinik-swasta. Mak kata patutnya pakaikanlah makcik gelang pink dan bagi makcik bekerja dari rumah. Mak tengok adik sepupu yang kije kat pusat perkhidmatan bank milik Negara Hongkong, bule je WFH. Company bagi laptop bagai lagi bawak balik umah. Bukan itu saja bil internet pun company bayar. Napa company negara jiran ni kedekut sangat. Mak kata. Berbalik pasal gelang pink. Mak cik nak self-qurantine diri dia idaklah.  Dia ambil risiko pergi juga kerja sebab dia yakin dia ok. Saya tak boleh nak komen apa-apa sebab terkedu. Tika ini memang betul kata ustaz, ustazah, hanya doa saja senjata orang Islam.

Itu cerita makcik---kat Putrajaya saya memang aman. Like I said before, saya introvert, saya lagi suka WFH sorang-sorang. Tapi bila bukak internet, socmed---macam-macam orang cakap. Memang banyak tu saya tak masuk fikiran sangat. Tapi ada satu benda memang dah jelas sangat, yang saya rasa signifikan untuk diabadikan di sini ialah, bila PKP 3.0 diumumkan. Kata PKP penuh, tapi bila umum,  ada syarikat boleh beroperasi. Punyalah banyak ada 95,142 Syarikat yang dapat kelulusan untuk beroperasi. Carlsberg pun masuk sama. Nasib baik memasing memekak ramai-ramai. So, tutup. Itu yang ternama. Yang tak ternama yang patut tutup tapi tak tutup kita tak tau. Macam manalah covid nak reda?

Sebelum raya hari tu saya ada rentas negeri, menghadiri majlis pengkebumian nenek sedara atas belas ikhsan Ketua Balai Polis Presint 11 ni. Bila semua dah selesai biasalah, untie-untie, uncle-uncle VC sesama derang. Saya tercuri dengar perbualan mereka. Untie dari Negara Jiran tanya "eh why aar, last- time Malaysia was sooo good, better that us. What happened now?" Uncle jawab sempoi jak "ala, biasala tu, orang pergi kerja,kan. Tengoklah jalan, penuh. Orang pergi-balik kerja. Itu pasallah."

Maksudnya apa tu? Sektor ekonomi memang kena tutup habis. Yang boleh bukak yang bebetul essential jak. Lepas tu bank-bank bantulah bagi morotorium macam hari tu. Sama-sama saling membantu. Ini kata tutup tapi bukak, bukak tutup-bukak tutup. Susahlah covid nak mati. Katanya 4 bulan boleh, boleh mati semua virus tu. Kalau ini maciem punya gaya, tak tahu bilah nak matinya si Covid. Rakyat kau memanglah dah banyak mati. Hari-hari, berpuluh-puluh orang dah mati. Itu mati covid. Kalau lama-lama sangat, takut ada yang mati kemurungan je sebab terkurung lama-lama. Saya faham perasaan kawan-kawan yang extrovert. Sikse deme terkurung macam gini, ni.

So akhir perenggan, kalau kat Palastine orang mati kena bedil. Kat Malaysia rakyat mati kena virus sebab gomen pro sangat dengan pemilik kilang, pemilik syarikat yang tamak, bank yang tak membantu apa-apa. 



No comments: