Kadang-kadang saya ambil Quiz di FB. Kuiz yang saya suka ialah quiz teka silang kata. Perkataan pertama yang kamu nampak itulah kamu kata,nya....biasa nampak benda yang baik-baik sajalah. Biasalah FB dia nak puji-puji sahaja tu agar kita tertarik untuk berada di sana. Cubalah dia bubuh perkataan yang teruk-teruk. Ko ingat mestila kita tak mau mencubanya lagi.
tapi kali ini macam best sikit sebab perkataan yang saya jumpa ialah brooding bererti sedang memikirkan sesuatu yang bikin kita sedih, marah, atau risau. Saya tak mau risau,kan dan sepatutnya saya tak perlu risau pun. Bukan hal saya pun mau sibuk nak jaga hal orang. Mujurla saya kini begitu sibuk mau menyiapkan tugasan-tugasan kuliah dan juga laporan kerja. Saya memang tak ada masa banyak untuk risau.
Perkataan pertama dari teka-silangkata kedua ialah loving....ha saya loving ka? tidak FB kata perkataan pertama yang kita lihat dari teka-silangkata kedua ini menggambarkan apa yang saya inginkan orang lihat saya. he he nak muntah hijau pula rasanya. Saya loving??? Saya kan brutel, eish tak nak la sweet-sweet; loving-loving ni. Geliii jerk. Jatuhla title brutel tuh....
Last sekali perkataan yang keluar ialah productive... pergh. Bila masalah aku produktif kalau asyik suka tidur saja. Ntah harapnya lepas ni kita produktif ya. What kinda of product yang saya nak keluarkan? ntahlah kita tengok ajelah yang keluar nanti. Saya rasa perkataan hopeless lagi sesuai untuk perkataan pertama dari teka-silang-kata ketiga ini.
But lets think positive and productive. One thing for sure, I will come out with my first ever mini thesis proposal. Tajuknya Prof kata "Ini tajuk orang nak bikin PhD". Kembang semangkuk le kejap, aish jangan gempak di tajuk je... dalamnya nanti ntahlah apa yang ada saya pun tak berani nak bayangkan he he. ntah siap ntah tidak tak tahula nak cakap. Saya masih belum putuskan mau teruskan proposal ini atau bikin applied research sahaja. Saya ada juga dengar cerita ngeri, bukan tajuk je gempak, proposal pun gempak sampai dapat grant universitilah, tapi sampai hari ini penemuannya, analisanya masih tidak boleh dibaca.... Iya U, tesis master, bukan PhD pun. Hebatkan budak tu. Tapi itulah tak siap hilang ntah ke mana. Uni pun dah buat laporan ini tesis memang sudah "masuk longkang".
Apa pun insyaallah doakan saya akan ada satu mini academic writing untuk penutup kalender 2018. Kalau tak mau ambil risiko macam budak tesis grant tadi, amik applied research aje, sebab statistic lepas-lepas pun memihak kepada applied research. Perjalanan ini memang susah, memang ngeri sebab ianya satu pelaburan masa, tenaga, dan wang yang tidak menjanjikan apa-apa unga-bunga kejayaan, pun. Mungkin kaya dari segi pengalaman, pengamatan dan emosi itu adalah tu. Bukan bererti tak ada faedah langsung buat master ini.. Ada. Jalan menuntut ilmu itu jalan kesukaan agama. tentula banyak perkara baik yang dapat dikaut selama ini.
Doakan juga saya diberi kekuatan, kesihatan untuk menyudahkan penulisan akademik saya yang pertama ini.
'****
Satu kata-kata yang sangat menyenangkan dan menenangkan...."tranquility" datang dari Prof saya. Iya Prof yang 10 most influential women in Islamic Finance itulah.... kata dia
"how times fly so fast yeah, and sedar-sedar you are writing your proposal"
me? Writing a proposal??? macam tak percaya aja.
23/6 nanti saya akan hantar turn-it-tune my proposal.
Mungkin ada yang mencebik, "ala, what so big about mini proposal? mini proposal jewww..."
Ada aku kesah?
Oh btw, before I pen-off, let us brood a bit about this pantun:-
"Berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajal
bagai bunga kembang tak jadi"
he he ada orang akan sedih, marah, bimbang ka, kalau saya lebih suka terus tidur banyak-banyak dan tulis proposal cincai-cincai sahaja?
No comments:
Post a Comment