Tuesday, April 27, 2021

My Weight Loss Journey

 Dok cerita pasal pung-pang-pung pasal weight-weight loss, pasal makan bagai, gambanya mana, kan? Ni saya belanja satu gambar tahun 2020 dan gambar as per semalam 28.4.2021. Total weight loss 32.2kg. Kalau nak ikut BMI kena turun lagi dalam 25kglah gitu.


 Apa yang seronoknya kengkawan, baik kat opis mau pun kengkawan masa kat kolej dulu ada yang dah pakat-pakat eat healthy. Ada yang amal KETO, low carb bagai dengan IF. Seronokla rasa sebab ada kengkawan. Tidaklah rasa pelik. Mula tu takut pelik juga sebab banyak kritik-kritik pasal diet ni baik diet KETO, low carb atau Calorie deficit. Tapi lantakla apa depa nak kata, kan. Yang penting kita see result. Kalau nak kumpul-kumpul kritik, kita tak kemana, pun. Penghabisan kita depress, bila depress makan-makan-makan, sapa yang bertambah gemuk? Kita jugak. Dah gemuk sapa yang susah? Kita jugak. Nak bergerak ke sana ke mari pun susah. 

Dah kije Juruaudit yang dah sah-sah kena banyak bergerak ni, ko rasa? Saya ada masa untuk gemuk? he he---nak tak nak kena juga kurangkan berat demi sesuap nasi. Gitulah kiranya kita yang hidup makan gaji ni. Ada kije ada gaji. Kalu kije gomen ni orang kata banyak cuti itu-cuti ini. Kalau selalu sangat cuti, kengkawan opis menyumpah, ko ingat berkat ka hidup kau?

Gitu---oklah tak baik bebulan pose ni bebel-bebel, saya pen-off lah dulu ya.

Monday, April 26, 2021

Meal Prep---

Saya memang tak pernah terfikir pun pasal meal-prep ni until kawan opis minta buatkan untuk mereka. Saya pun google-googlelah benda ni kat internet. Wah memang meriahlah tengok makan derang, kan? Meal prep ni jimat masa, jimat duit, jimat segala.

Ia juga salah satu cara kita nak kawal apa kita makan. Dari pergi beli kat kedai, kan. Masak sendiri kita boleh pastikan segalanya selamat. Yang penting tak payah penat-penat cuci kuali, periuk belanga bagai hari-hari. Seminggu sekali dah siap. Hari biasa tak payah pening nak masak apa, tak payah penat-penat di dapur. Bolehlah guna masa tu untuk bersenam. Mudah sungguh. Untuk kawan-kawan, mula saya cadang nak buat 3x seminggu, tapi sebab opis ni ada orang Covid-19, opis kena tutup sebab nak disanitasi, saya buat 2x ja. Kat bawah ni gamba meal prep yang saya dah sediakan weekend yang lalu

Ikan Bakar, Nasi dan Ulam

Burrito ayam+telur dan Salad

Roast Chicken, Kentang dan Vege

Pasta Salmon dan Salad

Bekalan untuk 4 hari.

Telur Bistik, Nasi, Ulam dan Jambu Batu

Ayam Grill, Nasi, Sayur dan Buah

Pasta Udang, Sayur dan Buah

Meal prep ni boleh tahan 4-5 hari dalam fridge, kalau nak tahan lebih lama simpan dalam freezer. Nak makan panaskan dalam microwave atau kalau tak de microwave boleh kukus sahaja 

Thursday, April 22, 2021

Rezeki Ramdhan---

 Sambung cerita hari tu, hat pasal kawan opis dok teliur tengok saya punya gambar makanan kat FB/whatapp status dan minta beli, tu haaahhhh----depa kata sedap. Depa siap nak beli hari-hari. Minta saya buat ala-ala meal prep gitu. Mula malas juga. Tapi fikir balik hat aku masak-masak try-sana-try sini, buat satu portion makan, lebih dok buruk dalam peti, membazir, baik masak banyak sikit, pi jual, kan?

So jadinya Ramadhan ni bermula la kerja part-time baru, buat masak meal prep ni. Sebenarnya benda ni bermula bila saya dah hilang dekat 30kg, bebudak opis tanya, makan apa, so tu yang dok menayang dalam status tu. Tak sangka pula derang nak makan macam gitu juga.

Tapi saya seram juga kalau derang makan benda sama tapi tak turun. Kalau tak turun tu maknanya ada makan benda lain la tu selain meal prep saya. Dia sesungguh nak turun berat ni sebab itu pra-syarat dia nak dapatkan rawatan kesuburan klinik gomen. Iya niat suci, kita tolonglah kan? Moga cepat turun berat, cepat dapat buat rawatan dan dapat zuriat yang dinanti-nantikan itu---

So masak belum, tapi biasalah orang meniaga dengan auditor ni, nak Sebut harga (quotation) bagai--- saya pun buatlah dokumen feeling-feeling sebut harga macam kat gambar bawah ni

Gambar contoh tu saya cuplik la dari mana-mana site yang saya rasa lebih kurang menu yang saya nak prepare nanti. Gambo real yang jadi besok ntah macam mana rupanya, tak tahulah nak cakap. Kena prepare dulu. Saya plan nak deliver hari Isnin untuk menu 1 & 2, Rabu Menu 3&4, Jumaat Menu 4, 6&7. Idaklah tetiap hari kena masak. Eh saya tak beranilah nak prepare sekali rooommmm seminggu gitu. Takut makanannya rosak.

Tuesday, April 20, 2021

LOW CARB BURGER

Asal burger jak makanan tak sihat. Racun.  Yang tak sihat tu, fast food. Burger kalau buat sendiri, not so fast, tau. Lambat, lebih kurang 30 minit jugak. Kalu bunnya dibuat sendiri lagilah lambat. Yang cepat tu kita pakai frozen patty. Hat frozen tu yang tak sihatnya, ada pengawet yang entah apa-apalah,kan? Lagilah pulak dok tambah macam-macam sos yang pelik-pelik, melimpah-limpah, hah mana datang sihatnya? Kalau orang kencing manis, tak boleh makan roti gandum sangat, memang burger is a NO NO foodlah. Cubalah buat sendiri,---- rotinya low carb, pattynya dari fresh ingredient, sos tu janganla yang pelik-pelik dan melimpah-limpah, burger tu jadilah ok je. Ada sayur, ada protien, semua ada. Kalau rasa macam fiber tu kurang, kita tambahlah lagi dengan buah dan salad, kan? Tapi bila dah terkompius dah, asal burger jak fast food, asal fast-food itu burger. Tu yang takut nak makan burger, tu.

Hari ni kita tayanglah sikit gambor Low Carb Burger yang saya dah buat. Idaklah semua saya lahap, ada saya bagi kat kawan opis. Tulah gatal sangat dok upload-upload gambar kat whatsapp/FB, kan. Ada kawan dah berkenan nak rasa, sampai nak beli-beli, bak hangggg----Saya tak berani nak juai. Saya bagi rasa jak dulu. Kut lah tak buleh nak "masuk" low carb roti yang buat dari tepung almond tu, kan?

Tuu diaa---ready nak hantar kat orang yang teliur tengok whatsapp/FB status



Manalah derang tak terliur,kan gambar sikit punya segak😋---

owh, meh saya share sikit resipi bun tu---hat patty tu ikut selera korang, nak ayam, nak daging, nak udang, nak salmon, macam-macam ada. Google je kat internet, tu. Belambak resipinya, follow je:

Resipi Low Carb Bun

Bahan A
3 sudu besar tepung Almond
1/2 sudu kecil xantham gum/psylilium husk
1 sudu kecil baking powder
secubit garam

Bahan B
1 biji telur
1 sudu besar minyak/mentega cair
1 sudu kecil apple cider vinegar (ACV)

Cara-cara

Satukan bahan kering (Bahan A), wisk sikit. Wisk telur dan minyak manja-manja macam nak buat telur dadar. Masa nak masuk bahan basah dalam bahan kering tuang ACV. ACV ni katanya nak bantu baking powder tu bekerja. Tapi setakat yang dah buat ni, idak ada le juga roti saya tu kembang biak tu. Serupa itulah roti kalau tepungnya tak ada gluten. Dia tak boleh naik berganda-ganda. Lepas tu kacau, dan masukkan dalam acuan. Air fried selama 15 minit suhu 180 darjah Celsius.

Tuesday, April 13, 2021

Mindfull Eating

Semalam dah tengok diet orang yang sedap-sedap. Kalau nak jamu mata, dapat resipi, info pasal diet dan IF bolehlah klik di sini. Macam saya cakap hari tu derang ni selain mengamal IF, derang sekalikan dengan diet KETO yang sangat popular tu. Saya ni amal diet mana sempat, mana senang aje. Saya campur-campur je, ada kampung ada barat, ada kadang tu fusion. Hari ni saya share gambar berbuka dan sahur dulu ya.

Menu berbuka: Susu Almond, berries dan keto cookie

Sahur: Nasi, Ikan Lengat, Ulam dan Sambal Belacan

Kira diet KETO campur eat clean Kampung he he he. Selalu memang saya amal eat clean kampung ni la. Ulam ni memang baik untuk orang macam saya yang suka makan cepat. Sebab apa? Sebabnya bila kita makan sayur mentah, kita kena kunyah extra lama sikitkan, baru bule telan. Lagi satu nasi tu kemain nampak cantik,kan. Sebenarnya saya buat resistance starch rice yang saya belajar dari Youtube Dr Jue. Resipi dia satu cawan beras, 3 sudu minyak. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini. Tapi saya guna minyak caratino, itu yang jadi kuning cantik tu. 

Nasi tu memang dari beras parboil yang keras, jadinya kalau makan menu eat clean kampung ni memang kena kunyah lama sikit. Eloknya kunyah lama ni, masa kita makan ni jadi panjang dan kita boleh menikmati rasa sebenar makan kita. Itulah yang dinamakan mind full eating. Mind full eating ni seperti yang diajar dietitian, ia bikin kita makan betul-betul perlu aje. Selalunya orang termakan lebih dari sepatutnya sebab belum sempat otak hantar massage "oii cukup-cukuplah makan tu, dah sendat ni!" kita dah berapa kali ganda dahhhh terlebih suap. Katanya lagi nak bagi tahu, kita "ok cukup-cukup dah tu makan, tu" agak lama juga tau, iaitu 20 minit. 

Kalau dietian kata sepenumbuk nasi, selebar tapak tangan protien dan dua tapak tangan sayur dah cukup mengenyangkan, tapi tak kenyang juga, itu bererti kita habiskan semuanya dalam masa kurang dari 20 minit. Kalau otak ambil masa 20 minit nak hantar isyarat kenyang, kita bagilah dia 10, 15 masa extra,kan. Sure otak kita akan menghargai kebaikan kita itu,kan?

Selain itu, satu lagi benda, lagi seingat saya dulu cikgu ada ajar, dalam liur ada enzim yang membantu pencernaan makanan. Lebih lama kita mengunyah, lebih banyak liur dirembeskan, lagi sempurnalah pencernaannya. Ini kalau makan terlalu cepat, dah lah terlebih makan, kita membebankan pulak organ pencernaan kita. So mindfull eating adalah salah satu cara membantu penurunan berat badan juga dengan cara mengawal kuantiti makanan yang masuk dalam perut kita. 

Sebenarnya tajuk mindfull bukan pasal kunyah pelan-pelan je, tapi tu, kena pejam mata, jamah sikit, hidu bau makanan, jamah lagi hidu lagi, tarik nafas-turun nafas, bla-bla-bla--- Iyalah nak makan suku pinggan nasi, suku protien, separuh sayur, sampai 20, 30 minit, ko rasa? Hurmmm kalu saya tak sampai 10 minit buleh licin satu pinggan tu. Strategi saya pilih makanan keras dan kunyah sampai hancur, cukuplah tu, 20 minit tu dimulai dengan minum air. Mindfull eating ni satu topic yang agak panjang, kalau anda minat dan nak tau lebih lanjut lagi pasal mindfull eating, google-googlelah Mind-Full Eating, ya.

Monday, April 12, 2021

Makanan Diet, Tak Sedap?

Ramai kata eat clean tak sedap, lepas tu mahal. Bab mahal saya memang setuju. Tapi tak sedap? Tu saya memang kurang setujulah. Ada diet tak sedap, ada diet yang sedap. Yang terbaru yang sangat popular ni diet KETO. Menu dia memang sedap-sedap tau. Saya memang tak bulehlah amal diet ni sebab keto ni komposisi dia 70% lemak, 25% Protien,  5% carbo. Saya dah ada kolestrol tu, mana buleh fats bebanyak,kan. Tapi tu saya sekali sekala saya cuba jugalahkan. Macam moussaka, Keto Pizza, Karipap Keto----pergh memang sedap. Gambooo---alah tak adalah pulak. Tapi tu mari kita cuplik dari Jom Mojo barang 3, 4 gambar,kan?

Kueh Ketayap

Kueh Putri Ayu



Apam Balik

Mee Goreng Konjac

Biasa saya amal diet tinggi fibre je. Banyak sayur, ulam salad, makan ikan tinggi lemak, makan ayam---daging tu sekali-sekala je. Selebihnya saya IF.

Tapi KETO ni,kan sesuai untuk orang yang suka manis-manis, nak kick start IF. Orang suka manis ni dia tak tahan lapar. Banyak video dalam Youtube kata gula/waima gula dalam carbo bikin kita craving nak makan, lapar. Bila saya kata saya IF OMAD, ramai kawan tanya tak lapar, ka? Ntah saya rasa biasa je. Saya boleh cut sugar dan kurangkan karbo, sebab tu tak lapar, kut. Kat opis ni 2, 3 orang gak mengamal IF, memang rata-rata memula langkah dengan ganti gula dengan pemanis.

Berbalik pasal diet tak sedap---walau saya tak mengamal KETO, kita cerita KETOlah eh bagi kengkawan yang nak berjinak dengan IF tu. Ramadan ni ialah waktu sesuai untuk mulakan buang segala jenis kueh-kueh manis tu. Raya pun samalah---makanlah kueh approve KETO, moga lepas Ramadan boleh sambung puasa enam, lepas tu sambung lagi dengan Isnin Khamis sepanjang tahun.

Saya nak tunjuk manisan apporove KETO yang saya buat sendiri memang tak ada. Like I said before, saya kalau manis-manis ni kurang sikit. So memang tak buatlah kalau untuk diri sendiri. Tapi sini saya nak iklan satu tempat di mana kita boleh dapat manisan ini pada harga tak masuk akal. Jom tengok


Sebenarnya kat KL banyak aje restoren yang menjual makanan apporove KETO ni, tapi yang ini kut la nak beli untuk sambut raya nanti, kan.----

Sunday, April 11, 2021

DETOX???

 Asyik ngumpat orang je, kan. Dah nak pose-pose ni bawak insaf-insaflahkan. Ok kita sambung balik cerita my weight loss journey. Hari ni dah masuk 6 bulan kut. Recap balik, saya mula Oktober 2020 dengan calorie deficit diet. Masuk tahun baru saya buat IF 18, 4--- Bila PKP dah habis semua kena masuk opis, saya buat One Meal A Day. (OMAD). Tapi tak la strict mana pun. Ada masa saya langgar je sebab kita dah kat opis,kan ada aje orang ajak makan, takkan kita nak tolak. Kalau betul OMAD pun Isnin Khamis le, pose sunat. Total weight loss setakat hari ni 29kg.

Kita kalau nak diet ni kenalah ada pencetus inspirasi,kan. So sepanjang-panjang ni saya sokmo le follow page, FB, youtube yang berikut:

1. JOM Mojo

2. Dr Jue Wellness

3. Dr Berg -

Seronok,lah dengar derang bercerita, tengok gambar, video resipi-resipi diet yang sedap-sedap. Sapa kata makanan diet tu tak sedap,kan? Followlah derang ni, baru tau resipi diet yang sedap. Lagi satu derang juga ada sebut-sebut kuruskan badan dengan sihatkan badan. So, ada satu benda yang rutin ialah detox. Ada orang tak percaya Detox, tapi saya ntahlah separuh tak percaya, tapi dah buat banyak kali jugak. Saya ada masalah buang air besar. So memang kalau tak membuang tu memang saya carilah prebiotik, ka, sayur-sayur untuk melancarkan pembuangan. Itu detox usus, detox hati? Hurmmmm honestly saya memang tak percaya, detox-hati ni, tapi saje je cuba Liver Detox dari Dr Jue ni wah memang lawas. Tapi betul ka yang keluar ketul-ketul hijau kekecik tu batu hempedu? Saya agak skaptikal juga. 

Tapi tak mengapalah, sebab yang penting lepas buat tu perut rasa selesa aje. Rasa hati memang tak boleh kesan,lahkan, sebab bebatuan hempedu ni bukan bukan macam najis, pun. Tak buang 2, 3 hari dah nak pitam rasanya. Bebatu hempedu tak ada bikin kita rasa apa-apa pun kalau dah berkumpul banyak dalam tu, katanyalah. Kalau ada terlepas dalam pembuluh darah dia kasi kita jaundice je.

Jom saya cerita sikit pasal Detox ni, katanya nak membuang batu-batu dalam hati-hempedu. Ramai orang buat keluar ketul-ketul tapi saya keluar kekecik je. Mungkinlah masa buat tu saya dah tersalah diet. Sepatutnya masa buat detox tu kita kena puasa lemak, saya dah terambil pulak ikan, kerang, dan roti almond yang saya buat sendiri, saya kira-kira dalam 50gm kut gitu. So hempedu saya tak cukup optimum untuk flush more ketul-ketul hijau tu kut. Lepas buat detox tu adalah hilang dalam 2kg lebih. Oklah tu,kan. Iklan kata boleh hilang 4kg. Tapi macam yang saya cakap saya dah termakan lemak. Nanti saya nak cuba lagi, nak tengok, buleh ka hilang 4kg kalau saya puasa lemak betul-betul.



Tuesday, April 6, 2021

Budak Artistic VS Budak Usrah---

Saya memang selalu perasan artistic dan kreatif. Masa sekolah-sekolah dulu beberapa kali jugalah lukisan gubahan fikiran saya ditampal dalam kelas. Sama ada semula jadi atau dilatih saya tak pastilah, sebab dalam family sepupu favourite saya pandai melukis, kat sekolah cikgu yang tak brapa nak favourite pun pandai melukis. Cikgu, abang dan kakak sepupu saya ni yang menyuburkan aktiviti lukis melukis ni.

Masuk Menengah atas, saya sedikit, (rasa bukan sedikit, tapi banyak), kut tertekan. Sekolah tu nama Sekolah Sains. Zaman dulu seni dan sains benda bertentangan. Pendek cerita saya rasa saya budak seni, sekolah tu sekolah sains, ko rasa? Lebih parah lagi sekolah tu bukan sahaja sains, tapi saya rasa sekolah tu dah macam sekolah agama. Saya rasa di situlah mula konflik dalam jiwa bercambah.Tapi itu cerita lama, saya pun tak ungkit sangat. Sebab dogma, nak masuk syurga nak Tuhan sayang kena benci seni yang saya tanam sendiri, sudah tumbuh dalam diri. 

Cerita hari ini, pasal budak-budak Usrah aleh-aleh tergedik-gedik nak acah-acah artistic. Iyalahkan, perkembangan baru ni, budak Usrah dah sedar betapa powernya kuasa seni dalam menjarah dan menjajah fikiran manusia. Ntahla, satu benda saya menyampah dengan budak usrah ni depa obsess nak ubah orang sedangkan diri derang pun ntah apa-apa tah. I am not talking budak usrah level-level laki Nelopa tu, ni level budak usrah nak masuk saringan Ustazah pilihan pun tak lepas, jadi AJK Kerohanian pejabat pun sepenggal je, tapi gegedik nak berdakwah juga. 

Kita nak cakap pun dia nak terima ka? Benda besar orang tak berapa berkenan sangat dia, pasal kije tulah. Kije mengaudit tu. Tak tahula, gomen bayar gaji kau sebagai auditor, tapi ko tak berapa passionate sangat mengaudit. Lepas tu dah kau buat latihan sebab kunun kau kata kau suka sangat latihan, pun last-last, kasi orang lainlah buat latihan. Apa yang ko suka? Ko sibuk nak jadi inflencer, ko sibuk pergi buat latihan, tapi bila balik opis latihan yang kau buat tu langsung tak menyumbang pun dalam kualiti kerja kau.

Sat ni tadi saya hangin juga dengan dia. Kenapa hangin? Dia sibuk pasal latihan foto editing. Kunun foto editing membantu menghasilkan laporan berkesan. You, berapa persen sangatlah foto dah laporan audit pun, kan. Kalau ko rasa skill tu perlu tak payahlah paksa peringat sini anjurkan kursus tu, ko ada duit, ko pergilah belajar sendiri. Akademi pun ada offer, pergilah. Dia kata dia dah pergi. Ooooo dah pergi. Kalau dah pergi apa pasal laporan kau suam-suam kuku je? Kena tembak kau-kau la dengan saya.

Honestly, saya yang perasan artistic ni pun, tak kuasa nak advocate kuasa seni, lagi suka kije tak berseni yang keras kayu ni aje. Dia yang skill artisticnya ntah apa-apatah tu, sibuk nak menjelmakan diri as an artistic people. Tak tak kisah pun kau nak artistic, tapi adik oooiiii kita ni kije nombor, analisa, dan konklusi yang persennya tinggi, memang bagus digabung dengan rencah seni, tapi kalau terlebih rencah buat orang Melaka kata, hawau juga resipi kau, kan?----Bila dah macam hawau tu,lah bukan bos je boleh naik angin, kita yang sepasukan ni pun boleh ikut naik angin sama.

C'onlah kau tu Auditor, jadilah Auditor yang bagus. Saya tahulah kije Auditor ni tak glemer, tak bawa kau jadi "influencer". Tapi dah rezeki kita di sini. Kerja ajelah baik-baik, betul-betul. Ni sibuk nak jadi content writerlah, itulah, inilah, tapi kije opis tu macam dah jadi kije No 2.

Thursday, April 1, 2021

Budak Clubbing vs Budak Usrah

Nak cerita pasal kengkawan demo yang tak ble move-on lagi dengan kehancuran MN memang banyak, saya sendiri pun bila tengok gegambo deme dok tayang sebak pun ada. Mana tak sebaknya pada hari bersejarah tu, saya gelap subuh lagi dah naik train ERL dari Putrajaya Sentral menuju ke dewan PWTC yang megah itu. gegamboooo mana? Bukti he he nanti korek-korek FB ya. Punya le besemangat. Tup tup tup becerai deme. Sedih you---bila gegambo lalu lalang depan feed saya. Seharian saya tak buka FB he he---tipu jak. Saya buka tapi buka Dr Jue D'jue Wellness je dengo dia berceramah IF dan Keto Diet dan tengok dia buat kueh abuk-abuk KETO. Rasa weekend ni nak buat la abuk-abuk tu.

Ok enuf la pasal orang bercerai,kan. Deme becerai kita plak nanti yang murung---

Meh kita tulis cerita fiksyen pasal budak-budak Clubbing ini jaman. Cerita ni cerita rekaan nak divert attention dari cerita orang bercerai. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati__-

Hah nak citer ni, masa Achik sekolah-sekolah dulu clubing-clubing ni memang dah ada. Hah betul kat Muo yang ceruk tu pun dah ada dah reremaja ni masuk kelab gelap-gelap, muzik kekuat joget-joget. Tapi idakla macam kat KL. Masa tu kelab main roller-coaster. Eh roller coaster plak, roller blade. Tak tahulah berapa ramai budak dah masuk dalam sana, alih-alih dah gempo aje ada acik jumpa budak pempuan separuh bogel dalam semak. Acik tu pun panggil ambulan, report pulis. Pulis siasat-siasat, penghabisan siasatan, kelab roller-blade tu kena tutup, sebab katanya ada jual dadah sekali.

Hah tu cerita awal 80'an. Naik 90'an Acik dah masuk kolej, kat Shah Alam, PJ sana memang banyak kelab joget-joget. Ada sorang kawan budak law dengan budak engine yang gila Clubbing. Derang ikut kawan yang kije stewardess. Kira budak ni kita orang macam tak berapa suka kat dialah. Budak Clubbing kita ban la, hah gitu. Tapi dia jenis tegar, ada aku kisah? ok je dia. Kita ni aje tak tahu dah berapa banyak pahala baca quran, gi usrah yang dah dapat kat dia sebab mengumpatkan dia.

Lepas kolej kije firm, barulah tebukak mata acik ni rupenya minum-minum, clubbing ni aktiviti hari Jemahat lepas opis geng kawan-kawan lelaki. Hat geng lelaki ni idaklah dia bejoget, pi minum je. Geng pempuan zaman tu masih tak gi minum, pergi pun kalau ada event hari jadi, ka, atau sambutan tertentu. Itu pun pegi dengan geng lelaki berkumpulan. Rupanya Clubing ni macam aktiviti sosial mengukuh ukhwah he he---Achik memang tak nak pegilah sebab eish---takkan nak pegi,kan, masa tu gaji kecik, takut tak mampu. Memang le kawan kata "the treat is on me" tapi bukan segan, yang cakap "the treat is on me" tu, ujung bulan sokmo pinjam duit Achik. So, cam no tu? Penghabisannya, belum sempat pergi kelab, Achik berenti kije dari firm tu. Tapi bukan sebab Clubbing, sebab malas nak amik exam professional yang ditawarkan firm. Kena le amik exam, baru gaji besoooo, baru le ble mampu berclubbing---Senak perut bila tembung jak dengan Patner, tak de benda lain dia tanya, "bila nak amik exam, dah daftar belum"

Nasib baik le Achik berenti, cubalah kalau x berenti, harus terjebak juga dengan aktiviti sosial yang satu ini. Wats the harm? Kita ikut kengkawan, kalau mabuk pun ada kawan, mabuk berjemaah. he he gitu. Ngeri juga,kan bila fikir mabuk berjemaah tu---dah mabuk-mabuk, baru teringat cerita Barshiha,kan? Masa nak pegi tak hengat.

Lepas berenti, ada gak dengo anak ahli politik, ini, itu kaki Clubbing, tapi Achik dah pernah kije firm, Achik diam, no comment, sebab Achik rasele kalau yang dok sibuk ngomen anak orang Clubbing, kalau dia banyak duit dan ternama macam orang yang dia umpat-umpat tu, anak dia pun Clubbing juga. Nak pendekkan citer, tak de ribut, tak de angin, aleh-aleh dengo citer anak dara dia bunting tak nikah, bukan satu, dua---hadooiiii haru, kau!!! Tak gi Clubbing pun bule beranak luar nikah, macam mana tu?

Masa tu Melaka ni Clubbing kita tak femes sangat tapi femes dengan hotel yang boleh sewa barang sejam dua, tiga empat jam gitu. Pulis siasat ka idak, tak pasti, tapi rasa macam pegawai pencegah maksiat ada buat siasatan dan itu yang masuk surat khabar tu. Lelama cerita orang beranak tak nikah pun dah senyap dah. Kita ada jual kondom Kat Seven Eleven. Kalau terberanak jugak, pilah saman syarikat kondom, kalau banyak duit.

Hari ni Achik dikejutkan pasal budak pi Clubbing begaduh dengan Netizen yang dok kecam-kecam dia. Amboiii la ni budak Clubbing memang bukan main lagi derang, eksyen tunjuk minum, tunjuk bela anjing bagaiiii anaaakkkk aaaiiii. Bila ditegur makin menjadi dia. Tak nak fake, kunun, katanya. Lepas ni ramai la lagi yang mengikut tu, tunjuk itu, tunjuk ini dengan caption "aku tak mau fake!!!". Tak kose nak negur budak-budak Clubbing ni aiaahhh----kang sibuk-sibuk negur ntah sesapa yang kita je kenal dia, dia tak kenal kita, tup-tup Anak Achik pulak ngusung pempuan kaki Clubbing nak dijadikan menantu Achik, seram Achik--besok dah sedap-sedap duduk dalam liang lahad, kena kejut plak, ada cucu cicit---berantak dalam kelab. Eh tetiba jak darah tinggi Achik jadi naik.