Friday, July 31, 2015

Islamophobia part 2

Sambung cerita semalam....

Itu kisah dah tak ada jalan, fikiran, tapi sibuk nak ngata orang buruk akhlak. Kita dah tau dah barat/sekular ini dipenuhi dengan penzina tegar, lesbian, gay dan janganlah lupa juga orang-orang sakit mental seperti Van Gogh dan Prof Nash Forbes. Dah dah tak payah nak panjang-panjang cerita. Kadang itu kita sendiri lebih tahu dari kamu. Tapi kenapa kita pergi juga sekolah sekular? Suka hati mak ayah sayalah nak hantar saya belajar kat mana.

Itu kisah suka aibkan orang, ini kisah suka berlumba-lumba sebar, share berita buruk. Semalam sibuk cerita harga petrol turun, come pagi rope-ropenya harga petrol turun. Se buka watsap, buka FB, nak tengok ada tak update pasai ini.Tapi haraaammmm. Jua cerita pasal penemuan objek di Madagascar yang mungkin dari serpihan sayap MH370. Pun orang tak suka nak viral kan.

Jadi saya buat kesimpulan, mood rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu Islam memang gian sangat nak tengok kegagalan parti pemerintah yang ada pada masa ini. Manusia yang kegianan dan kemarukan ini memang amat mengerikan.


Islamophobia

Dah lama tak mengumpat warga FB ek…bukan ngumpat, tapi analisa psiko. (amaran:- analisa psiko ini pseudoscience, tau janganlah diambil serius sangat).Mamat ni memang mamat baiklah….baik to the max yang langung tak boleh tolerate zina-zina ni. Pada masa itu saya tengah weng menyiapkan tugasan saya bagi subjek Teori Perakaunan. Bila bercakap pasal teori ini, kita membedah kelemahan yang kita hadapi, kita mencari jalan penyelesaian. Dan ilmu secular ini pun berevolusi dan berkembang.

Mamat ini pula dok tunjuk gambar Stalin. Bila kita bermasalah, dan mau selesai masalah kita dengar semua idea yang boleh menyelesaikan masalah kita, tak kisahlah baik dari puak sosialis, mau pun Islam. Jadi bila dia tunjuk Stalin, aku agak dia ada idea Stalin. Oh apa masalahnya ek….ni naaa…dunia bisnes hari banyak bisness lingkup, dan kalau boleh akauntan ni, dengan laporan kewangan ni, kalau boleh bercita-cita dengan laporan kita, ni kita boleh tolong bisness jangan lingkup, terus-terus maju dan berkembang sampailah hari kiamat. Sebab konsep entity busniss adalah perpetual succession. Tapi ada juga yang mampus, kalau boleh semua jangan mampus, barulah perpetual succession.

Saya dah godek-godek evolusi teori perakaunan ni dan berjumpalah dengan ahli fikir yang bernama Ross Watts dan Jerold Zimmerman…dengan teori postifnya. Berjumpa juga dengan “maximise utility”. Saya tanyalah simamat ni, kut-kutlah dia ada cerita bagaimana si Stalin ni menjawab isu “utility maximisation” ni.

Dia jawab Stalin tak betul. Dia sebut ada satu nama orang Islam tu ntah apa namanya. Bukan dia kata Stalin tak betul, tapi mamat pemikir Islam tu yang kata apa-apa dari barat hanya mengundang bencana aje. Saya pun mestila seronok, wah mesti pemikir Islam ni ada pikirannya yang bersumberkan Quran dan hadis…yang boleh membawa kepada kesejahteraan. hmmm dia tak jawab…dan saya fikir, gak mungkin dia tak nak share Quran dan Hadis dia kat orang kapir, walau separuh perasaan saya kata dia tak ada solution, kerna zaman nabi dulu business hanya ada sole-proprietor dan partnership. So, saya pun kata tak apaleh, saya boleh buat master dan seterusnya phd, tak payahlah tanya-tanya dia. Buat kata Nabil pun “lu pikir sendirilah” bukannya saya tak ada otak,kan.

Tak  lama lopeh tu se tengok dia kuar cite skandal Einstein. Woii aku tanya ko tak jawab.. Yang ko kuarkan aib Einstein apa kejadahnya. Saya pun terfikir ohh itu hari dia keluar gambar Stalin bukan nak cerita kaedah jalan bagaimana Stalin selesai masalah, rupanya dia nak cerita Stalin itu kaki perempuan rupanya. Macam ini caranya orang Islam mengangkat  imej Islam? Jika inilah caranya, Islam yang indah itu telah diberi rupa yang sangat mengerikan. Sapa mau masuk ke dalam sebuah komuniti yang tidak memberikan keamanan kepada sebuah aib silam? Bukankah addin itu sepatutnya menjanjikan sebuah kedamaian dan keamanan, bukan hanya kepada penganut tapi juga bukan-penganut din tersebut. Cehhh….dah pandai keluar ayat normative pula saya ini,kan. Macam orang alim aje…bila masa pula saya jadi alim nih? Ini dah bersalahan dengan falsafah “who am I to judge nih”. The very, the unMardhiah,lah pulak.

 Ok, tidurlah…malas nak fikir banyak-banyak.

Tuesday, July 28, 2015

Drama Semalam

Semalam memang happening giler…..drama paling memeranjatkan, apabila Najib tiru bulat2 drama-Mahathir Anwar, pada satu ketika dulu. Rakyat semua terhibur termasuklah saya. Melihat drama semalam macamlah tengok Ombak Rindu dilakunkan oleh Abam, kalau tak Abam, Along Champ pegang watak Haris, sungguh menggelikan hati.

Ok kita tinggalkan seketika pasal drama semalam, mari kita tebak apa drama seterusnya. Saya menjangkakan, pembangkang akan buat bodo dan fokus pada Gerakan Harapan Baru, dan memenangi hati rakyat Sabah/Sarawak tapi sayang seribu kali sayang mereka pula beriya-iya nak membuang Abam/Along Champ dari terus menerajui drama. Jangan dibuang biar dia terus main masak-masak nasi goreng ulam kangkung, sedangkan heroin dia makan kek, segala bagai juadah yang enak-enak.

Fokus pada Gerakan Harapan Baru, tukar cara mentality dan bercakap dengan rakyat Sabah terutamanya dari skrip-skrip “Orang pakai Cawat jak undi BN” dan yang sewaktu denganya, dengan skrip2 yang lebih menggoda. Itu jangan suruh I, I tak pandai karang skrip bunga-bunga merayu-rayu ala-ala 'ko ajelah harapan kami, curahan hati ini", nih. Sori I memang tak reti.

Tapi wat to do pembangkang dah nak buang hero, pain in an ass, sakit mata aku memandangnya, sekarang. Mungkin mereka percaya, kalau tak buang sekarang usai tandatangan dengan pakatan dengan hero lebih besar (signing-of of TPPA) akan bikin ringgit jadi kukuh dan harga minyak jatuh.

Atau mungkin barang kali meluahkan kata-kata "peraaaannnnggg, bunuh, hancur, beat it, beat it, beat it" lebih mudah dari meluahkan kata-kata "Darling, I need U", lebih-lebih lagi pada kami yang telah ko pandang sebagai orang yang tidak mampu berfikir dan senang digula-gula dengan minyak masak, tepung/beras sekapit dua.

***

On separate note,

Buat masa kini kami baru sahaja selesai (first round) berperang dengan seorang pembantu tadbir Putrajaya. Off course round pertama kami mananglah. sebab kami dah dapat pembantu baru. Saya ini memanglah seorang wanita yang penyantun orangnya, dan rendah ego (biar miskin, asal jangan hilang adab, buat kata Hafiz Hamidun, pun) ...sebelum ini pembantu itu ada buat pasal dengan saya, tapi saya menyantuninya dengan bersungguh-sungguh walau dalam hati berkata "ini juruaudit ni, dia berani watsap watsap aku bertela-tela, macam perempuan gila dah lama nak dapat tugal jantan. Sungguh biadap. Dia ingat aku ni bercawat dan tinggal atas pokok apa?"

The following month which is last month seminggu sebelum Aidil-Fitri, dia buat hal dengan kawan saya pula. Kami berbeza kerekter, kawan saya tak kasi muka sama langsung dengan pembantu ini. Penyudahnya kami dapat pembantu baru. Saya rasa ini baru first round perang, akan berlaku lagi perang yang seterusnya, sebab kami pun bukanlah perfect/hebat sangat pun. Itu pasal saya malas mau perang-perang nih. Penat.

Saturday, July 18, 2015

Selamat Hari Raya

Tahun ini saya beraya di bandar...bukan, bukanlah pasal yang membodek professor yang menyarankan orang bandar jangan balik kampung tu, (orang bandar tak balik orang kampung naik ke bandar) tidak. Mak saudara saya tidak berapa sihat, jadi kami berhari bersamanya di bandar. Mohon doa kawan-kawan, pembaca supaya Mak Itam saya sihat. Tahun depan boleh beraya di kampung....

Di Melaka Sentral menuju ke Selatan tanah air

Menuju ke Check-point Tuas, mujur tidak sesesak tambak Johor

Sessi bergambar selepas solat Aidil Fitri. Mak Itam yang berbaju pink itu. The food??? I on dietlah ehemmm... Ogos ada Borneo Marathon. Alahaiii.

Sunday, July 5, 2015

Kita ini Sama Sahaja....

Satu hari, saya pergi membeli-belah dalam gedung yang besar bersama seorang graduate pengajian Islam dari Universiti Awam tempatan yang berprestij yang berkerja sebagai guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah.  Di dalam gedung itu ada gedung kecil menjual arak dan daging babi.

Kawan saya berkata "tak halal kerja dalam gedung ini"

Dalam hati saya pula berkata, "Kalau macam itu haramlah juga jika membeli belah di sini"

Saya rasa agak terfaktab juga dengan kenyataan beliau tapi trolley yang penuh dengan bahan-bahan keperluan kami, saya sorong jua,lalu saya buat-buat macam orang bodoh dan tanyakan sebuah pertanyaan "kenapa pula tak halal?"

"Iyalah gajinya bercampur dengan sumber keuntungan dari barang yang haram" jawabnya

"ooh kalau macam itu samalah kita dengan mereka" sambut saya

"eh kenapa pula sama?" kini giliran dia pula yang tersentap

"kan ka gaji kita ni dibayar oleh pembayar cukai. Pembayar cukai ni kak, bukan terdiri dari individu macam kita yang kena isi borang income tax tiap-tiap tahun tu. Pembayar cukai juga terdiri dari entiti perniagaan. Perniagaan ini termasuklah hah tu Sport TOTO dan Magnum tu" jawab saya panjang lebar.

Kawan saya pun terdiam....

****

On separate note..ada blogger seorang saintis yang marah-marah pasal orang kita yang lebih suka percaya maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang dipetik dari internet. blogger tersebut mengusulkan orang yang lebih suka maklumat internet dari maklumat yang datangnya dari saintis bertauliah seperti beliau atau blog kerajaan, ini sama ada kuat beronani atau mendapat penyakit fobia terlampau, penakut, lagi suka menakutkan orang lain.

Tapi saya pula tahu sangat apa yang masalah orang yang begini ini. Mereka adalah orang baik yang sudah tidak betah lagi tengok maksiat yang berlaku di muka bumi ini dan mau cepat Imam Mahadi keluar pimpin kita semua masuk syurga. Hah dalam syurga nanti tak payahlah beronani sebab di syurga loka sana penuh dengan bidadari yang dara-dara belaka.

Orang macam ini sebenarnya sudah tidak perlu saintis, lawyer, akauntan atau sebut kata sekularis seperti kami ini. Mereka hanya maukan seorang serikandi yang saya cuplik dari sini untuk bawa mereka ke gerbang bahagia nan abadi. Orang macam kita sebenarnya tak usah cakap banyak. Tak guna satu sen pun. Buat apa mencurah air ke daun keladi, kan perbuatan itu sangat sia-sia?

MENCARI SRIKANDI (Muhammad Lutfi Ishak)

Siapa srikandi itu
yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata
sebagai senjata
dengan akal dan kata-kata ibu.
Ketika diacu ketajaman jiwa lelaki
ke tengkuknya dengan lembut,
ia melentur pedang egoke dada para lelaki

Aku di sini menduga riak sirah
siapa pula selepas Fatimah
yang mentafsir masalah
sebagai bukit pasir
di tengah Sahara,yang
mengasah jiwa suami setajam belati

Sementara nafasku mengenal
harum kesturi
akan lahirkah seorang srikandi
yang ketika memilih jalan
tidak menilai cabaran
tapi laba pengembaraan.

Aku di sini di depan zaman
menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah
menyelimuti seorang lagi pemimpin seperti
Muhammad

(Klang)
Di bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

IDOLA....

Dulu heboh orang dok cakap idola-idola ni, orang Islam kalau ada simpan jatuh syrik. Apa rational? Itula tu macam patung sembahanlah, bila kita menyimpan idola, kita menduakan tuhan. Jadi kita tukar, sumber inspirasilah,"bila dah besar esok aku nak jadi macam dia" hmm. Kita bukanlah menduakan tuhan, tapi kita menjadikan tokoh tertentu sebagai contoh teladan dan ikutan.

Kalau masa sekolah dulu tanya siapakah individu yang kita minati, if you asked me, saya akan kata Sir Issac Newton  he he he, tipu jak, sebanarnya saya suka berangan nak jadi macam Ogy Ahmad Daud. Zaman itu berdosa kalau bercita-cita nak jadi pelakun/penyanyi.

Kenapa saya suka Ogy, bukan Newton, satu saya ini realistik orangnya...lebih senang jadi Ogy dari Newton. Pada usia 15 tahun saya bukan sahaja tidak diberikan ilham, vision, untuk menyelesaikan masalah saintifik, tapi saya masih terkial-kial dalam kelas Sains, jadi mustahil besar nanti saya akan jadi Newton. Tapi saya ada satu masalah lain, untuk saya jadi Ogy, saya kuat makan...hmm. Jadi saya pun berhenti mau jadi macam Ogy. Saya nak jadi macam ustazah saya ajelah.

Pendek cerita, umur 20 saya disahkan sakit mental. Saya belajar ilmu agama dari Ayah (paklong) saya. Saya baca jak ritual-ritual orang alim. siok jua jadi orang makrifat ini. Pun begitu pembelajaran dan harapan, angan nak jadi ahli makrifat saya kuburkan begitu sahaja. Lebih realistik jadi kerani. Saya ketemu dengan seorang kakak kerani yang saya suka dan saya kata hah jadi macam dia pun not bad.

Kadang tu saya perati kita mengidolkan seseorang yang bukan kita. Seseorang yang bukan kelas kita, Contoh sayalahkan....IQ saya tahap boleh hadam sosial sains aje, tapi saya berangan nak jadi sasterawan negara. Tak boleh tu dek, pecah kepala saya nanti. Yang orang dok ramai idol-idolkan pun satu, ada yang  dok pi cakap, bikin ceramah "semua orang boleh berjaya/menulis macam saya" buat bengkel segala bagai, ajar orang jadi berjaya macam dia. Saya bercakap gak dalam hati "aik, kalau semua orang jadi pemikir  macam ko, susah plak nak cari tukang sapu, tukang cuci jamban ni karang. Nak cari tukang kasyer kira duit (apatah lagi akauntan nak bikin bajet, belum lagi promoter, markerter segala bagai) pun payah juga ni" Cuba-cubalah sekali sekala bawa bongkak-bongkak diri tu sikit, "tak semua orang boleh lagi pemikir kelas A macam saya ya"...kan. Kasi lempang sikit mana-mana mamat dan minah yang kuat berangan tu,kan.

Saya bukanlah nak bagi nasihat ka apa-apa, pilih idol biarlah sepadan-padan-padan dengan kita. Kalau memilih terlalu tinggi, tak tercapai, kita juga yang kecewa nanti. Betul kita kena raise to the bar, tapi semua orang ada limitasi...betul ka bar yang kita pilih itu? Ini bukan nak demotivasikan sesiapa, tapi untuk peringatan diri sendiri jak.