Sunday, July 5, 2015

IDOLA....

Dulu heboh orang dok cakap idola-idola ni, orang Islam kalau ada simpan jatuh syrik. Apa rational? Itula tu macam patung sembahanlah, bila kita menyimpan idola, kita menduakan tuhan. Jadi kita tukar, sumber inspirasilah,"bila dah besar esok aku nak jadi macam dia" hmm. Kita bukanlah menduakan tuhan, tapi kita menjadikan tokoh tertentu sebagai contoh teladan dan ikutan.

Kalau masa sekolah dulu tanya siapakah individu yang kita minati, if you asked me, saya akan kata Sir Issac Newton  he he he, tipu jak, sebanarnya saya suka berangan nak jadi macam Ogy Ahmad Daud. Zaman itu berdosa kalau bercita-cita nak jadi pelakun/penyanyi.

Kenapa saya suka Ogy, bukan Newton, satu saya ini realistik orangnya...lebih senang jadi Ogy dari Newton. Pada usia 15 tahun saya bukan sahaja tidak diberikan ilham, vision, untuk menyelesaikan masalah saintifik, tapi saya masih terkial-kial dalam kelas Sains, jadi mustahil besar nanti saya akan jadi Newton. Tapi saya ada satu masalah lain, untuk saya jadi Ogy, saya kuat makan...hmm. Jadi saya pun berhenti mau jadi macam Ogy. Saya nak jadi macam ustazah saya ajelah.

Pendek cerita, umur 20 saya disahkan sakit mental. Saya belajar ilmu agama dari Ayah (paklong) saya. Saya baca jak ritual-ritual orang alim. siok jua jadi orang makrifat ini. Pun begitu pembelajaran dan harapan, angan nak jadi ahli makrifat saya kuburkan begitu sahaja. Lebih realistik jadi kerani. Saya ketemu dengan seorang kakak kerani yang saya suka dan saya kata hah jadi macam dia pun not bad.

Kadang tu saya perati kita mengidolkan seseorang yang bukan kita. Seseorang yang bukan kelas kita, Contoh sayalahkan....IQ saya tahap boleh hadam sosial sains aje, tapi saya berangan nak jadi sasterawan negara. Tak boleh tu dek, pecah kepala saya nanti. Yang orang dok ramai idol-idolkan pun satu, ada yang  dok pi cakap, bikin ceramah "semua orang boleh berjaya/menulis macam saya" buat bengkel segala bagai, ajar orang jadi berjaya macam dia. Saya bercakap gak dalam hati "aik, kalau semua orang jadi pemikir  macam ko, susah plak nak cari tukang sapu, tukang cuci jamban ni karang. Nak cari tukang kasyer kira duit (apatah lagi akauntan nak bikin bajet, belum lagi promoter, markerter segala bagai) pun payah juga ni" Cuba-cubalah sekali sekala bawa bongkak-bongkak diri tu sikit, "tak semua orang boleh lagi pemikir kelas A macam saya ya"...kan. Kasi lempang sikit mana-mana mamat dan minah yang kuat berangan tu,kan.

Saya bukanlah nak bagi nasihat ka apa-apa, pilih idol biarlah sepadan-padan-padan dengan kita. Kalau memilih terlalu tinggi, tak tercapai, kita juga yang kecewa nanti. Betul kita kena raise to the bar, tapi semua orang ada limitasi...betul ka bar yang kita pilih itu? Ini bukan nak demotivasikan sesiapa, tapi untuk peringatan diri sendiri jak.

No comments: