Tuesday, June 26, 2018

Post Bimbang....

Dulu saya ada tulis pasal  bimbang kawan saya, sampai saya memelihara hijau-hijauan di rumah untuk mengelak bimbangnya jadi bimbang saya, now meh kita tengok apa dah jadi dengan hijau-hijauan itu...

Iya sudah jadi lauk he he.... sawi dan daun kesum itu dari kumpulan hijau yang sudah saya tuai.

Sawi



Kesum


Posing sat dekat bendi yang sudah mula berbunga

Tuesday, June 19, 2018

Kawan-kawan yang dia suka

Recap dari cerita hijau ini, kisah budak baik, budak usrah cuba jadi hero ekonomi, memang dia merapik tapi rasa tak ada orang akan tegur, pun sebab dia itu hero mereka, ka, ntah apa ka,kan, apa-apalah ya, tapi kalu kita yang cakap ramai marah sebab benda tu salah.

Ok juga jadi orang biasa-biasa ni. Kita salah orang tegur, orang marah. Tapi kalu kita dah sampai level hero penyelamat, dah tak ada orang berani tegur dah. Kalu ditegur, macai-macai si hero pula akan balun kita, balik. oit siapa berani mau tegur dah. Orang berani membawang belakang-belakang ajelah.

Dulu saya rasa aish tak adilnya, kenapa aku buat kena marah; dia buat ok je. La ni saya fikir baguslah kena marah jadi saya taklah merapu-rapu ntah apa-apa tah.

Dulu, dulu cerita dulu, saya ada seorang kawan internet yang suka tulis seksi-seksi. Saya kena marah, sebab kawan saya seksi. Saya tak pastilah kawan saya kena marah ka tidak, tapi yang pasti saya kena marah sebab tergedik-gedik seronok, bersorak baca dia seksi. "eh kau ni macam dah tak de kawan lain ka, yang kau nak layan sembang?"

Lepas tu, kan, ada seorang tua di kalangan kawan-kawan yang derang sukalah turut menyeksi. Lepas itu semua orang dah boleh seksi-seksi.

Seksi macam mana? Seksi macam dalam buku ini leerrrr.....
Saya rasa macam cerita hero kereta hijau jugalah ni. lepas ini tak ada orang marah-marah lagi pasal liberal-liberal. Mufti Perlis pun dah bagi restu. Bercakap pasal anti-tadbir-urus tidak berkualiti (good-governance), anti-rahsuah (fraud/corruption-prevetion, fraud/corruption-detection mechanism) itu Islamik...


Horey, horaaa....


Erk,

Bercakap pasal mengamkan meja makan dengan rahsuah itu apa ya?

owh itu Maqasid-El-Sharia, kut?

'***

ok berbalik semula pasal seksi, nama kueh pun dah bule seksi sekarang ni.....

Batang buruk tu memang seksila. Seksi klasik;

Ini hah, ada satu kueh baru... kuih kepit leleh yaya.... Masya Allah. seksi sungguh deme ini, dah macam nama produk-semi-porno, plak.

Macam mana rupa? ala google ajelah

Dia bukan totally kueh baru, pun. Ianya kueh lama yang nenek saya panggil Kueh Sepit Belanda. Cuma kini dibubuh inti coklat atau mentega kacang. Namanya bertukar jadi Kueh Sepit Leleh Yaya

Inilah dia kuehnya.

Sunday, June 17, 2018

Kereta Hijau 3


Kita sambung sikit lagi membawang  pasal budak hero tu. Like I said before I tak lah benci ke hapa ka, kan. I just pelik je. Tapi tak la langsung tak expect benda-benda pelik akan berlaku pun, sebab dalam dunia ni banyak aje benda pelik yang berlaku. Orang Alim kata “dunia dah nak kiamat”

Pelik, macam waaahhh gitu tak sangka tu, cempedak jadi nangka, hah gitu. Pelik sebab macam mana ea budak cerdik, budak baik boleh setuju dengan idea corruption is the glue for Chinese dining table. Eh memang betullah,kan orang Cina memang korup pun. Dah mati pun siap bekal kereta kertas, wang kertas, emas kertas untuk rahsuah penjaga pintu syurga.

The boy using orang Cina punya method mempertahankan idola dia. Idola dia memang semua tahu adalah Perdana Menteri 10%. Di Zaman muda dulu sang idola berkerja keras untuk membina/membentuk Pemimpin Koprat Melayu yang akan membawa Melayu ke Mercu Kegemilangan. Malang Encik Soros sudah bikin impian tersebut hancur berkecai. Kini, sesudah beliau tua, kita tak tahulah juga PM masih ada simpan method 10% korupsi, atau boy tadi aje yang berharapkan impian idolanya akan jadi kenyataan jua akhirnya.

Bermimpilah apa-apa mimpi yang kamu mau pun wahai anak-anak muda. Saya pun tak risau apa-apa, pun sebab sebagai manusia kecil yang diberi amanah untuk menjadi pengawas, memerhati pembaziran, pemborosan, wang rakyat, kami ada banyak tools, detection, prevention. Semua ada. Yang perlu kami lakukan ialah kami kena bising untuk memberi tahu, tentang kewujudan perkakas-perkakas yang pelbagai ini. Bising dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari bagaimana nak guna benda alah ini.

Pedulilah jika orang nak berkempen cantum meja makan dengan korupsi, kita sibukkan saja diri dengan perkakasan yang ada. Jangan sebutlah nak END corruption to it’s ROOT,lah hapalah, belajar dulu cara mengguna perkakasan untuk mengesan, mengekang pembaziran, pemborosan, salah tadbir urus wang awam. Dunia mungkin dah nak kiamat tak lama lagi, kita tak sempat pun berperang dengan korupsi, sebab sibuk belajar. Tak kisahlah, kalau tak sempat pun. Yang penting usaha mendalami ilmu memerangi korupsi adalah jihad yang lebih jelas jalannya menuju Sakinah dan Jannah dari mempertahankan idea yang pelik-pelik.

"****

What I like about accounting is, if it is a fraud, then it is a fraud, a crime, white collar crime. Pemikir-pemikir akan “came out” dengan pelbagai idea untuk mengekang jenayah ini disamping memperkemaskan urus-tadbir organisasi seperti good governance, sustainability dan macam-macam lagi. Please your stake holder first before you can full fill the shareholder demand. You cannot kaya-sorang-sorang by making other suffers. So many evidence shows that to mengkayakan orang, ‘sumber” dikorbankan.

Accounting scholar are aware about that. None of them kata perbuatan KORBAN ini  “perlu/ benda betul/ perjuangan” untuk mengangkat martabat BANGSA, yang perlu diteruskan. Semua setuju itu satu perkara silap yang amat bahaya jika diulang. Bukan undang-undang sahaja digubal untuk mengelakkan manusia dari terus menyeksa sumber, tapi usaha pemuliharaan juga dijalankan.
Itu orang secular (yang kamu cerca sebagai tidak BerTuhan/mengasingkan Tuhan dari Dunia), aim dia balik-balik itulah, profit maximisations. Kamu tu orang Islam. Lagilah kamu lebih baik dari mereka. Tuhan kamu memberi janji yang kamu itu khalifah Tuhan. Sesudah kamu menjalankan tanggungjawab itu, nescaya Tuhan kamu akan merahmati kamu.

Kenapa tidak kamu orang Islam berbuat lebih baik dari orang secular demi tuhan kamu? Tunjuklah yang kamu itu boleh mentadbir dengan lebih hebat, lagi dari mereka. Kenapa mau ambil method orang Cina yang meng’gam’ meja makan mereka dengan korupsi untuk menuju kejayaan?

‘****
Pakcik saya kata sebenarnya kita orang Melayu ini HEBAT.
Hebat MELAYU, bukan METERI…. Hebat Melayu kerana BUDI. Ramai yang hilang budi kerna Meteri. Jadi kita kena jadi miskinlah ya? Hhurmmmm dalam filem Melayu pun penuh dengan orang kaya Melayu yang jahat,kan? hehe.

soal saya kenapa ambil cerita Melayu? Kenapa tak ambil contoh Saidina Abu Bakar, Saidatina Khadijah, juga Aisiah Isteri Firuan, Raja Sulaiman dan Pemaisuri Balqis yang kaya-raya, tapi baik budi. Ramai si Kaya yang baik, jadi, kenapa harus diracuni fikiran sendiri dengan sikaya yang jahat-jahat?

Tuesday, June 12, 2018

Kereta Hijau 2

Currently saya tengah dengolah budak tu mempertahankan TUN. He is a big fan of TUN. Tun percaya nak maju kena jadi negara "manufacturing" Najib pulak dakwa budak tu nak jadikan negara service. Impian Najib takkan berjaya. Tun juga berjaya. Kata dia.

Kata saya.... tak payah tahulah. 

Dia tahu pun Proton dah memang tak berjaya pun. Yang dia cakap Proton je. Kita ada Perwaja, dan ntah apa-apa lagi tah. Semua lingkup. Kenapa? Kata dia tak de Melayu yang berbakat jadi macam Steve Job bla bla bla...

Last-last dia cakap pasal Petronas plak. Dalam Petronas ada DNA Mahathir kata dia. Tun aje sorang ajelah yang pandai. Pak Lah scrue up, Petronas bla bla bla....... ko nampak tak dia kata DNA Mahathir mampus dalam Petronas sebab Pak Lah.

Tak kisahlah kita tengok aje adakah Mahathir akan berjaya. Di samping-samping itu dia nak kita lupakan juga pasal corruption di zaman Mahathir dulu. Katanya ntah sapa kata, bukan dia kata ea,,,, ada scholar China kata " corruption is a glue" bayangkan meja makan China yang ada satu kaki je dan corruption yang perekat yang mencantumkan meja ini.

Clear cut cerita, budak ni nak kita memaafkan korupsi pada zaman beliau dan sokong apa usaha yang dibikin Tun. 

Aliff Syukri, Dato Vida tak bagus eh.... dia nak Elon mask? Macam mana aku nak tulis nama dia pun aku tak tahula.

Mesti kau tanya, apa pasal tak budak tu je yang jadi Kapalis Melayu ni? Dia diperlukan untuk mencacai, merawi Mahathir sebagai "Peter the Great"

Kan sejarah itu di tulis oleh orang yang menang.

Ko anti- Mahathir ka? Apa barang nak anti-pun, cuma kritikal je. Berpuluh tahun dia jadi PM, dia tak berjaya pun menghasilkan Jack Ma, Elon? Mask?, Steve Job, gitu. Sekarang ini Tuhan bagi peluang lagi pada beliau..... untuk create Malay Steve Jobs, dalam masa 2 tahun. Kita doa yang baik-baik ajelah....takkan kita nak doa "Mahathir pengkhianat bangsa Melayulah pula,kan?". Kita yang dah tua-tua sikit ni dah nampak dah sapa Malay Steve Jobs tu, bila dia keluar besok, anak-bini dia bergaya ala-ala kerabat di Raja, ko jangan sakit hatilah pula ya. Budak tu dah siang-siang cakap dah mana-mana nak ngasil kan kapitalis ni, memang melalui air mata. Kata dia. Ko nak percaya atau tidak itu ikut suka kaulah,kan. 

Pesan saya ko jangan mudah sangat sakit hati tengok orang kaya. Ko jangan berangan-angan nak tiru-gaya-hidup orang kaya kalau kau tak mampu. Hiduplah dengan cara sederhana. Kita di Malaysia ini sangat mewah, asal kita tak terlalu memikirkan apa yang orang kaya ada, dan beranggapan nak jadi orang kaya mesti merompak hasil negara, semua orang kaya itu perompak. 

PS

Manalah tau kan tetiba plak nama kau naik jadi orang kaya baru, dapat jadi Board sana-ini, kau terima sahajalah. Kalau ada yang sinis kata kau perompak, ko jangan marah-marah pula. 

so selamat hari raya.



Monday, June 11, 2018

Kereta Hijau

Korang mesti kata saya busuk hati, jahat pendendam kalau saya berdebat (critically) tinggal komen kat tweeter, ka, video lelaki yang well hensem??? eeeiii hensem ka rupa macam tu? bulelah nak kata sempurna kejadiannya macam gambo-gambo seterusnya ini,kan?  What I mean is I ada dendam kesumat sebab sebenonya eh I minat, tapi kena rejek, so I marah. Takkan la lelaki macam dia ni jahat bunuh laki I lah pulak, sebab tu I marah! Iya macam itulah kita orang Melayu mensimplyfykan everything kalau ada perempuan "tak puas hati" dengan lelaki-lelaki harapan mereka. eh jomla tengok mana rupe lelaki harapan Melayu ini?

Jom jom jom, tengok....



Langsunglah tak bagi ruang, fikir kut,la memang idea lelaki itu memang lousy, dan dia cuma macai, yang terkesima dengan warna-warna kemilau watak hero terdahulu yang ideanya dah  jumud, irrelevant pada masa ini. Atau solusi itu bukan menambah baik, tapi menambah teruk keadaan hari ini.

Tak kisahla.... 


apa debatnya?

Kereta vs Pengangkutan awam, leeerrrr apa lagi.

Pasal gomen baru ni batal projek MRT, ganti kereta letrik katanya.... ntah. to me kereta is horror, saya lebih suka pengangkutan awam dari memandu jika diberi pilihan. Tapi kalu nak berkenderaan awam di Putrajaya ini, abaikan ajelah....

Tak apalah saya ini early riser, I can wake-up early and balik kerja awal dari berebut parkir di Putrajaya yang sendat kereta ini. Letih, lemau bila memikio orang tua tu nak buat kereta lagi, kereta yang ada ni pun banyak tak laku. Manalah nak laku, harganya berganda tinggi. We, Malaysian terpaksa terima kereta tempatan yang lebih mahal dari kereta import (we make them expensive by tariff)  hanya kerna sebab nak menghidupka kereta tempatan yang sepatutnya kita tak bikin, pun yang kita tak ada competitive advantage nak ngeluarkannya pun in the first place.

Indeed, logik dia gini je, saya ini anak petani, dia tak ada kena-mengena dengan laki kena bunuh, ka, cinta kena tolak ka, it is just simply anak tani, yang miss so much about the good old days itu je.

When I was small kid, during week end or schools holiday my uncle will come and fetch us all (my cousins, --- anak makcik, there are all together 4 err 5 of us  including me accept. Actually the no is 6 but, angah and uda will be at home helping their mother with cooking, washing and all) to either tolong dia petik buah or petik jagung, petik daun tembakau, korek ubi sengkuang, ubi keledek dan macam-macam tanaman lain. Yang saya ingat itu ajelah.

Nenek bela kambing, dan selalu juga kena marah dengan orang kampung sebab kambing dia jahat. Even though we are poor but we are happy. Now pun kami happy juga cuma dah tak kuat ajelah kalau ko suruh aku petik itu ini. Suruh mengarah, aku pandailah...

I was thinking life kami masa kecil bikin kami bijak, gembira dan cool sampailah hari ini. Dan siapakah "bunuh" semua itu? Off-courselah Mahathir dan rancangan pensyarikatan Malaysia dia.

Saya teringat cakap-cakap seorang Akauntan ketika saya keluar mengaudit, "apa tak sioknya jadi negara pertanian? Australia, NewZeland lebih binatang, dari dari orang, tak bising pun?" Yeah, saya memang termakan dengan kata-kata sang Akauntan ini dari budak Wan Ahmed Fysal tadi.

Orang kata kalu ko tak nak sakit hati janganlah tengok, kan, senang, hati tak sakit. Ni tidak, nak juga tengok. Padanlah muka ko sakit hati, kan?

Well ntah nape gatal-gatal pergi tengok, pandan muka sendiri...

Beginilah, bila kita tengok orang-orang macam ini, kita cakap sendiri, dia tu bercakap bukan nak ubah fikiran kita, jajah kita, supaya kita pun setuju dengan dia, jadi macam dia. Tidak. tidak sama sekali, melainkan mereka bercakap dengan diri sendiri dengan berlapik ayat Quran, Bahasa Ilmuan terulung nan suci, melainkan mereka mau menyakinkan diri sendiri yang pilihan mereka tak salah.

Pilihan mencacai menukar Melayu jadi teknokrat, koporat kleptokrat itu satu keputusan yang maha suci unggul lagi kejadiannya, tidak ada salah-tidak ada cela dan patut disokong dengan hujah-hujah ayat suci dan ayat-madah punjangga suci.

Kita yang tak nak berubah ni, tak usahlah berubah...


Apa? Abang dapat calon jadi BOD, aishhh besok kalu kompem dapat, terima bang, terima, jangan tolak. Janganlah abang nak balik kampung tanam jagung pula ya!!! Bukan 1, kalu ada 10, 20 yang derang offer abang terima jer, jangan tolak barang satu, pun he he he


tteeetttt... gitu.

Wednesday, June 6, 2018

Beautiful Russian Girl?

La ni kecoh plak pasai YDPA belaja RM setengah juta sehari. Awat duit banyak-banyak lagu tu buat apa? GF dia orang Rusia no, patutlah mahal, buat tambang ulang-alik KL - Rusia (Ukrane, to be exact) rupanya ha haha

Janganlah sicantik manis berkecil hati napa sekian ramai jelitawan tempatan, bunga di taman negara bekas komunis gak yang Baginda tertarik (though hopefully ini gossip liar sahaja) ya...

Ini kah dia bakal Pemaisuri kita? Kalau betul bawak sini nikah, jimat sikit belanja he he


Mungkin sebab pemikiran, kut. Kita sudah muak dengan kapitalis, Islam liberal bla bla kita mula mencari yang lain dari dua aliran terbesar ini. Kita cari komunis. Honestly saya pernah teruja dengan kenalan maya yang mengaku komunis sosialis. Mujurlah ramai yang sayang saya dan marah-kan-saya macam-macam. Tapi kawan tetap kawan, walau hanya dalam doa sahaja.

I went back to school I learn about governance, ethics, sustainability, then after dah nak dekat 10 tahun bersekolah, I came to my senses that banyak ruang dalam sistem kapitalis yang boleh dibaiki dan usaha berterusan tidaklah menuju jalan buntu, pun. Bagi Islam liberal, saya percaya usaha-usaha Harmonization, yang berterusan, kerjasama-komunikasi antara negara Islam memungkin kesepakatan lebih utuh di kalangan negara Islam sedunia. Sepakat adalah kunci kelestarian sistem untuk tahun-tahun mendatang...

Well I might be wrong.....

sebab ada orang kata untuk lawan musuh kita kena berkawan dengan musuh kepada musuh. Musuh kapitalis ialah komunis dan terrorist. Tepuk dada tanyalah selera adakah kamu mau bersama-sama musuh kepada musuh atau mengambil pendekatan "If you can't beat them, join them"

Monday, June 4, 2018

Me, Brooding?... final episod

Bukak-bukak FB dapat surat ini:-





Pergh, nasib baiklah makan ubat, kalau tak gerenti saya sudah berdelusi bahawa sayalah penulis bermukjizat penyelamat dunia. YDPA dan Majlis Raja-Raja memutuskan untuk melantik En Tommy Thomas setelah membaca tulisan saya, semalam.

he he he😛😝😝

Sunday, June 3, 2018

Me, brooding? Part 2

Sambung sikit hal hari itu....

Saya teringat kawan yang pangkat adik, lebih muda 10 tahun dari saya bertanya begini

"bila Turki jadi sekular, rakyat tak protes ka?"

"ntah, tak de dengarlah pula, agaknyalah, dah rakyat pun suka kut...."

Kami berborak pasal si Kamal Attartuk yang pada pandangan mata Islamis sebagai jahatlah tu. Saya relate kisah Malaysia hari ini. Kisah non-Malay AG, kisah dak Siti dan Achik/nenek Faridah anti JAKIM dan macam-macamlah.

Hadooiiii aaiiii pening juga bila bukak watsap dapat share-share benda ni. Benda yang puak ini hujahkan memang benar,pun. Itulah kau masa dapat kuasa kau macam mana? CT kata fund allocation untuk Tahfiz tak telus. Nenek kata plak, Jakim guna fund(tax payer money) untuk brain-wash orang. Nenek & CT berhalusinasi ka?

I tak nak komen.... cuma nak kata ada sebilangan orang yang kita beri amanah untuk meningkatkan Syiar Islam tidak buat apa yang sepatutnya mereka buat. Bila ditegur jawabnya "setan Ana lebih besar dari setan Enti, Enta" gitu...

Alamak aiii kalau dah macam gitu jawabnya peninglah kita,kan. Yang punya setan besar ini rasanya satu dua orang aje.... tapi itulah dah nenek-moyang kita cakap "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga,kan"

Hah! jadi macam itulah. Yang kena buli, kena brainwash mungkin sorang dua je atau sekelompok dua je. Yang membuli pun sorang dua je, tapi habis semua ustaz ustazah JAKIM dilabel sebagai pembuli.

Kita tak tahula berapa kuatnya Nenek & CT akan mempengaruhi rakyat kita sampai peranan JAKIM bakal dikecil,kan nanti.

Saya rasa kita semua kena baik sangka...

Saya pun pernah kena buli, tapi idaklah sampai pegawai JAKIM yang membuli saya...... Saya fikir balik kenapa mereka buat macam itu? Iyalah sebab nak "JAGA" kita agar tak tersesat jalan. Saya pernah juga bersetongkol dengan pembuli.... begitulah sebabnya kita nak jaga akidah dia. Kenapa tak guna kaedah lembut, bla bla bla..... ntahla, saya pun malas nak fikir.

Pasal Tommy Thomas plakkk..... saya memang setujulah. Padan muka, budak-budak nak belajar law kau takutkan budak-budak dengan ancaman "sebelah kaki dah masuk neraka" Yang dah elok-elok ngaji law, bukak firma law, ekonomi bagus---kau keji-keji macam-macam. hah! Sekarang, padanla le muka nak dapat AG-Non Malay.

itulah ajelah.... eh apalah kaitannya dengan pembuka cerita pasal Turki nan-sekular itu? Gini, kalau dah orang Melayu sendiri pun dah redha, segala perubahan yang bakal berlaku nanti, susahlah nak jadi parang-pedang jalan sendiri. Kalau Emy budak law-turn politician Masjid Tanah yang lead the crowd, bolehka pedang-parang jalan sendiri?

itule Melayu ni,kan dia suka sangat politik. kalau dia main law betul-betul tak dele kita pening kepala sapalah AG-baru nanti.

Emy, CT dan nenek patut berbaik-baik, berkawan-kawan bukan bergaduh macam ini sampai nampak cerita berdarah 13 Mei, kita pula yang "mula" kan dulu. CT baru cucuk sikit, EMY dan ngancam nak macam-macam.

Hai orang pempuan, kita ni orang pempuan. tolonglah berhenti cakap yang bukan-bukan, bule?