Tetiba belumpun hari Jumaat kawan saya sudah berkhutbah di dalam FB. Bagus juga isinya, yang bikin saya terfikir tentang doa-doa saya yang lalu. Betullah kata kawan saya tu, tuhan bukan tak jawab doa saya, tapi menjawabnya dalam bentuk yang kita tak sedar.
Iyalahkan, nak orang kaya, dermawan, hartawan, kacak, segak bla bla bla..... tapi tuhan bagi saya sakit mental, dululah, sekarang dah pulih, bagi saya Diploma, bagi Ijazah dan pekerjaan yang dihormati dalam masyarakat. Tuhan juga bagi bakat seni. Tuhan bagi semua ini rasanyalah,kan bukan sebagai ganti kepada permintaan saya, tapi sebagai persediaan untuk menjadi suri hati type typical "A" yang banyak cekadak. Agaknyala tu. Bos saya ada cakap, "kau kena ada semua (Ijazah, Sarjana, mungkin PhD) baru Tuhan bagi kau suami. Jadi janganla kau risau, susah hati, rasa rendah diri, malu kerana tidak berteman."
Kenapa bertoye-toye nak juga Type "A" high IQ? Dah kawen esok, bukannya kau nak berborak pasal Quantum Physic, falsafah, teori-teori pun. Sepanjang waktu kita akan bercakap pasal benda-benda yang simple-simple yang kadang tu 'Pak Gurd', 'Driver' pun lebih pakar dari seorang profesor atau saintis.
Jadi kenapa? Kenapa? Kenapa? Ntah, saya belum google lagi jawabnya.
Salah satu sebabnya ada kawan cakap dia suka orang pandai sebab orang pandai ini cool dan berfikiran terbuka, yang jika tidak berhati-hati boleh disalah tafsir sebagai LIBERAL. Eh tadi banyak cekadak, tapi sekarang coollah pula. Kata dia mengenai sayalah. Cekadak tu dalam proses kerja, cara kerja. Itu Type 'A', saya tak rasa saya ini type 'A'. Saya ini membakau darah si 'A' mugkinla juga tu. Meradang agaknya derang tengok saya yang berlenggang-lenggang-kangkung, dah masuk 40an baru terkedek-kedek macam itek pulang petang pergi kuliah,kan.
Less judging kata dia lagi. Dia kata saya ya. Saya tak suka judge orang sebab pada saya segalanya bermungkinan. Hari ini si polan atau polanah fraud esok mungkin mereka bertaubat. Saya yang tidak buat fraud, dia bebas melakukan fraud mungkin juga kerana ketidak-cekapan saya dalam mengumpul, mendokumentasi, menghujahkan bukti secara tuntas. Atau jika saya berada di tempat dia, saya mungkin juga buat benda yang sama, bahkan lebih teruk, lagi. High IQ people suka put themselves in other's shoes. Putting and re putting things into different perspectives.
Dalam dunia yang serba-caca-marba-ini, kalau terlalu judging sangat, dada boleh jadi sendat, nafas jadi sesak. Fokus boleh lari, emosi boleh terganggu, kawan boleh jadi lawan.
Itu salah satu sebab. Sebab utama sistem kita yang memang memberikan keutamaan kepada bakat akademiklah. Semua orang pandang kalau yang bercakap tu Professor, Dr. Cakap laku boleh bikin rezeki bertambah. Ini jaman, jaman air liur. Air liur artis pun lebih mahal dari air liur Professor,kan.
Jadi gitu-gitulah adanya. Jadi jangan cuba mau sakitkan hati saya, suruh saya kawen dengan Pak Gurd ya!
Thursday, January 26, 2017
Tuesday, January 24, 2017
KUCING
Kenapa dia so
upset about kufi? Rasional asalnya panjang berjela. Bikin Ceretot pun dah
lengkap dah tu. Tapi saya ringkaskan begini:-
"Lukis Kufi tunggang terbalik 'alif'
dok atas 'lam lam hah' itu perbuatan Arab Jahilyah yang berlebih-lebihan
dalam berseni-seni. Menyukarkan orang nak baca. Ala, korang berkufi-kufi ni
bukan sangat nak baca pun tapi sekadar mengada-ngada nak berhias-hias saje, kan! Seindah hiasan, adalah
wanita solehah. Bukannya seni yang ntah-apa-apa-tah tu. Lukis kucing, bunga, pemandangan, boleh." Kata
dia.
Garang,kan, huuurmm... like cikgu, like anak murid,ler....macam mana garangnya cikgu dia, macam itulah garangnya dia. Okeh, baiklah ustazah. saya lukislah
kucing, ya?
Kucing dapat hidayah. Bercahaya, gaytuuu hehehe |
Sunday, January 22, 2017
Finished Work
This Green Kufi is for my dear Office mate. Female, lah. Because of this, my other female friend get really upset, to the point of calling me Sekular liberal wannabe. I am not a wannabe, as I went to secular's school, my mom is not an ustazah. We don't to talk, touch (engage in debate) of Islam, as we are not an "Ahli" in it. We just follow Ustazs and ustazahs and don't have any was-was feeling about it. We do have badan Majlis Fatwa who regulate Ustazs' and ustazahs' content of teaching so that it do not deviate from the original teaching of Pbuh Muhhamad (saw). As far as Kufi is concerned, I've learned it form Ustaz Mohd Fadhil Sulaiman in a workshop, last year.
My conscience is clear about this kufi "business". However, I will concentrate on other thing because, if I continue doing Kufi, it may deteriorate my relationship with my buddy.
My conscience is clear about this kufi "business". However, I will concentrate on other thing because, if I continue doing Kufi, it may deteriorate my relationship with my buddy.
Thursday, January 19, 2017
Tuesday, January 17, 2017
NOPEN 9
LELUHURIAH
“Kau dah tak tinggal lagi dengan Granny?”Soal saya bila kereta yang dipandu Maddie terus meluncur dari tempat Granny. Dia terus memandu tenang dan jawab sepatah
“Kau dah tak tinggal lagi dengan Granny?”Soal saya bila kereta yang dipandu Maddie terus meluncur dari tempat Granny. Dia terus memandu tenang dan jawab sepatah
“Tak”
Setelah lebih enam bulan tidak bertemu tiba-tiba Maddie call dan ajak saya ke tempatnya. Beriya-iya dia mengajak. Dia mau saya hadir sama untuk hari jadinya pada tahun yang dia kata sangat istimewa ini. Tahun dimana dia sudah bekerja tetap, simpan duit dalam akaun bank bukan dalam tabung lagi. owh betapa baik hatinya dia, siap dibelikan tiket penerbangan pergi dan balik untuk saya. Sungguh terharu saya, walau saya sebenarnya malas nak turun sebab BOBo sudah ada girlfriend dan girlfriendnya sedang sarat mengandung. Maddie cuma minta 3 hari dan dalam masa tiga hari itu saya berdoa yang girlfriend si Bobo tidaklah beranak, agar saya dapat tengok dia "in labour".
“So, apa pandangan kau dengan tempat aku ni?” Tanya dia bila sesampainya saya di Apartmennya.
Saya melawak dan tanya
Saya melawak dan tanya
"eh aku nak tidur kat mana ni?"
"kau ambil bilik dan biar saya tidur di sofa sahaja, Sofa ni convertable to bed tau" jelasnya
Saya senyum saja dan angguk-angguk. Cantik. Kemas dan
teratur. Lebih besar dari Studio Apartment yang pernah saya huni semasa berkerja
di Ibukota dulu. Berbiliklah pula tu. hmm kalau di Negara saya... studio, studiolah, cuma ada kitchenette kecil, bilik mandi dan tandas.Tempat pun boleh tahan “desa”, bukan macam tempat saya dulu, yang hah! Tuuuudia memang kawasan komersial Bandar. Turun lif, jalan sikit sudah
sampai ofis tempat saya bekerja.
Tempat Maddie ini sangat unik. Desa di pinggiran Bandar?
Ntahlah saya bukan pandai konsep-konsep Bandar dan perancang Bandar
ini,kan. Tapi memang sunyi, banyak
pokok, relax betul. Tiba-tiba keluar dari Bandar besar dalam 10 minit memandu
gitu, kau sudah jumpa kawasan yang spara mini hutan rekreasi dan di dalam sana
ada penempatan yang spara mewah.
“Ini hadiah dari Granny dan Nenek untuk 100 hari aku bertahan kerja dengan mamat POYO tu. Seriously derang memang skeptical aku boleh tahan kerja dengannya. Dengan perangai aku type B yang well korang-korang kutuk-kutuk aku pemalas tapi kuat berangan tuutuuututuuuu. Dengan dia yang Duta Perfectionista itu…. Huru hara juga mulanya”

Kami tergelak aje. Teringat kisah gaduh-gaduh kami tikapercutian yang lalu. Kuat brangan tu, sapa yang bagi? Saya? No no no no no…..
Nenek yang bagi. Nenek kata budak Rumah Agam kadang-kadang sikit terbawa-bawa
dengan kisah wali-wali. Wali Mariam yang tuhan turunkan makanan direct dari langit ke
tempat ibadatnya. Wali Iskandar yang bawa kemakmuran dengan armada tentera yang
hebat. Nenek kata Mariam dan Iskandar keturunan suci, sedangkan, Nenek dan Granny asal-usul ibu ayah mereka biasa-biasa saja. Keluarga peneroka tajaan
kerajaan.
Nenek moyang mereka pula berkerja sebagai petani dan nelayan. Mereka dapat maju dalam kehidupan sebab pelajaran. Ayah dan Ibu mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan sehingga mereka berjaya dapat biasiswa dan melanjutkan pengajian di Negara Atas Angin yang popular itu. Nenek, Granny dan Atuk sekampung sebenarnya. Cuma Granny up sikit, Lord sikit. Ayahnya merupakan seorang guru dan Mamanya kerja jual jamu merangkap mak andam kampung. Pun datuk granny petani juga, cuma neneknya sahaja yang merupakan bidan kampung, yang berkemahiran membikin jamu. Itu pasal Granny lawa. Lagi satu, suami Granny lagi up sikit sebab Abahnya kerja pegawai tentera kerajaan. Jadi mana datangnya keturunan Nabi-nabi, wali-wali? Ketua kampung pun tak ada dalam darah mereka, cuma sikit-sikit bidan kalau dia nak perasan dia ada kuasa mistikal Indigo, Kristal atau Rainbow. Itulah punca dia rasa yang dia diutus tuhan untuk jadi Pengganti Ketua Rumah Agam, bawa keamanan kepada seluruh umat manusia. Agaknya itu teori Nenek dan Granny, kepada kemelut kejiwaan yang dihadapi oleh si Maddie selama ini
Hah! Tuudiiaaa panjang lebar Nenek menghuraikan satu persatu kisah jajaran keturunan mereka. Susur Galur- Keturunan memang pentingkah? Tanpanya jadi huru-hara macam si Maddie yang ntah-apa-apa tuh? Itu sebabka Maddie jadi huru-hara? Granny pula menyarankan, kalau betul mau jadi pengganti Ketua Upacara Rumah Agam, perhatilah dulu warga mereka, siapa mereka, dan mereka sebenarnya tidak langsung sama dengan keturunan Nenek dan Granny. Nenek Atuk Granny dan Babah jadi elit kerana usaha dan ilmu sedangkan mereka sudah lama elit kerana kebangsawanan keturunan mereka. Sebaiknya perbalahan, permasalahan mereka jangalah Maddie ambil pusing langsung. Granny pula sokong nenek 100% dan tambah garam pada luka dengan menasihati Maddie begini;

“Cuba kau tengok Tantiana ini dia ini dari keturunan wali Negara
Hujung bukan? Ada dia terhegeh-hegeh nak balik ke Negara asal dia nak rampas
takhta dari regim sana dan bina kuil agam mereka kembali? Derang relax buat
kekayaan di Negara jiran kita. Mereka tak sibuk politik, mereka tak sibuk kata
tuhan merekalah yang lebih betul dan patut disembah dari seluruh
tuhan yang ada kini, tapi kalau sebut
syarikat keluarga mereka, kita di Semanggol Lonjong pun segan”
Dua perempuan bergabung, memang kau boleh pengsan, masuk kubur pun bule. Dulu saya ingat uncle sahaja yang boleh bikin saya terbenam dalam kubur, "six feet under, but you still can hear his voice", yang hinih lagi dahsyat. Nasib kaulah Maddie, hehehehe....

Tapi tu, rimas saya bila orang mengingatkan pasal asal-usul saya yang bermula dari sebuah tempat peribadatan yang telah musnah kerana apa? Ntah, malas nak recall. Lagi pun saya memang lahir di Negara Jiran setelah berpuluh tahun Nenek dan Datuk kami berpindah dari negara asal. Yang saya ingat, uncle kata kami perlu berubah, dari rahib, sarjana, kepada usahawan, menceburi dunia perniagaan. Jadi
berniagalah kami demi kelangsungan hidup. Saya tak suka berniaga, saya suka
relax-relax mengenang keindahan ciptaan tuhan. Pernah berangan mau wujudkan sebuah
kuil-kasih-sayang, manusia hari ini perlu diajar agar berkasih-sayang dan kurangkan perasangka buruk.Tapi nanti takut kena tangkap kerena bawa sebuah ajaran sesat
pula. Jadi saya kuilkan sahaja lembu-lembu dan Bobo saya hehehe…
Oklah berhentilah mengenang kisah yang ntah-apa-tah, sebuah
kisah yang cuma sudah tinggal sejarah sahaja itu. Sambung semula kisah kawan baik saya yang
terpaksa menyesuaikan diri dengan “nabi-nabi” dewa dunia baharu ini. Dewata
perfectionista, pujaan tua dan muda, berdisiplin tinggi yang menjana pendapatan
bukan setakat ribu-ribuan sebulan tapi ribu-ribuan untuk satu jam. Payslipnya
perhour bukan permonth.
Saya kagum juga dengan kawan baik saya ini. Bagaimana dia
bertahan? Dia kata dia selalu ingat saya. Macam mana saya cerita saya susah
kerja dengan uncle. Macam mana saya sayang uncle dan cuba buat yang terbaik
untuk beliau.
“so, kau sayang bos engkaulah nih”
“Tengkorak engkaulah! Aku sayang Granny dan Neneklah mangkuk!”Jeritnya kasar.
Saya jeling-jeling dan ketawa dalam hati jer. Dia semacam
tahu saya ketawakan dia, walau dalam hati.
“Kau giler apa, dia dah hada girlfriendlah dan family derang
tengah set tarikh sesuai jer untuk mereka dinikahkan. Tapi mamat tu asyik busy
aje. Itu yang tangguh-tangguh dari setahun ke setahun”
“owh, really? Kalau dah ada girlfriend tak boleh sayang
macam sayang sesama insan ka?”
“Ya ya ya…. Macam kita sayang
Anan?” hmmm Annan sajalah kawan lelaki yang si Maddie ada. Dia mana ada kawan sangatpun. ntah macam mana saya boleh berkawan dengan minah Nerd yang kawan dengan buku aje ini, kan. Nanti kita cerita-cerita, nanti kita flash-back, ya.
“Tapi that guy is not Annan he is very different and difficult to love. He won’t let you
love him. Mungkin ada gen robot dalam badan dia”
Kami ketawa gelihati. Gen robot? Cyborg? Betullah si Maddie
ni memang kuat berangan. Dah maju sangat ka kejuruteraan genetik kita sampai boleh wujud anak biologi + mechanical dengan kepintaran artifisial?
Saya tidak mau membetulkan dia, tak mau berhujah dengannya sebab saya tahu dia
tengah menulis kreatif. Fakta, dapatan ilmiah akan membunuh kreativiti. Itu
pendapat saya. Seorang penulis kreatif sepatut dibiar berkhayal semahu-mahunya.
Dia nak kata cantum-cantum gen nyamuk jadi dinasor, biarkan sahajalah. Dia nak
kata dalam kapal angkasa sana kau boleh pandu kapal sambil makan ayam goreng
KFC, lepas tu mendarat di sebuah planet selain bumi, singgah warung pekena roti canai cicah kari kambing pun bolehlah. Mungkin planet itu seumpama bumi dalam cakrawala selain Bima Saktilah tu. Janji jalan ceritanya menarik dan dapat menghiburkan. Kita baca kreatif untuk santai-santai, bukan untuk berbantai-bantai, jadi penal penilai tak bergaji, untuk menilai logik ke tak logik akal sipenulis, kan?
Monday, January 16, 2017
Excuse me, are you a Naqibah?
Tuudia,kan tajuk kita hari ini, dah macam ala-ala tajuk buku terkenal, karangan model terkenal Mendiang Bonny Hicks la pula,kan. haahhhh! Tapi ni karangan perempuan gemuk aka psiko kuat berangan yang eh ada orang kenal,ka? Tak terkenal puunnn. Orang yang meng"crown"kan psiko kuat berangan tu pun facebook like habis kuat 1, 2k, je, rasa-rasanyala. Nanti check balik ek...
Ok berbalik kepada pertanyaan tadi, jawabnya tentulah tidak. Tapi kalau mau tersilap rasa dek kerana pakaian saya, tak apalah. Masa sekolah dulu saya Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Masa itu baru tahun pertama bermula, jadi saya tak ada client pun. Atas nama pada sijil berhenti sekolah saja.
Tapi bila orang pilih, tu, adalah sebabnya. Kenapa terpilih sebagai PRS tidak sebagai Naqibah,kan. Mungkin approach saya dalam mendepani kemelut kejiwaan lebih kepada terapi, meditasi dari bersembahyang, berzikir, berselawat dan bla bla bla.
Bukanlah saya tidak berzikir langsung, berzikir sebab nak dapat pahala. Mau tenangkan minda, mau berhenti over thingking saya lebih kepada kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh pengurus-pengurus stress dan ahli-ahli motivasi. Saya lebih suka baca kaedah pendekatan psikologi terkini. Ahli psikologi yang saya suka ialah Sigmund Freud. Saya suka juga baca puisi. Puisi yang menyentuh jiwa. Lagi sekali macam Gibran's Madman. Lagi sekali, sekali, sekali dan berkali-kali. Aku Binatang Jalan, Chairil Anwar.
Jadi kalau kau mengadu apa-apa saya akan diam. Saya tidak akan suruh kamu tobat ke hapa. Saya diam sebab saya tak tahu apa-apa hubungan kamu dengan tuhanmu. Saya cuma akan dapat rasakan kemelut kamu, dan saya mungkin boleh suggest pada kamu buat sesuatu yang menceriakan seperiti pergi salon gunting rambut, buat facial, atau pergi massage. Itu ajelah saya akan suruh. Saya tak reti nak suruh orang dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab Tuhan itu sudah sentiasa dekat dengan hambaNya.
Sekian, tazkirah dari excuse me, I am not a Naqibah HOKEYYY!!! marah?
tak marah, pun Drama, jak, tuh.
You know people-people- yeah you. The one yang bikin saya pandai berdrama ni, bos saya kata, nanti masa Part II Forensic Accounting nanti saya akan kene berdrama sebagai pendakwa-raya yang akan mendakwa pelaku fraud sampai mereka kena jail. Hah! Bestkan kursus Forensic Accounting ni. Hah sapa pepandai kata Akauntan tak reti drama? Akauntan pun kena belajar berdrama kalau nak tangkap penjenayah tau. Dan sekarang ini lagilah penjenayah kolar Putih ini sudah bermaharajalela di mana-mana. Ini ayat drama ek. Tak perlu disokong dengan rincian kajiannya, ya,
Uish soo much looking forward nak berdrama nih.

Sunday, January 15, 2017
NOPEN 8
MACAI BOS
Semenjak Maddie menziarahi ladang saya, kami tidak lagi berjumpa. Cuma emel, FB, telefon sekali sekali sahaja. Dia sibuk. Sibuk belajar menulis kreatif atau lebih kepada mengasah kembali bakat menulisnya bila dia ada masa terluang. Dari dia mengumpat dua orang perempuan gemuk negaranya (klik sini untuk perempuan 1, sini untuk perempuan 2) itu, baik dia kreatifkan watak mereka jadi watak-watak dalam Novel dia, jual cerita perempuan-perempuan gemuk itu. Dapat juga duit,kan. Dia memang pandai menulis, tapi bila banyak kerja-kerja amal dan urus pustaka di Rumah Agam dia tiada masa berkreatif-kreatif ni.

Dia sekarang tidak lagi tinggal di rumah tersebut. Dia tinggal
dengan granny sementara menunggu dapat kerja tetap. Memang susah sekarang ni
nak dapat kerja di Negara sana. Ekonomi sana sini meleset teruk. Nak kerja
pensyarah macam cita-citanya memang sekarang ini kerja dengan kerajaan
dibekukan. Tiada pengambilan baru. Ada juga sekejap dia kerja pensyarah
sambilan, tapi sekejap itu sahajalah.
Dia kerja di Studio cum Gallery seni milik anak kawan
Granny. Sebenarnya Studio cum Gallery tu milik Granny juga sebab dia memiliki
30% saham di dalamnya. Mereka share-share bertiga dengan kawan dia, dan anak
kawannya yang merupakan artis baru berbakat besar yang sedang mencipta nama di
dalam dan luar Negara. Budak itu lelaki umur sikit lebih kurang kami juga. Tapi
lebih kayalah, dari saya. Keluarga budak tu dengan keluarga saya, pun keluarga
budak tu, lagi kaya dari keluarga saya.
Lagi pula dia memang ada bakat melukis yang unik. Satu lukisan dia
calit-calit sana sini pun harga dan cecah ribu-ribuan, hah memang kaya dan
terkenallah dia.
Saya tanya Maddie, dia tak terpikat ka dengan bos dia.
Maddie ketawa sahaja. Kerja Maddie sebenarnya lebih kepada pembantu kepada anak
kawan Granny itu. Maddie kata memang bos dia itu the most eligible bachelor dalam
kelas elit Negaranya, tapi sebenarnya dalam majalah, dalam media social
dan dalam majlis social je bos dia sangat mempersonakan dan bikin ramai anak
dara gila bayang, mak-mak dara berangan nak bermenantukan bos dia, tapi luar
media social, luar majlis social, bila tiba bab kerja, bos dia garang, cerewet, tipikal baran emotional
retis-retis berkat besarlah gitu, hah. Dia tau dia berbakat, dia rasa aish kita
ni kecik-besar-kecik-besar aje. Apa dia minta tak boleh lambat dan tak boleh
cincai. Lambat sikit, cincai sikit, siaplah engkau kena cerca kena maki. Kira
saya boleh bayangkan budak tu spoil brat, you know spoil brat punya tentrum,
kan hah gitu-gitulah.
Lagi pula budak tu anak tunggal, memanglah spoil. Mak dia
dan ayah dia dah tua-tua bangka baru nak beranakkan dia. Ramai orang kata budak
tu anak tabung uji sebab Mak dia mengandungkan dia masa mak dia umur 53 tahun.
Dia juga punya peminat yang sama naik perasan seolah Maddie kerja dengan
mereka pula. Apatah lagi derang memang tau Maddie dulu pernah jadi ikon rumah
agam, lagi selalulah minah tu kena sindir-sindir dengan peminat bos Maddie.
Kena buli dan dibikin jadi macam orang gaji pun ada. Tapi itu sangat
kadang-kadanglah sebab bos dia kadang-kadang aje bawa peminat-peminat yang ntah-apa-apa-tah ini berkunjung ke studio dan gallerynya untuk tujuan sosial. Selalunya, tiap-tiap hari peminat boleh walk-in tengok-tengok lukisan. More business-like-manner,lah. Tak de personal-personal, gosip-gossip punya agenda sebab bos dia terperap dalam studio, atau terperap celah dapur mama dia,lah. Jadi Maddielah yang akan melayan pengunjung-pengunjung ini.
Ada juga yang beli painting melalui wakil sahaja. Lebih profesional, dan selalunya mereka lebih arif dari Maddie sendiri. Peminat bos Maddie yang betul-betul minat lukisan, sebenarnya lebih ramai dari peminat bos dia yang ntah apa-apa-tah tu. Yang ntah apa-apa-tah-tu, 2, 3 orang sahaja, pun. Yang gila bayang pun ramai, tapi iyalah, orang yang minat seni halus ini educated-educated belaka. Mereka prosfesional dan menghormati kedudukan Maddie sebagai sebahagian dari warga Gallery Seni, pujaaan hati mereka. Kalau jerat mengena, kenalah terima Maddie sebagai sebahagian dari hidup mereka juga,kan, tak gaytuh. Tapi si Maddie tu, biasalah dia tu, yang ramai yang baik yang mengkayakan bos dia, dia tak ingat, dia selalu ingat yang tak baik sahaja, sehingga saya kena tanya soklan-soklan yang bunyi macam saya nak buat homework statistik lah. Soalan-soalan yang berbunyi begini:-
"berapa ramai peminat, pengunjung tempat kerja kau?"
"berapa ramai lelaki, berapa ramai perempuan?"
"berapa ramai yang lorat, berapa ramai yang polite?"
"berapa ramai yang gila-bayang, berapa ramai yang really into art?"
"berapa ramai yang gila-bayang nasty, berapa ramai yang gila-bayang baik?"
Hah! ....Gaytuhhh. Maklumat dari cerita-cerita si Maddie kena disaring dan ditapis dulu, kalau tak habisla, kau, boleh end-up bikin kesimpulan yang salah.

Dah macam gitu terukpun punya perangai, bole si Maddie tu
nak kerja dengan mamat itu ek? Dia cakap senang aje. “Apalah gunanya aku
ni sarjana psikologi, dan kata aku apa? Gadis Poster rumah agam,kan. Aiii takkanlah bos macam itu pun aku tak boleh nak sabar?”
Eh korang tak rasa ka, apa ke bangang punya jawaban, tu? Bangang
tu the max,kan. Mungkin gaji dia lumayan? Tak juga. Katanya setakat gaji
graduan biasa aje. Biasala gaji di Negara sana. Nama aje nak jadi Negara Maju
menjelang 2020, bayar gaji budak sarjana pun ikut gaji budak sarjana muda. Lainla
macam saya. Dulu sebagai remaisier, memang bayaran yang saya dapat adalah sangat
lumayan. Itu pun saya tak sanggup dah. Tak sanggup bukan pasal kerenah "bos" yang ntah-apa-apa-tah, Mana boleh saya tak tahan, sebab bos saya itu ialah uncle saya sendiri. Tapi itulah saya tak tahan kena serba-serbi betul, lengkap, kemaskini, dan tepat. sentiasa kena up-to-date, reliable and relevant. Itulah saya cukup duit kumpul saya bla.
Dia pun tak banyak mengadu, sebab agaknya dia takut saya marah
dia, macam saya marahnya satu ketika dulu. Tak apalah, dia tak cerita pun saya
lebih maklum dengan perangai manusia-manusia geniuses TYPE A personality ini. Saya dan Maddie Type B. Memang konflik besar, kalau tak betul saling hormat-menghormati dan berkasih-sayang. Saya,kan pernah kerja
urus dana. Fortfolio saya pelbagai. Memang ada sekor dua muda-muda lagi duit, harta dah berkoyan-koyan. Yang dah tua-tua tapi tantrum tak tentu fasal (yeah that's my beloved uncle, my BOSlah tu) pun ada juga. Buat pekak aje, sudahlah. Layankan, iyakan aje, kerenah mereka.
Thursday, January 12, 2017
STIGMA
Satu hari saya sedang membaca tulisan di internet, Kawan saya sibuk menengok. Saya suruh aje dia ambil tempat saya dan baca.
Dia tanya "orang ni marah akak ka?"
saya jawab "taklah, kalau dah online ini semua general, sapa makan cili dia terasa pedas, kenapa? akak ada ciri-ciri yang dikatanya dalam sini,ka?"
Dia tersipu malu " taklah mana tau kakak ini puak yang dimaksudkan itu"
Mak aiii mementang aku pakai kerudung labuh terus kau kata aku parti PASlah tuuttthhh. Saya pun tak kisahlah kalau orang nak fikir tulisan itu dituliskan untuk orang berpakaian macam saya. Stigma memang semakin menebal. Jadi macam gitulah, kerana sebilangan kami yang merapik ntah apa-apa-tah. Semua yang berpakaian seperti kami dikata-kata extream, cakap/tulis tak guna otak, bla bla bla... Kalau orang tengok saya dia nampak macam foto kat bawah pun tak mengapa. Doa sahajalah sama tuhan yang di pengakhiran hidup kita nanti, semua yang buruk itu terpadam selamanya. Yang penting Muhasabah diri, mana yang ada kita baiki. Kita rasa kita bagus sangat, kadang tu adalah perbuatan, perkataan kita yang bikin orang pandang kita macam gini.
"****
Boringla cerita itu,kan, kita cerita, cerita lain plak...
Semalam saya berjumpa dan ngeteh dengan ex-schoolmate. Dulu saya fikir bila sorang, sorang dari mereka kawen, saya rasa alahai dah tak de kawanlah aku ni. Napa saya tak kawen? Budak-budak lelaki kami mana suka orang macam saya. Eh silap saya yang tak suka derang. Childish, mengongkong, suka buli perempuan tak cantik, unfair, bodoh, KOTOH! bla bla bla...,
Alhamdullilah masuk umur 40, anak derang dah besar, rupanya kami sama free, dia dah jadi bujang balik. Anak dok asrama, laki dok kerja, sambung belajar demi meningkatkan status keluarga ke satu tahap yang lebih tinggi, lagi. Jadi dia ada masa menemani kawan dia yang kesaorangan ini. Kami borak-borak.
Perbualan kami seputar Anxiety, Mental, OCD, Paranoid, SAKA masalah kejiwaan & kekosongan hati. Dia cerita pasal anak sedara dia. Lelaki yang genius tapi dapat sakit misteri. Belajar sekerat-sekerat jalan. Budak tu nampak hantu. Hantu berlegar sana-sini, macam cerita filem Alif dalam 7 Dimensi. Syukurlah akhirnya dapat jumpa orang pandai, budak itu pun kembali ok dan boleh menyambung pengajiannya.
Kali ini dia nak belajar bawa kapal terbang, pula. Tapi dia bertukar baran. Emosional. Jadi, dia gagal. Orang "bijak-pakar" kata budak tu anxiety. Orang ada anxiety tak boleh bawa kapal terbang. Bahaya! Kalau dah anxiety kenapa tak pergi berubat dan makan ubat? Tak mau sebab malu. Tuan badan pun tak rasa dia ada masalah. Dia genius, apa? Tuang (ponteng) kelas, pun exam boleh score. Jadi sekarang ni duduk rumahla dia.
Kawan saya kata, dia nak memandai cadang itu ini bukan anak dia, biarlah.... mak bapa banyak harta tak de masalah tanggung anak begitu. Jadi tidak mengapalah itu. Saya diam saja. kesian dibiar mereput begitu tanpa rawatan. Kami boleh angguk-angguk sajalah. Kadang-kadang ego mengatasi segalanya dan boleh memusnahkan masa depan yang cerah.

CENGGINIH sebenarnya orang pandang Kita. Taklah bagus mana, pun. |

Tuesday, January 10, 2017
Oh My Omputeh
Sambung cerita semalam, apa dah jadi dengan perempuan tu? Kalau bawa berubat cara omputeh memang dah baiklah tu. hehehehehe... Perubatan moden omputeh memang canggih. Canggih sampai ada orang mental di sana yang menang anugerah hadiah Nobel... lagi! Gaytuh.
Dulu pesakit, kena duduk dalam wad mental, duduk-duduk wad pun lukis-punya-lukis, hari ini lukisannya jadi sejarah. Jadi terkenal diserata dunia. Macam itulah dunia sana ntah macam mana boleh jadilah ek, orang yang rosak akal, boleh turut sama memberikan sumbangan besar dalam bidang seni, bidang ekonomi, dan ntah apa bidang lagi yang saya tak tahu. Kita ni pula akal baik-baik jadi rosak. Hisap dadahlah, minum arak lah, pelacuranlah. Macam-macam. Keluar cerita orang gila, semua bunuh orang, mengamuk cederakan orang. Tak ada lagi cerita yang baik-baik. Bukan tak ada, tak lama lagi insyallah dengan kemajuan perubatan negara kita, adalah tu nanti kita baca orang mental harumkan nama negara.
Orang itu tentulah bukannya saya. Saya ini kira kes dah tertinggal keretapi ni. Dah ganyut bebeno. hehehe, baru dapat feeling-feeling intelek/scholar, baru terhegeh-hegeh nak mengaji, nak pegang pen, buku, segala bagai. setakat fefeeling, psiko kuat brangan tu bulelah,kan. Nanti tu, nanti adalah tu, nantikan muda-muda kitalah. Hah kau tunggu, saja, aar. Kalau umur 18 - 19 dah dapat kesan mental, ubat betul-betul, dengan sokongan ibu bapa dan komuniti setempat, bule tu cemerlang. Ini bukan cakap angan-angan kosong. Tengok sahajalah orang OKU, masuk sukan, dapat pingat emas dah mengalahkan athelete normal. Tak lama lagi adalah orang OKU ketegori mental yang buat apa-apa benda yang boleh membanggakan rakyat Malaysia.
Ni kita nak cerita orang sihat, bijak yang dahla dulu kecoh kata orang gila kacau derang, hari orang gila tu ntah dah baik ka, dah mati ka, atau dah kena penjara dalam wad sakit mental ka, dok kecoh pula cerita liberal-gemar-berbahasa-inggeris dok kacau derang, Haish tak sudah-sudah,kan masalah derang, ini,kan. Sapa pula liberal jahat tu. Dengar ajelah penulis-penulis bermukjizat ini menulis ek. Betul ka dunia tulis-menulis mereka makin kelam. Dengar-dengar katanya, majalah agong deme, nak dikurangkan dari 12 kali keluaran setahun, dah jadi Dwi bulanan aje, dek masalah ekonomi negara. Kesian,kan. memang kesian. Kita audit pun kena potong juga bajetnya, tapi kita idaklah menuduh-nuduh ada manusia liberal bikin bajet kita jadi kecut. Biasalah ekonomi, ada kembang ada kuncup. Bila kuncup pandai-pandailah ejas (adjust).
Masing-masinglah eh cara nak tangan kemelut keperluan diri, keluarga dan anak-anak dalam keadaan yang serba sukar ini,kan. Saya tak kisah derang nak meroyan tuduh, sana-tuduh-sini pun. Playing victim memang sangat baik juga tu untuk publisiti. Bila kita meroyan kita ni mangsa, orang jadi kesian. Sebab kesian, saya rasa bulan depan kalau saya free saya naklah jenguk-jenguk sedara kita yang teruk terinaya ini.
Nak tolong memang tak dapat tolonglah. Susah nak jual barang meroyan ni. Dalam ekonomi teruk orang mau yang indah-indah saja, bukan tuduh-menuduh-gaduh-bergaduh sesama sendiri, apatah lagi momok-memomok benda yang orang semua dah sedia maklum dah. Jadi saya boleh tolong tengok aje. Boleh tolong kempen, tolonglah selamatkanlah manusia-manusia suci ini dari terus jadi mangsa keadaan,kan. Kesian ya Allah. Berilah mereka ini jalan keluar. Memang kesian saya tengok derang ni.
Ada-ada aje,kan derang ni |
Sapa pulak si Netto nih.... |
Monday, January 9, 2017
PUSARA PUSPA
Sebenarnya saya lebih menyukai Rumi dari Gibran pun. eh silap, saya terlebih dahulu mengenali Puisi-puisi Rumi sebelum mengenali Puisi Gibran. Eh kata Chairil Anwar, Aku ini Binatang Jalang? Mana satu kau ni? Semua penyair kau tangkap cintan ka? Chairil Anwar
tu obsessi pada masa muda-muda dulu. Dululah, masa-masa muda, masa-masa join
geng usrah, masa zaman sekolah menengah dulu, tahun 90’an-dan-pertengahan 90.
Iyalah masa tu sekolah pun sekolah elit, moto sekolah “dipimpin untuk memimpin”,kan.
Jadi semua orang mau saya pimpin, gaytuh.
Sekarang ini tidaklah lagi. Bila saya jadi lebih dewasa saya tahu kelemahan
dan kekuatan diri, saya mula mengerti yang, siapalah diri ini untuk “memimpin” sosok
seperti Chairil Anwar pulang ke Negeri Abadi.
Saya jadi sangat menyukai The Madman oleh Khalil Gibran… suka
sangat prasa ini, baca, ya. Baca, renung dan hayatilah ia dengan rasa penuh
cinta dalam kalbu:-
“ And I have found both freedom and safety in my
madness; the freedom of loneliness and the safety from being understood, for
those who understand us enslave something in us. “
Sweetkan. Sweet sangat-sangat, amboi jatuh cinta dan
menginspirasikan sekali. Bila dah terinspirasi ni mulalah gatal nak meroyan…
sekarang bacalah royanan sayalah pula ya. Saya tiru dari Madman yang saya tukar jadi Perempuan gila.
Kau tanya kenapa saya jadi PUSARA?
Saya terkejut. Bila masa saya mati? Bukan saya perempuan gila,ka? Perempuan gila yang membunuh kejam perempuan yang kini diam tenang dalam pusara, tatkala HUJAN renyai, dengan sepi yang mengigit itu ?
Lalu saya berkisah kepada kau yang satu hari
dulu, duniamu terancam, gersang, mau mati….
Semua setuju yang ianya harus diselamatkan. Lalu
harus diselamatkan dengan apa? Seorang dari kamu, yang terbaik dikalangan kamu bikin "havoc" ada perempuan gila mau membunuh dia, dunianya dan impian kamu semua. Semualah jadi repot, kesian dan ambil berat. Sudahlah hidup segan, mati tak mau, dia yang diharap bakal menyelamatkan kamu semua dari petaka jahanam diganggu orang gila yang bercita-cita memusnahkan seluruh keturunan, tradisi dan ketamadunan kamu.
Kasihan sungguh, memang sungguh kasihan. Bertuduh-tuduhanlah kamu antara satu sama lain siapakah perempuan gila itu? Tiada orang gila sebab dalam duniamu cuma ada:-
Puteri penyelamat ummat akhir zaman
Atau
Puteri malang, yang bakal memberanakkan
anak-anak puisi indah bagi menghidupkan duniamu yang semakin sakit dan gersang. Puteri Malang yang kekal mandul kerana digigit halang
jodohnya oleh perempuan gila. Arujana bapak puisimu diculik, dikurung, akhirnya lumpuh kedua kakinya oleh perbuatan durjana perempuan gila yang tamak.
Cerita kamu saling tak tumpah macam skrip wayang Misery, Stephan King.
Saya hanyalah seorang penyibuk yang berada di tempat yang salah, pada masa yang tepat. Saya pula pegang satu laporan dari tuan Doktor yang tertulis:-
"Schizophrenia in Remission"
Jadi pada hari itu saya terima sahajalah MISERY
yang gila. Ianya hanyalah sebuah tuduhan tak berasas dalam talian yang tidak punya impak negetif terhadap kerjaya, kewangan maupun kestabilan mental dan kehidupan peribadi saya di dunia yang nyata ini.
Pun begitu, ironinya bila sedekad telah berlalu saya temui keindahan dalam kegilaan.
Dengannya saya ada hak untuk menyepi dan menyendiri. Hak untuk tidak difahami
oleh orang lain. Hak yang lebih besar bila terlepas dari sumpah "Dipimpin untuk memimpin" & sumpah untuk melahirkan seorang pemimpin bagi duniamu yang makin kelam dan kabur itu.
Hari hampir sore... saya mau pulang semula ke kota. Tidak sempat saya tanya kepada kau.
Saya mau tanyakan begini:-
" Tahukah kau di mana letaknya PUSARA itu?"
Hari hampir sore... saya mau pulang semula ke kota. Tidak sempat saya tanya kepada kau.
Saya mau tanyakan begini:-
" Tahukah kau di mana letaknya PUSARA itu?"
Sunday, January 8, 2017
Women Empowerment 2
Hensem tak? hehehehe |
Anak orang kaya dia ni. Ni cerita di Asia, di Hongkong ha kawan-kawan kaum Nabi Luth yang disebut-sebut dalam Quranlah dia ni. Ngeri tak? Iyalah tuuu, tak ngeri. Kita baca Quran, memang pengakhiran kepada kisah mereka ini amat mengerikan. Kalau dia dok sebelah kita dok business-business deal dengan kita, kau mau tolak ka?
Macam mana kita ni? Let say dia nak beli painting saya yang ntah-apa-apa-tah tu dengan harga yang mahal, Lepas tu nak taja plak saya bikin exhibition yang akan angkat saya jadi Artis yang terkenal lagi kaya raya, saya mau tolak ka?
Berbalik kepada soklan tadi, kamu rasa dia ini mengerikan?
Monday, January 2, 2017
Happy New Year???
Memulakan tahun 2017 dengan perang lelaki pempuan memang sikitlah mengusarkan. Saya kena bersedia yang akhirnya kawan perempuan saya akan berpihak lelaki yang saya ajak "bertumbuk" deminya itu dan menjauhi saya. Saya juga sudah bercega dengan "the worst off scenario" dimana akhirnya nanti kawan saya pula yang akan membenci saya. Tak padahal mulanya kita ber"gasak" sebab nak men"yelamat"kan dia. Kita pula nanti dikata-kata perempuan gila, pengacau, pendengki, baik pergi mampus bla bla bla....haish haish haish. Worst off scenariolah. Hopefully itu tidak terjadilah,kan
Emansipasi Wanita satu MITOS? Tapi saya masih mau percaya yang ia bukan satu MITOS. Ia wujud. Hanya sangat rare umpama mencari jarum dalam jerami. Jadi lebih baiklah saya bersedia untuk hilang kawan dan dibenci kawan untuk tahun 2017 ini. Pun begitu saya yakin Allah akan melindungi tiap jalan dan jejak yang saya lalui. Mana tau berkat doa tak putus, "my expected worst off scenario" tak menjadi dan saya temui kawan-kawan perempuan sejati dan setia.
Saya tak perlu fikir sangatlah pasal permulaan 2017 yang serba tak kena. Saya tak perlu gusar,pun jika kehilangan kawan pun. Yang penting fokus pada kerja dan pelajaran. Itu saja. One day kalau dah berjaya semua akan datang ngaku kawan. Biasalah tu. Jadi doakanlah saya berjaya dalam perjalanan yang orang dok kata-kata penuh dengan kesepian ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)