Monday, April 3, 2017

CERI MONDAY

Memangla semalam saya kata “ada aku kisah?” tapi sebenarnya kisah juga. Iyalah orang dok seronok balun gomen, kau diam aje. Mulalah saya terfikir, adakah mereka rasa saya fraudster juga? Tapi kemudian saya rasa tak begitu sebab mereka sangat friendly dengan saya.

Cuma honestly, saya sahaja yang rasa tak selesa. Iyalah walau kita tak de buat benda-benda yang dibincangkan, tapi kita sesama Muslim ini bersaudara, ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa. Mungkinlah kerana  itu, saya ada tunjuk apa-apa non-verbal expression ka, tertinggi suara kan hapa ka kan, sampai saya rasa kalau saya tak ada dalam kelas itu, suasana perbincangan akan lebih meriah. Dalam kata lain kehadiran saya telah sedikit sebanyak membantutkan kerancakan mereka melepaskan rasa tak puas hati mereka terhadap penjawat awam, terutama pengurusan tertinggi Negara. How I wish that I am invisible or next time they can pretend that I am not there,lah. Just derang-derang aje,kan. Saya memang tak nakla jadi spoiler,kan.

Ok berbalik pasal cerita-cerita pasal salah laku penjawat awam ini, macam-macam ada, ada surat layang cakap so and so begitu-begini. Ada pula cerita hah, barang dah hilang, hah bangunan dah siap, tapi tak boleh diduduki, bunyi macam so and so dah pau duit rakyat. Duit dah hilang, reta rakyat dah hilang. Ada pencuri ---pencuri---pencuri--tolong--tolong-tolong--Polis tolong, juruadit tolong, MACC tolong... tolong tangkap dan Jelkan so and so. Gitu-gitulah cerita ya. Tapi buat sakit hati aje,kan senarai name & shame kat sesawang MACC tu, tak de sapa pun yang kita kenal dan rasa dialah orangnya yang telah banyak curi duit rakyat. ntah sapa-sapa tah muka-muka penyangak pecah-rumah ni, tak kenal langsung,kan.

Yang kita ni pula sebagai pasukan penyiasat, apa kejadahnya bersakit-sakit nak cari motif perbuatan jahat tersebut? Kau cari ajelah Actus Rea dan Men Rea, bla-bla-bla dan kau sabitkan ajelah apa salahnya si Malaun ni tadi bawah seksyen apa dalam Penal Code itu,kan. Kata ada pencuri, jadi mana pencurinya? hah! Kalau tak nak bawa ke tengah, kenakan ajelah dia surcaj. Tapi yang bersakit-sakit nak tau motif, sibuk terhegeh-hegeh cari red-flag-red-flag-red-flag tu dah kenapa? Sibuk skodeng, brapa bini ada, brapa girlfriend ada. Patutnya kau habiskan masa cari benda-benda yang boleh mensabitkan kesalahan, pertuduhan yang dihadapinya. Ni tidak sibuk kumpul bukti, berapa banyak hadiah dah bagi kat bini, girlfriend, aleh-aleh tiba-tiba dihari kejadian jenayah dia tengah beromen dengan girlfriend dia…. Apa kes boleh kau bawa?

Hah itulah dia pengaruh siri drama penyiasatan kat TV. Hero-heroen dalam TV cakap mari kita cari motif…hah…Begitulah Besar,pengaruhnya drama TV Amerika ini pada kita,kan. Dalam kita takut-takut tuhan Getaran Siti Kasim, Tuhan berhala TV dalam rumah sendiri terlepas pandanglah pula,kan? Hehehe.

Walau bagaimana, pun saya secara peribadinya  suka pada motif dan psychological behavior behind fraud cases, sebab most of the time kes-kes macam ini lepas lela gitu jak. Motif, dan resionalisasi fraudster terhadap pelakuan kejinya membantu saya mengurangkan rasa sakit hati. Itu aje. Kita tau oooohh dia bawa anak bini, sebab dia takut ada pelacur datang ketuk pintu bilik hotel dia. Ooh dia mencuri sebab nak bagi bini dia gelang besar, kalau bini dia tak dapat gelang besar, bini dia suruh tidur kat luar. Kalau tidur kat luar, pelacur datang ajak tidur dalam bilik pelacur pula, kan susah tu. OOhhh gitu, oklah tu. Tidaklah malas saya nak berjahat-jahat mulut lagi mengata “aiii kalau dengan pelacur pun kau tak berani, baik berenti kerja ajelah, cari orang lain yang tak takut pelacur buat kerja, iya idok”

***

Owh chop, masa kawan sekelas present pasal etika penjawat awam, ala yang cerita semalam itulah yang dia tanya-tanya why why why, dengan gaya as if, haku pula yang pau duit rakyatkan as if i terdengar dia merayu bertanya "Why dear, why you sanggup turun ke lembah kehinaan yang maha dalam ini" sampai kawan berdekatan dok colek-colek saya suruh respond dan bila tak de respond jadi sendiri soal, sendiri jawab "owh saya faham sebab u miskin ya, saya kesian kat you duit gaji you semua sudah habis potong pergi angkasa. Kesian, kesian, kesian". Memanglah saya terasa ntahlah tak tahu apa nak cakap. Kau cubalah masukkan diri kau dalam keadaan saya. Bayangkan kau yang gaji yang 4 angka aje disoal oleh seorang yang gajinya 5 angka.

Macam tu rendahnya bos-bos Melayu swasta ni pandang sedar-seislam dia dalam sivil servis. Memang bukan "ada aku kisah lagi" memang kalau kau tak ada rasa menyampah, atau terhina, ada sesuatu yang tak kena dengan sistem badan dan emosi engkau. Tapi saya tidaklah layan rasa negetif itu. Derang tegur saya, saya tegur balik, Kita buat biasa-biasa ceria-ceria sahaja. Kita datang kerna cintakan ilmu, takkan sikit punya hal, pasal tiga empat kerat Melayu-Melayu kaya yang tak puas hati tu, kita dah patah semangat nak datang belajarkan. tak de kuasa der, saya nak kecik ati, dengan orang kaya-kaya yang hensem-hensem tu. Life is as simple janganlah dirumit-rumitkan pasal hal yang remeh-temeh ini. Buat biasa sudah dan moga one day they will understand that happiness is not all about money. Happines is about love and passion.

No comments: