Monday, June 17, 2019

Ini Semua Salah Atuk...

Saya ambil mode ada sorang kawan yang tak akan ngaku salah tapi akan salahkan orang lain, walau terang-terang salah dia. Memang saya rasa dia pelik, saya cuba untuk analisa psiko dia, tapi dia cepat-cepat tak nak kawan dengan saya.

Hari ini kalau cakap hal ekonomi, macam semua tak menjadi. Macam-macam atuk buat, tapi tak jadi-jadi. Kalau pun katanya lepas raya hari itu baru nak jadi sikit, dah kecoh pasal Video Jamuan Rayalah pulak. Last-last pakar ekonomi yang dulunya kemain pandai bercakap dah serender dan suruh kita "brace ourselves for the hard time" dengan sempat dia nak nyalahkan skandal 1MDB jugak tuh.

Like I said before, saya tak ada nak komplen apa-apalah, atau nak salah sapa-sapa sebab saya tahu dari cakap nabi dan pengalaman saya sendiri. Nabi cakap zaman lepas dia akan jadi teruk, makin teruk, teruk, teruk, teruk, sampailah kiamat nanti. Dari pengalaman kerja pula selalu kita dapat bos teruk, kita nak ganti, dapat ganti makin teruk, teruk dan teruk. Jadi saya belajar untuk tidak banyak komplen. Memanglah takut kalau melawan kut-kut kena buang kije, tapi lagi takut lagi kalau dapat ganti dapat yang lagi psiko, lagi teruk dari yang dulu.

Dulu kita merentan ramai-ramai tolak UMNO-BN, kunun PH lagi baik, last-last blem setengah penggal ramai dah tak tahan dan merentan-rentan macam-macam. Nak minta pilihan raya awal,lah nak itulah, nak inilah. Aik kalau korang terlalu jauh dari Nabi, tak ingat pesan nabi yang zaman ini gantinya akan lagi teruk, teruk dan teruk, takkan kau tak tahu yang ko andalkan nasib untuk bawa perubahan tu memang teruk, teruk dan teruk pun. Hah padan mukalah kita dapat yang teruk, teruk dan teruk pada hari ini.

Saya pilih untuk seek to understand dan bertabah. Saya tak suruh semua orang jadi macam saya sebab kita ini manusia memang Allah jadikan berbeda-beda. Benda teruk memang kita kena khabo itu teruk, jangan buat. Ammar Maaruf, Nahi Mungkar. Macam saya kije audit kalau jumpa benda jahat kena report. Itu terpulang bos nak terima ka idak. Idak pernah lagi plak yang dijumpa disorok-sorok, semua kena, cuma kalau kena tu, tak seperti yang kita idam-idam. Kita nak semua masuk surat khabar kena jel belaka, tapi kalau ada kena jel pun orang yang kita tak kenal. Contohlah eh 1Bestari Net, kita harap Menteri dan Che Besan yang masuk lokap, tapi setakat kena denda, dan yang kena tu, kita tak kenal, pun. ntah sapa-sapa pegawai ntah.

Idaklah saya merentan-rentan nak juga Che Besan kena lokap. Dah kena, lekat, tu udah-udahla ya. Gitu.

lagi kita nak komplen pasal apa? Gutter politic? Politik cha keting? Itula dia dari dulu pun. Politik orang Melayu ni memang politik chah keting, pun. Baik politik pejabat, apatah lagi politik negara. Kau nak tengok apa? Pasal politik chah keting, bunuh kerekter lawanlah kita jadi teruk hari ini. Kita memang dah tahu dah, politik jenis boleh mengancam tamadun Bangsa. Pantanglah orang berbakat nak naik sikit, habis kita selongkar selidik, apa aib dia. Kalau tak ada kita ada-ada,kan. Kita ini orang Melayu Islam, tapi kenapa buat macam itu ea.

Ntahlah itu satu perangai Melayu yang saya sangat tidak faham____ bukan tak faham, saya cuba nak faham, tapi samaada saya takut nak duduk dekat-dekat dan analisa psiko pembunuh-pembunuh kerekter ini, atau dia dah cepat-cepat lari, tak nak duduk dekat-dekat saya. Uina kau kawan dengan orang besar-besar negara ka. Idaklah gitu, aku cakap pasal geng-geng karas pejabat yang suka main politik buruk-burukkan orang depan Bos.

Politik pejabat ini sama jak dengan politik negara, cuma idaklah sampai berbidio-bidio. Tapi kalau pejabat SPRM tu ada yang bini ea jatuh sakit hati kerana video, laki eh pulak katanya kena pencen awal. Kenapa kalau tak suka dengan so & so sampai nak bongkar, cerita, ulang-ulang cerita aib, kekurangan yang ada. Itu saya berani berangan je, yang sipembunuh-pembunuh kerekter ni kena jel, pastu saya interview dia masa dia duduk dalam jel. Prof saya cakap, orang dalam penjara sana lonely, kalau mai pi interview dia, mesti dia cerita semua.

tu berangan ajelah. so far mana ada orang masuk jel sebab bunuh kerekter orang?

Oklah enuf membebel, enuf dok nak buat cerita ini semua salah Atuk. kau yang undi Atuk balik tu sapa suruh. kunun rindu zaman Atuk. Rindulah sangat. Hah raya-raya ni dah lepas rindu dah ke, dapat tengok video lucah orang politik? Saya tak kata Atuk yang buat, tapi kalau Atuk tak buat hal sampai ramai cerita Atuk sebona ea nak JEMIN esKream jadi PM-08, bukan Bang NON, benda ini tak akan berlaku, tau!!!!

No comments: