Tuesday, July 28, 2015

Drama Semalam

Semalam memang happening giler…..drama paling memeranjatkan, apabila Najib tiru bulat2 drama-Mahathir Anwar, pada satu ketika dulu. Rakyat semua terhibur termasuklah saya. Melihat drama semalam macamlah tengok Ombak Rindu dilakunkan oleh Abam, kalau tak Abam, Along Champ pegang watak Haris, sungguh menggelikan hati.

Ok kita tinggalkan seketika pasal drama semalam, mari kita tebak apa drama seterusnya. Saya menjangkakan, pembangkang akan buat bodo dan fokus pada Gerakan Harapan Baru, dan memenangi hati rakyat Sabah/Sarawak tapi sayang seribu kali sayang mereka pula beriya-iya nak membuang Abam/Along Champ dari terus menerajui drama. Jangan dibuang biar dia terus main masak-masak nasi goreng ulam kangkung, sedangkan heroin dia makan kek, segala bagai juadah yang enak-enak.

Fokus pada Gerakan Harapan Baru, tukar cara mentality dan bercakap dengan rakyat Sabah terutamanya dari skrip-skrip “Orang pakai Cawat jak undi BN” dan yang sewaktu denganya, dengan skrip2 yang lebih menggoda. Itu jangan suruh I, I tak pandai karang skrip bunga-bunga merayu-rayu ala-ala 'ko ajelah harapan kami, curahan hati ini", nih. Sori I memang tak reti.

Tapi wat to do pembangkang dah nak buang hero, pain in an ass, sakit mata aku memandangnya, sekarang. Mungkin mereka percaya, kalau tak buang sekarang usai tandatangan dengan pakatan dengan hero lebih besar (signing-of of TPPA) akan bikin ringgit jadi kukuh dan harga minyak jatuh.

Atau mungkin barang kali meluahkan kata-kata "peraaaannnnggg, bunuh, hancur, beat it, beat it, beat it" lebih mudah dari meluahkan kata-kata "Darling, I need U", lebih-lebih lagi pada kami yang telah ko pandang sebagai orang yang tidak mampu berfikir dan senang digula-gula dengan minyak masak, tepung/beras sekapit dua.

***

On separate note,

Buat masa kini kami baru sahaja selesai (first round) berperang dengan seorang pembantu tadbir Putrajaya. Off course round pertama kami mananglah. sebab kami dah dapat pembantu baru. Saya ini memanglah seorang wanita yang penyantun orangnya, dan rendah ego (biar miskin, asal jangan hilang adab, buat kata Hafiz Hamidun, pun) ...sebelum ini pembantu itu ada buat pasal dengan saya, tapi saya menyantuninya dengan bersungguh-sungguh walau dalam hati berkata "ini juruaudit ni, dia berani watsap watsap aku bertela-tela, macam perempuan gila dah lama nak dapat tugal jantan. Sungguh biadap. Dia ingat aku ni bercawat dan tinggal atas pokok apa?"

The following month which is last month seminggu sebelum Aidil-Fitri, dia buat hal dengan kawan saya pula. Kami berbeza kerekter, kawan saya tak kasi muka sama langsung dengan pembantu ini. Penyudahnya kami dapat pembantu baru. Saya rasa ini baru first round perang, akan berlaku lagi perang yang seterusnya, sebab kami pun bukanlah perfect/hebat sangat pun. Itu pasal saya malas mau perang-perang nih. Penat.

No comments: