Update terbaru Tun tak ble jadi Menteri KPM sebab dah pakat awal-awal PM tak ble pegang jawatan lain.... kecoh deme reramai buat petition nak Tun juga. Lalu seorang netiizen selebriti telah menuduhkan perbuatan tak maukan Menteri yang telah dilantik iaitu Dr Maszlee ntah apa tah sebagai anti-Islam.
Saya nak bilang sama kawan jangan cepat meloncat happy bila Tun jadi Menteri kami, nanti dia kata saya jahat mulut melarang jangn -itu-jangan-ini. . Dia nak happy pun tak boleh. Saya bukan bitter, saya cuma teringat pesan mak jangan suka sangat nanti menangis. Tapi sebab saya tak moh dia kata saya bitter or sour looser, saya diamlah.
Hari ini dia moroyan marah. Terkejut juga saya, awat dah marah. Hat smalm ko jugalah yang meloncat tak sabar nak berselfie dengan Tun sempena sambutan hari Raya nanti? Pedulilah... dia tak marah Tun dia marah geng-PPSMI rupanya. Tak tahulah,kan.... saya nak nasihat pun nanti orang kata saya ini manusia yang ada penyakit hati. Jadi saya membebel kat sini ajelah...
Kau nak Tun atau lebih tepat kau nak tolak BN (UMNO to be precise) ko kena bersedia dengan dua benda ini:-
1) Kena pandai cakap omputeh;
2) Kena rajin
Benda yang kedua-duanya saya memang benci. Tapi sebab dulu tu kau tak nak sangat BN, saya tau lama-lama kau akan dapat juga yang kau hajati sebab kau lebih rajin sembahyang dari saya dan kau manusia yang malang selalu kena buli kena inaya. Dan saya percaya doa kau lebih mustajab dari doa saya.
Jadi saya lebih dulu berlatih cakap omputeh, tulis omputeh dan belajar lagi walau tak lah rajin sangat, tapi rajinla sikit. Saya memang malas tapi saya tahu 2 benda yang saya benci itu saya kena buat, sebab nak menyambut dan meraikan non-BN engkau.
Kalau malas, tak pandai cakap omputeh memang susahlah. Suka tak suka kena hadap benda itu. Saya teringat ayat quran yang ustazah saya sering baca bila saya malas-malas belajar "mungkin kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu.
Iyalah mana ada orang suka belajar, suka mengaji, suka pergi sekolah. Orang gila je kut suka pergi sekolah. Budak normal semua suka main pondok-pondok jer... bila dah besar nak main cinta aje, tulis puisi cinta, baca novel romen-romen. Pergi sekolah belajar, tulis essei panjang-panjang buat pening kepala aje. eeiiish benci,kan?
Perkara yang kita benci itulah yang baik untuk kita. Bertabahlah ya, kawan-kawan. Bukan semua orang boleh dapat hidup petik jari dalam greater nation. Ada orang bertuah tulis puisi cinta, baca novel romen, make-up lawa-lawa, meroyan dalam media sosial "tolong ada orang buli saya" pun ok. Tapi tak semua kita bertuah, boleh meroyan kena buli lepas tu dapat semua yang dihajati. Kebanyakkan kita harus bekerja berhempas pulas untuk greater nation yang (aku tak lah mimpikan sangat) diimpi-impikan sekian ramai Marhaen.
No comments:
Post a Comment