Tuesday, March 2, 2021

BUKU BARU 4

Sebenarnya ada benda lagi nak ngumpat pasal budak-budak acah modern ni, tapi rasa macam malaslah pula. Lagi pun saya ni sebenarnya bengang dengan derang ni, acah-acah ajak kurus badan, diet, senam, swimming bagai lepas tu saya diet, senam, swimming sensorang. Dia dah nak berkayaklah pulak. Geli-geleman betul tekak ni. Senam-briskwalk-open-gym-close gym(kat tingkat 7opis ni) FOC, swimming habis mahal kat Marina tu RM5 sejam, hari jemahat jam ladies hrs RM2.50. Kalau nak murah Kolam Perbadanan Putrajaya RM2, 2 jam hada---nak berkayak pulak dia. Iya tak iya jugak tak glemmsss tak instalah, FOC FOC cheap-cheap, ni,kan? Berkayakla baru nampak Putrajayan. Ko tahu berkayak kat Putrajaya ni berapa? Paling murah RM10 sejam.

Berkayak ni macam intersting jer.  Sekali sekala---buat kerek-kerek upload picture dalam FB, status bagai ni, iya dop? Masalahnya saya memang tak reti berkayak. Dah cuba, kayaknya tak kehadapan tapi berputar-putar di situ saja. Tetiba besok buatla mood berkayak dia macam mood, senam-gym-swimming dia, mampus haku, berpusing-pusing kayak aku kat spot yang sama lah gamaknya sensorang diri. Buat malu je lepas sejam budak jaga kayak tu kena tunda pulak saya ke tebing.

So I talk to myself, yang penting result. Tak kiralah kita achieve goal tu cara beshe-beshe je. Orang mampu kurus dengan bergaya, sila.kanlah---saya apa kebendanya gaya-gaya ni, buat pening kepala. You just be true to yourself la,kan. Especially kalau pempuan, dah nak masuk 40an tu, tergedik-gedik lifestyle acah-acah konon balance between hardwork, stress yaa amat and persuit for pleasure, baik rentikan. Kije opis saya ni idak le se stress mana pun. Opis orang lain tak tahuleh saya. Tak de stress jangan le nak tunjuk stress,kan?

Ok enuf membebel, kita citer pasal Buku baru saya tu--- o

Orang ada cheat day saya tak main le cheat day, saya cheat week he he--- minggu ni saya tak masak tapi makan kat opis. Opis seminggu ni ada bengkel, ada makan. Memang naik le berat. Not so much makan nasik lauk ayam, lauk daging, tapi sebab makan kerepek pisang tanduk. Bak hang buat kata officer saya pun, kerepek ni berhantu. Memang sedap kerepek pisang tanduk ni. Crunchy, lemak-lemak manis gitu. Chip-chip Mat Salleh pun kalah dengan Chip Pisang Tanduk ni. 

Harga memang mahallah---kalau kerepek ubi RM8, pisang ni RM20 hengget. Jauh beza harganya, kan? Tapi sedap, you. Ngap-ngap-ngap----berat pun sedap juga naiknya. Tak kisahlah sekali sekala,kan? Minggu ni saya tak dapat berenang sebab petang hari, cuaca mendung. Saya nak pergi kolam yang berbumbung, masa pulak tak kena. Slot free paling awal 7.30-8.30, hadoooiii dah malam dan kolam ni jauh sikit dari rumah. So saya senam ringan-ringan je kat rumah--- dah 3 hari ni berat naik 700gram. Dah nak sekilo tu. Hari ni gamaknya kena berhenti makan kerepeklah.

Orang lain makan juga tapi tak de kesan pada mereka. Saya baca-baca juga. Well biasala manusia ni berbeza. Kalau sekali tengok, kita nagisle, orang makan banyak maintain je. Kita makan sikit je dah gemuk. Tapi kalau kita ubah pandangan kita begini "bagusle kita tak perlu makan banyak, jadi jimat. Rugi derang tu sebab sedap makan-makan-makan, makan banyak, tapi kita makan sikit pun dah cukup"

Kalau kita fikir macam itu, mana lebih bagus? Maksudnya derang makan kerepek RM20 pun tak ada kesan, kita makan RM2 ringgit dah berkesan. So kita stop either at RM2 or lagi bagus, tak payah ambil lansunglah kerepek tu,kan. Ambil yang cukup-cukup aje untuk tenaga. Nanti terlebih ambil, badan pula naik. Kita ambil sayur-sayuran, ikan-ikan yang tinggi lemak dan nasi sikit saja. So bajet makan harian adalah lebih rendah dari mereka. Kita pun tak payah pening kepala nak fikir nak makan apa, nak masak apa,kan.

Tapi tu lapar??? iya lapar itu masalah. Saya sudah temui penawar kepada lapar melalui pembacaan dan perkongsian kawan-kawan FB saya. Punyalah terkejut saya rupanya kita senang lapar kalau kita suka benda manis, bergula. Manis tu tak semistinya pada rasa tapi pada kandungan gula. Nasi tak manis tapi bergula, gandum pun sama. So selain limit makan manis, minum manis, limitkan juga makan karbohidrat banyak-banyak. Makan sikit saja. Sehari makan sepenumbuk nasi. Cukuplah tu.

Mula-mula memang susah. Tapi la ni saya dah ok-ok je. Saya takla terus makan nasi sikit, tapi saya mulakan dengan tak minum air manis langsung. Gula putih memang saya cut terus. Lama-lama tu rasa ok je. Buleh je saya IF 23-1 (maksud puasa 23 jam, makan 1 jam window), tak ada masalah rasa lapar pun. Jadinya betullah tu sebenarnya makanan bergula yang bikin kita rasa selalu lapar. 

So saya akan guna kekdah yang saya belum lagi kira dan akan kira (tapi saya rasa paling murah) dalam menguruskan masalah berat badan saya. Puasa itu murah. Makan sihat yang terdiri dari sayuran hijau, dan ikan-ikan kaya lemak juga tak mahal. Kalau paling mahal dalam diet ini ialah beras dengan low GI index. Tu memang premium harganya. Tapi kau makan sepenumbuk nasi je sehari, jadi jatuh sama je regenya kau makan beras biasa berpenumbuk-penumbuk nasi tu.

Saya memang tak percaya nak kurus kena banyak duit, atau banyak duit baru boleh kurus. Mengarut. Banyak duitlah (dengan body yang Allah dah design khas untuk kita) boleh jadi lebih gemuk. Makan-makan-makan je kerjanya. Tapi kalau pokai, atau kalau duit cukup-cukup dan ada rasa nak beli benda lain dengan duit cukup-cukup tu, kita boleh juga jadi kurus dengan memilih makan yang murah tapi cukup nutrisi. Syukurla kita ni orangnya makan lebih sikit je dah gemuk,kan.

Kalau tak reti nak bersyukur juga tak tahula. Allah tu maha tahu, rezeki kita cukup-cukup untuk tubuh yang Dia ciptakan untuk setiap umatnya. Kalau pandai kira pandai bajet. Badan pun sihat, ada duit lebih lagi nak beli syiling emas ka, rantai tangan ka, nak renovate rumah ka, nak buat ibadah korban ka. Mesti ada. Kalau tak ada tu, mestila dah terlebih pergi ke makan. Cuma kita yang terlalu indulge dengan keseronokan makan-makan sehingga tak sedar ketidakcukupan itu sudah pun ditandai dengan berat badan yang dah terlebih-lebih.

Sebenarnyakan, bila saya nak masuk 50 tahun selain nak sihat, lebih penting lagi, ingatan saya bila dah mati besok. Saya tak naklah bebankan orang nak mengangkat mayat saya yang berat. Ada jugalah cerita-cerita mistik badan besar tapi ringan sebab malaikat tolong angkat--saya bukan ahli mistik. Saya guna logik je. Saya rasa logik tukang gali kubur juga bukan dia tahu pun ada malaikat dok angkat kerenda saya besok. Logiknya dia tengok kawan gemuk, sensiang dia dah gali kubur besar-besar dah. Kesianlah kat dia, kan? 



No comments: