Monday, March 1, 2021

Acah-Acah Modarnista

Semalam kata letih mengumpat orang---he he hari ni ngumpat lagi. Bukan ngumpat ni, tapi menegur. Nak tegur depan-depan bukanla saya takut, tapi buat sakit hati je sebab apa yang saya tegur, tips saya bagi ni takkan derang buatnya. Buat penat kita berleter je,kan. Apa pasal saya yakin sangat ni mereka tak akan ikut? Hurmmm saya sendiri pun tak terikut, macam mana nak suruh orang lain buat, he he--

Pandai cakap je,kan. Ok teguran, tips yang saya nak tulis hari ni, berdasarkan cerita bebudak fobia-Freemason-Dajjal ni jugak. Satu nama Freemason yang fames Rothchild. Penguasa Bank paling berpengaruh di dunia. Katanya---tak kisahlah apa powernya derang ni,kan. Saya tak minat pasal power mereka. Yang saya minat (tak taule betul ka idak, saya tak baca pun pasal mereka, saya dengar-dengar derang cerita jah--kalau karut, mengarutlah saya inikan?) Yang saya minat ialah sikap kedekut Rothchild ini. Memang kedekut yaa amat--- Bila dah kedekut misti banyak duit,kan? Duit tu dia pegi beli emas.

Kau ada boleh nak kedekut sangatka? --- Takkan, saya tak suruh pun kedekut, tapi berjimat-jimatlah. Tulah nak tegur budak acah-acah modern ni, kopi tu kalau boleh beli kopi Kluang, cap 434 je tak payahlah gigih nak kopi-kopi starbucks. Ko menganjing Yahudi-Kapitalis, tapi ko sanggup drive through Shaftsbury sana just for a cup of starbucks latte ka, hapa ka? Anti-Yahudi, tapi barang Yahudi kau dulu yang berbaris beli, cam no tu? Pelik. Hidup ini misti ada gaya. Dalam banyak-banyak Gaya, kenapalah Gaya Kapitalis juga yang ko agung-agungkan. Heran aku. Saya pun 2x5 jugaklah tu. Tapi tak mengapalah sebab saya awal-awal lagi memang dah declare "Ratu Kapitalis" hihihi... Bila saya cakap Ratu niiii my center of reference is Kapitalis yang efficient, yang cekap mengurus sumber. Bukan yang acah-acah minum kopi kat kedai hispter lepas tu habis bulan habis gaji. Kalau opis ada buat jamuan, ada mesyuarat makan minum kau hangkut tupperware barang 3, 4 bekas tapau bawak balik. Jenama je lebih, barang dalam makan-minum pejabat yang bersisa. Apa barang acah hispteeeerrrr----, kan?

Aish budak budak acah modernis nak ngubah Islam jadi paksi kuasa ni memanglah perangai tu geli-geleman bagi kita yang feeling Ratu ni nengoknya,kan? Mulalah berhalusinasi bercakap-begini, "Kau nak kalahkan aku, kau jati diri, pun caca-marba. Kalau kau ada segunung jongkong Emas yang aku ada ni, aku rasa tak sempat setahun habis kau belanja. Bukan perangai belanja-sedekah Ebit-Liew yang kau ikut, tapi aku rasa contoh shopping Rosma-Mansor-JhoLow yang kau ikut. Pasal apa? sebab masa kau x de emas, kau asyik meratibkan Rosma-JhoLow. Kau tak pernah sebutpun Ustz EbitLiew."

Tapi tak kisah, sesungguhnya saya amat berterima kasih sama Tuhan kerana menghantar si acah-acah yang memualkan ini. Kerna dari mereka saya dapat sesuatu  untuk saya ikuti, jadikan contoh---hurm apa dia? si Rothchild yang kedekut dan suka beli emas tu. Dia lelaki dia, dia banyak duit beli emas jongkong le, kita pempuan lainle macam-macam emas boleh kita beli. 

Dari mereka juga saya belajar macam-macam benda pasal nak kuruskan badan. Kenapa penting nak kurus sangat ni. ntah. Saya ni senang orang kalau asyik-asyik ceramah pasal gemuk-gemuk-gemuk, idaklah saya terasa sangat. Memang gemuk is not ohsem,kan. Kau dengar ajelah apa yang nak dia sampaikan. Bagusnya kita tahu, kita ni tak boleh makan banyak macam orang lain. Dah tak boleh makan banyak, tak ke jimat tu? Adalah duit  duit lebih nak disimpan. Harapnya, simpan-simpan-simpan, kutla hujung tahun ni boleh beli emas barang sejanggut udang, ok juga,kan?

Dari merekalah saya tahu nama Rothchild. Bila sebut nama tu saya membayangkan individu yang sangat ketat disiplin kewangannya. Apa yang saya belajar dalam kelas Finance mesti mereka amal, saya rasa-rasalahkan? Itulah saya sukala, cuma kau taulahkan disiplin Finance ni, tak kisahla apa pun, kalau dah nama disiplin tu memang menyakitkan. Tapi omputeh kata no pain no gain. Orang Melayu kata, "kalau tak pecah ruyung tak dapat sagu"--- begitulah kehidupan ini. Kena disiplin. Memang susahla bagi saya yang alah-bahai ni aje. Eh dah lama duduk Putrajaya ni kenalah jugakan jaga bab-bab ni. Kau taulah Putrajaya, ni, kan. Macam mana keadahnya.

Boleh jugala nak duduk sini, acah-acah itu, acah-acah ini, tapi the best things is dah diberikan peluang duduk di sini, kena berusaha sehabis baik, agar jadi warga Putrajaya seperti yang dibayangkan dalam Wawasan 2020. Tak gitu?



No comments: