Wednesday, June 9, 2021

Bawang Lagi- Mek Usrah

 Sebagai manusia pendosa yang dungu, ada banyak benda yang distract saya dari benda yang sepatut saya fokus. Banyak benda, banyak manusia lain yang irritate saya. Nak jadi orang bijak bukannya mudah,kan. Orang bijak itu dia ignore je benda-benda yang irritate dia. Kalau meroyan kat sini pepagi buta tu, peroyan tu bukanlah manusia yang bijak.

Ok let meroyan dulu. Apa yang irritate sangat tu? Ceritanya semalam ni, orang tengah-tengah busy work from home, Mek Usrah dok massage saya pasal jodoh lambat. Kau rasa? Cuba kau bayangkan, kau dah nak masuk manopause, dan kalau tak silap kau, kau pernah bedil pasal benda alah ni sekali, depan bos4 kau, bos no3 kau, (nasib baik bos no2 dan no1 tak ada masa tu). Tapi dia semacam tak faham, masih terhegeh-hegeh nak menyogoh pasal punca sebab lambat jodoh.

Saya nak aje jawab, "kau dah kenapa, dah kemaruk sangat nak berlaki ka? Kalau dah nak berlaki sangat ikut ajelah cakap Dr, tu"

Saya memang tak baca pun artikel yang dia forward tu. Tapi saya secara generalnya bersetuju dengan Dr. Selebriti itu. Setuju bila put the Mek into prespektif. I put it this way, I lelaki yang cuba ditarik perhatiannya oleh Mek tersebut. Honestly kalau dia,lah, saya lebih rela mati membujang dari beranak-pinak dengan dia. Why? Pening bha, perempuan sengal macam dia tu. Kau tau ka apa hobby dia? Berdakwah nak "memperkasa"kan/ mengembalikkan geng-geng Pelangi ke Jalan yang Benar. Hobby lain? Berdebat dengan golongan sesat. 

Pernah satu hari tak tau macam mana saya termembawang minah ni dengan seorang staff lelaki pangkat adik juga, budak umur-umur sebayalah dengan dia, tapi dah ada anak 3. Anak no 1 dah masuk sekolah dah. Darjah 2, ka 3 gitu. Budak lelaki pun pening dengan dia, kerja opis buat cincai-cincai, lepas tu sibuk dengan hadis ntah apa-apa tah. Mamat tu macam alim-alim lah. Dia ajak berhadis dengan mamat tu, sampai mamat tu takut nak layan, sebab kau taulah, kami ni bukan ahli hadis, kami ni mengaudit bolehlah. Bincang pasal Pekeliling bolehlah. Nak tanya hadis---takut ooowww. silap tafsir, hadoiii---

Pendek cerita dia dah bikin mamat tu rasa as if Tuhan marah sama dia sebab tak cakna pasal hadis. So saya bilang begini sama dia. "kau rasa kije yang kita buat sekarang ni tak bagus ka? Kita mencuri ka? Merompak ka? Kita ini makan gaji dengan pro/membacking perasuah, pengkhianat negara ka?"

Senyap mamat sekejap mamat tu. Kemudian saya sambung, "apa kata kau tanam saja cita-cita mau tulis report bagus-bagus, so that report kau tu walau berakhir dalam bakul sampah bos jer. Tapi kau tau kau dah buat kerja sehabis bagus, tak usahlah kau nak terjebak sama mengkaji hadis pulak. Kau kaji pekeliling tu mahir-mahir pun tinggi makam jihad kau sama je dengan orang yang berdebat mengkaji hadis".

Berbalik pasal mek tadi, memula tu saya rasa nak ignore je artikel yang dia forward tu, tapi bila bukak FB, ramai pulak yang tersentap, saya tulis je "tau tak pe. Orang lelaki ni anu dia x ble naik kalau pempuan bijak-bijak sangat" Happy lah dia. Saya cakap lagi begini "tok sah layanlah Dr tu, jenis macam Nelofa mangkali ni, dah tak laku saja create kontroversi agar orang sebut-sebut nama dia balik tu. Kau tunggula sikit hari adala produk nak dia launch kan tu"

Lepas tu dia forward saya tulisan minah tu----



Ntah sapa lah kan minah Rimau ni---tak tahulah. Saya balas balik begini "Belagaknya Minah ni, kalau akk lelaki dia ni sorang jelah available, baik ku bujang sampai mati"

Jenis-jenis pempuan macam dak Rimau ni le yang buat kita pempuan pun takut, apatah lagi lelaki, kan? Saya faham apa yang cuba disampaikan sebagai "bodoh-bodoh" tu oleh Dr selebriti. Perempuan over bijak memang mengerikan, putus "selera" kita, kan?

Contoh lagi bos-bos pempuan kitalahkan, baik yang dah berlaki, mau pun yang tak berlaki, ko rasa macam mana? Kenapa kau tanyalah sekian ramai orang, especially yang kuli-kuli ni, lagi suka kije dengan bos lelaki? Kau pun sendiri tak suka dengan bos-bos perempuan ni. Bos, kita balik umah kita lupalah, apa kata kalau bos tu dengan perangai bos dia, itulah bini kau, laki kau yang kau terpaksa hadap 24jam. 

Personally, saya rasa tak salah apa yang Dr Selebriti cuba sampaikan, melainkan benar belaka. Cuma perkataan bodoh-bodoh tu yang tu silap kut. Tak semua orang ada ability to read between the line, kan? Saya rasa maksud Dr tu begini "Perempuan bijak patut let go some of the worries to the men" "Let the Men handle every thing, have faith in them. We have so many talented men here in Malaysia, let them do the job, and care less about future and let's do thing like other perempuan bodoh bikin seperti jaga makan, jaga penampilan, pegi saloon, SPA, manjakan diri"

Personally dalam konteks lain pula, me as perempuan me got pempuan kawan pempuan yang pelbagai. I tell you what, if I say " I stresslah dengan so and so, or this and that"--- apa respon dak usrah? "Dia tau benar I hate Masjid, dia akan banjirkan watsap-FBmsg-emel kau dengan ceramah-ceramah anti stress". Apa pulak respond minah gegedik, yang masa kat sekolah dulu kau rasa dia perempuan miang yang tak bermaruah, jantan keliling pinggang, bertukau boyfrien jak kijenya  -- She will say "lets do some hair cut/massage at massage parlour, the treat is on me"--- Apa kau fikir yang ajak mak pegi saloon bagai ni bodoh-bodoh aka rendah IQ ka? Memasing semua kalau tak sekolah SBP gomen, sekolah MARA gomen. Orang IQ rendah mana pegi sekolah yang macam gitu,kan? Saya fikir, gegedik, memiang, flirtitious tulah yang Dr maksudkan sebagai bodoh-bodoh, kut.

Pada yang tak de bakat memiang tu, dok dendiam je sudahlah ya, kan? Kadang tu pempuan kalau mula tunjuk pandai, pandainya tak nampak, yang nampak aish---nak kata bodoh idak juga, ntahlah, tak tau nak cakap apa. Ni saya ngata diri sendiri ya.---jangan kau perasan pulak aku mengata kau, anak pempuan kau, sedara-sedara pempuan kau atau bini kau. Iyalah kadang tu kita terlepas cakap, terlepas tulis. Tak de nampak bijaknya kita ni kalau asyik terlepas jak---nampak macam orang gila talak, gila nak berlaki, ada, lah he he---

1 comment:

lily said...

aku nak gelak jee pagi ni. lepas disactived fb nak aku balik kat blog. ko meroyan sini tak orang dulik kan kan kan..hahaha. i likee