Monday, August 27, 2018

Me, Penulis???

Kawan baik saya yang saya kenali dari laman sosial sastera, ada juga menggalakkan saya menulis untuk majalah keluaran tempat dia bekerja.... cerita pasal menulis ni bermula di A Level. Saya dapat pujian dari guru bahasa saya. Katanya tulisan saya unik walau grammar saya berterabur.

Grammar wise sampai hari ini pun saya main tibai, saja. Saya langgar semua rule. Masuk tahun pertama, pensyarah saya menasihati agar saya amalkan menulis sekurang-kurangnya satu paragraf sehari. Sudah tentula pasal seni bina, sebab masa tu saya belajar seni bina.

Tapi tu semua-semua tu, saya tak buat sebab tak lama selepas itu saya sakit mental. Bila ada blog bagai, saya gatal tinggal komen kat blog orang sampai saya "kena-sound" untuk tulis blog sendiri. Blog lama saya tu teruk jugalah saya kena belasah. Sapa yang belasah, atau dari pihak mana saya tak periksa. Ai tak kecik ati sebab Ai tulis untuk suka-suka aje.

Lepas tu ada pula cakap-cakap pasal penulis mesti berfikir. Pemikir bla bla bla....Menyelamat dunia dengan mata-penalah, apa-apalah yang menglorify kan kerjaya penulis, ini,kan? Saya cakap dalam hati, hurm kerja kerani akaun ok juga. Tuhan tak kata pun kalau kau jadi penulis, kau gerenti masuk syurga. Ada juga kejadian tulis-tulis dapat dosa. Contohnya tulis kontot-kontot, jelik, beremosi, bersifat paranoid menghasut ada maki-maki, mencarut, tulis novel, cerita lucah, erotis, porno-semi-porno... hah! Baik jadi kuli gomen jeeerrr... kalau nak meingkatkan ilmu, kerjaya ka-pun, biarlah dalam bidang ini (kewangan) juga. Kita "jaga" bidang sendiri dari menyibukkan bidang orang, iya dop? Apa jadahnya  nak tukar bidang sastera-penulisan, nak jadi sasterawan seksi, jaguh penyelamat sastera Negara? Kau punya bidangpun tak terkawal, haru-biru dengan skandal sana- skandal sini, merata-rata, seantero dunia.

Minat menulis, ada idea unik, boleh bikin orang gelak guling-guling, pada masa yang sama dia guling-happy, ada pulak terbako-berapi, tak semestinya jadi penulis, kan? Kau nak dengar sorak guling, ka? Atau dengar bunyi gunung berapi meletoooppp? Akhirnya saya pilih untuk dengar cakap yang dah terbako berapi. Sebab saya tahu, tulis kontot berapi frinjan akan menjadi kegilaan pada masa akan datang. Ramai nanti tu orang nak tulis frinjan-seksi yang kontot-kontot. Tak payahlah saya pun sama sibuk nak menambah bilangan mereka. Orang nak tulis comel-comel-lembut, berhemah, kurang. Saya nak tulis comel, tak reti. Jadi tak usahlah mengada-ngada berangan nak jadi "Ayu Utami Malaya", kakak marhaban kampung, weehhhh!

Dalam entri semalam saya ada cerita,kan, saya masih lagi terbayang marah kawan pasal penulis-sekerat belut-sekerat ular (menulis menggunakan bahasa rojak)? Hah, pagi ni saya bukak FB saya baca pesan penulis/wartawan tersohor negara agar ilmuan menjaga kelaku dan kata-kata. Saya bukan ilmuan,pun, cuma kuli-kuli saja. Tapi saya nak feeling sekejap, kononla lepas master ni saya amik Ph.D, tak lama pastu, pangkal nama saya ada Dr. Hesh! orang feeeling aje, lah. Ko ingat saya rajin nak sambung Ph.D!!!. Cukuplah Master ni. Dah nak putus urat perut, membaca, menulis, salah tulis,tulis balik, rasa macam orang gila. Nak sambung Ph.D? eeeiiii ya ampun. Saya nak juga relek-relek, jalan-jalan, bercuti, travelling, kan? Dah la tu enuf berangan keras menulis.

Berbalik pasal nasihat kepada orang berilmu ni, tak tahu sapa yang ditujukan. Lagi berilmu, lagilah kena jaga rukun Negara ke 5 iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kalau budak tak sekolah tinggi, school or college/ uni dropout bolehlah kut buat perangai celupar dan lepas laku. Cubalah bayangkan kalau dah level menteri, Associate Professor, full Professor, buat perangai serupa.

Kita memang tak boleh halang orang, waima Professor atau Pak Menteri, nak berimej celupar, "menanggal, membiar baju keilmuan busuk tak berbasuh atau dikotori mulut dan tangan dari menaburkata tanpa sempadan" saya quote and unquote kata penulis terkenal tersebut.

Pada masa yang sama adalah amat absurd juga jika saya, kuli-kuli sahaja merasakan diri ini serikandi yang dianugerahi mata pena bermukjizat yang wajib diguna untuk menyelamat dunia dari ntah apa-petaka tah, (bab petaka tu kau name-it-lah sahaja, ya, sebab kau lagi expert, pakar). Jadi baik pakai imej biasa-biasa tapi mesra masyarakat timur. Macam-macam boleh pakai, contohnya Kakak Marhaban, pengurus kumpulan baca Yassin taman/kampung, Makcik geng-bikin kueh, bikin kek orang "mengaji" kat surau, or ketua pot-luck pejabat dan lain-lain.

Imej-imej ini tidak kalahpun dengan imej serikandi penyelamat itu-ini. Walau sederhana, kekampungan, sekadar di pinggiran, jika istiqamah-jaga adab, dan budaya wanita timur, itu juga tanda kekentalan dan semangat juang perempuan Melayu dalam mendepani arus zaman yang penuh pancaroba ini. Pendek kata tak apalah kecil, sederhana, tidak didendang, asal berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Sunday, August 26, 2018

WTF am I doing?

Cerita menteri saya lagi opss, kami....

Kecoh lagi mamat tu. Kali ni pasal akronim CERTOT....

Memang tak pernah terlintas di fikiran bahawa certot  yang berasal dari akronim Cerita  + Kontot ini pernah jadi polemik rupanya. Tak kisah. Yang penting sekarang menteri dah guna perkataan tu, esok lusa bule masuk kamus...

Bila cakap pasal kontot kontot ini tak tahula kenapa benda kontot sangat apa ea, sensitif dan menjadi isu pada sesetengah orang. Mujurlah kontot is not a big issue in finance, auditing and accounting. Kami ini lagi kontot lagi bagus, as long as apa yang mau disampaikan tak lari.

In another word

"If you can write same massages and I can understand the whole thing without any point, missed in lesser word, then you are a genius"...

ok enuf pasal kontot, mari kita cerita pasal sekerat belut sekerat ular....

Saya pernah kena marah sebab online best buddy saya suka tulis sekerat Melayu sekerat English. Itu saya fahamlah sebab pemarah betul-betul meledak kan emosinya bak gunung Pinatubo yang tengah meletus... Saya cakap dalam hati owh tak bule rupanya cakap separuh English separuh Malay. Owh takutnya saya!!!.Apapasal pulak kawan mengular-belut, saya yang kena? Dia nak marah kawan, dia tak kenal, jadi dia sampaikan rasa marah dan kecewanya pada saya. Dia pesan/ AMARAN "jangan sampai kau jadi macam kawan kau itu!!!" Aku telan liur, budak sekolah sains jumpa another budak skola sains, biasa aarrr cakap ular-belut, kan?...Masalahnya kami bercakap online, orang pandang tak bule padam... kalau cakap berdepan, itu tidak mengapa. lepas cakap hilang, lepas cakap hilang. Kalau online tak hilang-hilang, bimbang nanti merosakkan bahasa.

Soon after that another friend kata "buleh bah kalau kau mau belut-belut ular-ular itu, tapi ko bikinla dalam conversation"

Pulak dah? Rupanya mereka berseminar, berbahas bagai pasal benda alah ini....Mereka panggil benda alah ni sebagai "Fenomena Bahasa Rojak". Tak kisahlah apa keputusan rojak ini. Pada masa itu saya sudah mula bersekolah. Bahasa rojak bukanlah masalah besar bagi saya, sebab saya sudah mula mendisplinkan diri untuk menulis dalam satu bahasa sahaja. Takut saya terhadap kawan yang marah rojak juga masih bersisa. Ayat "jangan sampai kau jadi macam kawan kau tu!!!" masih terngiang-ngiang lagi.

Bila CERTOT ini keluar semula, saya fikir begini, kau nak ular, nak belut, kalau idea sampai, kau tulis lah haja... hari ini mungkin menyakitkan hati ramai orang, mana tau besok lusa ada menteri suka berular berbelut, well then, pasti ular belut sudah tidak jadi issue lagi.

Sempena meraikan bagaimana CERTOT naik ke kamus, saya nak berpantun ular-belutlah pula, atau mereka kata rojak... soo... jom merojak:-

Bunga baby breath, bunga seroja
Dibikin corsages semat di dada
Kami ini manis-manis aja
Tak punya musuh, senjata pun teda

Dibikin corsages semat di dada
Untuk dipakai gadis rupawan
Tak punya musuh, senjata pun teda
Cuma tak sengaja ter"bako darah" kawan

Untuk dipakai gadis rupawan
Bertugas  meng"usher" pemimpin berusia
Cuma tak sengaja ter"bako darah" kawan
Janganlah tuan, amik port sangat, ya?




Thursday, August 16, 2018

The Roots

Antara cerita TV yang mak akak suka ialah kunta-kinte.... Mak kata cerita ini berdasarkan novel the roots. Saya tak follow pun cerita tu sebab ditayangkan agak lewat malam dan ada sekali follow, asyik orang sebat orang aje. Saya tak suka cerita macam itu.

Bila sebut Roots mean akar kita, bangsa kita. Mak pot pet pot, ghairah benar dia bercerita.... Yurp mak memang passionate orangnya, berbeza sangat-sangat dengan saya yang super cool, super slow, macam sloth  sampai mak risau dan saya pernah kena marah begini "kau ni kalau ulo, tidur sebelah kau pun ko sayangkan tidur, kau, kan!!!!"

Semalam saya agak sedih bila tau yang ramai kawan saya dah tak makan nasi. Saya pun dah berapa hari dah tak makan nasi. Sebabnya saya malas nak masak nasi. Saya makan roti whole meal aje. Lagi pun saya dapati berat badan saya akan cepat naik kalau makan nasi.

Saya teringat masa kecil-kecil, my grandmother will fuss over me about eating my rice. Once my mom even threaten me not to cook for the rest of my life if I refuse to eat rice for lunch. How rice was so important to our lives before. But now we are no longer needed rice as we lives a sedated lives.

Begitula saya lihat yang saya sudah jauh dari akar saya. Becoming ntah apa tah. Agile is the word? Yeah may be? Perjuangan kita untuk terus bertahan dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kanak-kanak kita. Bagaimana kita yang berasal dari petani, berubah ntah jadi apa tah? Nenek bertani hingga akhir hayatnya, half through of my life, my mom kije kilang to support the family. To bring me to school. "Harapkan bertani memang tak cukup belanja" kata emak.

And then, me kije pejabat, kije gomen. Sepupu-sepupu saya, ada jadi cikgu ada jadi pegawai, ada kije dengan gomen, ada kije swasta, macam-macam. Non of us jadi petani macam nenek. Hari ini masing-masing dah tua, yang dah nak pencen pulang semula ke desa. Kesian tengok anak-anak. Nak panjat pokok pun pakai tangga. Alahai....

Begitulah...

One of my cousin dari sebelah ibu, sedang bertani, keadah fertigasi. Wah kemain sedih lagi ibunya. Nasib baik ibunya tak macam mak saya. Hurmmm... kalau tak mental budak tu jadinya. Dulu, dengan bertanilah mak ayah sekolahkan kami, anak-anak kampung sampai ada yang belajar ke luar negara. Hari ini bertani jadi satu pekerjaan yang orang tak pandang, pun.

Ada jiran kami yang bertani, tanam sayur-sayuran. Mak ada juga membawang sikit-sikit. Iyalah, ko tu belajar sampai masuk universiti, tapi kerja tanam sayur, bukan mak kata nak kaya. Mak kesian dia kerja susah-susah, kata mak. Saya kata pula, biar lah asal badan dia sihat, boleh makan nasi banyak-banyak, tak payah pergi gym, jogging bagai. Buang duit je.

Tapi mak-mak kami sedih bila adik-adik bertani. Kesian dia, penat. Ya mak-mak kata mereka semua pernah merasa bertani, penat gileerrr, duit tak seberapa. Kerja kilang penat juga, tapi duit masuk. Jadi suri rumah pun penat juga tapi tak payah berpanas berhujan macam kerja di ladang, di sawah.

Itula ceritanya. Saya simpati dengan sepupu saya yang memilih bertani itu. Saya harap dia berjaya. Besok pencen bolehlah saya tolong petik cili. Tapi ntahlah kalu semua orang perempuan dalam rumah (kecuali saya) asyik pot pet pot pet sama dia, berapa lamalah tu dia akan bertahan agaknya, ya?



   Saya mendedikasikan kesedihan dengan karya terbaru saya "simple, basic aquaponics"...

Wednesday, August 15, 2018

Lagi lagi Menteri kamiiiiiiiii, juga.

oh lagi satu, sambung lagi cerita yang lepas...

Disamping itu, pengadu, sempat juga mengata semacam warning, "Menteri adalah ahli politik, dan dia akan laksanakan manifesto PH". Bila dah semacam ada nada warning tu, saya faham manisfesto yang mana satu. Takkanlah manifesto, tangguh bayar PTPTN sampai gaji RM4,000.00, itu, kan?

Ditambah pula dengan mukadimah di awalan cerita yang tidak ada pembaharuan baru pun dibawa menteri, bikin 'my auditor's sceptical mind' berkata begini:-

"eish,...Pegawai ni mengadu hal/bercerita, untuk mengadu hal atau, ini satu agenda pihak tertentu untuk menghasut kakitangan bawahan agar membenci Menteri?"

Tapi 'my sesama muslim berkasih-kasihan mind' menyangkalnya dengan berbaik sangka bahawa cerita negetif yang dibawanya itu bersifat peribadi. Jadi mari saya tambah lagi rasa meluat pegawai terhadap menteri. Ala, apa yang baru yang dibawanya? Membaca?.. kempen membaca, dari dulu lagi pun dah ada perkara tu.

Gersang, kontang idea sangatkah Menteri kami, tu?

Sebenarnya penyakit Menteri, bos tak guna ini memang tak ada black hidden agenda-menghasut benci-Menteri dari pihat tertinggi lain. Memang peribadi sesetengah penjawat awam yang  begitu--dari hawa-nafsu dia sendirilah tu.  Kementerian lain saya tak perasan sebab saya banyak di Pendidikan, dari PPD sampailah Audit Dalam. Lebih dari separuh perkhidmatan saya yang selama 18 tahun ini dihabiskan di Pendidikan, bersama guru-guru "turn" pentadbir, ahli birokrat.

Yang saya perati pada kebanyakkan mereka, tak ada satu pun bos yang baik. Semua tak baik sampai saya rasa pelik kalau tak baik macam mana boleh jadi ketua?

Tak kisahlah, budaya memperlecehkan bos sendiri, patut kita buang jauh-jauh. Manalah ada manusia yang sampurna. Kalau dicari yang buruk, maka yang buruklah akan terpancar. Bila dah buruk, mesti kita rasa tak best nak pergi kerja, stress sana, stress sini. Cubalah lihat the positive side of your leader. Mesti ada kelebihannya yang membawa dia menjadi bos kita, bukan kita jadi bos dia.

Macam Dr Maszlee ini dia ada PhD. Betul tak semua benda yang PhD holder tahu. Bukan bererti kau ada PhD semua benda kau tahu. Agak-agak kalau ajak dia tanam coral, ntah-ntah, berenang pun dia tak tahu, suruh naik bot pun dia dah mabuk laut. he he. Tapi tu, Umur belum 50 sudah tulis 60 buku. Itu satu pencapaian yang sangat luar biasa. Kau yang dok kata menteri tak ada idea baru tu, dah berapa buah buku yang kau tulis?

Point ke dua saya:-

Like I said before, he went to UK to study governance, and I am looking forward for the improvement that he will introduce in improving public sector governance??? or shall I say it is more likely;- promoting, advocating good governance in Malaysian Public Sector.  I guess we should read his paper, or if reading an academic paper is difficult, for some of us, let invite him to talk about what he has written.

Let deviate our mind from overthinking, or worrying so much about PH "perceived dangerous" manifesto, by listening what he has said/written on governance. I've study corporate governance last semester. My lecturer, an Assc. Prof, Deputy Dean (research and innovation) of Accounting faculty  used to call it as capstone-course. Though, what I've learnt in previous semester only cover corporate governance, surely public sector governance will be adding colour/enriching the topic. I believe it is the topic that close to an auditor's heart and governance is the topic that we would love to hear. Maybe some of us has a different view on governance looking from auditors' point of view.

Tak kenal, maka tak cinta. Kalau kawan mengadu kita dengar, ada baiknya kita ajak kawan untuk mengenal dan mencintai, dari terikut-ikut dengan emosi negetif dia. Kalau dia kata NO, atas apa alasannya sekali,pun. Yang nak berkerja kita. Seronok ka kalau kita termakan hasutan kawan? Seronok ka jika bekerja dengan perasaan "terbuku"/"bengkek" di hati terhadap orang atasan kita?

Monday, August 13, 2018

Post PRU---MENTERI KITA MENTERI MESRA SOC-MED

Saya memang dah jangka kalau PH menang memang ada orang yang akan bising, walau sebelum tu dia juga yang pangkah PH sebab bengang dengan BN, atau lebih tepat NAJIB. Asal bukan Najib.

Semalam pun ada cerita off-record pasal our new Menteri. Begitu, begini, bla bla bla. Ada pegawai dah terasa yang Menteri "tak pandang" unit dia, tak pandang itu ini. Dia mengeluh, la ni menteri main karangkraf, Astro Awani jak. Astro, Karangkraf oklah juga, Malaysiakini tu? Bayangkanlah once most hated media, kini jadi darling, tak berpeluh ko nak cium-molot dengan "dia" yang ko ludah-ludah satu masa dulu?

Lagi satu, kena belajar layan tweeter, layan soc-med. Hah! Yang ini, kalau saya kena pun, aku rela letak jawatan dari jadi pegawai tweeter.

"Menteri tu muda lagi, kita patut ajar menteri pasal protokol" ujar salah seorang dari kami. Tapi pencerita berkata begini;

"Bila dia cakap tuan jangan layan sangat tweeter"

Menteri jawab "saya pernah berada di kedudukan pengadu. Saya tahu apa rasanya jika tidak dilayan"

Haiiii hai mujurlah kami ini Juruaudit yang memang dalam ByLaw ada Auditor independence. Independence, of mind and appearance. Jika tidak, haru juga nak melayan rungutan dan sungutan rakyat. Sebagai auditor, tukar gomen pun kami tak perlula nak agile, nak bermesra-mesraan sangat ngejas itu ini. Polite tu memang kena, tapi nak berdarling-darling sana-sini, itu tidak perlu.

Pada pegawai yang itu, memang saya simpati dengan nasibnya. Kesian, dah nak puluh tahun dia belajar untuk buat pekak, kini dia kena ambil cakna, belajar berkicau, sana-sini, Ya Allah... syukur sangat-sangat dengan kerjaya yang Engkau tetapkan untuk hambamu ini.

Saya ada masa untuk fikir pasal what will I do when I pencen..... ya saya berangan nak tanam coral. But before that saya kenalah ada lesen menyelam. Cerita lesen tu mati macam ini jerk ek... eh tak buleh jadi ni. Saya perlu turun ke kolam.

Gitulah dia, sekali ko berenti turun, ko nak turun balik memang sekseeee, tau!


Thursday, August 9, 2018

MENTERI dan KETUA MENTERI KITE

Lepas PH menang ni macam-macam lah kita dengar ada Ketua Menteri Syiah, Menteri Wahabi Liberal, macam-macam. Yang tak siok Ketua Menterinya Ketua Menteri Melaka. Saya orang Melaka. Menterinya pulak Menteri Pendidikan. KPM tempat kerja saya. Apalah suwehnya iya saya berketua Menteri dan berMenterikan orang macam ini, ya? Sedangkan dalam PRU yang lalu saya tak pangkah pun PH.

Begitulah ceritanya bila kita dah kalah. Namun tak pula la saya rasa stress, nak berenti kerja, nak migrate bagai, sebab so far keadaan tetap macam biasa aje. Macam itu juga. Kata GST dah hapus, barang turun, idak juga turun lagu tu juga sebab sebelum turun pun most of barang keperluan saya adalah zero GST. Orang-orang kaya tu mungkinlah derang rasa barang turun bila tak ada 6% GST.

Kata gaji RM4,000.00 baru bayar PTPTN pun tak jadi apa. Begitulah tak ada apa yang berubah sebenarnya, kita tetap macam ini, cuma kita makin rimas orang mengata menteri kita, ketua menteri kita begitu begini.

Mujurlah saya baru lepas belajar Islamic Finance dan saya rasa apa yang berlaku dalam Islamic Finance samalah macam menteri dan ketua menteri saya. Ketua Menteri saya tak ada masa nak skodeng sangat. Menteri ni sebab dia fames, buku tulisan, youtube dia melambak, senanglah saya nak "baca".... Saya kata dia sama macam berbalahan kata mengata yang berlaku dalam dunia Islamic Finance, sebab dia memang sama. Sebermulanya dari Sacred Intention. Kalau dalam Islamic Finance Sacred Intention(SI)nya nak riba-free financial product, dalam cerita menteri, pula SI nak mesra warga dunia. Menteri kita ni asalnya pendakwah, senang cerita dia ustazlah, yang bersyarah di Universiti Islam Antarabangsa kita. Nak mesra dunia dia pun pergilah buat PhD dalam bidang Governance di UK sana....lepas tu masuk politik, menang dan jadilah dia Menteri Pendidikan. Itulah cerita dia.

Cuma saya tak pasti para pengkritik menteri ada tulis akademik paper yang tunjuk bukti bahawa, SI untuk menjadi mesra warga dunia telah lari dari landasannya Islamiyah nan-suci. Punyalah nak mesra sampai bukan setakat laga-laga gelas minuman, cium-molot jah, telanjang bulat pun sudaaaa....., skin tu skin tak de barrier, barulah mesra. Hah dia gituuuhhh. Nak mesra punya pasal,kan. Ada tak video yang macam-macam itu? Kalau dalam Islamic Finance tu memang dia tunjuk satu persatu betapa sudah larinya kita dari SI kita yang tak nak makan ribaaaa.

Macam itulah,kan.

Tapi tak kisahlah, lari ka tak lari, kita jangan pulak jadi golongan "takfiri" yang sibuk kafir mengakafirkan orang.

Saya teringat kawan baik saya di Sabah sana yang beragama Kristian, kata dia dalam bible ada cakap

"sayangilah musuh anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri"

Sohih ka idak tak kisahlah. The gist of it nak sayang menyayang, kita janganlah sakitkan hati orang. Tak ada apa yang lebih sakit atau pedih selain dari dituduh kafir, kan?

Kita nak jadi macam Syria, ka? Asal kafir aje kita kena bunuh, rogol walau jiran baik kita yang banyak tolong kita? Awak nak jadi pembunuh, perogol? Nauzubillah.


Onar Marina Part2...

Sambung cerita semalam....

wah masih viral, masih hangat lagi pasal perjuangan Datin Marina Mahathir ni. Baguskan ada Datin macam ini, sekurang-kurangnya kita bercakap pasal ini dari mendiamkannya diam-diam sahaja tanpa pembelaan.

Sekurang-kurangnya orang mau bercakap dan bercerita. Cerita agak sedih....

baca di sini....

kan? Kalau tak ada Datin, belum tentu cerita begini sampai ke mata kita untuk dibaca.

Cerita-cerita pasal LGBT, kan saya ada satu cerita yang diceritakan oleh ofismate saya. Cerita pasal kawan baik suaminya.....

Kawan baik suami offismate saya memang hensem tapi masih single sampai sini. Kalau dah hensem, kerjaya pula tu stabil ramailah mulut yang bertanya,kan. Susah hati kita kalau kawan kita yang macam itu masih menyendiri.

Tapi kawan cool tak kawen-kawen sampai kini. Pada sahabat baiknya dia meluahkan rasa hati yang dia memang tak ada nafsu kat perempuan. Kalau dengan lelaki seronoklah pula rasanya. Dia cakap dia lebih suka tengok lelaki dari perempuan. Pun begitu, idakla pula dia mengunyit.

Saya tak tahulah if cerita ini betul, atau rekaan ofismate saya aje. Tapi saya tulis atas apa yang dia ceritakan pada saya. Mungkin bila cerita Marina ni hangat, ada individu-individu suci sebegini boleh tampil bercerita.

Dengar cerita orang memang best, tapi malaslah nak dengar cerita viral LGBT ni, kan. Dari zaman Nabi Luth lagi dah ada cerita derang, eeeiii tak boring ka dengar cerita sama ulang-ulang...

Saya lebih suka tengok video macam ini. Hari ini saya tengok besok lusa harap dapat join usah-usaha sebegini.

Tuesday, August 7, 2018

Onar MARINA???

Tanjat gugurlz bila buka FB tetiba ada mamat marah-marah dalam sana. Hoiiyooo marah betul dia pada pepuak LGBT ni. Kenapa dia marah sangat? hurmmm pasal gempa di Lombok.. Target sasarannya adalah anak Perdana Menteri kita. Apa pasal gempa di sana Marina yang kena marah?

Well, jalan fikir mamat itu begini,

eh memang saya tak boleh baca jalan fikirnya. Apa kaitan perjuangan Marina membela kaum LGBT ini dengan gempa di Lombok.

Tapi mamat tu kata, Lombok dah gempa, sikit hari tak mustahil nanti Malaysia ini akan terbelah dua dek gara-gara Marina. Haloooooo adakah gempa di Lombok disebabkan oleh kaum ini? Setahu saya Negara barat sana semua ok dengan LGBT. Ada negara yang berPMkan lelaki gay, ok jak tak gempa pun.

Hensem tak Isteri Aiiii?

Di Malaysia ini pun saya kira LGBT dah lama berkembang pesat. Saya tak menyokong perjuangan Marina. Tapi cuba kita fikir begini. Jika Marina berjaya, apa akan jadi? Malaysia kan terbelah dua? Nauzubillah. Kita doa yang terbaik. Kalau Allah boleh beri ehsan kepada Laxembourg yang berPMkan lelaki gay, kenapa tidak DIA yang Maha Pemurah ini memberi perlindungan pada Negara yang kita cintai ini?

Hopefully Allah tidak hukum kita macam Allah hukum penduduk sodom. Jika semua ok aje, tiada gempa jika Marina berjaya. Apa akan jadi? More lelaki yang selama ini hidup berpura-pura akan "come out of their closet". Ini akan menyelamatkan banyak orang. Menyelamatkan wanita tak berdosa dari mendapat penyakit kepada lelaki dua alam ini. Wanita pula akan jadi Lesbian? Saya ok jerrr...berapa ramai kawan-kawan saya yang pondan, saya tidak pula terdorong nak jadi pengkid pun. Yang dah jadi pondan memang kita nampaklah, yang pakai kawan saya? Don't tell me ko naif sangat fikir derang menaji sesama sendiri, NO! Pasangan mereka adalah lelaki yang kita nampak normal hokey??? ko tengoklah teman lelaki si Sajat dan si Saffee tu... sikit punya macho.

Ok berbalik pasal pertanyaan bila lelakinya sudah pondan adakah wanita akan bertukar jadi peng-kid? Marilah kita ajarkan kepada wanita-wanita kita untuk meletakkan sex sebagai salah satu cara mencapai self acutualisation. Bukan macam kawan-kawan lelaki saya yang tak ada selera dengan perempuan, atau dua-dua belah aku "makan". Bila ianya salah satu cara aje, jadi banyak lagi cara lain untuk kita sampai kepada self-actualisation itu. Kita perempuankan nafsunya 9. Satu kena blok ada 8 lagi. Kau hadooo?

oh btw saya, sebenarnya nak membawang pasal mamat yang marah-marah dalam FB tu. Di akhir video tu dia cakap dengan penuh emosinya, "jangan sampai anak-anak kita kena taji"

Dalam hati saya membawang begini, kalau anak engkaulah orang gerenti tak berani taji. Anak kau yang menaji tu mungkinlah. Kena taji??? Hurmmm pening sat memikiokannya.

"****

Dalam pada itu melintas pula poster yang tertulis begini....

     Masing-masing sibuk tuntut hak sehingga lupa akhlak....

Betul tu kalau kita menuntut hak kita memang kadang-kadang macam-macam yang terselak sampai akhlak dikesampingkan.

Dalam hal LGBT ini, saya rasa saya pun ada hak untuk menuntut lelaki saya yang sudah jadi pondan itu. Tapi berhak ka saya? Saya rasa dari saya menuntut dia baik saya fokus pada pelajaran. Kita perempuan kan nafsu 9, satu kena rejek ada lapan lagi.

Well, Einstein ada kata "However rare true love may be, it is less so then true friendship"

haip!!! adik jangan perasan, akak mengata adik. Zaman akak lagi dah ada pondan tau! Lagi cantik dari Safie dan Sajat.



Wednesday, August 1, 2018

Hobbi apa eaa....?

Ada kenalan yang komen begini "kalau kau kurus sikit, ko pakai shawal, barulah ramai orang like"

"So kalau saya kurus cantik lawa bergaya, dapat banyak like adakah saya akan lebih berbahagia?" soal saya dalam hati...

Hati saya sedikit mencebik dan berkata

"sekarang ni aku tengok pun, aku ini lagi terurus dan berbahagia dari kau. Kau yang kurus cantik bergaya, banyak dapat online like pun haru-biru, ntah apa-apa tah. Kepala kau asyik berserabut memikirkan apa yang orang kata pasal engkau. Dalam talian ko popular, luar talian di bumi nyata, kau tak habis-habis komplen semua orang benci kau. Ko dah kurus nak kurus lagi. Cer, tengok saya ni gemuk-gedempol, relex jah, walau orang memaki-tak tak puas hati hospital sesak, belanja kesihatan negara naik sebab orang gemuk". Online off line saya sama ja, tak ramai kawan, tak ramai orang kenal, jadi tak adalah rasa semua orang tak sukakan aku. Kalau ada pun, orang yang cakap so & so itu musuh ketat saya, ada saya kisah? Sebab saya kenal gitu-gitu je dengan dia pun.

Tips dari saya, agar kepala tak serabut memikir apa orang kata pasal kau, senang saja:

1.  Jangan sibuk berburuk sangkat terhadap orang lebih-lebih lagi kawan sendiri,
2. Terima kawan seadanya. Jangan sibuk nak ubah kawan jadi kurus keding macam kau juga
3.  Sibukkan diri dengan berhobby , seperti membaca, memasak dan bercucuk tanam

I believe one should have a hobby. Dan kau kata "Hobby saya shopping dan melaram dalam insta!" Shopping dan online-melaram itu hobby ka? Ok let say it is a hobby, but a bad one, if pendapatan kau so so aje. Melaram dan mengisnta ok, tapi lepas kau melaram ada orang meroyan keluar parang tuduh kau nak rampas laki dia, susah juga, itu, kan, atau lepas kau melaram-laram, suami jiran kau ajak sex dengan dia, macam mana tu? Samalah macam hobi membaca, hobi yang sangat terpuji tapi kalau hobi baca novel lucah, baca majalah gossip artis???

Maksud sini hobi terpuji yang tak tambah serabut kepala dan syahwat kamu. Hobi yang boleh bikin "up-esteem" kamu. Orang tengok pun ooohhhh baiknya. Gitu. Mana ada orang suka orang kata dia orang jahat, orang tak senonohkan?

"ops, tanya sikitla makcik, hobby saya makan durian dan selfie dengan durian"

"Ok la juga tu, tersangatlah oknya, yang tak ok, lepas kenduri durian, kau meroyan ada orang jeles kat kau, kau calon ahli nereka sebab suka riak. semua orang bencikan  kau dan berkomplot mau tikam kau dari belakang he he...makcik rasa hobi kau bukan mendurian, tapi meroyan. Hobby baru rakyat Malaysia, "meroyan atas talian-ada konspirasi merosakkan saya dan keturunan saya"....

Hobi meroyan online ni bagus sebenarnya, sebab dalam sana memang ramai orang suka meroyan dan dah ada macam satu komuniti, kalau kau bernasib baik kau boleh jadi selebriti meroyan, ada ramai followers, kau boleh bukukan royanan-royanan kau dan suruh mereka beli. Boleh tambah duit poket dan jadi femes.