Friday, July 31, 2015

Islamophobia

Dah lama tak mengumpat warga FB ek…bukan ngumpat, tapi analisa psiko. (amaran:- analisa psiko ini pseudoscience, tau janganlah diambil serius sangat).Mamat ni memang mamat baiklah….baik to the max yang langung tak boleh tolerate zina-zina ni. Pada masa itu saya tengah weng menyiapkan tugasan saya bagi subjek Teori Perakaunan. Bila bercakap pasal teori ini, kita membedah kelemahan yang kita hadapi, kita mencari jalan penyelesaian. Dan ilmu secular ini pun berevolusi dan berkembang.

Mamat ini pula dok tunjuk gambar Stalin. Bila kita bermasalah, dan mau selesai masalah kita dengar semua idea yang boleh menyelesaikan masalah kita, tak kisahlah baik dari puak sosialis, mau pun Islam. Jadi bila dia tunjuk Stalin, aku agak dia ada idea Stalin. Oh apa masalahnya ek….ni naaa…dunia bisnes hari banyak bisness lingkup, dan kalau boleh akauntan ni, dengan laporan kewangan ni, kalau boleh bercita-cita dengan laporan kita, ni kita boleh tolong bisness jangan lingkup, terus-terus maju dan berkembang sampailah hari kiamat. Sebab konsep entity busniss adalah perpetual succession. Tapi ada juga yang mampus, kalau boleh semua jangan mampus, barulah perpetual succession.

Saya dah godek-godek evolusi teori perakaunan ni dan berjumpalah dengan ahli fikir yang bernama Ross Watts dan Jerold Zimmerman…dengan teori postifnya. Berjumpa juga dengan “maximise utility”. Saya tanyalah simamat ni, kut-kutlah dia ada cerita bagaimana si Stalin ni menjawab isu “utility maximisation” ni.

Dia jawab Stalin tak betul. Dia sebut ada satu nama orang Islam tu ntah apa namanya. Bukan dia kata Stalin tak betul, tapi mamat pemikir Islam tu yang kata apa-apa dari barat hanya mengundang bencana aje. Saya pun mestila seronok, wah mesti pemikir Islam ni ada pikirannya yang bersumberkan Quran dan hadis…yang boleh membawa kepada kesejahteraan. hmmm dia tak jawab…dan saya fikir, gak mungkin dia tak nak share Quran dan Hadis dia kat orang kapir, walau separuh perasaan saya kata dia tak ada solution, kerna zaman nabi dulu business hanya ada sole-proprietor dan partnership. So, saya pun kata tak apaleh, saya boleh buat master dan seterusnya phd, tak payahlah tanya-tanya dia. Buat kata Nabil pun “lu pikir sendirilah” bukannya saya tak ada otak,kan.

Tak  lama lopeh tu se tengok dia kuar cite skandal Einstein. Woii aku tanya ko tak jawab.. Yang ko kuarkan aib Einstein apa kejadahnya. Saya pun terfikir ohh itu hari dia keluar gambar Stalin bukan nak cerita kaedah jalan bagaimana Stalin selesai masalah, rupanya dia nak cerita Stalin itu kaki perempuan rupanya. Macam ini caranya orang Islam mengangkat  imej Islam? Jika inilah caranya, Islam yang indah itu telah diberi rupa yang sangat mengerikan. Sapa mau masuk ke dalam sebuah komuniti yang tidak memberikan keamanan kepada sebuah aib silam? Bukankah addin itu sepatutnya menjanjikan sebuah kedamaian dan keamanan, bukan hanya kepada penganut tapi juga bukan-penganut din tersebut. Cehhh….dah pandai keluar ayat normative pula saya ini,kan. Macam orang alim aje…bila masa pula saya jadi alim nih? Ini dah bersalahan dengan falsafah “who am I to judge nih”. The very, the unMardhiah,lah pulak.

 Ok, tidurlah…malas nak fikir banyak-banyak.

No comments: