Kita nak citer pasal my weight loss journey ka, sambung ngumpat bad girls and boys?
Ok, ngumpat sikit je lagi---
Jumaat lepas last day tugas sebagai sidang Laporan Audit Tahunan, macam recap ka hapa ka, ala benda dah nak habis, tetiba nampakla itu tak kena, ini tak kena. Emosi pun ada, bila bad girl sorang ni beleter. Sapalah suka kena leter,kan.
Tapi macam saya kalau kena leter, iyakan aje. Bos kecik, baru saya (yang lama dah cabut---tak tahan la tu kije dengan bad girl) pun macam saya juga. Alhamdulillah dapat bos yang sama cita, sama rasa. Syukur sangat. Kali ni yang kena leter bos besar sikit. Dia ni jenis cepat melenting, defensif kekadang tu mengerikan juga bila dia mula attack orang. Lantak pilah---
Saya bukan nak merekod pasal leteran di hari Jumaat tu, tapi percakapan dengan bos kicik saya. Sort of like refeksi diri. Kami rasalah, kalau kami jadi bos ntah-ntah lagi teruk, Allah tahu tu, sebab tu Allah tak bagi kita jadi bos. Allah nak jaga aib kita. Cuba kau bayangkan, saya yang kerekternya macam cikgu yang garang, tegas tapi disayangi anak murid sebab sapa masuk kelas saya gerenti keluar dapat A+, manakala bos kecik saya baby yang manja, marah-marah dan berleter. Atau lebih teruk lagi macam orang gila yang kesurupan??? Tentula imej begitu sangat tidak sesuai bagai kerekter macam kami, kan?
Tapi cuba pula kau bayang, kalau kau bos, kau dah kuar banyak duit bagi pihak gomen, balik pulang anak buah bawa report yang bos besar kau soal macam-macam. Cuba bayangkan. Hadoooiii---mati katak, tak sempat nak melompat, kering macam itu, sahaja,kan? Tapi malangnya come besok, kita tak mati, kena pi opis, 4 bulan sekali kena ngadap bos no 2 tu lagi. Tercopot-copot lagi jantung kau nunggu ntah apa lagi kali ni dia nak tembak,kau. seolah kena tembak berkali-kali, tapi masih tak mati-mati. Sanggup kah kau? Honestly--mengerikan. Taklah nak bayang-bayang ni.
So saya rasa cara bos-bos ni nak membuang rasa-rasa mengerikan itu ialah dengan marah-marah agaknyalah. Saya rasa. Kita simpati, kita nak empati, aish rasa tak mampu.
Di satu sudut orang yang kena leter tu pulak, kadang kita rasa awat hang benak sangat aarrr---tapi saya fikir balik, saya tak boleh komen begitu, bila tengok latar akademik dia. Asal budak poli je. Saya budak sekolah sains. Memang patut pun kalau dia bawa balik kajian yang suam-suam kuku tu je. Pada dia kajian dia tu dah terhabis baik lah tu,kan? Ada juga team leader budak bagus, tapi ntah jenis tak tau nak cakaplah jenis pemalas ka hapa ka, jenis sibuk nak melaram je ada juga. Macam-macam jenis team leader ada. Tapi orang macam ni le cepat naik pangkat. Kita kuli-kuli ni pun heran jugak. Tak kisah,lah tu rezeki dia,kan. apa kita nak heran-herankan orang. Kita kuli-kuli ni alhamdullilahlah, kita tak de nak marah-marah orang, orang pun kalau kadang tu nak marah pun sebab salah faham je.
So far life is good, kije pun ok. Tak le susah sangat pun kije kat sini. Kat Putrajaya ni. Apa lagi nikmat Allah yang kita ingin dustakan? Marah-marah, komplen-komplen, kalau terlampau sangat, tu kadang nampak islamik pulak. Apatah lagi dok jadi reporter, pengulas sapa kena leter, sapa beleter, apa bijik butir yang dileterkan, apa pula reaksi yang dileteri, dah macam CNN tak berbayar, memang lagilah tak Islamik,kan?
Lagi satu benda, kadang tu bila berhadapan dengan budak poli yang dah jadi bos ni, gak rase-rase, "dah kau ni benak sangat, bio aku je le buat kije kau" memang ada. Benda senang pun dia nak kecoh-kecoh, komplen-komplen. Tapi tu kita ni kuli-kuli dibayo gaji kuli yang pi rajin nak buat kije bos tu dah kenapa? kan? Buat bodooo sudaaaa---Buat kata my senior masa saya baru masuk kije dulu "kalau kau pandai, jangan tunjuk pandai sangat, besok, kau buat kije bos, tapi gaji kerani. Bos goyang kaki cukup bulan dapat gaji bos, kau jugaaakkkk yang sakit hati"
Kalau meluat tengok bos budak poli gedik-gedik, kecoh je lebih tu, kalu saya ubat dia terjun kolam, je atau mereceh dalam blog. Kalau ko gatal offer diri buat kije dia, aahhhaahhh sampai kesudah, kije dia jadi kije kau. Baik sikit hari tu je kau meluat, nanti jadi berhari-hari, berbulan, makan tahun, meluat tak sudah. Nanti kau juga yang stress. Sudah banyak orang tulis, hati kalu tak dijaga-jaga, boleh jadi sakit fizikal, tau! Dah helok-helok dapat kije senang, gaji, tak lebih, tapi ada gak sikit-sikit buat sedekah, belanja makan kawan dan family, jaga ajelah yang dah bagus tu,kan?
No comments:
Post a Comment