Cerita ini pun rekaan semata-mata juga....tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Saya masuk kelas cerita gomen. Jadi memang dah masak, kelas gomen dalamnya cerita kutuk gomen. Kau nak kutuk, kau nak analisa, ada aku kisah? Iya saya tahu ada juga rerakan yang guna kelas ini untuk release tension. Sekali lagi, ada aku kisah?
Di waktu rehat, ada sorang kawan cakap macam gini "kadang memang kita dah tau memang dia jahat tapi kita tak de bukti, kita jadi geram sangat" jadi bila geram ada bercerita, dan memikir, apalah yang kita boleh lakukan.
Kenapa penjawat awam fraud sedangkan kita Islam. Ada yang kata sebab gaji penjawat awam rendah, sebab itu mereka jahat. Dalam satu presentation, presenter begitu beremosi sekali bercakap pasal ini, sehingga salah-seorang rakan menyigung saya agar beri respond kepada presenter. Saya pun tak tau apa nak cakap, sebab saya baik-baik aje, dan so far semua kawan saya baik. Tak tahulah saya orang lain. Jadi saya diam ajelah.
Kawan-kawan saya pun miskin juga tapi kita biasa-biasa aje. Tak adalah sebab miskin kita buat fraud. Alhamdulillah gaji yang saya dapat walau cukup-cukup makan, idakla terdesak sampai nak songlap duit pejabat.
Kalau orang suka-songlap-sana-songlap-sini memang kita tak kenal. Jadi kita tak tahu apa masalah mereka. Tapi bila kita berkumpul sesama kita, kita bercakap-cakap. Kebetulan kami ada dapat surat layang yang kununnya ada orang buat perangailah. Seleweng dan bawa anak bini makan angin luar negara. Kenapa eh, aku lagi miskin dari dia, tapi tak adalah aku nak buat benda macam yang dia buat. Kawan saya jawab balik, "sebab engkau kuli, cuba kau bos macam dia, aku rasa kau pun akan buat jugalah"
"tapi kenapa?"
"eloklah tu dia pergi mesyuarat bawa rombongan sendiri, sekurang-kurangnya bila dia bawa anak bini, tak ada perempuan sundal datang menyondol, jadi dia taklah terjerumus ke lembah kehinaan yang lebih dalam"
oohhh gitu.
Saya cerita perbualan gini pada kawan sekuliah yang kebetulan ada kes sama dengan kes di tempat saya bertugas. kawan saya mencaras idea saya
"tapi kak dalam kes di Pejabat saya kalau betul dia betul bawa anak bini itu baik, dia menyondol staff dalam opis, nak suruh bini dia duduk sebelah, macam pengantin barulah pula?"\
Itulah berfikir pasal orang jahat ini sungguh memenatkan. tapi dah jadi tugas saya. Kenalah fikir juga. Kita bukan orang jahat, kena agak-agak apa ada dalam kepala orang jahat. Rasa macam nak meletup jugalah kepala otak nih.
No comments:
Post a Comment