Wednesday, July 16, 2014

HATI BATU part ii

Ini sambungan dari n3 yang lalu….

Apa sebenarnya yang dimarahi sesangat tu….bukanlah saya, tapi semua kami dalam pasukan Perakaunan, baik Pembantu, mau pun Penolong, apatah lagi-lagilah akauntan sendiri. Puan Pengarah menegur segelintir perangai penjawat awam yang menulis sesuatu yang tidak elok di alam maya… tak berapa jelaslah tulisan ini itu di facebook ka, blog ka, watsapp ka, ntalah, yang pentingnya, seseorang daripada kami telah begitu berani menuduh yang orang besar kami bermewah-mewahan main golf, pelbagai hasil dari sumber yang kotor…Bobeybobeybobey….I lost track sebab bobeynya macam bertih jangung meletup-letup gitu, tetiba dah masuk plak bab pangkat, Kami reramai dicabar berhijrah ke Sabah/Sarawak, siap ugut-ugut lagi, “kalau tak nak pegi, nanti saya bikin satu exercise, kasi orang (Sabahan & Sarawakian) lebih muda dari kamu naik pangkat dulu. Besok jangan komplen kenapa dia muda dah pangkat besar, saya dah tua tak naik-naik pangkat!”

Ntahlah, kadang saya pun ada juga, kan tulis begitu, begini, hanya untuk terapi minda, orang kata tu, ha, kan, walau saya tidak adalah sampai mentohmah so & so joli katak bukan guna duit sendiri, saya terasa gak bahang amarah sang Pengarah. Terbantulah tujuan saya kononnya nak tulis pasal, adalah satu benda tu…kata kawan “ko kajilah, pasal kes buli penjawat awam kelas rendah, ni”

Apa ada buli-buli, ko layan ajelah,kan dah bos suruh. Janganlah melawan…melawan markah rendah, tak naik pangkat karang hah! Lepas tu incase nasib ko tak baik “kena” lepas tu kena “pool” kat Putrajaya sana, itu risiko orang bikin kewangan. Mana ada hidup kita ni, lurus aje tanpa risiko. Sikit-sikit pun hidup mesti tempoh risiko. Iyalah waktu mula kerjaya lagi, lepas sorang, sorang penceramah, bos akan cakap macam ini “bikin kewangan ini, sebelah kaki dah ada dalam penjara” itu tagline paling wajib agaknyalah tu.

Dah risiko, sampai sebelah kaki dah ada dalam penjara, so apa yang siok sangat bikin kewangan ni? Ntahla…sebab most of us tak bernasib baik, punya banyak pilihan. Iyalah mak ayah kita bukan orang kaya,pun. Apa dapat kerja tu,lah yang kita sauk cepat-cepat.

As for me risk come with reward, or is it reward doesn’t come without risk??? Tak kisahlah tu heh, mana satu dulu, telur ka, ayam, ka. What is so rewarding about being in financial/accounting field? Saya dapat belajar, membaca, menghayati banyak benda. Macam-macam ragam perangai manusia. Itulah satu benda yang saya suka sangat bidang ini. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tak baik jangan ikut, jadikan sempadan. Setiap tindak-tanduk kita mesti ada batasan.


Menjadikan saya lebih berdisplin dan tidak terlalu hanyut sangat dalam emosi. Nak bikin kewangan tak boleh emo-emo. Kena professional,lah. Kita berhadapan dengan semua orang. Dari sekecil-kecil, pangkat, hinggalah pangkat Datuk pun ada. Datuk ka, pekerja rendah, ka semua “client” kita. Kena banyak sabar.

Reward dalam bentuk kewangan…memanglah ada, kalau langsung tak ada ko sanggup ka kerja tak bergaji? Tapi tidaklah semewah orang kerja sendiri atau kerja dengan firma. Rewardnya lebih kepada dalam bentuk spiritual dan pengalaman kerja yang tak ternilai. Spiritually, bila kita kena banyak sabar, banyak berhati-hati, automatic kita kena banyak ingat tuhan. Sebab most of the time (speaking from my experience) hanya tuhan sahaja yang boleh tolong kita, tuhan yang melapangkan apa yang sempit, menghuraikan apa yang kusut. Maha suci Tuhan yang penyayang , pemurah, lagi pengampun. Itu ajelah yang bestnya pasal kewangan nih.

2 comments:

Lily Abdullah said...

Marde,
aku tak peduli pasal markah dan naik pangkat.

kalau aku muda lagi, aku mau letak jawatan saja ha ha ha

lily

Siti Mardhiah said...

"I have found the paradox, that if you love until it hurts, there can be no more hurt, only more love." - Mother Teresa

Lily,

I guess I love accounting that much kut, no matter how pedas mulut sesetengah akauntan (esp ladies), saya masih boleh bertahan. Cinta Sambal Belacan.