Like I said yesterday bila kita hantar proposal, being those yang dalam bidang kewangan, we tend to keep it short and simple. "Please jaga me. I am not that hard to jaga. You only have to make sure I don't miss my ubat and my appointment with my doctor"
Itu aje. Saya tak pandai nak berangan-angan. Nak kembang-kembang bagai. Even though macam saya tulis semalam, saya boleh kembangkan agar jadi begini "It would be nice to see u on stage, baca puisi 18sx. and if everyone get angry at you, we can always balik kampung. My kampung jadi nelayan. Your kampung, tanam sayur, bela lembu. Or you could be macam drebar lori sayur yang you idola-idolakan masa budak-budak dulu. Yeah,kan life will be very nice if we keep it simple, never have to be, or chasing Negara Maju Status. We can always be Negara Pertanian like zaman our nenek-nenek, emak-emak dulu. Why must we kejar negara berpendapatan tinggi. New Zealand pun negara pertanian juga, ok jak orang sana."
Tapi saya tak pandai mengembangkan cerita.... So here I am tengah termengah-mengah sendirian mengejar, keep up with Negara Berpendapatan Tinggi. Idaklah saya nak melebeh-lebeh. Cukup-cukup makan aje ni. Saya tak maula jadi macam warga Jepun, Singapura, bila dah pencen esok, tak mampu duduk di Negara Sendiri. Kena pula duduk kat KL, Melaka, atau bandar-bandar besar di Negara yang kos sara hidupnya masih mampu dengan bekalan duit pencen yang dah ciput tinggal separuh. Saya kalau bule nak duduk sini, mati sini.
Jadi kalau tengok orang tengah bertungkus-lumus memajukan diri, janganlah simply hantam yang dia ini bernafsu besar mau compete dengan kawan-kawan yang lebih baik dan lebih kaya dari dia. Dia berusaha bukan nak tunjuk-tunjuk kat orang, tapi untuk bekalan masa hadapan. Sementara ada kuderat dia usahalah apa patut agar nanti tak merempat di negara orang. Dia suka Malaysia, masjid tempat nak buat ibadah banyak, shopping kompleksnya semua siap ada surau yang selesa. Tandas awamnya semua ada paip air yang memudahkan kita beristinja' guna air. Itu yang kalau bule memanglah nak duduk sini sampai mati.
Tapi nak duduk sini pada masa hadapan kenalah usaha sekarang, sebab in the future negara ini sudah jadi terlalu mahal untuk dihuni, kalau saya tak buat sesuatu bagi mendapatkan gaji pokok yang lebih tinggi dari sekarang.
Saya sambung belajar, bukan nak kejar pangkat, atau nak compete tak puas hati dengan kawan-kawan,pun. Saya belajar, majukan diri dalam kerjaya, sebab nak ngejar gaji pokok yang lebih tinggi agar nanti tak payah cari negara lebih murah untuk dihuni. Ada orang Jepun yang dah pencen tak mampu duduk negara mereka, pindah sini. Jadi tak mustahil nanti kita pun akan jadi macam itu juga,kan dek kerana nak sangat jadi Negara Berpendapatan Tinggi.
So pengakhiran cerita saya, tak ada cinta yang saya dapat, dia tak hingin nak jaga saya. Menyusahkan aje saya ni. Tapi saya dapat cinta pada Negaralah I suppose. Kita usaha keras, agar nanti kita tak jadi macam Jepun-Jepun pencen yang bersepah kat KL itu, pun saya rasa kind of cinta dalam bungkusan tuhan yang tersendiri. Analoginya macam lelaki yang nak meminang perempuan bersturuktur yang tetapkan dalam bank kena ada minimum RM40k, kita usaha, dapatkan. Gitulah dia kita penjawat awam gomen gred rendah ini. Gajinya bergantung kepada kebijaksanaan orang lain dalam mengurus ekonomi, iaitu si Najibun BIJAN Debot. Tak reti-reti agaknya dia nak buat pelarasan-pelarasan lagi, agar 2020 nanti semua penjawat awam paling rendah pun dapat pendapatan tahunannya USD20k. Ada plak dia suruh kita bawa uber untuk cukupkan USD20k. Dia tak pandailah tu, sebab tu dia tak mampu nak bayar kita gaji lebih.
Dari bawa uber baikla saya belajar Forensic Accounting, bukan nak jadi pakar Forensic pun...nak bagi niche je nak masuk gred Ijazah, jer. Bila masuk Gred Pegawai Ijazah esok tidak ada kuasanya saya nak compete dengan awak deerr... Awak bidang apa? Saya pula bidang apa? Mana bule saya compete dengan awak. Macam oren nak compete dengan pisang. Agak-agaklah,kan hehehe...
Jadi cerita cinta ini bertukar jadi Cerita Cinta Negara Berpendapatan Tinggi
No comments:
Post a Comment