Monday, June 10, 2019

Sambung bebel....

Ini sambungan bebelan semalam...


Raya tahun ini memang saya tak bukak media social sebab saya tertinggal hp di Putrajaya. Saya tau si Koya tu jadi ketua SPRM pun melalui berita TV. Sebab hp tak de di tangan saya boleh tertanya-tanya seorang diri je bila dapat tau DSAI meroyan tak puas hati pasal Koya.

Saya tertanya-tanya DSAI ada skandal jenayah komersial apa? Jenayah Penal liwat, ada,lah. Liwat tak masuk SPRM, pun. Adakah PM merancang another naratif dan kali ini si Koya digunakan sebagai perawi macam beliau guna Clare Rewcastle Brown untuk merawi kejatuhan Najib. Dalam hati saya berkata begini "dah nyanyuk apa orang tua tu? 1MDB Najib pun peguam negara terkial-kial nak bina kes, nak tambah lagi satu naratif projection DSAI pulak?"

Bila saya pulang ke Putrajaya dan bukak FB semalam, tak payahlah saya nak bertanya-tanya dan membawang apa-apa sebab sudah jelas yang si Koya ni kerjanya bukan mengarang, tapi memadam cerita. Cerita apa nak dipadamnya? Tunggu ajelah. Saya nak tulis pun barang tak pasti. Kita tunggu adakah DSAI dapat jadi PMke-8.

Yang saya boleh tulis, si Koya ni geng-kartel dalam PKR. Dia tak sebulu dengan DSAI. Kepala dia adalah Abang Jimin Askream Jamban (AJAJ). Jadi saya kira si Koya ni kerjanya nanti lebih kepada memadam apa-apa cacat AJAJ agar AJAJ nampak lebih hensem dan bergaya dari DSAI untuk mengepalai negara andainya PM pergi jua.

Adakah Akak Jijah akan berdiam diri? Kita tengok ajelah sapa yang memang. Rasa macam payah Jijah Barah nak naikkan laki dia jadi PM ke-8 tanpa belas ihsan PM. Lantikan si Koya menampakkan benar PM tak mau DSAI ganti dia. Tapi tu PM ni politikus No 1 dunia. Kita tak tau apa ada dalam kepala otak dia.

Ramai Kartel follower kata AJAJ lagi baik dari DSAI dan mewar-warkan PM lebih suka AJAJ dari DSAI. Ramai juga yang dah excited dengan lantikan Koya. Koya umpama wirawati perang yang akan merintis jalan HERO AJAJ ke puncak kuasa. Pergh.... what a drama, kan? Lagi hebat si Koya ni dari Claire Rewcastle Brown.

Tapi ntahla politic animal like PM memang sukar kita nak ramal apa ada dalam kepala dia. Inilah yang bikin saya tak sabar-sabar nak tahu apa akan jadi pada 2020 iaitu tahun yang dijanji PM untuk turun takhta. Adakah dia akan turun dan serah kuasa pada DSAI seperti yang dijanjikan, atau dia tak turun-turun terus, atau dia turun jugak, tapi bagi kat orang lain. he he

No comments: