Thursday, December 29, 2016

Gugurnya Sekuntum-Bunga-Cinta

Saya tak pasti macam mana boleh terkeluar ayat yang begini dari dia

"Kakaaakkkk, kalau dia gersang nanti macam mana?"

Saya memang terkejut. Dia sikit gelabah, cepat-cepat kata sori dan dia hanya bergurau, bila dia tengok muka saya yang mungkin macam katak tertelan mengkarung itu. Ouwh kawan yang dikhuatiri akan kegersangan, iaitu dia dalam dialong di atas itu berstatus ibu tunggal...Saya tak ambil portpun cakap kawan yang usianya lebih kepada pangkat "anak" tadi dan anggapnya hanya gurauan. Dia memang cheeky getek dan suka bergurau, berdrama, menyanyi-nyanyi yang ntah apa-apa tah. Dia saja menakut-nakutkan saya. Suka agaknya dia bila muka saya jadi katak hijau!

Terkejutnya saya itu sebab, kemain lagi adik inikan, ngajipun tak habis lagi, pandai dia bergurau mengalah orang dah beranak-pinak! Kalau zaman-zaman saya seusia dengannya harus, mak dah patahkan cili padi dan tenyeh-tenyeh pada mulutnya hehehe. Haish haish haish...sapalah yang ajar kawanku ini sampai bertuah dan bijaknya sampai sebegini, niiiih?! Saya fikir balik, agaknya,kan, mesti dia terpercaya/terpengaruh dengan apa yang dia baca di blog-blog skandal politik tu. Dia suka membaca dan apabila kita membaca bahan politik, kita terdedah dengan cerita-cerita 18sx ni, dah seolah orang politik ni bukan saja punya bakat bercakap yang memukau tapi bakat dan kebolehan mereka di ranjang sama naik dan boleh jadi "bahan/rencah" umpat-keji yang punya kuasa viral. Orang politik luarbiasa ka? Saya rasa derang biasa-biasa jer macam kita juga. Tapi bila bergaul dengan ramai orang berlainan jantina, kita tak tahulah godaannya,kan?

ok jom tengok intai gambar-gambar ini yang saya curi dari blog ini......




Kita tak pernah berhadapan dengan situasi begini, saling puji-memuji. Bos
puji anak buah, anak buah puji bos,.. baik punya...terkembang sana-sini, lepas tu tak tahulah,kan apa episod seterusnya. Bila dah saling puji sampai kembang sana-sini.... tup-tup ini pula cerita yang keluar, takrak guna punya hadek!


Ini maklum balas dari sang Srikandi yang saya ambil di sini

Ntah tak tau nak komen apa. Ini kes Serikembang-kembangan mereyam 4kali baru menguncup letih, ke, atau cerita sang mangkuk haiyan tak dapat mengayun tak tahulah kita, iya. Saya kena beremansipasi dengan wanita, Mana bule Srikandi dibiar tertiarap. Budak Hayun mulut tak insuranslah yang punya angkara tu.... Marah Marah Maraaaahhhhh nihhhhh!!!!! (tak marahlah.... Drama jak nih. terpengaruh dengan adik-adikku sayang dari Negeri di Bawah Bayu)

ntah. Cerita macam ini hanya waktu saja yang dapat menentukan. Kalau dia betul Srikandi, namanya akan tambah harum berkembang indah lepas insiden ini. Kalau terus malap langsung tertiarap tu, tak bererti jua dia bersalah, mungkin dia memalap kerna Allah bagi dia cinta lain, bersama dengan sang Raja pemilik hati seorang lelaki budiman seperti dambaan tiap wanita. Dalam erti kata lain, Allah tak benarkan lagilah kita ada Srikandi sehebat yang kita baca dalam Hikayat Siti Zubaidah, Atau Srikandi yang kita baca dalam buku sejarah seperti Tun Teja, Tun Fatimah untuk alaf-21 ini.

Tuesday, December 27, 2016

Women Empowerment

Dengar cakap-cakap empowerment ni memang mengerikan, kan.... hehehe. Terutama dari perempuan yang memang ntah. I dunnolah nak rate diri sendiri, tapi bos saya ada yang memang asyik terbakar ajelah perasaan dia terhadap saya. Itu dulu.

Hari ini saya dan bos ok-ok aje. Kita dah tau bos lelaki Melayu ni rapuh hati, tak boleh orang bawah perempuan banyak songeh sangat, diam ajelah jangan berbunyi, jangan banyak komen kalau tak dipinta. Kalau diminta pun jangan juga berbunyi, dia nak test aje kita, atau nak nampak cool. Dia bukan minat pun tak dengar cakap kita sangat.

Jadi nak berhenti dari berbunyi, tapi nampak tak kalah, kita raise our "voice"/lebih kepada "esteemed" dengan craft and art. Punyalah,kan tak nak kalah nak kelas juga tu. Memang depressing dilahirkan tak cantik tapi pandai/suka mengkritik ni. Orang kata dilahirkan dengan minda yang kritis lagi kreatif, jadi musuh haramjadah orang lelaki plak, mematikan semangat, mematikan inspirasi mereka, Pembunuh abadi... Giteww. Jadi kita sorokkanlah apa yang boleh "membunuh" mereka dengan apa-apa yang patut. Muka tak cantik tak boleh ubah, mulut longkang tak boleh jadi kasturi tapi bole tutup tak cantik dan busuk dengan diam dan keluarkan yang cantik-cantik sahaja.

Jadi, apalah yang cantik sangat tu iya, Mak Longnya? Jom layan....





Inilah sebahagian dari hasil gubahan hantaran pertunangan untuk adik dua-pupu saya yang akan berlansung awal tahun hadapan. Yang full siap, saya upload nanti, insyaallah.

Sebahagian besar dari bahan-bahan asas sebelum jadi gubahan di atas....

Monday, December 26, 2016

Macam-macam

Saya embark on this journey dah berapa tahun ek.... hmmm let me count, 2009, 10, 11, 12, 13, 14, 15 ,16... wah dah nak sedekat tu, pergh lama,kan. Lama perjalanan, modal dalam bentuk wang ringgit pun banyak juga dah keluar. Ceh journey apa ni? Menulislah. Menulis tesis. "Dr Mardhiah in the making" hah gitewww... hah sila gelak, sila gelak wahai adik-adikku sayang. Kakak tak marah. Memang kelakarkan pun kan. Kakak yang kau kenal/ kau asyik kenang-kenang, bayang-bayangkan uli-uli tepung bikin karipap lepas ni kalau kita bertemu pada masa 10 tahun akan datang dan kiamat masih tidur, sila panggil kakak karipap engkau ini Dr kakak sayang bole? hihihihi....

Saya bajet habis cepat 2020 siaplah tu. Last week saya pergi temuduga untuk peringkat sarjana. Tapi sarjana ni coursework aje. Penulisan ilmiah pun acah-acah, 10 mukasurat je katanya. KAHTAnya. Saya boleh eksen bajet 2020, coursework 1 tahun setengah...means kalau mula Mac 2017, September 2018 siaplahkan. Saya sudah mengarang-ngarang kira waktu itu juga saya sudah siapkan proposal untuk tesis saya yang pertama. Sepupu saya kata/cabar saya siapkannya dalam masa 6 bulan selepas itu. kwang-kwang-kwang biar betik adik aku ituhhhh... tak pe kita titikkan tarikh akhir pada 2020, insyaallah

Sebenarnya menulis ini bukanlah kesukaan saya. Saya lebih suka kawen, jaga anak jer. Tiap-tiap hari doa nak jadi Ibu Misthali, Isteri Solehah, Tuhan bagi 1001 masalah, kesarabutan kepala hotak yang hanya Menera Gading dan deretan A ajelah yang dapat mendamaikan hati. Bukan gelak hilai anak-anak dan gurau manja seoerang suami yang saya minta tiap-tiap hari itu. Itulah,kan bila saya baca ada update FB kawan saya pagi tadi dia share apa kata ustaz, ustaz kata "sesuatu yang engkau tak suka itu, maka itulah yang Allah kata terbaik buat engkau" sejuk sikit hati ini. Bukan tak pernah baca quran dan come accross Al-Baqarah ayat 126,kan. Tapi bila orang post dalam FB dengan hiasan bunga-bunga, hati kitapun kembalilah berbunga-bunga juga. Jadi, doakan sajalah saya dapat kawan-kawan, dapat penyelia yang bagus.

Kisah orang buat PhD ni memang banyak kedengaran, begitu-begini-kan. tapi harap saya punya pengelaman manis-manis ajelah, semanis perjalanan saya menamatkan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama saya. Memang manislah. Mana tak manisnya semua pensyarah sayangkan saya...uiks perasannya Ai. Rasa terinaya? Adalah sikit tapi tak sampai 1% pun. Sedihlah kita dok mai kelas Pensyarah/Tutor tak datang. Pastu watsap kat kita sekian-sekian hari bulan suruh datang kelas ganti, kita duduk lagi tercongok nunggu, dia macam itu juga. Nak sumpah seranah, harap dia dapat anak haramjadah... tidaklah tergamak sebab dia santiiiikkkk yang amat. Lagi pun kursus teori jer, saya boleh baca, saya boleh berdiskusi dengan online tutor pun. Saja frust sikit sebab tunggu orang cantik, orang cantik tak mai itu, aje. Tapi dia sorang itu ajelah dari dalam beramai-ramai orang pensyarah/tutor yang macam gitu.

Oklah enuflah pasal journey saya. Doakan yang manis-manis untuk separuh perjalanan lagi.

Terima kasih.

Thursday, December 22, 2016

Hobi Baru...

Ni bukanlah hobi sangatpun tapi sebagai kunun-kunun terpengaruh dengan artis selebriti UK yang menghadapi masalah yang sama dengan saya yang "struggling" dengan masalahnya, dengan melukis. Apa benda punya bahasa Melayu daaa,.... berapa banyak yang, berapa banyak dengan dah. 

Saya memulakan aktiviti baru ini, baru juga, bermula pada bulan Oktober yang lalu masa saya pergi pameran lukisan sempena bulan Kesihatan Mental Kebangsaan. Akceli lukisan-lukisan ini hanya sebagai latihan saja. Bukan untuk Pameran atau untuk dijual. Saya dah lama tak melukis dah, Jadi tak berani terus melenjan kanvas yang mahal tu. Saya guna kertas drawing blok biasa jer, dan Poster Colour, acrylic pun cubalah sikit-sikit. Itu pun saya beli warna-warna asas sahaja iaitu, hitam, putih, biru, merah, dan kuning.... weh mahal weh acrylic tu. ini sekadar aktiviti untuk menghalang over thinking... bak kata Gibran,pun pindah dalam buah lai. Nak berpindah kena ada "vehicle" I used painting as a vehicle to move myself from Delima not to lai, tapi dalam buah mangga, lepas tu Rambutan, Pulasan, mata kucing, laici and the list is go on an on and on...... 

Oklah cakap banyak pun tak guna, jom tengok gambar....

Ini tulisan saya copy paste dari e-jawi di sini. Hajat hati nak juga tulis khatnya sendiri.
Ini berframe segala bagai ni sebab nak bagi kat kawan blog.  Dia yang mintak. Tak caya?
Memula berangan bulan oktober hari tu...
Peralatannya yang asas-asas aje....

One thing about melukis ini ia membantu kita berhenti overthinking, memberhentikan suara-sua yang ntah-apa-apa-tah yang kadang-kadang berbentuk negetif dan bila kita berfikir negetif, saya rasa the whole day kita akan rasa tak siok, last-last kita bikin orang tengok kita tak siok dan lama-lama naik menyampah dengan kita jadinya. Tidaklah saya saran kita semua jadi overconfident sampai tak hingat budaya Melayu punya do s and don't s,kan. kalau dah ter"don't" orang Melayu suka cakap begini:

"terlajak perahu boleh diundur,
  terlajak kata buruk padahnya"

Kalau dah terlajak kata tu, derang nak kenakan kita balik, nak kasi kita buruk padah, terima hajalah ek dengan redha....

Wednesday, December 21, 2016

Persediaan....Bersedia.

La ni dalam FB sibuk betul orang dok viral pasal kiamat. Ada kata lagi 10 tahun lagi nak kiamat. Antara selebriti yang orang suka dok viral update dia pasal ini adalah ustaz tersohor Negara pemilik Maahad Tahfiz tersohor Negara yang pernah berhadapan kunun katanya fitna dajjal. Macam-macamlah dia kempen kunun Alepo tanda Mujahidin sudah menang, dan Dajjal akan keluar untuk mengekang kemenangan ini. Air Tasik Zionis sudah kering bla bla bla.....

Sapa yang fitna dia? Seorang lelaki selebriti viral yang pernah dulu buat viral kempen jom peluk Anjing dan Bekas Pelakun Wanita Negara yang pernah femes satu ketika dulu. Betul tidak ada kejadian dot-dot-dot yang diviralkan oleh dia personaliti selebriti internet ni tak lah kita ketahui, tapi yang kita tahu untuk membuktikan yang ustaz tak bersalah, dia sudah menyaman dua orang tadi kerana menfitna Maahadnya.

Ok let say Ustaz betullah. Apa harus kita bikin? Apa yang kau nak bikin? Berlatih berlapar sebab nanti kita semua makan tasbih, tahmid dan takbir? Jual semua harta kau dan pergi masuk sekolah pondok? Suka hatilah. Saya? Saya nak habiskan belajar dulu. Habis blajar nanti dah tak de orang nak Akauntan/Auditor dah,   tak kisahlah yang penting saya tak kacau orang. Lagi sepuluh tahun saya dah pencen dah. Makan duit pencenla. ait! ait! duit pencen tu nanti duit dajjal sebenarnya! tak apalah kita tunggu 10 tahun lagi kalau betul duit Dajjal, saya tak makanlah, saya ikutlah kau pergi memondok dan makan macam apa yang kau makan.

Tak nak berlatih berlapar ka? Oklah bolehla juga,kan. hehehehe. Nak sambung belajar ni kena pakai banyak duit, elok juga kalau selalu berlatih makan tasbih, tahmid dan takbir tu. Good idea! Jimat duit. hmm iyalah tu. Tak apalah kalau malas berlatih cepat sikit matinya ek. hehehehe.

Monday, December 19, 2016

Sakitnya tuh di Sinih

Ok kita gossip lagi satu mamat  idaman dunia. Korang tulis mulek pasal Imam Ghazali bule, kasilah can saya tulis pasal mamat ni pula hehehe. Akceli saya tak berapa perati, skodenglah sangat dia ni sebab taste saya lebih kepada jiwa merana mau pulang, AKU, Binatang Jalang yang mau pulang dengan mengetuk pintu tuhan kerna Aku tak bisa berpaling. Sapalah lagi kalau tak si Chairil Anwar  yang notorious tu. Kalau kau nak ngorat saya, kau berlakun-lakunlah mid-life crisis, lost the sense of purpose in life ka hah gitu. Pasti saya cepat panik, tertipu dan mencair. Itu cerita bodoh saya 10, 20 tahun yang lalu. Hari ini I’m older, wiser, and selfish. Not silly anymore. Kalau boleh elak-elak, “don’t make other people’s problem your problem”. Bukan bermakna saya ini langsung "hati kering". Tidak bukan begitu, saya sendiripun sesat juga, jadi macam mana pula saya mau bawa kau pulang?

Ok berbalik pasal Gibran. Gibran itu kalau berani nak samakan dengan Al Ghazalilah dalam dunia puisi, beranilah kau. Lepas ni orang pulaukan kau, orang kata kau gila, dah sesat jangan bersedih-sedih pulak ek. Berani tulis berani tanggunglah. Jangan mengada-ngada nak ngadu sana-sini orang discriminate awak. Dah perangai awak tu yang suka tulis benda-benda yang orang sini tak leh terima. Orang benci kau duduk diam-diam sudahlah.

Saya kata dia ini Al-Ghazali dunia puisi kerana dia Menulis cinta tanpa merasa “nikmat” cinta. Tulisannya bagus-bagus, pada sayalah. Tapi di sini katanya Gibran itu Prophet sesat. Ini memang saya tak tahu ni. Sapa yang mengharamkan dia saya tak tahu. Kalau ikut ustaz JAKIM memang jahat Gibran ni. Dia melanggar Ar Rahman…. “maka nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan” berduyun-duyun orang minat dia, sampai hari ini pun mesti ada awek yang tangkap cintan sama dia, dia boleh buat “DERK” aje,kan. Dosalah tuuuu….eh ustaz ni jodoh pertemuan di tangan tuhan ustaz, dah dalam Loh Mahfudz catat dia mati tak kawen, tak ada anak. Nak kata-kata orang mendustakan nikmat tuhan ni apahal,kan? Ni lagi satu, ni, nak kena maki,ka, pepandai menyama-nyamakan Gibran dengan Hero Penulisan Handalan Islam itu? Hello Gibran itu non-muslim ya, kalau kau baca dan percaya apa yang wikie tulislah

Tak kisahlah haram tak haram, dusta tak dusta ka,kan, saya share ajelah poem Gibran yang saya dapat dari page sastera dalam Face Book saya.


Thursday, December 15, 2016

GOSSIP lagi

Asyik gosip orang Melayu, nanti takut derang kecik hatilah pula ya. Kita gossip orang Germanlah pula. Best gossip pasal dia ni. Rasa-rasanya zaman tu German pun dah macam-macam nak hancur serupa macam kita ini harilah. Apa masalah sana?

Tak kisahlah apa masalah? Kaki gossip macam saya bukan ambil port sangat pasal masalah orang. Dunia dah tinggal 1000 tahun lagi pun, ada aku kisah, saya asyik menyekodeng orang besar-besar dunia. Itula aku sudah bilang, skodeng enkorang buang karan aje. Skodeng mamat ini lagi bagus.

Oklah mungkin masa itu German dah teruk jugalah.... Jadi mamat ini memikir cara nak mengatasi masalah keterukan itu. Apa dia cakap?...Best tau bacalah kalau senang-senang. Pandai Sarjana ni buat kajian. Sedap dibaca. Lembut dan lunak sahaja walau mamat German ni bolehlah kalau korang nak kata pemikir sesat, anti tuhan/berangan perasan dirinya tuhan. Firaun zaman Moden.

Meh kita close-up sikit apa dia tulis yang betul-betul eye catching. ala-ala felem 3 Abdul lah pulak ek...
Make Super-Babies katanya.

Sebab tuhan dah Mati.


Wednesday, December 14, 2016

KIAMAT?

Sains dan Islam atau agama langit memang ngam. Kalau mula tak ngam, penghabisan mesti jadi ngam juga. Sains membuktikan apa yang disampaikan oleh sekian ramai penghulu berita langit itu benar. Para nabi agama langit semua cerita pasal satu hari nanti dunia akan menemui kehancuran. Hari ini Saintis tersohor dunia mengakui akan perkara itu. Dulu-dulu masa saya kecik-kecik pun saintis dah kata tak mustahil bumi kita ini musnah. The possibility is there.

Tak kisahla sebab dua-dua dah ngam tu. Saintis yang merupakan ahli fizik terkenal dunia meramalkan kita ini habis kuatpun 1,000 tahun sahaja lagi. Orang yang kita panggil kafir, ni bila dia tahu hakikat ini apa deme buat? Deme pi carilah penempatan lain. singkatnya meneroka angkasa.

Ni cerita orang beruang dan berpengaruh. Nak selamatkan diri, cari tempat lain. Kita? kalau kita beruang kita buat tak macam itu? Taklah sebab semua usaha itu sebenarnya bull shit aje. Jadi apalah kita nak buat? Saya senang aje buat benda seronok-seronoklah, yang menggembirakan diri seperti bergossip dengan kawan-kawan lama. Gossip itu berdosa, macamlah kau dah banyak sangat pahala nak bagi kat orang. owh iya ka.... hallaaa,kan. Kena cari hobby lain lah ini,kan.

Trust me nak cari hobby lain bagi yang memang hobbynya analisa psiko orang memang susah, tau! Hari ini nak gossip apa ek?

Apalah lagi gossip pasal orang Melayulah hehehe... apa gossip yang juicy selepas cerita depa main cak-cun-cak-sorok kerusi? ntah kita tunggu sahajalah hari mengundi yang bakal menjelma nanti. ok itu politik, ada lagi yang saya rasa agak juicy. Itu ahli politik mereka, sekarang ini ahli intelek mereka pula. eh kau bercakap ni macam kau bukan Melayu,jak ya. hehehe... tak kisahla.

Ini cerita bahasa mereka, budaya mereka, adat mereka bla-bla-bla. Saya pun godek-godeklah sapa musuh mereka. Ntah sapa tahlah yang mereka lawan, tapi yang pasti mereka lawan PPSMI.Mereka lawan dasar kerajaan. Perjuangan mereka ntah saya tak berapa tahu, dari dulu sampai sekarang mereka mempertikaikan dasar yang digubal oleh pemimpin mereka sendiri. bolelah baca sini,lah kalau rasa saya saja reka-reka cerita. Nak suruh saya ulas memang saya kaburlah, sebab terlalu kompleks dan saya ni jenis diajar agar berbaik sangka sepanjang masa. Ais! Takkanlah orang Melayu nak rosakkan bangsanya sendiri. Dalam satu kerajaan Melayu, Melayu sendiri mau bunuh Melayu. Kerajaan yang terdiri dari orang Melayu membunuh bahasa dan budaya mereka sendiri. eh kau tak ngeri ka? Ngeri,kan. Itu ajelah gossip ngeri-ngeri kita ya. Saya pilih tutup mata dan baik sangka demi kesejahteraan minda. Orang macam saya ni kalau buruk-buruk sangka hah nanti keluar rumah pun saya tak mahu. Tak keluar rumah macam mana nak pergi kerja. Tak kerja sapa nak bagi saya makan,kan.

Bestkan cerita mereka ini. Tonton life drama Politik dan ketuanan Melayu dalam sembang-sembang gaduh-gaduh intelek negara di internet blog & FB ini sebenarnya lagi best dari tonton cerita Game of Thorone kat TV tu. Nasib baik saya tak ada insta, tweeter, hah kalau tak lagi ralitlah kerjanya ya. Ada yang bangun lewat tak dapat pergi kerja sebab follow benda-benda ini. Oklah stick to FB dan blog aje ek.

Tuesday, December 13, 2016

FEELING-FEELING MAK-NUJUM

Katanya tak lama lagi nak mengundi. Bila time-time macam ini memang banyak siok. Siok ke hapanya? Sioklah bagi orang yang hobinya menganalisa Psiko orang, dia boleh feeling-feeling Mak-nujum, meramal ntah apa-apa tah. Seronok-seronok-seronok.

Dah lama dah Ai perati. Ai perati gelagat ahli politik jer. Peratikan engkau apa jadahnya? Buat habis karen aje,lah. Unlesslah engkau tu penulis bermukjizat yang dinanti dan diperati hehehehe.Iya ka, betui dia ni ada mukjizaaattt!!! Hah gitu, atau blog, FB update engkau tu viral, sebab tak sudah-sudah menghasut menjatuhkan kerajaan dengan cara subversive jalanan, bukan melalui saluran yang sah. itu SB yang perati. Mak bukan SB. Tapi kalau like pun tak banyak, tidak mengapalah mungkin lepas 100 tahun diperam, sabda-sabda engkau semua diulang baca dan diambil jadi rujukan, kalau betul kata kawan-kawan engkau, yang engkau ini bermukjizat. 100 tahun lagi mak dah lama masuk kubur dah.

Ok berbalik pasal pasal keseronokan menyambut saat mau kehabisan penggal mandat rakyat pada PRU yang lalu ini, kita yang feeling-feeling ni mau meramalkan yang jika, yaanggg jika... parti alternatif yang terdiri dari pasukan bunga dan rakan-rakan dapat sepakat membawa berkat dalam pengagihan kerusi, i.e. nanti jadi 1-lawan-1, hah BN bole jadi...bole jadi, may B(be) N(end).

Jadi betullah ramalan ahli Nujum yang lalu bahawa riwayat BN berakhir bila permulaan abjad pada nama pemimpinnya adalah N(end) Najib.

Apapun perbuatan menilik ini hanyalah perbuatan khurafat ya. Kalau zaman dulu pelakunya ini ditangkap aje dan dibakar hidup-hidup. Tapi ini zaman sekarang, like I said before, ini ntri feeling-feeling yang tak de orang sini baca,pun.... jadi beranilah Mak nak tambah sikit. Riwayat BN masih bersisa lagi, barang satu dua penggal lagi supaya-supaya...ntah. Hey ini cuma ramalan jer hokey. I tak parti mana-mana, I perati jer.

Bila sebut jer BN end, Adakah Monarki kita jua akan turut N(end?) Atau adakah mereka jadi macam monarki negeri mana tah, turun takhta dan masuk politik? Oh Monarki negeri fiksyen yang saya baca dalam fiksyen karangan Sasterawan Negara S Othaman Kelantan tu. Let me repharase adakah khayalan S Othaman Kelantan akan jadi kenyataan?

Atau Negara ini bakal menerima Perdana Menteri Bukan Melayunya yang pertama yang punya dendam kesumat terhadap Melayu lantas dia meranapkan institusi Raja Berpelembagaan Negara ini? Atau dia Melayu, tapi ntah dari bapak dia dulu pun memang dah kecik-kecik-besar aje dia pandang Raja Melayu nih... dapat jugalah derang, kurangkan imuniti Raja-Raja tu masa papanya berkuasa. La ni lagi kecik-besar-kecik-besar rasa nak ditelannya Majlis Raja-Raja ni, sebab tak kasi masuk acara pelantikan Agong. Alasannya nanti Abah dia tersipu (mengelakkan kesipuan- embarrassment) sebab orang tak sedia kerusi.

Saya tak pro mana-mana. Raja Melayu pun tak, Orang yang akan mengalami kesipuan kalau tak dapat kerusi pun tidak. Saya sekadar berhappy-happy dengan hobi saya dan menulis cerita hobi saya jerr... Saya mungkin tak betul, saya silap. Jadi janganlah ambik serius sangat apa yang saya tulis ini. Ala-suka-suka-skodeng orang, bukan ada apa kebendanya masalahnya pun. Dah engkau macam itu, tak dapat kerusi pun kesipuan tak puas hati sampai nak peruntuh semua benda, yang lagi satu pula dah tau orang tua tu gian kerusi, saja dia kasi provokasi, main cak-cak-sembunyi kerusi. Aku tulislah gaya kelaku engkau macam yang aku baca sana sini secara online. Janganlah marah ya.

Thursday, December 8, 2016

Gibran's MADMAn

Salah satu slot dalam kursus di MMHA hari itu, dikendalikan oleh Madam Kim, seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak yang mengalami sakit mental. Anak lelakinya mengalami schizophrenia dan yang perempuannya mengalami Obsessive Compulsive Disorder. Madam bagi kami satu role play. Saya bersama enam peserta lain jadi suara-suara dan diberikan kad untuk dibaca berulang-ulang kali. Ada peserta yang kena baca secara bosan, penat, ada ceria, ada kena menjerit-jerit Beberapa orang yang lain kena melukis apa yang diarahkan Madam semasa kami buat bising.

hmmm tak de sorang pun berjaya melukis seperti kehendak Madam, sebab kami terlalu bising dan mengganggu tumpuan kawan untuk mendengar dan melukis. Madam kata "hah macam itulah rasanya yang ada dalam kepala pesakit schizoprenia..."

Semalam satu dari page sastera yang saya suka/follow, upload puisi oleh Khalil Gibran yang dia terjemahkan sendiri. dan saya rasa macam itulah orang sakit mental rasa agaknya. Saya? Ntah sebab saya dah lama pindah dalam rumah buah mangga hehehehe..., Jika saya dengar benda-benda merapik-meraban yang bikin saya sedih, saya boleh tidur, masak, makan, berangan, atau melukis...Gitu-gitulah, Bagi pemuisi agung pula mereka juga tidak terlepas dari suara-suara self doubt bla bla bla, bila kena kritik, hah, lagilahkan, hah macam itulah rasanyalah itu, agaknya tu. Poet seAgong Gibran pun boleh mental dibikinnya kalau tak cepat-cepat pindah rumah.

eh kau jangan kait-kaitkan mental-mental dengan Penulis sesuci Gibran boleh tak?! Tak serik-serik. Nanti ada peminat Gibran yang hangin ni karang walau Dr Daniel Nettle pernah tulis Schizotypy and mental health amongst poets,visual artists, and mathematicians. Dr Nettle tu sapa?, Gibran tu sapa,kheennn.

Sebenarnya, tak perlu marah-marah, tak perlu sentap-sentap,pun. Semua orang pun ada dengar suara-suara self-doubt dan kurang pasti... yang membezakannya ialah sama ada suara biasa atau suara-suara yang terus bikin kamu sakit dan hilang arah. Ya Gibran berpindah dari buah delima ke dalam buah "quince". Kalau difikir buah delima hebat, nak jadi sehebat delima susah, hah jadi buah quince ajelah,kan. Kalau kita di sini, bolehlah kita tukar buah delima dengan raja Buah. Buah Durian. Nak jadi durian susah, kita jadi apa ek buah yang kurang popular...hah gitueww. Itu kefaham-faham saya yang tidak ada apa-apa tauliah dalam bidang sastera ini, dari puisi Gibran itu. Lain orang lain pula tafsiran mereka.

Sebagai penulis, bila puisi telah ditulis, ia terbuka kepada penafsiran pembaca. Mungkin puisi ini ditulis tika Gibran bergaduh dengan awek dia. Awek asal umpama delima, cantik, merah menawan, orang tengok meleleh air liur, geraaam jah, tapi banyak songeh, suka komplen sana, komplen sini, jadi dia break off dengan delima keluar pindah dari rumah si delima tadi. Cari makwe "quince" dan tinggal di rumah "quince". "quince" ini warnanya kurang menyerlah dan bentuknya kadang-kadang bengang-benggol tak sesempurna dan seghairah pear. Nenek saya panggil buah Lai. harganya pun tak mahal. tapi sedap dimakan. Gibran kata, pula si "quince" ini bijik tak banyak dan senyap sikit bijinya. kurang mengelitis kut.

hehehe hah itulah sastera. sama ada puisi ini ditulis kerna konflik girl-boy relationship atau konflik penulis-pengkritik/masyarakat itu tidaklah penting sangat pun. Yang penting puisi dapat menyegarkan jiwa pembaca, memberi solusi kepada kepala/mental kacau. Susah sangat jadi delima, banyak sangat orang kritik, meh kita jadi buah Lai sahaja.

Ataaaau!!!!, hah! atau atau, atau, dapat menolong mereka yang nekad melepaskan cinta dengan A class type pesona,/melepaskan the most talk about cinta/couple yang "orang kampung semua sudah tahuuuu". Memilih pula sidia yang ntah apa-apatah, orang kampung pun tak tahu, ie  low-tak-ada-class/ low-profile-pesona. Puisi dikarang untuk memberi tahu warga kampung akan ketidakjadian the A-rated cinta restu langit ini. Massage perlulah dihantar dengan penuh gaya dan tertib. Comel, lembut, tapi mengigit tajam.. aku dah lama geram nih, tapi aku sabar nih sebab satu kampung maukan kau tapi aku tak berapa nak mahu nih, nah ambik kau... banyak sangat cekadak kau dan orang kampung kau ya,...hah! tuuu naaaa, mari ku bagi kau delima sebutir dalam penuh biji yang reti nak diam...komplen tak sudah-sudah! hah! Pendek kata untuk melepas apa yang selama ini terbuku di hati.

Dengan puisi kita tak payah gila-gila-marah-marah-jiwa-kacau-minda-kacau. Sampai nak perang-perang gaduh-gaduh. Puisi memberi sebuah kefahaman, keinsafan, Memberi damai. Bila puisi dapat memberikan benda-benda yang saya sebut tadi, maka itulah yang kita angkat sebagai sebuah puisi AGONG yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Itu saya rasalah. Kamu tidak perlu bersetuju dengan saya ya.

Eh cakap pasal puis, apalah puisi yang hot sangat yang telah diterjemahkan Pensastera Hebat Negara yang menjadi kegilaan ramai ini ya....


Tuesday, December 6, 2016

NOPEN 7

Anjing

Saya namakan dia Bobo, anjing betina baka campuran tempatan dan macam ntah baka luar, besar-besar tinggi-tinggi gitu. Saya bukannya pandai sangat pasal anjing ini,kan. Tapi dia lebih besar dari Anjing kampung biasa. Hah dia punya tapak kaki dia sahaja sebesar piring alas cawan, tak adalah tipu je... besar cawan teh jer.. Kalau dia berdiri, dia hampir setinggi saya. Kalau saya pulang setelah pergi mengembara lama-lama pasti dia akan jadi sangat gembira sehingga melompat-lompat, menghampiri saya dan berdiri dengan kaki belakang sahaja. Kedua-dua kaki hadapannya diletakkan di pinggan saya. Muncungnya yang basah akan ditonyoh-tonyohkan ke muka saya. Rindulah tu. Kalau sudah lama-lama dia tak heran pun saya. Dia akan lebih habiskan masanyanya baring-baring di kadang lembu sahaja. Kecuali kalau kami makan di Anjung dapur, pandai dia mengendeng tergedik-gedik minta makan walaupun penjaganya tidak pernah 'miss' bagi dia makan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor dia. dah kenyang pun tetap dia masih mau mengendeng.

Kerja si Bobo ini ialah mengembala lembu. Saya ada 100 ekor lembu susu. Sebab saya selalu tak ada di rumah, asyik merayap jer ke Negara Semanggol Longjong,kan, saya upah Annan jaga lembu. Sebenarnya saya memang tak pandai jaga lembu,pun. Memang dari awal saya buka ladang ini saya upah dia untuk membantu saya. Dan Bobo walau tak pernah dilatih jadi anjing pengembala, selalu tolong Annan. Annan pun heran macam mana tiba-tiba anjing tiga warna yang tak tahu apa bakanya itu boleh pandai gembala lembu. Dia ini Anjing yang suka ikut-ikut apa yang orang bikin. Dia sebenarnya, pada mulanya tiba-tiba sahaja muncul di ladang saya tika sainya hanya sebesar pinggan makan aje. Beratnya tak sampai sekilo, pun. kecik aje dia.

Orang baca surat khabar pun dia pandai eksyen baca surat khabar juga, walaupun kadang-kadang surat khabar yang dibacanya itu terbalik. Dia eksyen aje, bukan tahu membacapun dia tu, berlakun ikut-ikut orang kunun-kunun khusyuk membaca gitu. Anjing yang bijak. Sangat-sangat bijak dan mudah mesra. Kadang-kadang dia tiru cara kita makan. Kalau kita bagi dia makan kueh atau roti,lah. Dia suka makan karipap dan roti potong. Dia akan akan duduk bersimpuh, pegang roti dengan kedua-dua kaki hadapannyanya dan makan roti sikit-sikit. Itupun kalau dia dah kenyang dan mengada-ngada dengki tengok orang makan, dia nak makan lagi. Dia seekor anjing kesayangan kerana dia sangat lucu bila dia cuba meniru perbuatan kita.

Saya fikir mau kurung dia dalam kandang bila Maddie, Opah dan Granny berkunjung ke ladang  lembu saya. Tapi Granny kata ok. Maddie sikit-sikit takut dengan Bobo juga pada mulanya. Tapi macam yang saya kata, sebab Bobo itu sangat mesra dan pandai ambil hati orang, Maddie pun jadi tidak takut padanya lagi. Opah bawa sabun tanah Liat berjenama As-suci-debu. Adat orang Semanggol Lonjong akan mesucikan diri, bekas atau pakaian yang terkena Anjing dengan tanah liat dibilas air mutlak sebanyak 6 kali. Anjing adalah najis berat yang hanya boleh disucikan dengan kaedah yang saya sebut itu.

Oleh kerana kaedah, hukum bersuci terkena Anjing ini sangat rumit, Anjing bukanlah binatang popular di Negara itu. Bahkan jika mereka ingin menghina orang, mereka akan panggil orang itu Anjing. Itu di sana. Di ladang saya, dengan agama pagan kepercayaan Nenek moyang saya, anjing bukanlah satu masalah. Bahkan Anjing sudah lama terkenal sebagai pengembala lembu yang bijak dan setia.  Bobo satu perangainya ialah suka melibas-libaskan ekor ke kaki tetamu saya. Opah kata tidak mengapa kerana ekor Bobo kering dan skrit labuh Granny, kain sarung Opah, seluar khakis Uniqlo Maddie pun kering, jadi tidak perlulah bersuci kerana kenakalan Bobo itu.

Owh macam mana pula Granny, Opah dan Maddie boleh berada di ladang saya? Ntahlah…. Lepas bergaduh-gaduh hari itu, tetiba Opah dan Granny cakap yang mereka teringin mau lawat Ladang saya. Saya pun berbesar hati dengan keinginan mereka itu. Jadi beginilah kami, pada hari ini, kami sedang dihiburkan dengan gelagat si Bobo yang dah kenyang tapi pura-pura lapar kerana mau manja-manja sama Granny dan sengaja dia mengada-ngada beriya-iya maukan kueh donut yang Granny bikin sendiri bukan beli di kedai.

Thursday, December 1, 2016

Ai Dah Kenapa ya?

Benda-benda yang berlaku sejak akhir-akhir ini memang I biasa-biasa jerrr. Sebab biasa sebab Ai makan ubat kut. Kawan-kawan semua berkeriuk-keridau risau, susah-hati, kunun Dajjal dah nak mai, dah nak mai! dah nak mai! Ai boleh releks giler buat barang ntah apa-apa tah. Melukislah Ai, pergi persatuan Mentallah, pergi Persatuan HIV. Orang dah nak kiamat bawak-bawaklah pergi Masjid ya!...

Ini tidak ada geng ajak pergi Masjid, main game Islamic, pergi pameran seni Islamic, Ai boleh jawab “hakak tak minatlah Islamik-Islamik nih!” Ai dah kenapa ya? hehehheeee….Dah makan ubat banyak sangat ka?